Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 29 November 2010

Holiday programme part 1 - sensory motor

Salam..

Hari ni menjadi driver Hasif ke Kiwanis. Hasif join holiday programme. Utk tahun ni, aku ambil 4 sesi untuk hasif. Semuanya dalam berkumpulan, so kosnya rendah la sket.. Hari ni sesi yang pertama. Untuk sesi pertama ni aku memilih program sensory motor. Selain dari ransangan utk sensory motor, aktiviti untuk gross motor juga terlibat.


video 
Hasif dah merajuk, tak mau angkat tangan lagi...


Pada awal aktiviti, hasif ok-ok je. Boleh nyanyi2 sambil ikut cikgu beri isyarat. Bila masuk ke peringkat seterusnya bermula lah drama air mata...sob..sob.. Ini 1st time hasif join aktiviti sensory motor. Tak tau plak kena bawa baju spare cos lepas aktiviti semua basah lencun. So, cikgu hasif pun terpaksa la men'half-naked'kan hasif & akhirnya terus fully naked..Ishh..malu la.. haha.. Saksikan...

1 &2 : cuba mengikut apa yg cikgu buat
3 : sedikit aktiviti gross motor


1& 2 : 2nd post- main pasir & bola
3 : 3rd post -main air plak
4 : Hasif cuba melarikan diri..hihi..

1 : Water stimulation (pandai je bg nama..:D)
      2. Masuk ke 4th post; exited nampak...  
3. Nampak ok je kat situ..
   4 . Hujan dah turun...huhu...  
                         
1 & 2 : Dah macam incredible hulk dah..hehe.. 
3 : Sedang dibersihkan, still nangis
  4 : Antara yg terlibat..

Lupa plak nak bgtau, post yang ke-4 tu ialah campuran tepung yang dibancuh macam nak buat goreng pisang tu. Agaknya hasif geli-geleman kot..tu pasal nangis je.. :)

Ada sekali lagi program yang sama akan diikuti oleh Hasif. Harap2 dia tak nangis lagi waktu tu nanti.. :)


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, 27 November 2010

Aktiviti balik kampung..

Salam..

Cerita yang dah agak basi cos dah lama dah balik kampung. Baru sekarang nak tulis..  :D
Actually lebih kepada upload gambar. Cerita biasa-biasa je. Selamat membelek gambo2 kat bawah ni ye..

Baru bangun dah merayau2 keliling rumah tok dgn kereta special nih! :)

Ayah jadi driver sambil bunyi vromm..vromm..

Abang Man nak join tapi dah overweight.. hihi..

Abang nak ambil alih tugas ayah.. Larat ke tu bang man??

Hasif muka seriau..kereta klasik tu.. :D


Selamat berhari minggu ye...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 25 November 2010

Terapi fizikal

Lama dah tak up-date blog.. Cuti sekolah buat aku jadi semakin sibuk. Jadi driver si abg & of course la si Hasif tu.. Kakak tak banyak aktiviti cuti sekolah ni sebab tadikanya masih berterusan hingga hujung minggu ni & semua aktiviti untuk dia adalah aktiviti utk semua orang.. Kesian dia.. nanti tahun depan baru cari aktiviti khas utk dia. Kakak pun boleh diharap utk jaga Hasif. So, bila abg ke kelas tahfiznya, boleh tolong ibu jagakan hasif... Thanx my girl...


belajar merangkak

Gambar2 dalam entry kali ni adalah beberapa keping gambar semasa Hasif menjalani phisiotheraphy di Kiwanis & PPUM. Tak banyak yg nak diceritakan. Boleh tengok ceritanya dalam gambar tu kan!! :)  Next year, aktivitinya akan jadi semakin mencabar. Teacher Hasif pun ada cakap, aktiviti seperti memanjat tangga, melompat dll tu agak sukar utk yang teristimewa kuasai. 'Hujan' ajela Hasif next year agaknya.. Moga2 dia dapat kuasai semua skil dgn sebaik mungkin tanpa 'hujan' cos kalau teruk sangat 'hujan'nya, ibunya pun 'hujan' gak skali nanti..huhu...




panjat sif, panjat.. Hasif boleh!!!



paktis berdiri & masukkan ring ke dalam kon




*puas dah mengedit gambar & text utk entry kali ni tp ntah jadi hape2 tah..maaf la ye teman2






Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 18 November 2010

Hippotherapy

video


Hippotherapy?? Apa tu?? Cam familiar je perkataan hippo tu kan? Masa mula2 aku terbaca tajuk maklumat yang aku curik masukkan ke entry aku ni pun aku ingatkan ada kaitan dengan binatang hippotamus tu.. Mahupun ngan Blue hippo yg glamer tu..hihi...

Hippotherapy ialah istilah yang digunakan untuk menjelaskan terapi fizikal, terapi cara kerja dan juga terapi pertuturan yang dilakukan dengan menunggang kuda. Camne boleh jadi cenggitu ekkk?

Menurut NARHA ( North American Riding for the Handicapped Association, Inc.), pergerakan yg dialami semasa menunggang kuda hampir menyamai cara manusia berjalan, so individu yg mempunyai masalah dari segi fizikal biasanya menunjukkan kemajuan dalam kelenturan, keseimbangan badan serta kekuatan otot. Bagi individu yang bermasalah mental atau emosi, menunggang kuda ini dapat meningkatkan keyakinan diri, kesabaran dan juga harga diri.

Secara fizikal, hippotherapy dapat meningkatkan keseimbangan, memberi postur badan yg betul, membantu pergerakan tubuh dan juga menyedari fungsi setiap bahagian tubuh. Ia juga memberi kesan kepada fisiologi, kognitif, tingkah-laku serta komunikasi bagi setiap peringkat umur. Bagaimanapun, terapi ini bukanlah sesuai dilakukan sesuka hati je tau! Untuk melakukannya, mestilah merujuk kepada jurulatih profesional ye... Jangan suka2 buat hippotherapy macam hasif dengan kuda kayu dalam video kat atas kay! hihi...

Selain dari itu, menunggang kuda juga dapat membantu dalam terapi pertuturan. Pergerakan beritma yang berlaku semasa menunggang dapat meningkatkan pertuturan dan penguasaan bahasa dengan memudahkan keadaan sistem fisiologi tubuh yg membantu dalam fungsi pertuturan dan bahasa tersebut. Dari wikipedia, dijelaskan, melalui hippotherapy, tindakbalas serentak akan dapat dikesan pada vestibular, proprioceptif, (maaf ye guna istilah sains), deria sentuh, penglihatan, deria bau dan juga pendengaran yg membawa kepada kesan positif tersebut.

Kaedah ini sangat berguna dan sesuai untuk dipraktikkan kepada yang teristimewa. Tapi aku tahu kos untuk mengikuti program sebegini adalah agak mahal. Ada satu pusat untuk anak2 istimewa di KL menyediakan aktiviti sebegini khas untuk golongan berpendapatan rendah & sederhana, tapi aku dah terlupa la nama tempat tu..Sorry sangat2.. nanti bila aku terjumpa balik, aku akan uar-uar kan ok!

Kalau kurang percaya keberkesanan terapi ni, sila klik sini ye...

Selain dari yang teristimewa, kawan2 lain pun digalakkan mengikuti  aktiviti ini. Kawan2 yg digalakkan join ialah yang mengalami/ mempunyai masalah :
•Muscular Dystrophy
•Cerebral Palsy
•Visual Impairment
•Mental Retardation
•Autism
•Multiple Sclerosis
•Spina Bifida
•Emotional Disabilities
•Brain Injuries
•Spinal Cord Injuries
•Amputations
•Learning Disabilities
•Attention Deficit Disorder
•Deafness
•Cardiovascular accident/Stroke

Oklah..kepada yg berkemampuan, cubalah  aktiviti ni ye! Kalau tak mampu, kita ikuti program lain yg kita mampu kay! Kalau nak try jugak, ikut la cam Hasif kat atas!! :)



Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 15 November 2010

Hasif's Progressive Report

Salam...

Tajuk entry je in English, ceritanya dalam Bahasa Melayu... :)

Hari ni, Isnin, seperti biasa Hasif ke Kiwanis. Tapi kali ini bukan untuk excercise..kedatangan kali ini adalah untuk mendapatkan report perkembangan Hasif sepanjang 2nd semester baru2 ni..Alhamdulillah.. pencapaian & perkembangan yang ditunjukkan Hasif membolehkan dia naik ke transition kelas tahun hadapan. Syukur..


Aku dah tahu mengenainya 2 minggu lepas. Cuma belum ditulis di sini aje lagi. Tapi, aku dah menghebohkannya di laman FB awal2 lagi..hehe..nasib baik jadi naik kelas tu,kalau tak jadi malu le aku...ahakss..

Dari penjelasan yang diberikan, hasif dapat menguasai 'goals' untuk setiap bahagian yang dinilai walaupun bukan semua la.. Untuk fine motor skills, cognitive skills, sosio-emotional skills dan self help skills, pencapaiannya bagiku amat baik namun bagi gross motor skills, masih perlu excercise dengan banyak supaya dapat berjalan cepat.. (ni ibu dia cakap, cikgu dia cakap slow2 pun xpe...) hihi...


Oh ye..lupa nak bagitau. Transition Class tu ialah kelas peralihan dari infant nak pergi toddler. Aku ingatkan waktunya sekejap je..2-3 bulan. Rupa2nya anak2 diberi peluang 6 bulan untuk menunjukkan pencapaian sebelum boleh diserap ke toddler..

Uissshhh..risau dah aku ni. Bulan 6 tahun depan insyaAllah aku dah start keje.. Sape nak bawak hasif g terapi kalau dia tak berjaya ke kelas toddler lagi??

Waktu keje cikgu memang le dari 7.30pg hingga 2.10ptg. Tapi waktu free biasanya 2-3 masa aje. Mana boleh aku keluar nak hantar hasif & stay kat Kiwanis tu..Kelas kat Kiwanis plak pagi aje untuk infant. Untuk kelas toddler ada sesi petang.






Belajar rajin2 ye Hasif sayang..Kuasai semua skill tu cepat2 tau! Nanti ibu nak g keje pun senang hati.

Gambar2 kat entry ni gambar hiasan je.. Saje nak tunjuk tahap kebuasan budak kecik sorang nih! :)



Salam ceria,



 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 9 November 2010

Apa aku nak buat ni??

Gundah gulana hatiku ini. Dari semalam lagi..hari ini makin bertambah.. Hasif langsung tidak mahu menyusu. Puncanya kerana aku menukarkan puting susunya yang sudah agak lembik dengan puting yang baru.. Mungkin kerana puting yang baru ni agak keras.. Jenis yang sama tapi kalau baru2 guna kan keras sikit.. Try guna puting lain pun tak mahu. Nak tukar puting pun agak rumit coz tak semua puting boleh muat dengan liptrainer yang dia gunakan tu... Puting lama plak dah masuk tong sampah. Biasanya dia tak macam ni..Aku tukarkan putingnya sebelum ni dia lansung tak heran..

Kasihannya tengok dia..lapar tapi tak mahu minum. Excited tengok aku bawa susu yang baru dibancuh tapi bila letak dalam mulut, dia menolak semula. Bersungguh2 tak mahu minum susu tu..sambil menangis teresak2 sebab ibu paksa jugak minum.. Walang sungguh rasa hati.. nak nangis pun ada...sob..sob... Dia tengah tidur ni tapi mulut berdecip-decip..lapar agaknya... :(  Disuapkan dengan sudu, syringe mahupun gunakan cawan, semuanya REJECT... tolonggg.... aku nak buat macam mana ni...????? :'(


           
Jangan buat ibu susah hati sayang...


lebih rela tidur dari menyusu.. :(






Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 8 November 2010

Mengembangkan/meningkatkan daya tumpuan Yang Teristimewa

gambar hiasan je ni....

Daya tumpuan ialah kebolehan seseorang individu untuk fokus kepada sesuatu perkara, mengekalkan minat terhadap apa yang difokuskan dan memberi tindak balas terhadap apa yang dapat dialami, dilihat, dirasai dan didengari dari perkara yang difokuskan tersebut.

Jika anak kalian mempunyai daya tumpuan yang pendek, ia bukanlah suatu perkara yang biasa. Namun bagi yang teristimewa, itu adalah antara ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka. Latihan perlulah dilakukan bagi meningkatkan daya tumpuan yang teristimewa  kerana ianya dapat memudahkan mereka bila mempelajari sesuatu perkara dan memahami/menguasai bahasa dengan lebih mudah.


Cara meningkatkan daya tumpuan kepada Yang Teristimewa

1. Tutup/ buangkan semua perkara yang boleh mengganggu tumpuan. Contoh : menutup televisyen @ radio.

2. Pilih toys ataupun barang2 yang paling yang teristimewa sukai/gemari

3. Bermain dengan toys ataupun mainan(yang sama) tersebut dengan pelbagai cara. Contoh:  bila melakukan aktiviti dengan stacking cup, antara yang boleh dilakukan ialah menyusun cup, letakkan cup kedalam saiz lebih besar (ikut saiz), mengetuk cup antara satu sama lain, tolakkan cup seperti menolak kereta mainan ataupun jadikan cup seperti cawan (pura2 minum menggunakan cup tersebut).

4. Wujudkan keadaan yang meranjatkan (surprise) semasa bermain dengan yang teristimewa (sorokkan toys/ bungkus toys)


Kita boleh buat ini bila yang teristimewa mula menumpukan perhatian;

1. Melibatkan diri dan bermain dengan mereka seperti anak kecil

2. Sebutkan apa yang mereka rasai, yang mereka lihat dan yang mereka cuba explore.

3. Gunakan perkataan yang sesuai dengan umur mereka ( tetapi bukan pelat ye..)

4. Gunakan ayat-ayat pendek

5. Berulang-ulang menyebut kata kunci. Mereka perlu mendengar perkataan tersebut berulang-kali sebelum berjaya memahami maksudnya.

6. Pandang, dengar dan sentuh objek2/bunyi yang anak2 kalian pandang, dengar  dan sentuh serta  bercakap/komen tentang objek tersebut.

7. Jelaskan objek yang disukai oleh anak2 dengan perkataan2 yang sesuai.

8. Tunjukkan anak bagaimana objek yang disukainya itu berfungsi



Okey, selamat mencuba..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 2 November 2010

Terapi Pertuturan

Salam...

Tak merancang nak menulis entry baru pun hari ni tapi tiba2 aku terjumpa slide show kat bawah ni yang aku rasa amat berguna untuk kita semua. Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..


Klik pada 2 anak panah untuk ke slide ke 2, 3 dan seterusnya ye..
Semoga panduan ini dapat digunakan sebaik2nya dalam kita membesarkan anak2 kita.



Good Luck!


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 1 November 2010

Hasif@Kiwanis

Salam..

Dulu pernah janji nak buat entry hasif@kiwanis lepas hasif@kiwanis2 di 'publish'kan. Actually plan nak tulis cerita & upload gambar masa hasif awal2 di Kiwanis tp rasa malas pulak nak review gambar lama2.. So, hasif@kiwanis ni adalah cerita terbaru Hasif di Kiwanis..

Tak banyak yang nak diceritakan cuma aktiviti @ latihan yang diajarkan kepada Hasif sentiasa berubah sejajar dengan perkembangan dirinya. Sekarang Hasif sudah boleh berdiri sendiri dengan memaut pada sesuatu seperti kerusi, meja, palang dsb serta melangkah 2-3 langkah bila didirikan. So, latihannya adalah untuk menjadikan dia menguasai kebolehan tersebut dengan sebaik mungkin. Maksudnya, latihan untuk membuatkan dia boleh berdiri sendiri tanpa memaut sebarang benda dan juga boleh melangkah dengan lebih jauh, lebih byk langkah.. Dari segi terapi cara kerja pula (OT), hasif diajar bentuk dan warna dalam permainan papan puzzle. Ia juga membantu hasif memegang pecahan papan puzzle tersebut dengan cara yg betul untuk memasukkannya kembali ke tempat yang tepat.

Jemput jenguk gambar2 di bawah. Terkini hasif di Kiwanis bersama kawan2..

Hasif & kawan2 bersama teacher yg mendera mereka unuk buat excercise..hehe..


Kakak pun nak bergaya jugak...  kat ball pool ni..


Hasif diajar cara menyimpan mainan dan mengeluarkan mainan dari tempat simpanan


PT and OT at the same time

Seng Qin, classmate hasif yg termuda boleh berjalan iaitu pada usia 1thn 4 1/2 bulan


Ok, itu aje setakat ni ye..jumpa lagi di entry akan datang..insyaAllah..


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS