Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 26 April 2011

Ceria di hidroterapi

Salam...

Sambung skit cerita entri hidroterapi utk hasif

Awal2 dulu, hasif duk menangis tak berhenti sepanjang sesi hidroterapi tu. Alhamdulillah..masuk kelas yang ke 3, setengah jam pertama aje dia menangis2. Masuk setengah jam terakhir, dah jadi suka sangatla pulak duk dalam kolam tu..

Wajah ceria Hasif..

Lega sesangat... Skrg, bila tiba waktu hidroterapi, aku pun dah tak sakit telinga lagi mendengar tangisannya. Walaupun, ada waktunya dia masih tercebik2 awal2 kelas, namun tak sampai 5 minit dah tersengih2 dalam kolam tu.. :D

Meh layan gambar yang tak berapa jelas ni.. Guna hp je..






Semoga cara berjalan Hasif bertambah 'cantik' , secantik sikapnya di kelas ni.. :)


Salam ceria,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 21 April 2011

don't DIS my ABILITY

Salam..

Tengok tak Bersamamu di TV3 semalam? Tengok tak aksi Michael Jackson kecik tu.. :D Baguskan dia.. Confident je kat atas pentas mengikut rentak tari Michael Jackson Malaysia tu..

Aku nak tulis apa sebenarnya???


vvvvv
vvvv
vvv
vv
v



Kalian sendiri dapat lihat betapa jika yang teristimewa ini diajar, insyaAllah... mereka boleh menguasainya.. (kenyataan ini bukan terjadi di kalangan nak2 SD shj, ok!)


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 19 April 2011

Masalah pertuturan apraxia di kalangan yang teristimewa

Assalamualaikum..

Yang teristimewa memang dikenali golongan yang mengalami kesukaran dalam pertuturan. Faktor utamanya ialah hipotonia (otot yang lembik). Untuk mengatasinya, yang teristimewa ini perlu melalui terapi pertuturan dan juga melakukan senaman oral motor.

Contoh senaman oral motor (ihsan google)



Masalah oral motor memang sangat biasa berlaku kepada yang teristimewa. Namun, tanpa kita sedar, mereka juga kebanyakannya turut mengalami masalah pertuturan apraxia. Keadaan ini akan memburukkan lagi masalah yang sedia dihadapi.

Perkara ini jarang dipertuturkan atau disuarakan oleh doktor mahupun speech therapist. Namun demikian, ianya telah dibuktikan melalui beberapa kajian oleh Dr. Libby Kumin. Beliau merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti di USA dan banyak menulis dan membuat kajian terhadap pertuturan yang teristimewa. Salah satunya ialah kajian yang dilakukan terhadap 7 yang teristimewa yang masih mengalami masalah pertuturan walaupun dibawa untuk terapi pertuturan dalam jangkamasa yang agak lama. Hasil daripada sesi temubual (pertuturan) dengan anak2 ini, dengan merujuk kepada senarai yang menunjukkan seseorang individu tersebut mengalami masalah pertuturan apraxia, memang disahkan bahawa ketujuh2 yang teristimewa  ini mengalami masalah tersebut.

Masalah pertuturan apraxia ini bukan berlaku kepada yang teristimewa sahaja. Ia boleh berlaku kepada mana-mana kanak2 yang normal mahupun tidak. Untuk mengujinya, ianya akan dilakukan oleh pakar patologi pertuturan bahasa.

Ciri-ciri pertuturan apraxia :

1. Lambat dan lewat dalam perkembangan kemahiran bertutur 
2. Tidak dapat sebut perkataan dengan betul
3. Pertuturan yang tidak konsisten
4. Sukar menyebut perkataan yang panjang/ sukar untuk menuturkan ayat yang panjang. Semakin panjang ayat, sebutan menjadi semakin tidak jelas.
5. Faham apa yang didengar tetapi sukar untuk sebut balik perkataan tersebut
 
Sumber : Journal of Speech, Language, and Hearing Research-Vol. 51


Punca2 :

Tiada sebab khusus dapat dibuktikan kenapa berlakunya masalah pertuturan apraxia ini. Ada antara saintis yang menyatakan ianya disebabkan oleh strok atau kecederaan otak (bhgn kiri). Ada juga yang berpendapat disebabkan oleh masalah neurologi (saraf) iaitu otak yang mentafsir maklumat memberi respon kepada saraf yang salah. Kerana itu sebutan menjadi tidak betul lantaran saraf yang menggerakkan otot mulut atau oral motor tersebut bukanlah saraf yang betul.

Cara mengatasi :

1. menjalani terapi pertuturan
2. memberi latihan yang membolehkan individu mengulangi bunyi dan berlatih untuk menggerakkan mulut dengan betul. 
 3. menurunkan/ memperlahankan kadar pertuturannya atau melakukan pergerakan ucapan dengan teratur.

Setakat ini yang dapat saya share dengan kalian. Untuk tambahan info, google la ye..

Jumpa lagi..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 15 April 2011

BM @ BI?

Selamat malam..

 Aku baru aje selesai sesi speech therapy dgn hasif di rumah. Hasif dah nampak mengantuk sangat.. Sedang minum susu dan harapnya terus tido.. Senang ibu nak mengadap blog ni..hehe..

Aku sebenarnya sedang dalam dilemma sekarang.. Camne nak start cerita ye..?! Mmmm..kita start dengan apa yg aku risaukan ye.. Di sekolah hasif, bahasa penghantar yg digunakan mostly BI. Di rumah, aku guna bahasa rojak dengan Hasif. Menurut speech therapist, kalau sesuatu perkataan telah diperkenalkan dengan BI, terus gunakannya walaupun perkataan lain dlm ayat yg dituturkan dalam BM. Contoh “hasif bagi ball ni kepada teacher ok!” Dari kecil, hasif sudah diperkenalkan bola tu sebagai ball dan cikgu sebagai teacher, so teruskan mengguna perkataan tersebut walaupun dah jadi bahasa rojak supaya yang teristimewa kita tak jadi confuse..

Yang buat aku risau, di kelas speech therapy, cikgu hasif gunakan BM sepenuhnya kecuali perkataan yg hasif biasa gunakan dalam BI. Ini kerana menurut teacher Aini (speech therapist kat situ), teacher Joyce (speech therapist kat kiwanis) dan speech therapist kat PPUM, yang teristimewa ni harus diajar menggunakan satu bahasa yg sering mereka guna atau dengar kerana mereka mudah confuse bila diajar dwi bahasa(bukan tak boleh..tp yg teristimewa ni kan lambat sket nak absorb mcm2 perkara ni kan). Manakala di Kiwanis mcm aku bgtau td, mostly in BI.

Aku bimbang kalau cikgu2 di Kiwanis anggap perkembangan bahasa hasif perlahan kerana mereka banyak gunakan arahan, kata kerja dll dalam BI. Bila arahan aku beri dalm BM, cepat je hasif bg respon. Tapi kalau dalam BI, bergantung la.. kdg2 cepat, kdg2 blur.. Aku rasa sangat2 tak best andainya nanti hasif dilabelkan sbg sangat slow dalam kelas..huhu.. Harap2 tak la jadi mcm tu.. Buat masa sekarang, masa speech therapy kat rmh, aku mmg biasakan dia dengan pelbagai perkataan dan arahan dalam BM. Haruskah aku meminta teacher aini  dia bertukar dari mengajar dalam BM kepada BI?? Haruskah???? Dan haruskah aku menggunakan lebih banyak BI dalam bertutur dengan Hasif? 



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 13 April 2011

Apa yang bestnya KIWANIS(kdsf) tu? Cer citer sket...

Salam semua..

Rasa cam nak cerita pasal kiwanis(kdsf) ari ni.. Dah lama hasif blaja kat situ, ari ni baru nak cerita.. Tak patut..tak patut.. hehe..

Sebelum tu kiwanis ni bukan utk Sindrom Down aje ye.. Ada banyak centre lain yg berfungsi untuk pelbagai 'disabilities' yang lain.. Cuma yg aku akan mention kat sini ialah kiwanis (kdsf) untuk anak2 Sindrom Down.

Ni la sek Asif...

Kiwanis memang best untuk parents yg ada yang teristimewa. Selain daripada program-program untuk yang teristimewa dengan kemudahan2 di kelas yang begitu bagus, guru2 yg memang bagus2 serta bayaran bulanan yg amat berpatutan, aku rasa memang wajar aku cakap kiwanis mmg bagus!! Parent Support Group (PSG) pun sangat aktif kat sini. Aku je yg tak aktif2 dalam PSG tu... :) Kalau ada kawan2 yg berkesempatan untuk hantar anak2 ke kiwanis, hantar la.. Banyak manfaatnya. Cuma yg 'kureng' sket hanyalah cawangan kiwanis ni tak banyak sangat kat Malaysia ni.. Boleh rujuk sini & pastu search KDSF untuk tahu lebih detail lokasi kiwanis ye..

Selain daripada yang aku tulis kat atas, tempat yg aku paling suka kat kiwanis ni ialah librarynye... Best sesangat... Kat situ ada toys banyakkk..... sangat (hehe..x de la banyak sangat, tapi banyak la..). Pastu ada buku, news letter, journal, magazine yang memang bercerita tentang yang teristimewa. Mau aku tak teruja?? Kerja aku tiap2 minggu sekarang pergi ke library semasa Hasif di kelas kerana Hasif dah tak nak ibu temankan dah..dia sayang cikgu je..hehe.. Actually, memang cikgu dia tak bagi temankan Hasif.. Aku dah citer kan dalam post dolu-dolu.. :)

Yang ni boleh ajar warna, fine motor skill...

Baru2 ni exited pinjam toys kat library tu pasal untuk speech banyak jugak nak gunakan toys (tak gunakan pun tak pe, tapi aku prefer guna la..). Takkan la aku nak beli semua2 toys yang cikgu dia gunakan semasa speech tu kan!! Mau koyak pokek ku yang sedia koyak ini..huhu...  Aku selalu lupa nak ambil gambar. So,  sket je la gambarnye ya..


Boleh guna untuk ajar body part; actually mata, telinga dll tu boleh ditanggalkan. Nanti boleh suruh anak letakkan setiap parts tu ke tempat yang betul

Skang plak aku giler meminjam buku. Bukan untuk baca saja2 je, aku cari maklumat untuk tesis master aku sekali.. Leganya rasa senang nak dapat bahan bacaan untuk tesis aku tu... Kira sambil menyelam minum air la ni.. Gambar buku pun tak banyak.. Tapi kalau tengok buku2 tu kat library, aku rasa nak bawa library tu balik rumah..haha..over!!

Antara yang pernah dipinjam..

Ok...itula sedikit sebanyak ke'best'an yang aku boleh ceritakan kat sini.. Kepada yang jauh dari kiwanis ni janganla susah hati.. Cuba pergi ke persatuan sindrom down negeri masing2. Tak pun kat mana2 pusat disability kat tempat kalian. Mana tahu ada rezeki untuk kalian kat sana.. InsyaAllah..


Salam hormat

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 12 April 2011

Perkembangan yang menyeramkan...

Sebarang perkembangan terkini Hasif memang amat2 dinantikan olehku & keluarga. Semalam dia menunjukkan perkembangan baru yg cukup menyeramkan..haha.. Apa dia ye???

Hasif dah pandai tanggalkan seluar pastu tanggalkan pampers dia..Mak…ngerinya aku bila terbayangkan dia tetiba ter’be’ dan ter’ken’ waktu terbogel tu..Rasa cam terseksanya nak membersihkan kalau2 terjadi..huhu..

Semalam masa memasak aku biarkan dia menonton vcd kegemarannya. Tak lama lepas tu aku pun menjenguk ke ruang tamu untuk melihat apa yang dia buat. Apa yg aku nampak dia dah jadi cam ‘toyol’ je berbogel kat ruang tamu tu..hehe.. Kebetulan pulak semalam agak panas. So, aku biarkan dia tak berbaju.. Hmm..cenggitu la jadinya..  Takde seram pun kan..haha..

Itula hadiah dari Hasif  kepada kami  sempena usianya 2 tahun… Aku upload sekeping gambar masa potong2 & makan2  kek besday dia semalam. Ada video tapi tokleh upload.. Ibu ter’seksi’.. :D




 Salam ceria,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, 10 April 2011

Besday Hasif + Aku merdeka!!!

Hari ini hari ulangtahun kelahiran Hasif yang ke 2. Hepi besday sayang ibu…semoga dipanjangkan umur, dikurniakan akal fikiran yg baik, dikurniakan tahap tumbesaran, kesihatan, kecergasan, kecerdasan yg baik.. Doa ibu sentiasa mengiringi hidup Hasif. 

Tak comeynye Hasif masa baru lahir ni... Cam org tua je..hehe..

Hari ni dia begitu ceria sekali. Seawal 6 pagi sudah bangun..kalau tak bangun sendiri pun terpaksa kejutkan jugak sebab nak ikut ibu yg nak ambil exam kat UPSI ari ni. Pandai pulak dia bangun awal tadi.. Biasanya pukul 9 baru nampak dunia..  Agaknya terdengar abang & kakak yang sibuk bersiap2..

Terkini Hasif...comey kan..Ihikkk!!!

Aku exam dari pukul 9 hingga 11. Yahoo….merdeka sudah..Tadi paper terakhir.. Habis dah aku blaja 1 semester.  Bak kata seorg teman berbangsa India, gembira sangat habis exam macam dah hbs master je..haha.. Mau tak hepi..tension bagai nak rak menghadapi exam di kala usia makin meningkat dengan askar2 yg sedang membesar. Kira habis exam tu mmg rasa relief sesangat….resultnya camne pun dah tak kisah dah…:D

Lepas ni aku cuti 4 bulan..Best!! Sistem baru universiti awam di seluruh Malaysia. Boleh bernafas dengan tenang 4 bulan ni..4 bulan yg lepas rasa cam bernafas dlm lumpur je..tersekat2, tak cukup oksigen..tu yg stress memanjang..hehe..

Keluar dari dewan exam, aku nampak askar-askar 3 beradik tu sedang berlari-larian di kawasan lapang yg berumput di seberang jalan.. Hmm..buat cam kawasan rumah sendiri nampak… Si besday boy pun bukan main lagi..belum pandai berlari tapi nak ikut abang & kakak berlari jugak..terkedek2 berjalan laju2.. Jumpa pelepah kelapa yang jatuh siap nak seret ke sana-sini. Bukan larat pun..eksyen je lebih..

Sekarang ni, aku baru je nak ‘hidup’ semula. Balik rumah tadi, makan & terus tido. Maklumlah..pukul 3.30pg dah bangun nak study.. Tu la, awal2 tak study sungguh2. Last minit baru kalut.. Waktu aku menulis ni nampaknya encik ayah pun dah ter’pengsan’. Tinggal abang & kakak je yg dah charge bateri masa on the way balik rumah tadi..

Tak sempat celebrate besday Hasif lagi. Mungkin malam nanti, tak pun esok..hehe..cian Hasif. Kalau dah boleh cakap mesti dia tanya “mana kek besday Hasif??” kan.... :)



Kembali bersiaran..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS