Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 30 October 2012

'Babang'

Assalamualaikum semua..

Aikk..kata tutup blog..dah bukak semula ke? Hihi.. Hurmmm..lama tak menulis rasa cam rindu plak. Pastu rasa cam byknya nak cerita pasal Hasif ( tak kirala ada org nak baca ke tak kan.. :-D)

berkasih sayang dengan tompok
Terkini Hasif.. Pertuturan bertambah baik. Tak la bagus sangat tp perkembangannya positif. Perkataan yg paling kami sekeluarga suka nak dengar ialah 'babang'. Sapelah babang tu ye..hihi..tentulah abg dia..awal2 dulu sebut bang aje, pastu abang tp tetiba berubah jadi babang. Ayoyo.. Puas nak tukar balik. Puas duk ajar sebut abang tetap keluar babang jugak.. Babang pun babang la.. Sampai encik ayah pun dah panggil abg tu babang. :-D 

Kalau dia ke mana2, jumpa budak lelaki, semuanya dipanggil babang, kalau budak pompuan plak kakak. Tapi kalau yg lagi kecil, saya suruh panggil adik dia tak mahu, mungkin sebab tak ada adik kan.. perkataan adik pun jarang dengar, so tak mahu la sebut adik agaknya. Kalau baby nak pulak dia panggil baby..

Hasif pun dah mencuba sebut namanya sendiri. Tapi sebutannya..mak aihh.. Lain lalu.. (bak kata org temerloh :-P). Hasif dah jadi 'Ha ie'. Susah nak sebut 's' &  'f' kot. Bila ajar bunyi ular boleh plak sssss tu kluar. Bila nak masukkan 's' dalam perkataan terus failed. Hihi.. 'F' pun sama jugak.. Tak apa la..lama2 insyaAllah boleh..

Perkembangan fizikal; alhamdulillah dah boleh berlari. Lagi banyak berlari dari berjalan sekarang. Suka sangat main tendang2 bola. Rumah dah jadi padang bola dia..huhu..

Hurmm.. Itu aje la kot. Tak plan nak tulis byk2. Ni intro utk start menulis semula. Saya ada create page khas utk Hasif di facebook. Namanya 'yang teristimewa' jugak. Boleh ke sini, kalau sudi. Sepanjang blog ini ditutup semua cerita terkini Hasif saya update kat sana..

Ok. Cukupla ye.. Nanti2 saya merapu lagi.. :-)

Salam mesra


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, 21 October 2012

Bertutur dengan Yang Teristimewa

Hai..
Mood menulis datang tetiba.. so, boleh la update cerita sket.. :)

Cuti sekolah yang lalu, aku & Hasif mengikuti Communication Camp, anjuran KDSF. Banyak sekali ilmu dapat kugali dari cikgu2 KDSF ni..cuma sekarang tepulang kepada diriku sendiri untuk mempraktiskannya atau tidak.

Di sini aku kongsikan sedikit cara untuk berkomunikasi dengan yang teristimewa. Actually, boleh dipraktiskan untuk semua anak2 istimewa atau anak2 normal yg ada masalah pertuturan.

 Mula2 sekali kalian mesti tahu anak2 kalian berada pada tahap mana dalam perkembangan bahasanya. Ada 6 tahap iaitu discoverer (amile, make sound, look), communicator (purpossefully eye gaze,facial expression, sound & gesture), first word user(use single words), combiner (2-3 words user, take turns), early sentence (2 words sentence, make short conversation) and later sentence (long, complex sentence & can hold conversation).

Bila kalian sudah tahu di mana tahap anak kalian berada, cuba wujudkan komunikasi pada satu tahap lebih tinggi darinya. Misalnya, anak kalian sudah berada pada tahap first word user yang hanya boleh bertutur satu perkatan-satu perkataan, so kalian cuba berkomunikasi dengan mereka menggunakan dua atau tiga perkataan seperti anak2 yang berada pada tahap combiner. SO, lama-kelamaan, anak2 aka berusaha ke arah tahap tersebut..

Proses atau situasi ketika komunikasi berlansung perlulah dalam keadaan yang menceriakan anak2 kalian. Kekerapan tentulah tinggi..bukan sekali sehari je ye.. Paling penting anak2 melibatkan diri dgn aktif dalam perbualan tersebut. Bukannya asyik kita aje yang bercakap tak berhenti-henti..hehe.. Ok, apa yg perlu kalian lakukan untuk membentuk perbualan yang menarik dengan anak2 ialah  

DO NOT
talk too much
ask too many questions
help too much
rush more than you need


Hmmmm...ada lagi. Biar anak yang mengarahkan perbualan/komunikasi/aktiviti tersebut. Anak2 akan rasa lebih seronok, lebih dihargai so, mereka akan lebih berusaha untuk bertutur..  Bagi respon bila mereka bercerita walaupun tak faham dan kita tambah2 lagi cerita mengikut apa yang mereka cuba ceritakan. Bila berkomunikasi pastikan kalian sama paras/level dengan mereka. Muka kita menghadap muka mereka. Jadi, komunikasi akan berlansung dengan lebih mudah. Selalu-selalulah meniru perbuatan/perkataan mereka, mengulang2 berkali2 perkataan yg nak diperkenalkan ketika proses tersebut berlansung. Serta jangan lupa praktiskan OWL. Bukan burung hantu ye..  :)
 
Observe (look at your child body language,gesture,action,facial expression) Wait (wait for the child to respond- stop talking, lean forward and look at your child expectantly at least for 10 seconds) dan juga Listen (pay attention to all your child's words and sounds)

Setakat ini aja yang dapat aku kongsikan. Sorry ye tuan tanah agak malas, jadi sesuka hati aje campur2 bahasa.. hehe.. Hopefully kalian dapat manfaat dari entry kali ini dan juga selamat melayan gambar2 Hasif masa camp ituari (walaupun dah basi tahap ada dah agaknya.. :-D)




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS