Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 15 November 2010

Hasif's Progressive Report

Salam...

Tajuk entry je in English, ceritanya dalam Bahasa Melayu... :)

Hari ni, Isnin, seperti biasa Hasif ke Kiwanis. Tapi kali ini bukan untuk excercise..kedatangan kali ini adalah untuk mendapatkan report perkembangan Hasif sepanjang 2nd semester baru2 ni..Alhamdulillah.. pencapaian & perkembangan yang ditunjukkan Hasif membolehkan dia naik ke transition kelas tahun hadapan. Syukur..


Aku dah tahu mengenainya 2 minggu lepas. Cuma belum ditulis di sini aje lagi. Tapi, aku dah menghebohkannya di laman FB awal2 lagi..hehe..nasib baik jadi naik kelas tu,kalau tak jadi malu le aku...ahakss..

Dari penjelasan yang diberikan, hasif dapat menguasai 'goals' untuk setiap bahagian yang dinilai walaupun bukan semua la.. Untuk fine motor skills, cognitive skills, sosio-emotional skills dan self help skills, pencapaiannya bagiku amat baik namun bagi gross motor skills, masih perlu excercise dengan banyak supaya dapat berjalan cepat.. (ni ibu dia cakap, cikgu dia cakap slow2 pun xpe...) hihi...


Oh ye..lupa nak bagitau. Transition Class tu ialah kelas peralihan dari infant nak pergi toddler. Aku ingatkan waktunya sekejap je..2-3 bulan. Rupa2nya anak2 diberi peluang 6 bulan untuk menunjukkan pencapaian sebelum boleh diserap ke toddler..

Uissshhh..risau dah aku ni. Bulan 6 tahun depan insyaAllah aku dah start keje.. Sape nak bawak hasif g terapi kalau dia tak berjaya ke kelas toddler lagi??

Waktu keje cikgu memang le dari 7.30pg hingga 2.10ptg. Tapi waktu free biasanya 2-3 masa aje. Mana boleh aku keluar nak hantar hasif & stay kat Kiwanis tu..Kelas kat Kiwanis plak pagi aje untuk infant. Untuk kelas toddler ada sesi petang.






Belajar rajin2 ye Hasif sayang..Kuasai semua skill tu cepat2 tau! Nanti ibu nak g keje pun senang hati.

Gambar2 kat entry ni gambar hiasan je.. Saje nak tunjuk tahap kebuasan budak kecik sorang nih! :)



Salam ceria,



 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 komen:

Yasmin Nabilah.. said...

Alhamdulillah..tahniah hasif :)

Syahida said...

go mama hasif GO!! :D

Julaiha Kamarul Baharin said...

alhamdulillah..terus maju hasif..

juliana said...

jgn risau..biasa apa yg cikgu janjikan betul..hihi..cikgu rosnah tukar ke kelas aleeya..x pa semua cikgu bagus2..cikgu aleeya yg nama wani plak ke kelas toddler..cuba bincang tentang nak keluar dari tempat kerja..insyaallah..slalu nyer ada yg faham dgn kite..x pon tukar la ptg..blh jumpa..

Azma said...

Terima kasih banyakkkkkk.... auntie2 semua.. tanpa sedar mewujudkan blog ni byk membantu memberi semangat coz kawan2 sentiasa ada... SENTIASA... terima kasih skali lagi..

Azma said...

@juliana memang nak htr hasif kelas petang masa toddler nanti. Tak ganggu waktu keje. Tp skang kan dia baru nak ke transition class. Cikgu dia cakap kalau perkembangan kat transition masih kurang memuaskan, kena stay kat situla sampai akhir tahun. Kalau kena stay tu la yg jd prob. Harap2 hasif dapat menguasai semuanya sebaik mungkin.. Ju doakan skali ye..

maza said...

psst: ada bikin kenduri ke? mana tau mahu buat acara bubur putih merah... boleh ler kami bawa Tupperware sambil menghulurkannya utk diisi dgn makanan sedap2 pula.. hahahhaa.. ahaks..

maza said...

err...rasanya ibu hasif lagi buas dari hasif ni.. hehehhe

Azma said...

@maza bab membuaskan diri ni memang biasa..hehe..
x de bubur putih, merah, hijau, biru, kuning...semua takde. Tapi aidiladha ni ada la masak skit2 utk hidangan tetamu yg sudi ke sini.. So, maza sekeluarga dialu2kan utk bertandang ye.. ringkas2 je hidangannya..