Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 30 June 2010

Aktiviti hasif





Ada ketika time ibu hasif rajin, seharian aktiviti hasif penuh. Kalau time malas menjengah, hasif duk tgk vcd kegemaran atau main sorang2... kesian hasif..

Pagi2 masa abg duk sibuk siap2  nak pergi sekolah, masa tu la hasif bangun. Tunggu abg & sarapan sekali dgn abg. Bila abg & ayah dah pergi sekolah & kerja, hasif  main2 kejap dengan ibu. Kadang2 datang mood rajin ibu, hasif pun start exercise... Pukul 8, kakak buka tv channel playhouse disney. Hasif pun join skali. Hasif suka tengok Dibo the gift dragon je..nnt kakak terus sambung dengan word world & timmy time. Hasif tak join dah masa ni. Hasif duk main2 plak.. Waktu ni juga biasanya ibu akan mandikan hasif... Bestnya dapat main air.. Masa mandi ibu gosok gigi hasif sambil nyanyi2.. lagu 'bangun pagi, gosok gigi....'. Best suara ibuu..:) lagi best bila dengar ibu menjerit sbb hasif gigit jari ibu..hihi..Lepas mandi, kalau pagi tadi tak exercise (ibu malas la tu..:D ), time ni la exercise. Tak lama lepas tu, biasanya hasif akan tidur smula... Kadang2 kalau waktu ni ibu tak mandikan hasif lagi, ibu akan bawak hasif pergi main kat kolam. Hasif suka mandi kolam. Cuma hasif tak suka bila kat kolam pun ibu ajak hasif buat exercise. Asyik exercise je ibu ni.. Bagila hasif main2 pulak... :p

Ni antara excercise yang hasif buat kat rumah dgn ibu

Kalau hari Isnin plak lain sikit jadual hasif. Pagi2 dah mandi siap2 nak pergi Kiwanis. Kiwanis tu tempat hasif jumpa teacher & kawan2. Hasif ada 3 kawan baik. Jun Xian, Seng Qin & Myra. Myra tu girlfren hasif...haha... Tiap2 minggu mesti jumpa diaorg. Tapi sekali seminggu je la..


Ni vcd kegemaran hasif


Ni plak koleksi vcd hasif
                                        
Sambung balik cerita tadi. Hasif tido dalam 1 jam @ lebih skit. Bangun tido masa ni biasanya ibu sibuk masak kat dapur. Abg & kakak nak g sekolah jap lg. So, ibu akan letak hasif depan tv, buka vcd yg paling hasif suka.. Bila abg balik dr sek agama, dia akan main2 dgn hasif. Kakak main dgn hasif selalu sbb pagi2 kakak tak pergi sekolah. Bila semua2 dah siap, hasif akan makan sekali dgn abg & kakak. Masa ni abg & kakak dah nak gi sekolah. Abg sekolah rendah, kakak sekolah tadika aulad. Lepas makan hasif ikut ibu pergi hantar kakak & abg. Besttt..boleh jalan2 naik kereta. Cuma, kadang2 hasif tak tahan sebab panas sangat..

Lepas hantar abg & kakak, hasif ikut ibu pergi tempat lain pulak. Tempat ni, ibu baru je start pergi minggu lepas. Nama tempat tu Alpha One. Ibu kata tempat terapi utk jadi sihat. Lagi penting, ibu cakap free... Ibu kalau benda free memang dia suka.. :D. Ibu kata,kalau hasif selalu pergi sini, nnt hasif susahla sikit dapat penyakit sbb alat tu bantu hasif bina antibodi..

Balik rumah, biasanya hasif dah penat. Minum susu...pas tu main2 sampai tertidurrrr..Masa ni jugak ibu pun mula buka laptop. Bila ibu dah buka laptop, dia akan jadi tak betul... :D. Jadi, baikla hasif tidur je... Kadang2 ibu ambil masa 10-15 minit bercakap2 dengan hasif. Macam2 ibu cakap. Ibu akan cakap dengan mulut buka luas2 dan tunggu hasif ikut macam ibu. Tapi hasif tak pandai lagi.. Hasif nganga je la.. :) Sambil cakap2,ibu akan nyanyi2, tepuk tangan & macam2 aksi lagi ibu buat. Bila la hasif boleh ikut macam ibu ni...?? Kalau hari Jumaat pulak, waktu ni, ibu bawa hasif jalan2 kat PPUM. Sebenarnya bukan jalan2 tp exercise lagiiiii...huhu... Ibu bawa ke pusat pemulihan perubatan kat PPUM tu. Kat situ hasif akan jumpa dengan Uncle Malik & Auntie Zira selang seminggu utk OT dan PT.

Petang, lepas bangun hasif main2 lagi... Bila dekat pukul 5 ibu akan bawa hasif turun utk tunggu kakak balik dari sekolah aulad. Kakak balik naik van. Nnt2 hasif nak naik van jugak balik dari Kiwanis..hihi.. Pastu naik semula. Jarang2 ibu terus bawa hasif & kakak ke taman. Kat taman tu hasif suka sgt naik buai. Rasa macam nak terbang je. Hasif paling takut bila ibu lepaskan hasif kat slide. Ibu memang! Dia buat tak tau je kalau hasif tunjuk hasif takut. Lagi dia akan ajak hasif buat benda2 yg hasif takut tu sampai hasif tak takut dah lepas tu...

Petang yg dah nak malam, kadang2 ibu bawa hasif & kakak keluar naik kereta lagi sbb ibu nak pergi ambil abang dari sekolah. Kadang2 je sbb ada waktu ayah sempat balik ambil abang dulu..

Malam pulak, waktu untuk main2 dengan ayah, abang & kakak. Ibu sibuk kat dapur. Lepas makan, barula ibu main dengan hasif. Kadang2 tak sempat pun main2 dengan ibu...hasif dah ngantuk sangat.. Ibu datang pegang hasif  sekejap terus je hasif tido.. Kadang2 sampai ibu bising2 pun hasif cerah je lagi mata....


belajar floating dgn kak mas

 Itu cerita untuk hari Isnin -Jumaat. Kalau hari Sabtu pulak, aktiviti exercise kat rumah ibu longgarkan. Tapi dia tambah satu lagi..:( Ibu bawak hasif belaja berenang. Sebenarnya belajar  terapung je. Join abg ngan kakak yg belajar berenang. Ibu cakap acik tu bagi free je. Tapi..hasif tak suka. Tiap2 kali belajar mesti hasif nangis. Habis semua blok kat rumah hasif dengar hasif nangis. Ibu pujuk pun hasif tak layan.. Mesti ibu geram kan buu.. :)

Ok, itu je la aktiviti hasif. Selalunya setiap hari benda yg sama berlaku cuma masanya aje yg berubah2 pasal ibu hasif ni buat apa2 ikut suka dia je..:)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 23 June 2010

Berdiri.... (dengan bantuan)

April 2010

Bulan ni umur hasif genap setahun dan dalam bulan ni jugak hasif dah boleh berdiri dengan bersandar pada dinding. Syukur..nampak takut2 dia bila didirikan tp okla. Tak de la sampai menangis. Hasif bolehhh.. caiyokk..




23/6/2010
Umur : 1 thn 2 bln 13 hari

Ari ni hasif aktif sesangat.. Mulutnya x berhenti2 berbunyi... Pastu asyik praktis berdiri sendiri pulak ari ni.. Mula2 aku rasa biasa je dia berdiri tu. Lama2, baru aku perasan yg selama ni aku yg selalu tolong dia berdiri. Start dengan berdiri kat baby cot dia. Aku nak solat waktu tu, tetiba tengok dia berdiri, tersengih2 sambil mulutnya pot pet pot pet berbunyi. Aku  biarkan aje... sepanjang aku solat, sepanjang tu la dia duk berdiri sambil pegang tiang2 kat baby cot dia tu.

Petang aku sibuk mengemaskan dapur.  Hasif kat bilik, tidoo.. Tak lama dgr suara dia..suruh aku datang ambil la tu... Aku angkat dia & letak kat ruang tamu. Tetiba dengar kakak dia menjerit2,"Ibu, ibu..tgk hasif". Bergegas aku keluar, rupa2nya kakak dia nak bagitau yang hasif duk tarik sofa & berdiri sendiri.. Ruginya x ambil gambar dia @ rakam video masa tu..Takpela..lain kali ada peluang kot..


24/6/2010

Ari ni aku sempat merakam video hasif memanjat sofa. Tak lepas la plak ari ni..hihi.. xpe... Boleh cuba lagi. Hasif bolehhh...


Petang tu plak masa letak dia dlm baby cot siap sedia dgn kamera kali ni. Nak make sure supaya boleh rakam dia bangun berdiri.. Alhamdullillah...



Alhamdulillah...malam tdi (28/6/10) hasif dah berjaya memanjat sofa. Nampaknya bulan ni perkembangan dia agak cepat sikit dari bulan2 yang lepas. Mungkin dah semakin bertenaga sbb dah banyak makan kot..:)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 22 June 2010

Hasif dah boleh pegang botol sendiri...

Umur : 1 thn 2 bln 10 hari

Alhamdulillah... mungkin utk anak2 normal, x de apanya boleh pegang sendiri botol susu tu. Tapi bila my love sorang ni boleh buat benda tu, aku rasa exited sangat... :). Over sokmo makcik azma ni...hihi..

Actually, hasif dah lama sangat boleh pegang barang dengan elok. dah 4-5 bulan dah rasanya. Tapi dia tetap tak mahu pegang botol susu. 2-3 bulan lepas, aku perasan dia dah boleh pegang sikit2 tapi bila aku try nak melatih dia, dia akan letak tangan dia kat botol susu tu sekejap je..pastu..dia campakkkk.... Aduhhh..kadang2 bising gak mulut aku ni membebel. Kadang2 tu, bila dia campak je, aku terus blah...x sabar betul ibu hasif niii... :)

2 minggu lepas, lepas subuh aku tengok dia dah gerak2 & bising2 nak susu. Aku pun bangun la nak buat susu. Kat kepala katil ada botol susu yg susunya belum habis diminum malam tadinya. Hubby aku dah ter'pengsan' balik pas semayang. Dia cam mamai2 je duk layan anak aku yg dah x sabar tu. Pas buat susu aku masuk bilik.. Terperanjatnyaaa.....aku!! Si hasif duk pegang botol sendiri hisap susu basi..Aaaaa...tidak... apa lagi..bisingla aku pagi2 buta tu kat hubby aku. Hubby aku cakap "bukan abg bagila..dia ambil sendiri". Tapi pastu ada rasa hepi gak tgk hasif dah nak try pegang sendiri botol susunya..

Sepanjang 2 minggu ni adalah beberapa kali aku tengok hasif meneruskan usahanya. Dan malam kelmarin (20/6/09), nampak dia dah boleh melakukannya.. Usianya 1thn 2bln..

20/6/09  9.52mlm

Semalam, otw ke Kiwanis utk terapi aku biarkan dia menyusu sendiri dalam kereta. Leganyaa.... sebelum ni selalu risau sebab masa tgh2 driving dia nak menyusu. Mana nak kawal kereta lagi, mana nak pegang botol lagi..nasib baik x pernah tersondol kereta orang...



Nampak cam x berapa betul lagi pegang.Tapi x pe la... Aku dah cukup bersyukur.... Alhamdulillah..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lip trainer patakara










Actually kalau korang per gi ke website   http://www.liptrainer.com/main/quickunderstand.htm ni, korang akan jumpa 3 device/alat yg boleh digunakan utk anak2 korang & utk diri sendiri jugak.

Untuk yg ada anak 3 tahun ke bawah, boleh guna baby lip trainer. Alat ni hanya perlu dimasukkan ke dalam puting susu anak korang je.. Aku ada cerita pasal kesan2 nya pada hasif selepas guna alat ni kat blog aku ni la... Aku dah masukkan beberapa maklumat kat situ so, bacala ye..

Untuk anak2 yg berumur 3 tahun ke atas, korang boleh gunakan liptrainer patakara plak. Maklumat penuh boleh dapat kat website yg aku dah paste kat atas. Bukan anak2 special kita tu je boleh guna, diri sendiri pun boleh guna..boleh hilangkan kedut2 kat muka tau! Awek muda nanti korang semua... :). Aku dah survey liptrainer ni. Ada jual kat farmasi vitacare je rasanya... harganya RM220.

Yang bottle liptrainer tu plak, aku x sure sangat macam mana. Tapi menurut Mrs. Kim, biasanya baby x guna alat ni cos kena sedut kuat. Fungsinya sama gak macam liptrainer tu...Actually, ia alat yg kita letak kat mana2 botol air (yg boleh fix la) then sedut je la air tu macam biasa. Yg ni aku x tau berapa ringgit & ada kat farmasi @ tak.. Mrs Kim ni x byk cerita sangat. Kena tanya banyak2 kalau nak tahu..

Anyway, lagi banyak info & jugak testimoni kat website liptrainer patakara tu. Aku promote sgt2 ni bukannya dapat apa2 komisyen pun... cuma nak kongsi info supaya anak2 kita jadi anak OKU yang POWERRRRR.... hihi..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 21 June 2010

Hasif & baby liptrainer patakara

Sepanjang 2 mggu cuti sekolah ni, aku sekluarga balik kg kat KB & juga temerloh.. syoknya.. dan lagi syok bila tgk hasif banyak berubah skang ni.. dia dah pandai buat mimik muka..kelip2 mata bila tgk org.. apa lagi makin aktifla pak sedare & mak sedare dia duk kacau2 dia.. suka sgt tgk mata hasif tu terkenyit2 kat diaorg agaknya..haha..tp x dpt nak upload gambar sbb bila si hasif ni buat mimik muka tu, tepon ntah kat mana2..x sempat nak ambil gambar.. selain tu dia jugak pandai merajuk bila asyik kena kacau je.. tunduk je bila start merajuk. Bila dah sedih sgt, sambil tertunduk2 tu la.. dia menangis.

Mungkin ni kesan dari penggunaan baby trainer patakara tu kot. Dulu mulut dia senyap je... Skang, pot pet, pot pet..walaupun ntah apa2 yg dibisingkannya. Kadang2 terdengar jugak sebutan2 yg omputih panggil 'jargon' kalau x silapla... sebutan tu macam betul tp macam x betul..hihi..jgn konpius.. si hasif ni kadang2 dapat dengar dia sebut ayah & ibu.. tp bila suruh ulang balik, x kluar apa yg dia sebut tu. Sebutan dia tu pun seolah2 macam x sengaja terkeluar je bukannya sbb pandai sebut.. tp selalu gak la boleh dengar.

Skang, hasif dah boleh kunyah nasi keras cam kita makan tu..aku ni malas skit...(bukan skit, banyak sbnrnya.. :D), slalu x de idea nak masak bubur apa tuk dia. so, bila dia dah boleh makan skali ngan kami, senang skit rasa.. cuma make sure ada sayur khas tuk dia la..kalau tak, x mkan sayur la jawabnya..

Oo ya..baby liptrainer patakara tu tak dapat cari kat farmasi. Kalau ada pun farmasi kat Jepun je kot sbb barang tu asal dari sana..haha...  Aku memang galakkan sangat2 beli alat ni. Walaupun mahal skit (sbb alat tu kecik je, tuk sumbat dalam puting susu anak), berbaloi....korang boleh baca banyak lagi tentang alat ni kat website ni



Baca testimonial dia skali yek. Nak cari alat ni aku ada contact no.nya.. Jgn bimbang, aku dah tanya tuan punya diri boleh ke aku letak nombor dia kat blog ni.. dia kata boleh sesangat.. 

                         Nombornya: 0122481208
                         Namanya   : Mrs Kim

Cumaaa....hihi..kena cakap omputih. Terbelit lidah aku nak speaking ngan dia.. Mula2 aku call dia, dia ckp omputih la. Aku terus tanya "can i speak in malay?" Terus dia jawab tak boleh. Menggelabah aku dibuatnya..huhu... Tapi dia ok, very polite.

Harga alat tu saja aku tak sure cos masa aku beli tu, aku mintak dia beli botol skali. Semua sekali masa aku beli tu RM110. Kalau ikut website dia, dia cadangkan guna dengan botol susu jenama pigeon. Bila aku guna, sebenarnya botol tu korang boleh guna apa2 jenama asal saiznya standard, bukan yg mulut besar tu... :) Cuma, putingnya korang kena cari betul2 sebab kalau saiznya cukup2 dengan alat patakara tu, menangisla anak korang nak menyusu..susu tak keluar la sbb lubang alat tu dah kena himpit..  Aku beli gak puting pigeon tapi tak sesuai utk alat tu. Ada 3 kali rasanya aku mencari puting yg sesuai last2 aku dapat kat tesco.

 Jenama apa tah..aku dah buang plastiknya. Nantila aku check kat puting tu nanti.... Ok, selamat mencuba...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 17 June 2010

Meniarap

Yeaa..saya dah boleh meniarapp...

Umur : 6 bulan 3 hari (13/10/09)

Setelah puas berhempas pulas exercise, akhirnya hasif berjaya meniarap. :) Penat ibu dia menunggu.. Alhamdulillah..

Ceria dapat meniarap..
                                                 
Penat meniarap ni rupanya...







Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 16 June 2010

Selepas keluar dari PPUM dan Pendaftaran KIWANIS

2-3 hari selepas dibenarkan keluar dari hospital, hidupku rasa tenang sangat. Tiada lagi wayar2 berselirat di badan hasif. Cuma kadang2 hati dilanda kerisauan, bimbang sebarang perkara yang tidak diingin berlaku lagi terhadap hasif… Dalam hati aku tertanya2. Apa yang harus aku buat sekarang? Bagaimana harus aku membesarkannya? Apakah cara yang terbaik? Bermacam2 persoalan sering memenuhi tempurung kepalaku ini.. Tapi buat seketika aku merehatkan diri. Skrg waktu utk aku menghabiskan pantangku dgn sebaik2nya.. namun ianya sukar dicapai kerana hasif mempunyai abang & kakak yang juga memerlukan perhatian.

Sehabis pantang, aku mengisi borang kemasukan hasif ke KIWANIS. Hatiku berdoa semoga hasif dapt mengikuti program di situ secepat mungkin kerana menurut info di website mereka, baby berusia 2 bln sudah boleh mengikuti program tersebut. Dalam pada itu, aku juga membuat satu kejutan bukan shj terhadap suamiku & org lain malah pada diriku sendiri iaitu aku akan mengambil cuti tanpa gaji selama 2 TAHUN!! Hehehe..macam tak percaya je aku yg gila kerja ni boleh ambil cuti yg begitu lama..

Untuk masuk ke KIWANIS perlu ada sokongan daripada doktor yg merawat Hasif. Tp doktor di PPUM kurang ‘mesra alam’ (haha..) utk mengisi borang permohonan tersebut. Aku semakin tak sabar kerana hasif sudah hampir berusia 2 bln. Lalu aku ke specialist swasta dan meminta jasa baik beliau utk menyokong permohonanku. Hah! Tak sampai sejam form tu dah ready. Aku terus minta suamiku faxkan form tersebut & lepas je suamiku fax, apa lagi….aku pun terus call KIWANIS bagitau form aku dah difaxkan. Diaorg x sempat check pun lg fax yg masuk tp sebab aku ni ‘overacting’ terpaksalah diaorg check waktu tu jugak &‘confirm’kan aku yg form hasif dah sampai… Legaaaa… hihi..

Masa hasif dah 2 bln, KIWANIS tak panggil2 lagi. Marah nih!! :D Aku call lagi. HR diaorg bgtau kena tggu sat pasal anak aku sorang je baru nak daftar. “Tunggu la 1-2 mggu lagi..” kata diaorg. Isshhh… tak sbr dah aku ni… Penat dah membebel kat hubby pasal KIWANIS tak panggil2 lagi. Aku rasa hubby aku pun pening ngan aku..hihi… Akhirnya, masa hasif 2 ½ bln, KIWANIS call. Diaorg suruh datang utk assessment. Aku pun bawakla hasif ke sana… Lepas assessment, aku di beritahu tarikh & waktu utk kelas hasif yg pertama. Lupa la plak aku tarikh hasif memulakan kelasnya… yg aku ingat hari & waktu je…setiap rabu pukul 10-11pg…

Start dari itu, hasif pun mula la pegi kelas. Hari lain kelas ngan ibu… Masa ni hasif jadi kesayangan cikgu sbb dia baikkkkk…sangat2… Cikgu dia buatla mcm mana pun kat dia, dia x menangis pun. Tambahan suaranya makin lama makin perlahan kerana mempunyai kahak yang banyak…….

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 15 June 2010

Kenangan di PPUM


15/4/2009 Jam 1 pagi hasif dimasukkan ke ICU untuk menstabilkannya sebelum pembedahan. Inilah keadaan hasif masa mula2 dimasukkan ke ICU. Dr mengesahkan hasif mempunyai duodenal atresia, pneumonia dan jaundis untuk dirawat. Untuk pembedahan dilangsungkan jaundis hasif perlu diturunkan sedikit begitu jg dgn pneumonia.

16/4/2009 hasif dipindahkan ke wad paediatrik 3 kerana keadaannya agak stabil tp masih diletak bawah pengawasan yg rapi. Mesin yg mencatatkan jumlah oksigen dalam tubuh hasif asyik berbunyi kerana pneumonianya masih tak ok.


17/4/2009 Hasif dibawa ke bilik pembedahan selepas sembahyang jumaat. Dia dibawa pergi semasa aku sdg berada di bilik air. Tak sempat aku memeluk dan menciumnnya sebelum dia dibius. Sedihnya..
Aku ngan hubby menanti dgn sabar di luar bilik pembedahan. Kata nurse pembedahan tu dalam 2 jam shj. Lepas 2 jam hasif x keluar2. Aku risau bukan kepalang. Selepas 3 jam lebih barula hasif di bawa keluar terus ke ICU. Menurut Dr dalam 10 hari, insyaAllah hasif akan pulih sepenuhnya. Tapi tuhan lebih mengetahui. Hasif terpaksa berada di sana dalam 3 minggu kerana pneumonianya masih tidak pulih. 3 kali dia terpaksa menghadapi extubate & intubate. Setiap kali itulah hati aku menjadi rawan melihat deritanya dia nak bernafas utk meneruskan hidup. :'(


Selepas pembedahan, mcm2 wayar berselirat di badan hasif. Yang paling kuingat tubuh hasif dimasukkan morfin utk mengurangkan kesakitannya. Beberapa kali dimasukkan darah kerana kekurangan darah. Boleh dikatakan selang sehari tubuhnya dicucuk utk membuat line yg baru utk memasukkan ubat2an dan makanan ke tubuhnya kerana keadaan line yg tersumbat ataupun kaki & tangannya membengkak. Akhir sekali, satu line dibuat di kepalanya...so, okla skit pas tu. Takde la hasif asyik dicucuk saja seperti sebelumnya. Awal2nya, hasif hanya dimasukkan air ke dalam bdn utk bantuan makanan & minuman. Akhirnya selepas 7 hari hasif diberi TPN sbg bantuan sepenuhnya kepada tubuh dia kerana dia masih tidak boleh mengambil susu dari aku, even melalui tiub cos luka di bhgn dalam masih belum sembuh. Aku x ingat hari ke berapa tiub makanan tersebut boleh ditarik & dicabut dari perutnya..tp selepas tu aku dah boleh berikan susu melalui salah satu tiub yang disambungkan ke tubuhnya itu. Syukur...


5/5/2009 Hasif dipindahkan ke wad paediatrik 3 smula. Keadaannya dah agak stabil. Mesin2 yg penuh di sekelilingnya dah berkurangan. Kerisauan aku pun dah reda sedikit. Cuma hati tu masih ada perasaan menafikan anakku ini SD.


7/5/2009 Hasif dibenarkan pulang. Aku bertanyakan keputusan ujian kromosom hasif. Akhirnya Dr mengesahkan Hasif sememangnya baby special dgn jenis trisomy 21. Aku redha... Dah puas aku menangis sepanjang Hasif di hospital. Bila mendengar keputusan dari Doktor, air mata aku dah kering agaknya.. Aku tenang sj mendengarnya. Hasif pun dah selamat. Alhamdulillah..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, 13 June 2010


Ni video hasif berusia 24jam. Kecik je...Aku ingatkan besar pasal my tummy besar mengalahkan org mengandung anak kembar je.. :) Kalau tak dapat tengok video ni, cuba klik link kat bawah, mungkin dapat tonton kot...

http://www.youtube.com/watch?v=h2HF_Yj45Gk

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, 12 June 2010

Kelahiran Hasif

Hasif dilahirkan awal 2 mgu dari tarikh yang sepatutnya. Mungkin kerana aku terjatuh 3 hari sebelum tu yang menyebabkan dia tak sabar2 nak kluar.. :). Oleh kerana lendir yg mengandungi darah sudah keluar 2 hari tetapi sakit utuk melahirkan masih kurang terasa, maka Dr mecadangkan spy aku memilih jalan kedua iaitu 'induce'. Aku pun ikut je la. 3 jam lepas mengambil ubat, air ketubanku pecah dan hampir 2 jam selepas tu Hasif pun dilahirkan. Hanya disambut oleh nurse sebab Dr tak sempat sampai masa aku meneran hasif keluar. Ada sedikit tangisan tetapi perlahan. Aku tidak ditunjukkan anakku, tak seperti anak2 yg lain dulu tp aku tak terasa apa2 pun. Aku hanya dapat melihat anak selepas dia dibersihkan dan diazankan oleh suamiku. Lama jugak kalau tak silap. Aku dapat bersama dgn hasif agak lama tapi aku tak dapat megesan sebarang perbezaan padanya. Cuma aku hairan kenapa anak yang ini kecil je (2.15kg) padahal anak2ku sebelum ni semuanya besar2...


Malam, aku diasingkan dari anak. Bersalin di swasta macam ni la.. Kononnya supaya kita dapat rehat yg cukup. Bila dah bosan sgt, aku berjalan keluar. Nak mintak nurse bawa hasif ke bilik aku. Puas aku panggil nurse tapi tiada. Aku pun menjenguk ke tempat baby. Aku tgk hasif diberi bantuan oksigen. Aku apalagi, terus panggil nurse kuat2 nak tahu kenapa. Terperanjat seorang daripada nurse tu melihat aku. Bila aku tanya keadaan hasif pun dia tak mampu menjawab. Terpaksa minta kawan dia jelaskan. Aku hanya diberitahu yang hasif mengalami kekurangan oksigen. Sebab tu perlukan bantuan oksigen. Aku pun x cakap byk. Lepas melihat hasif aku pun masuk ke bilik semula. Anakku langsung tak menangis sepanjang malam. Herannya.... aku.


Esoknya, Dr masuk semasa aku bersama hasif di bilikku. Dia bertanya tentang mata hasif (mata anak2 SD kan agak tertarik & nampak bengkak). Aku cakap anak2 ku sebelum ni semuanya macam tu. Dia pun terus tutup mulut tak cakap apa2.


Balik rumah, aku belek anak. Aku tengok kepala anakku agak leper di bahagian belakang seperti anak2 SD. Aku pun terus bertanya kepada suami. Rupa2nya suamiku dah tahu. Terpana kejap aku waktu tu.. Sedih tak, nangis tak..rasa kosong je. Dalam pada itu, aku juga sgt risau kerana anak tak buang air besar, buang air kecil pun skit je. Pastu lepas 5-10 min minum susu, dia muntah. Muntahnya berwarna hitam dan bertali-tali. Menangis pun tak. senyap je.. Akhirnya, masuk hari keempat, hasif dapat jaundis. Kuning sgt.. Bw ke hospital tempat bersalin, lalu Dr terus buat surat untuk masukkan hasif ke hospital.

Kami ke PPUM. Sepanjang petang sampai malam doktor men'diagnosis' hasif. Akhirnya diberitahu hasif mempunyai masalah dgn usus kecil yg dikenali sbg duodenal atresia dan perlukan pembedahan. Sebelum pembedahan dia perlu distabilkan dahulu kerana badannya sudah 'kering' kerana susu yang diminum tidak dapat diserap ke dalam badan. Dr juga bgtau darah hasif pun 'kering'...

Pukul 1 pagi hasif di bawa ke ICU. Ketika itu bermula lah saat genting dalam hidup hasif..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS