Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 26 January 2011

Budak kecik tak nak pegi sekolah..

video

Hari ni, seperti biasa hasif pergi sekolah.. Dari rumah dia memang hepi sangat. Jalan2 sana-sini dgn beg sekolah dia tu..  (rujuk video ye..). Hmm..isi beg sekolah hasif : 2 keping pampers, saputangan, 2 paket biskut oat krunch, 1 botol susu (6 oz) & 1 botol ribena (4  oz). Cam nak pegi sekolah lama je kan..padahal 1 jam je.. :)

Sampai sekolah masa parking kete, semua ok lagi.. Cam semangat je nak masuk kelas..


Tapi, naik aje tangga ke kelas, dia start tak nak jalan. Beratkan badan & nangis2. Protes tak nak masuk kelas agaknya.. Maklumlah..masuk kelas je, ibu terus hilang. So, bila ada bau kelas je, jadi alergik la dia..hihi..



Nak tak nak, terpaksa tinggalkan dia jugak.. Dalam kelas tetiba tangisannya semakin perlahan.. tp mulut masih cebik2 lagi.. Mungkin terkujat kot tgk org lain lagi kuat suaranya bila nangis.. So, aku berlalu dgn senang hati. Abis aktivititi, teacher Hasif menunjukkan 'thumb up' kepadaku memberitahu hasif sgt bagus memberi kerjasama. Awal2 kelas, dia sedikit blur.. lama2 ok... Syukurla.. belajar baik2 selalu ye Sif.. & behave yourself... Nanti semua org sayang tau!


 Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 19 January 2011

DIA..

DIA.. semakin besar sekarang. Usianya sudah 1 thn 9 bulan..
DIA.. semakin berat..10kg kini..
DIA.. semakin ligat sejak dapat kaki..
DIA.. semakin pandai mengajuk.. Apa2 yg abang kakak buat, sibuk nak ikut..
DIA.. sangat2 sukakan cermin.. Pantang tengok cermin, macam2 reaksi dibuatnya..
DIA.. sangat buas, tak boleh duduk diam dalam kereta, waktu potong rambut dsb..
DIA.. sangat baik bila luar dari rumah. Nampak sangat tertib & mendengar kata & senyap je..padahal.. hehe..
DIA.. sudah pandai merajuk & minta di pujuk
DIA.. sudah petah berkata2 walaupun bahasanya..hanya org Jerman je yang paham.. hehe..
DIA.. sudah pandai buat perangai & buat2 nangis, padahal setitik air mata pun tak dak..ahakss..
DIA.. Muhammad Hasif, my Yang Teristimewa...selalu buat hidupku ceria..


Inilah Dia saya..

Wajah baru (macam encik askar je kan!!)


Salam ceria..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 13 January 2011

Potty/ Toilet training untuk Yang Teristimewa

Hasif dah boleh jalan..yeay..  
hehe.. berapa kali mau bgtau daaa... ;D
Actually, ada reason bgtau sekali lagi ni..

Reasonnya... bila dah boleh jalan sepatutnya start potty/toilet training kat dia...
Tapi.. Ibunya tak cukup rajin..huhu..
Camne ni..?? Nak anak pandai, tapi ibu 'sedikit' malas..aduhhhh..
Tak boleh jadi ni..kena rajin, kena rajin..semangat! semangat! :D

Since dah plan nak start potty training kat hasif ni, aku pun mencari2 la info yg berguna untuk aku.. Dah dapat dan penjelasannya aku dapati boleh membantu aku.. So, dah dapat info, aku share la kat sini. Bukan apa, bila2 dah start rasa rajin, boleh aku buka blog sendiri aje kalau ada apa2 yg terlupa.. Tak gitu?! Lagipun, mana tau..ada kawan2 yg bertandang kat sini pun nak maklumat tu jugak..dapat pahala aku tolong org..ahaksss..melalut2 plak!! Okeh, straight to the tips, kay!
rujukan : http://www.ndss.org/

Langkah 1 : Kenalpasti sama ada Yang Teristimewa sudah bersedia @ tidak
  • kalau start sebelum Yang Teristimewa bersedia, masa utk mencapai target mungkin lebih panjang dan juga mengurangkan peratus berjayanya potty training ni.
  •  juga boleh menyebabkan tingkah laku yg tidak diingini berkaitan dgn toilet/ potty. Contohnya, benci utk masuk tandas, fobia dsb yg berpotensi meningkatkan tahap kekecewaan ibu bapa
  • Untuk tahu Yang Teristimewa kalian dah ready atau tidak, perhatikan:

1. Umur : 
Dicadangkan menunggu sehingga Yang Teristimewa berumur 3 tahun..  Uisshh.. lambatnya lagi.. Therapist Hasif kat PPUM, masa  umur Hasif 1 1/2 tahun dah suruh aku start...So, terpulanglah ya.. Mungkin wajar kita bertanya kepada individu yg lebih berpengalaman

2. Bladder (pundi kencing) control: 
Yang Teristimewa benar2 mengosongkan pundi kencingnya bila membuang air dan tetap dalam keadaan kering   
(maksudnya, tak kencingla..) utk sekurang2nya sejam hingga sejam setengah

3. Predictable stooling patterns: 
Isshh...susahnya nak terjemah ke BM nih.. Senang cerita, adakah Yang Teristimewa buang air besar berjadual  ataupun waktu yg lebih kurang sama tiap2 hari..kira kita boleh jangka la bila dia buang air besar tu..

4. Motor skills: 
Yang Teristimewa sudah boleh berjalan sendiri masuk toilet atau keluar toilet dan juga boleh memegang/mengambil  sebarang objek

5. Sikap: 
Yang Teristimewa boleh duduk atas potty dengan tenang/selesa selama 2-5 minit.  Waktu ini kalian boleh memberikan buku kegemaran ataupun alat mainan yang disukainya semasa proses tesebut berlansung.

6. Kesediaan menerima arahan :
Yang  Teristimewa berkebolehan mengikut arahan2 mudah seperti duduk, bangun dll

 7. Mampu menunjukkan keperluan:
Melalui riak wajah, postur, isyarat anggota badan, gambar atau perkataan tertentu yg menunjukkan dia mahu ke toilet untuk 'menunaikan hajat....'  :D


Langkah 2 : Kenalpasti kesediaan diri sendiri
  • Sebelum start, ibu bapa mestilah jugak bersedia untuk men'spent'kan masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan program ini.
  • Jika Yang Teristimewa menunjukkan kesediaan yg positif terhadap potty training ni namun jadual kalian pula padat dan tidak dapat mengikut jadual latihan yg konsisten setiap hari, potty training ini juga patut ditunda sehingga kalian 'free'....

Code:   = Indicated need
D= Kering  U=Buang air kecil   BM= Buang air besar   U/BM=Kedua2nya

Print atau salin atau apa sahaja yg boleh anda lakukan untuk mendapatkan carta di atas. Setiap 30-60 min, diaper Yang Teristimewa perlu diperiksa dan tandakan semuanya pada carta tersebut. Lakukan selama 2 minggu. Sekiranya carta menunjukkan Yang Teristimewa mampu berada dalam keadaan kering antara 1 jam hgga  1 1/2 jam, konsisten memberi isyarat atau tanda mahu ke tandas dan mempunyai paten membuang air yg hampir sama setiap hari, ini bermakna Yang Teristimewa sudah bersedia untuk potty training. Sekiranya selepas 2 minggu, jadual menunjukkan sebaliknya, kalian boleh teruskan mengambil data atau berhenti dan mula semula pada waktu yg ada fikirkan sesuai.

Langkah 3 : Sedia..mula!
1. Jadual harian : bangun tidur, buka diaper basah, bersihkan. Pakaikan Yang Teristimewa dengan panty/underwear.
 2. Bawa Yang Teristimewa ke bilik air bila dia mahu buang air besar/kecil. 
3. Jadikannya ia satu aktiviti yg menarik. Benarkan Yang Teristimewa membaca buku kegemaran atau mainan kegemarannya waktu ini..
4. Guna gambarajah  yg sesuai (sebagai peneguhan) untuk meningkatkan pemahaman Yang Teristimewa
5. Tukarkan peneguhan yang diperkenalkan dr semasa ke semasa


     



Contoh gambarajah yang boleh digunakan sebagai peneguhan



Salam ceria

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 6 January 2011

Kembali ke sekolah

Salam..

Nak cerita pasal anak2 kembali ke sekolah jugak la..hihi..

Start dgn Si Hasif dulu.. Semalam, Hasif meneruskan kelasnya utk tahun ini. Seperti yg dinyatakan oleh gurunya dalam progressive report thn lepas, hasif berpindah ke transition class. Sendirian..tanpa aku menemani..Alhamdulillah, dia ok. Masa aku tinggalkan dia, dia tak pandang pun (huhu..). Sibuk tengok kawan2 yang start nak nangis.. :)

Masa baru sampai sekolah.. cam x suka je gi sek sif...

Dalam masa yg sama, parents utk transition class diberi briefing tentang target yg perlu dicapai oleh yang teristimewa untuk ke kelas toddler. Nampak mcm ok..rasa Hasif boleh menguasai tp we just wait n see lah... All the best Hasif.. Kalau berjaya ke toddler bln Jun nnt, ibulah yg paling gembira. Jika x berjaya, x apalah. Ibu akan sentiasa sabar menuggu ye..

lepas kelas..hepi dapat cookie dr ibu..

Habis briefing, terus ke kelas toddler. Tgk2 aktiviti dah tamat. Hasif tengok aku macam nak makan org. Agaknya marah kat aku pasal tinggalkan dia kot...hihi..

Cookie dlm mulut lagi, dah terlena..letih sgt ye siff..?!

Hari semalam jugak adalah hari pertama persekolahan kakak. Excited dia nak ke sekolah. Dah 2 hari menunggu nak ke sekolah. Sampai2 je ke sekolahnya, dia terus aje naik. Lansung x ajak aku naik ke kelas dia sekali!! Bertuah betul anak dara aku ni...

Tak sabar nak gi sek ni..

Balik rumah dia cakap "  bu, hari ni 1st day sek, ramai budak nangis.." Aku tergelak mendengarnya. Aku pun bagi 'sedas' jwpn kat dia.. "ye la, biasala tu.. samala mcm kakak tahun lepas kan..." Tersengih malu2 dia pastu.... :D


Gambar thn lepas, yg nangis tu kakak la... :)

Abang start sekolah dari hari Isnin lagi. Nampak suka sangat. Belajar baik2 ye bang.. Jgn suka hati sbb dpt jumpa kawan smula je..mesti suka hati sbb dapat tambah ilmu lagi ok!!

Pagi sebelum pegi sek agama








Aisshh..bila nak sampai sekolah ni..x sabar dah ni...

Dalam kelas.. duk dgn kawan baik dia, Danial

Ok, selamat belajar ye anak2 ku tersayang..



Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS