Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 30 September 2010

Jatuh dari baby cot???

Anak kalian pernah jatuh katil? Rasanya mostly anak2 kecil pernah jatuh katil. Rasanya la… :) Bagaimana dengan jatuh dari baby cot? Macam mustahil je kan..?? Tapi itulah kenyataan yang berlaku kepada Hasif semalam dan aku terus2an pening kepala memikirkannya sehinggalah pagi tadi..


Petang semalam, semasa aku duk kalut di dapur, hasif merengek2 mintak susu. Waktu tu aku letakkan dia di dalam baby cot untuk mengurangkan potensi dia mengesot merata2. Dalam masa yg sama, kakaknya, Jaja duk layan dia supaya dia tak menangis. Tengah2 duk prepare susu dia, tiba2 aku dengar bunyi kuat macam ada benda jatuh. Rasa macam putus nyawa sekejap. Dalam hati terdetik yg hasif terjatuh dari baby cot. Berlari aku ke ruang tamu & mendapati memang betul Hasif terjatuh dari baby cot. Aku terperanjat tak tahu nak kata. Masa aku ambil dia, dia tengah menangis & kakaknya sedang memeluknya.


Ni la baby cot tempat hasif buat 'stunt' tu.. :)

Aku mengangkat dan memeluknya. Dalam keadaan semacam itu, aku panik dan lansung lupa langkah2 keselamatan untuk mengangkatnya. Dia kupeluk erat. Tangisannya sama laju dengan air mataku. Si kakak yg tengok aku menangis turut menangis sekali. Mulutku tak berhenti2 berdoa semoga Hasif tak apa2. “Ya Allah, kau lindungilah anakku ini.."

Bila keadaan dan tenang, aku pun dah boleh berfikir dengan waras, aku letakkan hasif di atas katil dan memeriksa seluruh tubuhnya. Aku pegang tangannya dan suruh dia bangun, dia boleh melakukannya. Aku angkat kaki, tangannya..semua nampak ok. Aku senyum kepadanya, dia nampak blur sekejap. Lepas tu dia senyum & ketawa. Alhamdulillah… syukur dia tak apa2.

Aku kemudian menyiapkan susu untuknya. Dia minum dengan baik dan tak lama selepas itu suamiku balik dari kerja. Mengucap dia mendengar ceritaku. Ingat nak bawa dia ke hospital..Tp lepas berbincang dengan suami, kami mengambil keputusan untuk memantau dahulu keadaan Hasif. Biasanya kalau dibawa ke hospital pun, hanya check-up biasa yg akan dibuat dan akan disuruh memantau keadaan anak. Kalau nampak wujud tanda2 negatif seperti muntah2, lebam2 barulah kena rujuk semula.

Sepanjang malam aku memantau keadaan Hasif. Aku tengok keadaannya baik. Lepas maghrib dia tertidur & menangis dalam tidur. Mengigau agaknya.. Lepas isyak dia bangun. Bila kami makan malam, dia pun join sekali. Kemudian, sewaktu kami menonton tv, dia duk buat tarian pusingnya sambil mendengar lagu dari telefon ayahnya..hehe.. Sibuk bergerak ke sana, ke sini. Panjat sofa, panjat kabinet tv, sepahkan barang dalam kabinet tv. Hmmmm…. Okla tu agaknya kot. Buas cam biasa je..:)

Masuk tidur sampai ke pagi dia tidur macam biasa. Merengek bila nak susu aje.. Melihatkan keadaannya membuatkan otak aku ligat berfikir. “Takkan la dia ok je jatuh dari baby cot tu. Kan tinggi jatuhnya tu..” Ia membuatkan aku terfikir mungkin kakaknya yang mengangkatnya keluar dari baby cot. Si hasif ni sangat manja dengan kakaknya. Bila kakaknya datang dekat dengannya, biasanya dia akan memeluk kuat leher kakaknya dan aku perasan bila hasif memeluknya begitu, dia akan bangun dan adiknya akan bangun sekali (ni masa kat lantaila..). Agaknya semalam tu macam tu jugakla.. Bila adiknya memeluk lehernya, dia pun cuba mengangkat adiknya keluar. Agaknya la kot..

Ceria je bangun tido pagi tadi

So, tadi, bila dia dah bangun & duk main2 dgn hasif aku pergi borak2 dengan dia. Aku tanya apa yg berlaku. Semalam dah tanya tapi dia hanya jawab ya & tak aje. Hari ni aku suruh dia bercerita. Rupa-rupanya betul la. Masa dia bermain semalam, adiknya memeluknya dan dalam masa yg sama memanjat palang baby cot tu. So, dia cuba mengangkat adiknya. Separuh jalan, dia dah tak larat & adiknya terlepas dari pegangannya. Masih tinggi kedudukan adiknya waktu dia jatuh, tapi si kakak ada sekali. Mungkin jatuh bersama2 agaknya.. Cerita si kakak pun agak kurang jelas. Tapi yg pasti bukan dia jatuh kerana memanjat palang baby cot tu sendiri. Aku memang tak percaya hasif dah boleh mengangkat tubuh selepas memanjat palangnya tu..

Hmmm…dah tau cerita, rasa lega sedikit. Aku akan terus memantau keadaannya hari ini. Harap2nya tak ada apa2 la.. Tolong doakan kesejahteraan Hasif ye…

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 29 September 2010

Bahasa Isyarat - fungsi, kepentingan, bagaimana??


Sebagaimana yg aku telah sebutkan dalam post yang terdahulu, yang teristimewa merupakan seorang communicators yang sangat bagus. Mereka belajar berkomunikasi melalui ekspresi muka dan bahasa tubuh. Ianya kerana mereka lambat bertutur so sebagai cara alternatif utk berkomunikasi mereka selalunya menggunakan bahasa isyarat.


Fungsi

membantu ibu bapa berkomunikasi dengan yg teristimewa yg masih belum boleh bercakap atau hanya tahu beberapa perkataan sahaja. Isyarat yg ditunjukkan akan memudahkan ibu bapa utk memahami kehendak yang teristimewa. Sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan kekecewaan dan kemarahan mereka apabila apa yg dituturkan tidak difahami oleh org lain.

Pembelajaran

Ibu bapa @ penjaga boleh mempelajarinya melalui buku2, laman web, software ataupun video. Dalam post saya yg lepas, saya ada ceritakan tentang DVD Talking Hands yg boleh membantu kita mempelajari bahasa isyarat . Rujuk sini ye..

Bila boleh mula??

Lagi awal lagi baik.. Lagi selalu dipraktiskan lagi cepat yang teristimewa dapat memahami dan mengikutinya.


Kelebihan

1) Yang teristimewa dapat belajar berkomunikasi dengan lebih cepat dengan pengenalan yg awal (bulan2 pertama kelahiran)

2) Membina ikatan yg lebih erat antara ibu bapa dgn yang teristimewa.

3) Membantu membina ‘eye contact’ dan meningkatkan tumpuan terhadap yang teristimewa.

4) yang teristimewa dapat mengaitkan suatu perkataan dengan maksudnya

5) yang teristimewa dapat memberi respon yg lebih baik dan meningkatkan perhatian yg membantu mereka mempelajari perkataan tersebut


Bagaimana caranya ?

1) mula dengan beberapa perkataan yg penting dan mudah seperti makan, minum, terima kasih dan sentiasa diulang2 sebanyak mungkin sehingga yang teristimewa dapat mengaitkan perkataan tersebut dengan isyaratnya

2) pastikan yang teristimewa sentiasa menumpukan perhatian semasa kalian menunjukkan isyarat tersebut

3) bercakap @ menyebut perkataan tersebut. Bercakap dengan bahasa yg sangat mudah difahami dan ringkas.

4) Buat ekspresi muka yg sesuai dengan isyarat yg diberikan supaya yg teristimewa lebih mudah faham

5) Jgn putus asa dan jgn memaksa jika yg teristimewa tidak memberikan sebarang respon. Jika perlu, pegang tangan yg teristimewa dan gerakkannya mengikut perkataan yg diajar dengan lembut

Ramai ibu bapa yg mempunyai anak yang teristimewa gusar untuk menggunakan bahasa isyarat kerana bimbang yang teristimewa mereka terus2an tidak mahu bertutur lagi Namun kajian yg dilakukan menunjukkan sebaliknya. Di dapati apabila yang teristimewa mula bertutur mereka semakin kurang menggunakan gerakan tangan dan juga isyarat.

Mengajar & memperkenalkan bahasa isyarat kepada yg teristimewa sgt memerlukan kesabaran dan sukar untuk mengekalkannya namun hasilnya, InsyaAllah sangat2 menggembirakan hati kita.. Jadi, apa lagi..marila start (sebenarnya nak ingatkan diri sendiri ni..hehe..)


Rujukan : http://www.scumdoctor.com/  & ehow

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 27 September 2010

Warna warni Karnival KDSF 2010

Alhamdulillah..akhirnya KDSF funfair dah berakhir denga jayanya semalam (26/9/10). Aku bukanlah terlibat secara lansung utk menjayakan karnival ni. Aku cuma salah seorang yg menjadi peniaga pada hari itu.

Program yang berlansung semalam memang meriah dan ceria. Seronok rasa dapat berjumpa kawan2 selain dari kawan2 yg sekelas dengan anak2... Aku antara yang paling gembira sbb dpt jumpa kawan facebook yg selama ni kenal secara online aje. Semalam dapatla bertemu muka, mata… :D Bestnya dapat jumpa kalian.. Kak Nizah, Abg Aro & Shaha + Alia, Shafa, Hubby + Zaquan..

Happy dapat jumpa kalian

Group aku berjaya ‘menyetelkan’ jualan grilled sausage dalam pukul 12 tghari. Keropok yg aku goreng pulak diletak ditempat lain. Bahagian tits-bits. Jadi terpisahla kami sekumpulan semalam. Jualannya sangatlah perlahan kerana tempatnya agak tersorok. Nasib baik ada volunteers (adik2 dr pendidikan khas UM) yg tolong tunggu & jualkan. Mekasih ye adik2.. Aku jd tukang tengok je la.

Students UM + keropokku...

Habis aje sausage dijual, aku punggah sebahagian dari keropok ke tempat jualan sosej yg lebih terbuka. Aku dengan Nicole & Kak Siti  (parents classmate hasif) start jadi penjual Pasar Malam le..hehe… “keropok, keropok…kelantan mari, sedap punya, banyak ikan…” Mula2 suara aku cam kentut dalam kain je..haha..malu la… Ganas2 aku ni ada malu gak.. Lama2 hilang la plak malu tu.. Terus keluar suara cikgu-cikgi yang aku dah simpan selama setahun setengah..Apa lagi bergema la KDSF semalam dengan suara kami menjual keropok.. :D Dalam masa 1 jam, habis semua keropok kumpulan kami. Alhamdulillah… boleh balik awal.. Aku tengok masing2 dah kepenatan dah. Dengan menjualnya, dengan mendokong, mengheret anaknya.. Malangnya tak dapat rakam banyak gambar pasal cameraman aku berfungsi sbg baby sitter masa tu.. :)


Saat2 akhir jualan..keropok dah tak nampak dah..

Terima kasihla kat adik aku yg sudi jadi camerawoman + baby sitter + penaja anak2 aku yg 2 org lagi tu. Sedap je diaorg mengerjakan mak anjang diaorg yg baru je dpt 1st gaji nye tu..hehe.. Alhamdulillah Hasif tak buat perangai pun semalam. Lagipun dpt melekat dengan ayahnya selalu... Dia pun dah ready jadi bintang. Maklumla.. dalam setiap gambar mesti ada dia kan… Duk buat muka artis la semalam. Haha…

Mak anjang & jaja + hasif

Ni la antara gambar2 yg dapat dirakam. Aku duk tunjuk gigi je la…hehe…

Bersama Kak Siti & myra

Bersama Nicole & Seng Qin

Aktiviti dalam dewan


Aku, anak2 & Mr. Crown

Bersama guru2 Hasif yg comey-lote



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 24 September 2010

Belajar bahasa isyarat

Membesarkan anak istimewa memerlukan kita menguasai beberapa skil. Untuk yang teristimewa kita digalakkan mengetahui bahasa isyarat bagi memudahkan komunikasi antara kita dan anak. Bukan apa, kebanyakkan yang teristimewa lambat bertutur ataupun pertuturan mereka kurang jelas kerana hipotonia yg dialami oleh mereka.


Aku dah lama menemui DVD 'talking hands' ni tapi entah kenapa aku rasa macam tak berapa nak beli. Tapi bila baru2 ni aku terbaca satu artikel mengenai kepentingan bahasa isyarat kepada yang teristimewa ni barulah minda aku ni terbuka untuk mendapatkannya. Kebetulan pulak masa aku shopping kat Giant Kota Damansara baru2 ni, DVD ni ada dijual. Aku pun terus ambil la.. tak payah aku nak beli online lagi. Harganya RM26.90. Harga online sama tp kena tambah kos penghantaran la plak..

Kandungannya bagi aku ok, menarik. Kita sebagai ibu bapa dalam masa yg sama turut dapat mempelajarinya dengan mudah. Jangan lupa menyebutkan perkataannya semasa menunjukkan isyarat kepada anak2 okey... Selamat mencuba..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 21 September 2010

Dia yang sering 'konpius'

Kalau ada yg berkata "hidup dengan anak istimewa ni penuh dengan warna-warni; bila time berduka, boleh hingga kering air mata menangisinya, bila time gembira, senyum & tawa tak henti2 menjadi teman setia", aku adalah org pertama yang akan menyetujuinya. Fasa sedih hidup bersama hasif sudah lama berlalu. Tak ingin dikenang lagi. Harap2nya fasa itu tidak akan berulang.... Sekarang aku dan keluarga sedang menikmati fasa gembira bersamanya.

Perkembangan fizikal hasif agak perlahan akhir2 ni. Mungkin kerana 'kemalasan' yg menjelma pada ibunya untuk meneruskan latihan sepanjang bulan Ramadhan dan juga awal syawal yg penuh dengan cuti...:). Namun demikian, dari segi sosial dan komunikasi, sedikit sebanyak menunjukkan perubahan yg menceriakan kami sekeluarga.

Aku masih lagi melatihnya untuk mengangkat tangan bila ditanya "who is hasif?". Kalau awal2 dulu begitu cepat tangan diangkat & diturunkan. Tp sekarang, ada sedikit perubahan. Dia hanya mengangkat bila soalan habis ditanya dengan kadar yg agak normal (tak laju & tak perlahan). Namun demikian, adakalanya dia menjadi 'konpius' sampai bila ditanya "who is abang?" (merujuk kepada abgnya, Luqman), dia dengan confidentnya mengangkat tangan sambil tersenyum2. Apa lagi, ketawa besar kami melihat ke'confident'an  dia tu...(mencemar bahasa betul la..) Ada sekali sampai menangis dia melihat kami duk ketawakan dia. Kesian hasif.. teruknya ibu hasif nihh!! :)

Banyak lagi perkara2 lain yg diajar kepadanya menjadi rumit buat dia. Bagi kita perkara itu mudah, tp bagi anak istimewa ianya amat rumit sekali. Seperti yg pernah aku ceritakan dalam salah satu post sebelum ini berkenaan lain lagu yg dinyanyikan, lain isyarat yg dia beri. Jadi, dalam mendidik anak2 istimewa ini, BERSABARlah.... Jangan cepat marah bila dia tak boleh mengikuti. Jangan sedih bila tengok anak org lain boleh buat, anak kita tak boleh lagi.. Kita ibu @ bapa kepada anak istimewa ini juga insan istimewa yg terpilih. DIA tahu kita mampu hadapi semua ini. So, buktikan pada diri sendiri kita sememangnya mampu...


muncungnya.... :)
 Dari segi komunikasi aku lihat dia tak banyak masalah. Memang kebanyakan anak2 SD bagus dalam berkomunikasi. Hasif kulihat banyak buat mimik muka sekarang. Kening berkerut, merajuk, muncungkan mulut bila geram kat aku antara mimik muka yg sering dia lakukan sehari2.

Dari segi pertuturan pula, dia masih di peringkat membuat pelbagai bunyi yg berbeza2 & sedikit sebutan yg hanya aku sekeluarga boleh faham. Perkataan yg paling dia suka keluarkan ialah..nan nan na.. yg bermaksud nak & ann nak yg bermaksud tak nak. Tapi perkataan ini hanya boleh keluar waktu makan aje..Waktu lain, tak de..hihi...

Ok, itu aje buat kali ini. Maafla tajuknya berkait skit je dengan post yg ditulis. Otak dah tepu ngan zat2 kuih raya..hihi.. Jumpa lagi di post akan datang dengan cerita raya hasif. :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 2 September 2010

Rambut raya

Bersua lagiiii.... :)

Hari ni aku bawa Hasif ke kedai gunting rambut. Dah nak raya ni nak bagi dia hensem skit..hehe.. Plan nak melawat encik barber dah seminggu dah tp tak berkesempatan jugak. Hari ni nak tak nak paksa diri utk pergi. Berjaya akhirnya... :D


Ni masa baru bangun tidur & sebelum rambut dipotong

Hari ni gak 1st time aku biarkan di duduk sorang2 atas kerusi kat kedai tu. Sebelum ni biasanya aku duduk sekali dengan dia. Dia nampak takut + nak nangis. Tapi bila di pujuk2 ok kejap. Pastu tak lama tak ok semula. Aku biarkan dia terus duduk di situ sambil terus pujuk2 dia. Nasib baik encik barber tu sporting aje.. 

Nampak cam okey je... :)

Proses menggunting rambut hasif diteruskan. Si hasif makin lama makin muncung jadinya. Akhir skali bila dah nak habis je dia pun huuuwaaaaa...... hihi.. Kesian dia. Tak sampai hati menengoknya..Aku pujuk2 dia. Settle je semua hasif terusku angkat & dia pun peluk aku kuat2. Menangis pun tak dah.. Aiisshh..ni nangis betul ke, nangis nak selamatkan diri ni.....?? :D


Sedihnya saya..huhu...

Balik rumah mandi dulu sebelum pose dengan rambut baru.. Hasif pun nampak tergaru2 je dengan rambut2 halus yang masih tertinggal dan melekat2 di muka & lehernya.

Bestnya mandi...jangan tgk lama2..censored :D

Lepas mandi baru la boleh pose ngan rambut baru.. Rambut raya ni tau.. Sorila aku letak gambar half-naked ni.. Hari ni agak panas so aku biarkan aje dia pose dgn nappy dia tu.

encem tak saya.... :)
 
Nanti raya boleh pose ngan baju raya plak. Moga hasif encem+ sihat selalu.... :D
Jumpa lagi..babaiii...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 1 September 2010

Bantu si manja istimewa bertutur

Salam..

Agak malas untuk menulis sekarang. Mungkin penangan raya yg makin hampir :D

Nak share info sket.. Tentang speech anak2 istimewa ni..Namun, walau byk mana tips pun kita dapat tapi tidak kita cuba utk sentiasa berkomunikasi dengan anak istimewa ini, ianya sukar utk menjadi kenyataan. So, sebagai parents, individu yg paling rapat dengan mereka, bercakaplah dengan mereka sebanyak yg boleh dengan bahasa yg mudah. InsyaAllah, anak kita dapat utk mengikutnya satu hari nanti.. Ok, ni 'benda' yg aku nak share kan tu.. Lupa la plak nak copy link artikel ni...

* bila memperkenalkan yg teristimewa ni dengan perkataan baru, fokuskan kepada maksud /makna perkataan tersebut melalui aktiviti permainan atau pengalaman melalui ransangan seperti melihat, mendengar, merasa, menghidu dsb..

* sediakan pelbagai model untuk perkataan yg ingin diperkenalkan. Aku selalu beli toys yg murah2 yg berbentuk binatang, kenderaan dan sebagainya dan selepas tu bila bermain dengan hasif, aku akan mengeluarkan toys tersebut,menyebut namanya satu persatu dan memberi dia memegang dan bermain dengannya. Tapi, jgn byk2 la...yg teristimewa ni belajar melalui proses berulang2 so, guna 3-4 model shj utk sekali bermain sudah memadai..


antara model haiwan milik hasif. Ultraman tu 'haiwan kesayangan' dia hihi..


* Gunakan objek/ barang yg sebenar atau situasi yg sebenar sebaik2nya. Cuba perkenalkan konsep yang boleh dikaitkan dengan aktiviti seharian mereka dan situasi2 yg mereka sering hadapi. Contohnya, jika mahu perkenalkan nama makanan, beritahu nama makanan tersebut semasa mereka memakannya, semasa mandikan mereka, sebut setiap bahagian badan mereka semasa kita menjiruskan air di bahagian tersebut dan bagi konsep atas, bawah, luar, dalam dsb, semasa kita bermain dengan mereka. Sentiasa berkomunikasi...itu yg paling penting.

* Cuba aktiviti membaca bersama2 yg teristimewa ni.. Ia juga boleh bantu perkenalkan konsep baru melalui cerita2 yg dibaca.

* Ikut apa yg teristimewa ni suka @ menunjukkan minat yg tinggi. Jika dia sukakan sesuatu objek, sebutkan nama objek tersebut kepada mereka. Jika dia sukakan seseorang, sebutkan nama dan juga gelaran untuk individu tersebut kepada mereka.

Banyak perkembangan2 lain yg akan berlaku seiring dengan perkembangan pertuturan mereka. Mereka akan mula memberi respon kepada suara yg biasa didengar, rupa yg biasa dilihat, mencuba pelbagai bunyi2 yg baru, membuat pelbagai bunyi-bunyian  dan membuat bunyi yg paling kita nak dengar...iaitu memanggil kita 'ibu, ayah, umi, abi, walid, mommy, daddy' dsb lagi...

Yang teristimewa ini juga sgt sukakan cermin. So, kenalkan mereka dengan cermin dan bercakap dengan mereka di depan cermin serta biarkan mereka menghadap cermin tersebut sambil menyebut bunyi-bunyian yg mereka suka.

Selamat mencuba..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS