Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Saturday, 26 March 2011

Sesi speech Therapy dengan ibu

Salam...


Ni hidung saya tau...

Selepas sesi speech therapy di WQ Park, ibu dipertanggungjawabkan oleh teacher Hasif untuk meneruskan sesi tersebut di rumah. Ada banyak aktiviti yang dipraktikkan kepada hasif dan biasanya aku hanya boleh buat 3-4 aktiviti pada satu-satu sesi.

Tak reti blow bubble lagi, kena tunggu ibu blow...

Hasif memang banyak kerenah bila berterapi dengan ibu. Kalau dengan teacher cam budak baik je.. :)

Oral motor exercise

Beberapa gambar utk tatapan semua...

Asif tau la idung asif penyek bu...:)  (blowing exercise)


learning body parts
Semoga ibu hasif lebih rajin melayan kerenah hasif dan lebih banyak aktiviti boleh dilakukan pas ni.. Nanti kita share lagi ye...

Jumpa lagi...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 23 March 2011

Degil sangat kah dia? Panas baran sangatkah aku?

Mood : sedih, pilu , menyesal, termangu-mangu...   :(


Lately, hidupku penuh dgn tekanan:

  • exam semakin hampir, x sempat study pun
  • suami seringkali outstation (skrg pun), byk perkara kena handle sendiri di waktu2 genting ni..
  • hasif semakin buas, aku bimbang tak mampu mengawal marahku... :(

Semua kerja2 assignment & presentation  aku dah settlekan mgu lepas wpun mggu ni still ada kelas. Harapanku... aku ada masa lebih byk utk study.. Namun, ketiadaan encik hubby yg terpaksa outstation buat kali yg ke berapa tah..menyebabkan aku kesuntukan masa utk handle semua perkara.. & kadang2 aku rasa tak mampu... :'(

Seperti yg kukatakan, Hasif semakin buas. Walaupun berkali2 aku mengatakan tidak dan mengalihkan tumpuan kepada perkara lain, dia akan tetap mengulangi perkara tersebut (apa2 yg tidak patut dilakukannya). Degil sgt ke anak2 SD ni? :(

Kemuncaknya dah pun berlaku.. Aku sudah tidak mampu mengawal perasaan... Lalu... aku telah melakukan sesuatu yg menyebabkan dia menjadi begitu takut sekali hgga tak mampu melepaskan pelukannya dariku.. (jgn bimbang, aku tdk memukul @ menderanya.. tak mampu nak menceritakan..hujan turun nanti...) Bila aku sedar akan perbuatanku, rasa bersalah, berdosa kerana menyebabkan anak kecil ini begitu ketakutan. Spontan air mata aku menitis dgn laju sekali... Tangisanku didengari dek anak perempuanku yg sudah tertidur. Dia terjaga.. datang mengintai apa terjadi, balik semula ke tempat tidur dan..turut menangis.. :'(

Berdosanya aku.... anak kecil lagi kurang dari bermacam segi itu telah aku calarkan hatinya, telah kuwujudkan perasaan gentar terhadap ibunya sendiri.. Tak mampu lagikah aku mengawal baranku ini??
Maafkan ibu sayang.. maafkan kesalahan ibu itu..ibu tak sengaja..ibu marah sgt2.. :(



Sedihnya... :(

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 21 March 2011

Selamat Hari Down Syndrome Sedunia - 21/3


Buat semua teman-teman yang memiliki si comel ini, Selamat menyambut Hari Down Syndrome Sedunia hari ni ye.. Semoga si comel kita sentiasa sihat sejahtera, sentiasa ceria dan sentiasa kekal comel selamanya-lamanya.. :)

Kenali si comel ini di sini...





Salam rindu..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 8 March 2011

Busy crazy + Tantrum

Salam.... 

Busy crazy (sibuk giler.. :)) is for ibu & tantrum is hasif's new lifestyle..huhu..


Dalam tak sedar rupanya sesi pengajianku sudah hampir ke penghujung semester. Beban kerja yg perlu diselesaikan semakin bertambah. Nota perlu dibelek untuk exam yg makin hampir. Pertambahan usia memerlukan aku bekerja sedikit keras kerana daya ingatan tak sebagus dulu.. (jgn nyanyuk udah le..). Di tambah dengan dead line assignment dan juga persediaan untuk presentation bagi setiap assignment..hhmmm.. suatu tugasan yg aku suka cuma perlu spend lebih masa terhadap semua itu. Lantas... blog, kawan2 blogger, blogwalking terpaksa ditunda buat sementara. Entry yg ini pun curi2 masa utk menulis.. 

Lupakan tentang kesibukan ku itu. Ada sesuatu yg mengganggu fikiran yg ingin dikongsi dengan teman2. Kalau boleh inginkan cadangan dan juga pendapat. Sbb itu, mencuri2 masa utk menulis ni..

Hasif...penyakit tantrum dah menyerang dia. Aduhh..sakit kepala aku menghadapinya. Bila tak puas hati terus tiarapkan badan atas lantai.. pastu siap hentak kepala ke lantai.. Tak de la dia buat kuat2.. tau sakit agaknya.. Tapi dia buat!! Apa nak jadi la anak spesel aku nih!! Angin betul! Tak boleh lansung buat dia tak puas hati... 

Aku bertanya kepada teachernya di KIWANIS. Katanya pada usia 2-3 tahun memang normal tantrum tu datang. Anak2 yg lain seingatku tak ada pulak..atau.. mgkin sbb ibu garang kan.. tak berani la nak buat perangai.. Kena telan dek ibu nanti...hehe.. Aku diberitahu awal2 ni cuba alihkan perhatian dia dari perkara yg dia tak suka. Kalau dia nak hentak kepala tu, angkat dan bawa ke tempat lain @ ubah posisi dia.. Tapi kalau berlarutan just ignore it..

Ada tak cadangan lain??? Atau aku kah yg terlalu risau mengenainya?? Hai la anak..janganlah terus2an dengan sikap cam ni... Aku ni jenis cepat hangin jugak.. Kesian nanti dia kena marah + lepuk dek aku plak..

Terima kasih awal2 aku ucapkan kalau ada yg sudi bagi cadangan nanti. Takut aku tak berkesempatan utk membalas cepat2.. InsyaAllah, bila semua dah agak melegakan aku kan jenguk blog kawan2 semua ok! See ya!



Salam rindu-rinduan,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS