Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Saturday, 24 July 2010

Ketam gigi & tentang gigi...

Sebenarnya, ni sambungan dari post pemeriksaan gigi kat Kiwanis tu. Ada nak tambah info skit. Semalam ingat nak sambung je terus kat post tu tapi kalau nak bagi info ni kan kena pikir banyak skit. Tu yg malas nak masukkan sekali tu.. :D


Hasif dah guna berus gigi baru tu. Rasanya memang berus gigi tu memudahkan tugas kita membersihkan gigi mereka. Sekali gosok aje dah settle semua. Tambahan plak, hasif skang asyik ngamuk je bila giginya diberus. Masa guna berus yang disarung di jari dulu dia ok sangat. Skang, bila start pakai berus gigi yg biasa tu dia macam tak suka & selalu nangis. Ada masa sampai berdarah gusi bila dia meronta2 tak mahu giginya digosok. Bila guna berus gigi khas tu, memang dia still tak suka tapi masa menggosok gigi dah jadi singkat kan. So, kurangla skit potensi dia mengamuk tu. Tambah pulak aku selitkan aksesori cute untuk dia masa menggosok iaitu cermin bentuk apple yg berwarna hijau. Ralit la skit dia masa tu.. Rasanya tak ada masalah sangat dgn berus gigi baru tu. Kalau ada pun, saiz kepalanya yg agak besar ( ye la..kan utk 3 permukaan..). So, kena pastikan anak2 buka mulut luas skit la…

Bercakap pasal berus gigi khas tu, kalau korang susah nak jumpa jangan la susah hati. Sebenarnya aku ada bertanya pada Doktor Jama’iah tentang apa nak buat kalau anak kita susah sangat nak diberus giginya. Beliau cadangkan supaya menggunakan berus gigi elektrik. Mudah sedikit dan mungkin membuatkan anak2 jadi sedikit ralit bila mendengar bunyi yang dihasilkan oleh berus gigi tu..

Pasal berus gigi elektrik ni, aku ada satu cadangan. Aku pun tak ada berus gigi ni. Tapi aku rasa ianya amat sesuai untuk bayi istimewa kita. Masa pemeriksaan gigi ituari, ada seorang ibu membawa satu set berus gigi elektrik Mother Care. Saiznya kecil dan datang dengan pelbagai jenis ‘kepala’. Ada yg berfungsi untuk gusi, lidah, gigi dan bahagian dalam gigi. Saiznya yg kecil juga sangat sesuai untuk mulut bayi. Korang boleh dapatkan berus gigi ni ni butik Mother Care. Boleh surf kat website mothercare jugak http://www.mothercare.com.my/web/ .Berus gigi elektrik di pasaran pun ok tapi ‘kepala’ berus gigi tu agak besar untuk baby. Kalau yang macam ini, ia lebih sesuai untuk anak2 kita yang sudah berada di peringkat kanak2.

Hasif dah dapat skil baru satu lagi. Skil yang tak pernah diajar dan boleh merosakkan gigi jika berterusan.. Skil ‘mengetam gigi’.. Aduhhh… sape ajar ni sif? Rosakla gigi nanti.. Apa aku nak buat ni???     Ber‘kruk-krak’ gigi dia berbunyi bila dia start mengetam gigi. Yang oknya dia hanya mengetam gigi semasa mandi dan beberapa ketika selepas mandi. Harapnya tak berterusan la…huhu..

Meh share info pasal gigi yg aku dapat ituari ye…(rasanya tak lengkap sangat pasal aku tak sempat mencatat pun ituari)

1) Masalah & ciri2 gigi pada anak2 SD
- gigi terlalu banyak (padat)
- gigi tumbuh sedikit sahaja
- saiz gigi sangat kecil
- saiz gigi sangat besar
- permukaan atas gigi yang tak rata dengan saiz seperti kon
- gigi susu tumbuh lambat so gigi kekal pun sama juga
- susunan gigi tidak teratur




Ini antara masalah gigi di kalangan anak2 SD


2) Cara penjagaan
- sama macam kita menjaga gigi kanak2 normal cuma perlu pemerhatian lebih semasa     mencuci/membersihkan gigi
- palitkan ‘tooth mousse’ di atas permukaan gigi 1 minggu 1 kali (kalau gigi tidak bermasalah). Tooth mousse ni boleh di dapati di farmasi. Ada yg untuk kanak2 tetapi boleh juga gunakan org dewasa punya cuma elakkan tooth mousse plus (tooth mousse+) kerana ia mengandungi fluoride. Flouride tidak sesuai untuk kanak2 ye..
- buat check-up 2 kali setahun
- start membersihkan gusi semasa umur 2 bulan
- Cuba stop bottle feeding pada usia 2 tahun. Ajar anak menggunakan cawan pada usia ini.
- Sekiranya anak menyusu sebelum tidur, cuba berikan air masak selepas penyusuan sbg satu cara untuk mengurangkan punca yg menyebabkan kerosakan gigi.

Ok..itu aje yg dapat dikongsikan kali ini. Selamat menjaga gigi anak2 istimewa korang ye... Kalau nak tau lebih lagi boleh surf kat sini  

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 22 July 2010

Pemeriksaan gigi anjuran Kiwanis

Iskkhhh..rajin pulak meng'up-date' blog akhir2 ni.. :). Time banyak cerita, banyakla boleh dikongsikan... Pagi tadi ke Kiwanis dgn hasif & kakaknya. Selepas kelas Isnin baru 2ni, teacher hasif ada bagitahu hari ni ada pemeriksaan gigi dan penerangan serba-sedikit dari doktor gigi paediatrik dari HKL. Aku rasa inilah waktu yang sesuai untuk mendapatkan lebih info tentang gigi anak2 SD ini. Lagi satu, aku ni tak tahu plak wujudnya klinik gigi khas untuk kanak-kanak di HKL tu. Aku ingatkan klinik gigi sama saja untuk kanak2 & org dewasa.

Masa aku sampai sesi memperkenalkan ahli2 kesihatan dari HKL tu sedang berlangsung. Comelnya doktor yang mengetuai rombongan mereka. Dr. Jama'iah namanya. Bersama2 beliau turut hadir ialah jururawat pergigian, pembantu pembedahan pergigian, juruteknik dan beberapa org lagi yg aku tak berapa dengar tugas mereka..hihi..biasala.. dah tua2 ni kadar tumpuan tu agak rendah skit..

Dr. Jama'iah dr HKL

Alhamdulillah..banyak info yang aku dapat bila mendengar penerangan doktor comel tu.. :). Actually, hari ni adalah hari untuk pemeriksaan gigi sahaja tetapi sebab ramai anak2 yang akan di'check-up', jadi terpaksalah menunggu giliran mengikut kelas masing-masing. Sementara menunggu, ibu bapa boleh bertanya apa2 yang kurang jelas tentang gigi anak2 istimewa ini.

Syukur sangat sebab hasif bagus sangat2 hari ni. Tak buat bising pun..duk diam je atas riba. Kakaknya pulak yg bising2 tanya macam2. Dah last2 minute barula si hasif nampak boring dan start nak memanjat aku.. Cuma, aku sedikit frustrated pasal tak sempat nak check gigi hasif. Sesi soal jawab habis pukul 10.45pg. Abang si hasif ni balik sekolah agama pukul 11 pagi. Terpaksalah aku 'melarikan diri' sebelum sempat gigi hasif di check oleh doktor. Aku cuma sempat membeli berus gigi yg memang dicipta khas untuk anak2 istimewa tu aje.

Posing sambil dengar doktor bercerita



Ni la berus gigi khas yg aku cakap tu



Kepala berus gigi tu bertindak ke 3 permukaan gigi sekaligus


Terima kasih PSG Kiwanis kerana menganjurkan program2 yg sangat berguna & bermanfaat buat kami!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 21 July 2010

Portable pool dah jadi playpen

Masa hasif dalam usia 5 bulan, aku membelikannya sebuah portable pool supaya dia boleh berenang selalu dan dapat menguatkan otot2nya yang agak lembik itu. Walaupun di kawasan kediamanku ini disediakan kolam renang utk kemudahan semua, aku masih meneruskan hasrat mendapatkan pool itu kerana aku pernah terbaca klorin yg digunakan untuk memastikan air kolam sentiasa bersih adalah kurang elok untuk baby. Si hasif ni plak kan anak istimewa yang antibodinya lemah, so baiklah aku mengambil langkah berjaga2. Lagipun bila guna portable pool tu, aku boleh masukkan air suam ke dalamnya. Takde la sejuk sangat dia duk berenang2 tu..

Si hasif ni memang suka sangat dengan air. So, masa 1st time aku masukkan ke dalam pool tu, tanggapan aku salah sama skali. Aku duk bayangkan dia menangis2 tak mau masuk, rupa2nya exited tahap gaban. Haha.. maksudnya, sangat2 excited...



Sekarang ni dia dah besar skit. Dah agak lama aku biasakan dia dengan kolam kat rumah aku ni. So, portable pool dia tu dah masuk stor la... Akhir2 ni hasif terlalu aktif mengesot (scooting) sampai aku jadi risau. Cikgu dia dah berpesan supaya control aktiviti scooting dia ni. Nnt dia tak mahu menguasai skil lain lagi. Maksudnya skil berjalan la tu.. Janganla gitu sif..ibu ni berharap sangat hasif boleh jalan cepat2 supaya bila ibu start kerja nanti rasa tenang je nak tinggalkan hasif kat orang lain. Untuk mengurang aktiviti mengesot dia ni, terpaksala aku letak dia dalam satu tempat yang dia tak boleh nak mengesot lagi. Pernah terfikir nak belikan playpen. Tapi rasa cam malas la plak sbb sape nak guna bila hasif dah besar nnt. (Macamla konpem tak ada anak dah pas ni...hehe....). Pastu teringatkan pool yg dah masuk stor ni. Masa nak beli dulu (beli online), ada diterangkan boleh dijadikan playpen bila tak digunakan sebagai pool. Kalau mak2nya nak ber'spa'pun boleh gunakan pool ni. Tapi tak pernahnya aku try ber'spa' kat dalam pool tu. :D
  


Bulan lepas dah try dah jadikan playpen.Ok je tapi pening sbb pool ni ambil byk space. Rumah kecik. Bukak je pool tu terus rasa semak je. Simpan smula... Dalam minggu ni, pool tu dibuka balik. Skang ni semak ke tidak, kena buat tak nampak je la. Si hasif ni duduk dalam tu bukannya reti nak diam. Duk memanjat je pastu duk buat 'henjut-henjut'.

Nak jadi cerita semalam aku mengantuk gila2 punya. Aku letak la dia dalam 'playpen' tu. Playpen tu kan ringan. So, aku letak la barang2 sekeliling dia supaya dia tak terbalik bila panjat kat satu bahagian je. Pastu aku tertido. Dia duk dalam playpen tu sambil menontoton cd 'laugh & play' kegemarannya. Aku hanya tersedar bila dia nangis kuat sangat dan aku tengok waktu tu dia dah kena serkup dengan 'playpen baru' dia tu. Hihi..aku tak tahu nak gelak ke nak kesiankan dia waktu. Tp dia nampak takut sangat. Kesian hasif.. Aku peluk dia, pujuk2, baru nampak tenang.

Nampaknya, dia tak serik pun dengan peristiwa kena serkup dgn pool tu. Petang semalam bila aku letak semula ke dalamnya, dia pun start memanjat smula & main 'henjut-henjut' lagi sampai senget2 playpen dia tu. Hasif..hasif.. buas sungguh anak ibu ni... :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 20 July 2010

Campak botol..

Hasif dah boleh pegang botol sendiri. Syukur... Hasif suka campak botol masa menyusu...huhuhu...Nak buat apa ni? Tak paham aku. Masa nak bagi dia minum susu punyala dia tak sabar2 sampai nak menangis. Bila diberi pada dia, hisap sekejap, campak; hisap sekejap, campak.. Macam nak menduga kesabaran ibu je..

Semalam ada kelas kat kiwanis. Aku sempat bertanya dgn cikgu dia pasal aku memang betul2 tak tahu nak buat macam mana. Ikutkan kepala angin aku ni ntah apa2 yg aku buat. Mula2 dulu, bising2 marah2 kat dia. Dia kisah pun tidak..Duk tengok je reaksi aku bila aku membebel. Tak jalan ngan marah2, aku ketuk tangan dia dgn tukul mainan kanak2 yg bunyi je lebih tp bila ketuk tak rasa apa pun.. Memang le dia tak sakit, tapi dia akan tengok aku lagi then... campak lagi botol susu dia. Ohh..tidak.. Tensen sungguh. Abg ngan kakak dia kalau disuruh tengok adik menyusu, dua2 bising. Menurun ibu dia la tu...hehe.. Tak terkecuali ayah dia. Memang semua bisinglah... hasif..hasif... semua org bisingkan hasif duk campak botol.

Alhamdullillah...cikgu hasif bagitau bila dia campak, ambil botol tu susukan dia balik tanpa sebarang ekspresi muka. Katanya, kalau kita marah2 @ bising2 nnt dia akan gunakan keadaan itu sbg cara untuk mendapatkan perhatian. So, aku pun try la. Bila hasif campak botol, aku ambil dan susukan dia tanpa suara @ muka yg bengang. Dia macam blur je tengok aku. Haha..mesti dia konpius. Apa jadi dah ngan ibu dia agaknya.. Harap2 habit dia yg satu ni akan terhenti satu hari nanti. Tak best betul tengok dia duk campak botol camtu..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 16 July 2010

Sambungan... hasif & liptrainer patakara

Alhamdulillah..nampaknya ada kawan2 yg juga berminat dgn liptrainer patakara ni. So, kebetulan dah ada yg membeli, aku nak share sedikit maklumat yg mungkin berguna buat korang. Aku dah ada sebutkan masalah mendapatkan puting yg sesuai utk liptrainer tu sebelum  ni. Tapi ari ni aku akan cerita detail skit lagi.

Actually, lepas aku jumpa Mrs. Kim (masa tu dlm pukul 2 kalau tak silap) untuk dapatkan liptrainer tu, aku memang dah tak sabar2 dah nak mulakan dengan Hasif. Malangnya waktu tu hasif menggunakan botol Avent yg sememangnya jenis 'wide-neck'. Botol yg dibekalkan sekali oleh Mrs. Kim ada tapi normal la kan..puting yang datang sekali dengan botol ialah puting utk baby bawah 6 bulan. Oleh kerana aku ni memang jenis yang tak sabo (hehe..), petang tu jugak aku pergi cari puting saiz L utk hasif.

Namun, kasebaranku memang diuji. 2 hari berturut2 aku mencari puting yang sesuai. Cari yang mahal skit, kononnya kualiti lagi baik. Tapi tak sesuai jugak untuk liptrainer tu.



pigeon


nuby

Kedua-dua puting di atas barharga dalam belasan ringgit (utk 2 puting) kalau aku tak silap. Puting pigeon tu bahagian bawahnya terlalu sempit utk liptrainer sampai susu tak boleh keluar. Manakala puting nuby tu memang cantik dan aku suka sangat. Malangnya ia ada part macam kaki dibawahnya. So, bila masukkan liptrainer, susu akan leaking ke dalam puting. Jadi, fungsi liptrainer sbg 'mouth excercise' sudah tiada lagi.

Last2 aku teringat aku pernah ternampak puting yang gemuk macam puting nuby di atas tapi tak ada 'kaki' di bawahnya.. :D  Aku pergi ke tesco dan menjumpai puting yang sesuai itu. Puting pureen yang aku cakap tu la... Puting tu murah je. Enam ringgit lebih kalau tak silap utk 3 puting.


                                          
So, inilah puting yang hasif gunakan sampai sekarang. Jenis Pureen Long Neck. Liptrainer yang hasif guna pun dah bertukar kepada saiz M. Cuma sedikit peringatan di sini. 2-3 minggu pertama penggunaan liptrainer ini, anak korang akan minum sedikit sahaja sebab mulut diaorg penat nak menghisap. Bila terlalu penat menghisap, mereka lebih rela berlapar dari meneruskan penyusuan. Hasif kehilangan berat hampir 300gram selepas menggunakan liptrainer ni.. Tapi, bila diaorang dah  biasa, penyusuan akan kembali normal. Sebagai ibu, pada peringkat ini apa yg perlu anda buat ialah, 'buat bodo' je..haha... Keraskan sikit hati tu. Memangla risau tengok anak tak mahu menyusu. Cuba cari alternatif lain dengan menyudukan susu atau jus buah-buahan kalau nampak diaorg menyusu sikit sangat. Okla...Selamat Berjaya...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 14 July 2010

Duduk ( dgn bantuan & tanpa bantuan)

 

Hasif start boleh duduk dgn bantuan masa usia 6 bulan. Duduk dengan bantuan ni maksudnya dia boleh duduk dengan stabil tapi kita kena dudukkan dia kerana dia tak mampu menolak badan dia utk duduk dari posisi berbaring (terlentang @ meniarap). Untuk membantu menambah kestabilan dia semasa duduk, aku membeli satu alat mainan yg melibatkan 2 skil iaitu menendang (tambah kekuatan kaki) dan duduk. Alhamdulillah, dia dapat duduk dengan stabil dalam masa yg tidak terlalu lama. Tapi macam mana pun, terlentang tiba2 tu dah jd sebahagian dalam rutin dia sehari2…kesian hasif..

Tapi bayangkan berapa lama utk dia ambil masa duduk dengan bantuan berubah kepada skil duduk tanpa bantuan. Sekarang usia dia sudah hampir 1 thn 3 bulan. Baru seminggu ni dia dah boleh sikit2 duduk tanpa bantuan. Itupun still aku kena tunjukkan caranya. Hampir 10 bulan tu…Salah ibu dia jugak. Jarang2 ajar hasif skil tu. Sepatutnya setiap hari diajar. Aku ajar ikut suka aku je.. :)

Sekarang ni, jarang2 je aku tengok tiba2 dia dah dapat duduk. Aku ni punyala exited nak rakam proses dia duduk sendiri tu tp sampai naik boring aku menunggu dgn hand phone still x dpt rakam. Bila time aku tak ready, dia sedap je beraksi duduk sendiri depan aku.. ‘berbulu’ je mata ibu dia ni..haha…


10/7/2010

Hari ni umur hasif cukup2 1 thn 3 bln. Alhamdulillah...hasif dah berjaya menolak badan untuk duduk sendiri. Syukur..nampak dia pun happy je.. Bila2 boring meniarap terus je duduk. Cuma satu je... dapat duduk je duk mengesot merata2. Aku kena ajar skil berjalan cepat2 ni supaya dia dapat rasa berjalan tu berpuluh2 kali lagi best dari mengesot..


Ni la videonya.. Puas aku berusaha merakamnya.. berjaya sudah..hihi.. Kalau tak boleh tengok, pegi sini ye.. http://www.youtube.com/watch?v=qcnfvOzc_Sw

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 13 July 2010

Mengesot

Hasif start mengesot menggunakan dada (creeping) dan juga mengesot menggunakan punggung dalam usia 1thn 1 bulan. Mula dengan mengesot dengan punggung dahulu. Aku dah risau sebab therapist kat PPUM bgtau kalau dia dah start mengesot guna punggung, dia akan lambat sikit berjalan sbb dia dah selesa dapat bergerak ke mana-mana dengan mengesot aje. Nsb baikla sekejap je dia bergerak mcm tu. Dia tak sempat nak menguasai sepenuhnya mengesot dengan punggung. Baru gerak skit2 je, dia dah dapat menguasai mengesot dgn dada. Syukur.. Nnt leper punggung kalau duk mengesot dgn punggung je..hihi..

 

Actually, aku pernah berborak dengan seorang ibu yg perkenalkan diri dia sebagai Pn. Bedah di PPUM. Beliau seorang ibu kepada anak perempuan yg mempunyai SD. Anak beliau sudah berusia 13thn kalau tak silap. Pn. Bedah berhenti kerja setelah mempunyai anak SD dan beliau menceritakan anak perempuannya itu hanya berjalan setelah berumur 7 thn. Sepanjang proses utk si anak ni boleh berjalan, dia hanya mengesot shj ke sana ke mari. “Sebab tu punggung dia leper tak macam perempuan lain” kata si ibu kepada saya. Bila saya perhatikan si anak ni, mmg betul kata ibunya. Dia membesar sebagai seorang wanita yg ‘tiada punggung’..hihi.. Tapi alhamdulillah, walaupun ‘tiada punggung’, anaknya dapat menguasai skil lain walaupun lambat. Itu yg lebih baik sebenarnya kan??!!




Sekarang, hasif boleh creeping dgn laju sekali. Aku berharap dia dapat merangkak jugak sbb aku difahamkan merangkak sgt membantu anak kita dapat berjalan dgn baik. Ini kerana jika dia boleh merangkak, itu bermakna dia mempunyai pinggang yg kuat utk menguasai skil berjalan dengan baik. InsyaAllah…

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, 11 July 2010

'Mouth-play' sebagai rawatan untuk 'lidah terjelir'

Sebelum mempunyai anak istimewa ini, aku perhatikan lidah anak2 SD ini selalu terjelir keluar. Namun, tak de pernah la pulak aku mencari apa sebabnya. Tapi bila diri sendiri memiliki anak istimewa ini, aku mula mencari sebabnya dan juga cara2 yg boleh mengurangkan sedikit keadaan sedemikian. Selalu aku terdengar, even kadan2 ada doktor yang mengatakan bahawa lidah anak2 SD ni besar sbb tu ianya asyik terjelir keluar. Sebenarnya, lidah anak2 SD ini bukanlah besar, sebaliknya mereka mempunyai mulut yg kecil dan otot lidah mereka juga lembik/lembut seperti otot2 di badan mereka.

Nasihat2 seperti utk menolak lidah mereka masuk ke dalam mulut, teguran kepada mereka supaya ‘menyimpan lidah’ ataupun memicit lidah mereka supaya masuk ke dalam mulut seharusnya dielakkan kerana ianya berkemungkinan menyebabkan situasi bertambah buruk ataupun dibimbangi anak2 kita ni menggunakan larangan2 tersebut sebagai satu cara untuk mendapatkan perhatian yg pastinya menyakitkan hati kita. Jika mahu melarangnya atau menyuruhnya menutup mulut sekalipun mestilah dengan cara yang lembut dan menyukakan mereka.

Dari pemerhatian pakar2, terdapat 2 cara terbaik sebagai rawatannya ialah melalui oral feeding & mouth play. Tak taula aku apa istilah yg sesuai utk kedua2 rawatan tu.. Kalau korang ada cdgn bgtau la yek… Utk kali ini aku memfokuskan kepada ‘mouth play’ sahaja.

Cuba berikan mainan kepada bayi & lihat apa yg mereka buat. Selalunya mereka akan terus memasukkannya ke dalam mulut. Betul tak?? Ini la namanya ‘mouth play’. Melalui ‘mouth play’ inilah bayi2 ni semua belajar ttg bentuk, saiz, tekstur dan juga rasa. Selain tu ia juga mengajar bayi mengunyah, menggigit, menjilat dan menghisap. Kebolehan ini memudahkan proses perubahan dari menggunakan puting susu kepada sudu untuk makanan pejal menjadi lebih mudah. Dalam masa yg sama bayi2 ini mendapat pengalaman yg berguna utk menguasai skil dan pergerakan otot mulut yg betul bagi proses pertuturan suatu masa nanti. Bagi anak2 istimewa kita, ada antara mereka tidak dapat melalui peringkat yg penting ini. Kenapa? Sebagaimana yg kita ketahui, anak2 kita mempunyai masalah dalam kekuatan otot dan juga koordinasi yg dikenali sebagai hypotonia. Satu lagi faktor, anak2 ini merasakan sensasi yg dirasai dalam mulut mereka adalah tidak menyeronokkan, lebih dikenali sebagai hipersensitif.

Hipersensitif biasanya berlaku jika bayi dibiarkan terlalu lama tanpa merasa sebarang makanan atau sebarang benda yg boleh meransang deria rasa mereka. Keadaan ini biasanya berlaku kepada anak2 yg menggunakan tiub untuk mendapatkan makanan. Bila menggunakan tiub, makanan akan sampai terus ke salur pencernaan tanpa melalui sebarang proses di dalam mulut. Penggunaan mainan yg pelbagai dapat menggalakkan ‘mouth play’ sekaligus mengurangkan terjadi hipersensitif kepada anak2 kita.


Alat2 yg boleh digunakan untuk ‘mouth play’

1) Kaki dan tangan bayi sendiri
- item pertama yg patut diperkenalkan
- bayi memang sangat tertarik kepada 2 jenis anggota badan mereka ini
- meningkatkan perkembangan kepada deria rasa di tangan & juga kaki
- perkembangan awal untuk rangsangan di mulut


2) Alat mainan getah yg lembut (dan panjang)
- mulakan dengan mainan yg mempunyai tekstur licin
- pilihan yg panjang supaya anak dapat mengunyah menggunakan bahagian belakang mulut
- tukar kepada pelbagai tekstur bila anak sudah biasa dengan tekstur licin


3) Bermain dan berbual dengan anak di hadapan cermin
- anak banyak membuat bunyi-bunyian jika selalu bermain permainan ni.
- anak2 akan meniru segala perbuatan ibu, so pelbagaikan supaya anak2 dapat explore perkara yg ibu tunjukkan


4) Sudu yg diperbuat daripada getah atau plastik
- anak2dapat memegang alat ini dengan mudah
- dapat perkenalkan idea ‘self feeding’ kepada anak


5) Mainan yg boleh dipakaikan pada lengan anak (Velcro)
- anak2 akan teruja utk menghisap mainan tersebut
- turut memberi rangsangan kepada deria mata & telinga
 


6) Set berus gigi
- biasanya ada satu alat yg dikenali sebagai pengurut gusi, bentuknya macam berus gigi jugak..
- latihan awal untuk anak supaya dapat menyesuaikan diri dgn berus gigi nanti
- tak perlu tunggu sehingga gigi anak mula tumbuh


7) Mainan yg bergetar/bergegar.. (hihi..betul ke bergegar tu??)
- vibrate tu bergetar macam handphone kita tu la
- getaran tu beri kesan bergetar yang sangat bagus untuk membina ‘sensory awareness’ (aware - kesedaran… so kaitkan la dengan fungsi mainan tu ye…)
- Mainan jenama the first year ada menjual teether yang sebegini. Rasanya ada di pasaraya besar dan juga secara online.


8) Mengelap mulut
- terlalu ingin melihat anak bersih sentiasa terutamanya masa makan
- jangan lap cepat sangat. Biar je anak kita tu bersememeh dgn makanannya :D
- dapat memberikan maklumat kepada deria rasa yang membawa kepada pergerakan otot di  mulut seperti menjilat dan menggerakkan lidah


Apa2 pun jadikan ‘mouth play’ sebagai satu aktiviti yg menyeronokkan dan menarik yg dipenuhi dengan sentuhan dan ciuman di muka, pipi dan ransangan di bhgn lidah anak supaya perkembangan bahagian mulutnya berlangsung dengan baik dan jauh dari mengalami hipersensitif.

macihhh...  :)

sumber : Supporting  Feeding & Oral Development in Young Children

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 8 July 2010

Cerita hasif dan giginya

Ni je gambar hasif yg nampak gigi

Pada usia 1 tahun, gusi hasif dah start membengkak dan kelihatan putih serta keras. Namun giginya tak keluar2 jugak. Aku dah start nak frust dah sbb ada sorang kawan dia kat Kiwanis dah tumbuh gigi pada usia 11 bulan. Teruk tul ibu hasif ni padahal sorang lagi kawan hasif yg sebaya dgnnya belum ada gigi pun lagi…hehe.. Semua nak cepat, padahal anak tu mmg dah tau lambat skit perkembangannya.. ;D

Dekat2 1 thn 1 bulan, kedua2 gigi bawah hasif tumbuh keluar. Tak perasan plak aku yg mana keluar dulu, kiri @ kanan tp sekejap je lepas yg pertama tumbuh, gigi yg kedua plak keluar. Dalam masa yg sama, gusi atas pulak membengkak. Gigi atas ni plak, yang kiri dulu tumbuh then 2 mggu lepas tu, yg kanan plak tumbuh keluar. So, skang dah nak masuk 1thn 3 bulan, hasif dah ada 4 btg gigi dan dah boleh memotong serta mengunyah makanan walaupun tak berapa bagus sangat.

Susunan gigi hasif tak teratur dan gigi atas depannya tumbuh di tepi gusi, bukan di betul2 bawah gusi pada awalnya. Namun, bila kedua2nya dah keluar habis, nampak ok la. Aku dah bawa dia jumpa dentist. Kata beliau, “ok la..Jgn risau. Mmg gigi anak2 SD ni tak teratur sikit…”

Walaupun dah ada gigi, hasif menggunakan giginya dengan baik. Maksudnya, dia guna gigi dia tuk gigit makanan je, bukan utk gigit org..hihi.. Kecuali waktu aku gosok gigi dia guna berus yg sarung kat jari tu..mmg sakit gilerr..bila kena gigit. Tajam betul gigi dia, pastu siap berceracak plak tu (permukaan atas gigi tak rata). Mau nak menangis + nak marah bila kena gigit. Nasib baik hasif baby lagi… :)

Smpai skrg tak ada tanda gigi2 lain nak tumbuh. Aku try gak buka mulut dia & check kalau2 ada tanda gigi2 lain akan keluar dalam masa terdekat. Nampak macam tak ada lagi. Tak pelah..just wait & see umur berapa gigi dia akan penuh..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 6 July 2010

Meniti


 Umur : 1 thn 2 bulan 17 hari

Hasif dah boleh meniti semiggu dua ni. Start pas dia g terapi kat PPUM Jumaat lepas (25/6/10) terus dia jadi agak confident pastu. Tak berapa elok lagi geraknya. Lutut pun tak berapa nak bengkok. Keras je kaki masa melangkah.. :). Harap2 dia boleh menguasai bahagian ni secepat mungkin...


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, 3 July 2010

Penggunaan istilah @ penjelasan yang terbaik untuk Sindrom Down

Petikan ini aku dah translate dari BI ke BM. Jadi kalau ada penjelasan yg sukar difahami, maafla banyak2 ye...

1)Down vs. Down’s: National Down Syndrome Society (NDSS)USA memilih untuk menggunakan ejaan Down syndrome berbanding Down’s syndrome. Mereka memilih untuk menggunakan Down Syndrome kerana “apostrophe S" bermaksud dimiliki atau kepunyaan seseorang. Down syndrome (tanpa “apostrophe S”) pula adalah merujuk kepada keadaan seseorang @ ciri2 seseorang. Ciri2 ini telah ditemui oleh ahli fizik John Langdon Down tetapi beliau tidak mempunyai ciri2 tersebut jadi ejaan Down Syndrome lebih diterima pakai berbanding Down's Syndrome.Tapi kat Malaysia tak ada masalah kan.

2) Individu yang mempunyai Sindrom Down haruslah dirujuk sebagai individu/orang/ budak yg mempunyai Sindrom Down dan bukannya 'Budak Sindrom Down' yang selalu kita sebut tu.

3) Sindrom Down adalah keadaan @ sindrom yang dimiliki oleh seseorang individu dan bukannya sejenis penyakit.

4) Insan istimewa ini hanya 'mempunyai' Sindrom Down. Mereka bukan merana @ menderita kerananya.

5) Secara klinikal, 'terencat mental' diterima pakai utk Sindrom Down namun istilah 'masalah pembelajaran' lebih baik & sesuai utk digunakan.

Sumber : The National Down Syndrome Society USA

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS