Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 27 November 2012

Majlis Kasih Mesra Yang Teristimewa

Assalamualaikum

Bertemu kembali..


supermoms yang ceria.. Ceria tak Hasif saya?? :)

Kali ini dengan cerita yg saya sangat suka nak kongsi. Sabtu lepas, 24/11/2012 akhirnya grup ibu bapa Yang Teristimewa akhirnya berjaya bertemu-muka setelah selama ini hanya bersua di alam maya (FB). Setelah beberapa bulan merancang pertemuan ini, alhamdulillah ianya terlaksana sudah.


Banner kami..cantik kan.. :)

Buku aturcara
Saya antara AJK yang terlibat. Merancang & melaksanakannya tidak semudah yang disangka namun bila melihat rakan2 yang hadir, rasa gembira tak terkata hingga segala kesukaran yang dihadapi sebelum ini terus terpadam dari ingatan.

Hasif & famili


Citer sket2 je pasal Hasif, takut hujannnn.. huhu..

Pertemuan kami berlangsung di Lounge Berjaya Hotel, KL. Majlis Kasih Mesra ini mengumpul 19 keluarga dari beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Of course paling ramai dari Selangor dan KL kan. Beberapa keluarga dari Johor, Pahang, Perak dan Melaka turut menyertai. Meriah & rasa gembira sangat2... Senyum meleret-leret 2-3 hari. Update gambar & cerita di  grup kami di FB juga melarat2 beberapa hari..hihi.. Tak ketinggalan update di wall masing2. Hurrmm...masing2 rasa nak lagi... :D  Hubby yg selama ni duk perli saya tak habis2 buat projek, tak cukup masa blajar dulu, dah jadi mak pun buat projek lagi  pun senyum memanjang sepanjang program..hehe..


 Program kami yg merupakan majlis makan-makan hi-tea ni, makanannya disediakan oleh Big Apple Restaurant, Berjaya Time Sq tp sbb kehadiran kami yg agak ramai so tempatnya di ubah di Lounge Berjaya Hotel. Program dipenuhi dengan aktiviti makan2, borak2, tukar2 hadiah, ice-breaking dgn menceritakan pengalaman masing2 kpd semua kengkawan, games & balloon sculpture oleh clown jemputan dan semestinya program riuh rendah + gamat oleh anak2 yg macam2 perangai..hehe.. Memang meriah.. Habis majlis...letihnya...tapi syokkknyee.. :D

geder2..sukaa2.. :)
Oklah.. tak nak citer banyak2 lagi. Layan gambar2 yg ada ye.. Ada rezeki, tahun depan buat lagi ye semua.. :D



Senyum meleret.. :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 7 November 2012

Pendengaran bermasalah semula??


Assalamualaikum..

Kelmarin, 5/11 saya ke PPUM lagi. Yearly checkup telinga Hasif. Saya yakin je yg telinga Hasif ni dah ok coz perkembangan pertuturan dia semakin positif. Ni speech therapy yg cakap ye, bukan saya..hehe..

Pagi2 sampai PPUM terus ke bahagian audiologi. Alamak.. dah pindah la pulak.. Maklumlah..test ABR ni buat setahun sekali, mmg tak tahu dah pindah satu tempat dgn ENT. Tolak stroller ke bahgn audiologi baru plak.. Bagus gak pindah ke sana, after buat test dekat je la nak jumpa doktor. Tak perlu jalan jauh2 lagi, berebut lif lagi. Bila naik stroller kan ambik space dlm lif, kdg2 sampai 3 kali lif berenti, baru dpt masuk. Tak bawak stroller karang, mau patah pinggang mendukung budak kecik tu. Jalan kejap2 ok la dia..pastu berlari aje kejenya.. Tak bagi berlari, berdukung la plak..huhu..

Sampai ke bahagian audiologi baru, settlekan semua urusan then kena bagi hasif makan ubat tido plak.. Reason: spy bacaan ujian ABR nanti tepat. Pas makan ubat, tak sampai setengah jam Hasif dah terbungkam..hihi.. Tp heran gak.. cepat betul. Biasanya letih saya mendodoikan baru la tido..

Nurse lambat sgt ambil berat & ukur tinggi saya, saya buat sendiri la.. :)
 Sepanjang checkup memang Hasif lena giler.. Habis ujian, Pn. Siti, audiologist menyampaikan berita yg amat memeranjatkan saya. Bacaan ABR/BERA 60 desibel. Allah.. kembali ke masalah pendengaran awal2 dulu.. Dah kena pegi check telinga dalam plak (tympanumetri). Kena gerak balik ke tempat audiologi yg dulu.. Bersiar-siar lagi la..huhu..

Yg terbaring tu masa ujian ABR, yg dlm stroller tu tympanumetri..ternganga tido..
Result ABR ~ 60db kiri & kanan
 Buat tympanumetri..still lena budak kecik tu. Saya dijelaskan type masalah telinga Hasif ialah As untuk kiri dan kanan. Bila saya tanya makin baik ke makin teruk coz dulu Hasif type B. Kata juruteknik tu semakin baik. Paling baik ialah A, As tu antara A & B. Alhamdulillah.. lega sket dengar..

Result tympanumetri ~ type As
Bersiar-siar semula ke ENT.. :). Jumpa Pn. Siti semula.. Beliau meminta saya terus bertemu doktor untuk membincangkan kondisi Hasif. Saya dah cuak dah masa ni..jangan2 doktor suggest untuk operation pulak.. Aduiii.. malasnya nak tgk hasif warded lagi.

Jumpa doktor,  doktor nampak cool aje.. Style berkomunikasi tenang je cam Hasif tak ada masalah apa2. Hihi.. Hilang cuak jap. Aku bertanya mengenai perubahan pertuturan Hasif dengan result ABR yg agak menyedihkan itu juga perubahan positif utk result tympanumetri. Penjelasan beliau seperti dalam report Pn. Siti 'delayed all waves suggested condusive element present both ears'. So, Hasif perlu 'under medication' untuk 3 minggu, then datang balik untuk jumpa doktor. Kalau kondisi nampak ok, alhamdulillah. Kalau nampak tiada perubahan, kena buat ABR lagi.. & kalau masih tinggi bacaan ABRnya, bersedialah....ibu Hasif. :(

Otw ke parking, kuat betul ubat tido ni.
Habis semua, bersiar-siar ke parking yg bukan main jauh lagi. Si Hasif masih lena.. Tapau lunch untuk aku & Hasif & meneruskan perjalanan ke Kelana Jaya untuk speech therapy pulak.. Uishhh.. kalau hari2 camni, slim-melim la saya..hehe..


Sampai K.Jaya, camne nak cabut ni bu..??
Sampai K. Jaya, baru la budak kecik tu terjaga. 4 jam pengsan..lamanya.. Siap2kan, mandikan dia & layan dia meraung pasal sakit kena cabut pelekat2 kat dahi & telinga tu.. makan dan..sesi untuk ber'speech' pulak. Lama tido kan so takde masalah tingkah laku walaupun lama di PPUM. Alhamdulillah..

Jumpa lagi nanti..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS