Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Saturday, 18 February 2012

Smart phone sebagai alat bantu pertuturan anak2 istimewa

Assalamualaikum.. 

Hmmm..tetiba muncul semula ye! Haha.. semangat menulis datang coz masa menggodek2 internet mencari bahan untuk disertasi saya, saya terjumpa 'benda' ni yang saya suka nak kongsi dengan kalian. Nampaknya aku dah jadi saya ye... Hehe..rasanya tahun 2012 ni saya nak bersaya-saya pulak la. Rasa macam comel je bila bahasakan diri saya..haha..



Saya jumpa satu presentation dari Down Syndrome Research Foundation yang bertajuk Technology and Talking! yang disediakan oleh Susan Fawcett & Jill Petersen (Canadian Down Syndrome Society Conference). Mungkin ada yang sudah membacanya..tapi tak apa..kita kongsi sama2 kay!

Rasanya ibu bapa yg ada anak istimewa ni sangat concern tentang perkembangan pertuturan anak2 kalian kan! Dalam masa yang sama ramai antara ibu bapa ini yang gilakan gadget2 teknologi terkini seperti ipad, iphone, samsung galaxy (android) dan lain2 lagi.. (saya tak byk pengetahuan ttg gadget terkini so, sorry kalau nama2nya tak betul.. hmmm..)


Dalam slaid presentation tersebut di terangkan tentang teknologi tersebut boleh membantu kita dalam memantapkan pertuturan anak2, menambah vocabulary anak2 kita ini dengan kaedah yang lebih menarik tanpa kita sedari. Actually, slaid mereka ini memfokuskan kepada ipad /tablet tanpa menyentuh tentang android smart phone. Namun, kebetulan saya mempunyai smart phone tersebut, lalu saya cuba memuat turun aplikasi2 yang dinyatakan boleh membantu. Alhamdulillah, sesetengahnya boleh dimuat turun. Namun sedikit terkilan apabila aplikasi2 yang sangat2 menarik dan berguna tiada dalam 'market' android. Nak tukar phone kepada ipad rasanya tak lah kot. Satu sebab...duit lagi. Bukannya murah..huhu.. Satu lagi, sebagai ibu bapa kepada anak2 istimewa, kita perlu kreatif dan konsisten menggunakan apa yg ada. Kalau ada, tapi tidak digunakan dengan sebaiknya, tak guna juga kan.

Contoh aplikasi dari AACSpeechBuddy
Cara menggunakan smart phone ini, sama sahaja dengan apa yang diajarkan oleh terapi pertuturan. Mesti ada 'turn-taking', mesti sebut berulang2 kali, mesti dilakukan secara konsisten cuma.. dengan kehadiran aplikasi tersebut ianya menjadi lebih menarik dengan gambar2 yang bergerak2, mengeluarkan bunyi dan sesetengahnya juga mampu digunakan dalam latihan untuk memantapkan sebutan anak2 kita.  Cuma, sangat2 diingatkan jangan biarkan aplikasi ini 'dihadap' anak kita berjam2 sendirian tanpa bimbingan sesiapa kerana jika demikian ianya tidak lagi membantu memantapkan pertuturan anak2 kita.

Kenapa kaedah ini membantu?
- ia menarik! ada gambar warna-warni, ada lagu dll
- Visual learning ( anak2 DS memang sangat bagus bab belajar dengan visual)  +   kinesthetic/interactive learning
- repetition..repetition..repetition.. (cuma tekan utk pengulangan berlaku; semakin banyak diulang, semakin mudah anak2 kita 'menyedut' perkataan tersebut dan lama-kelamaan insyaAllah mereka dapat mengikutinya)

Kalian boleh ke 
untuk mendapatkan senarai aplikasi yang boleh dimuat turun ke iphone/ipad anda. Seperti yg saya katakan, pemilik smart phone android boleh cuba mencarinya di market kerana ada sesetengah aplikasi tersebut ada di situ. Selamat mencuba.. :)

 update!!
lepas publish post ni, tak puas hati plak. Saya google application untuk android & dapat ini http://www.androidzoom.com/android_applications/special+education 
try la ke sana coz saya pun tak sempat explore banyak lagi..


Salam mesra,

 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS