Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 18 December 2012

Apa dah jadi ni?? :(

Assalamualaikum..

Cerita terkini lagi dari Hasif.. Last friday, 14/12/2012, Hasif ke PPUM lagi. Kali ni check-up mata plak. Dalam masa yg sama saya ke bahagian ENT memohon supaya telinga Hasif boleh di check-up juga coz appoinment yg sepatutnya Hasif kena hadir bulan lepas terpaksa cancel kerana Hasif selesema.

Latest pic of my yg teristimewa
Saya berharap sangat penglihatan Hasif tidak menjadi semakin teruk. Namun, berita yg diterima amat memeranjatkan saya. Bukan sahaja penglihatannya bertambah kabur, power utk speknya bertambah hampir sekali ganda. Huhu.. Kalau dulu dalam 250 sahaja. Sekarang dah jadi 450. Cuma astig nya sahaja tidak berubah. Saya bersyukur dgn berita yg itu..

Sambung check-up di ENT pulak. Juga saya berharap sangat telinganya semakin ok setelah dititiskan ubat cairkan tahi telinga & mengambil ubat mengeringkan apa2 di dalam telinganya. Hasil check-up doktor, beliau memberitahu telinga Hasif bersih. Tak nampak sebarang blockage (telinga luar). Beliau kemudian meminta saya untuk membawa Hasif ke tempat ujian tympanumetri pulak. Hasil ujian sebelum ini (cerita kat sini ye), telinga Hasif bertambah baik dari B ke As. Tapi kali ni, ia berubah kembali ke B. Aduhai anak.. kesiannya kamu.. 

Suka gambar ni tp blur..susah betul nak suh dia senyum..
Kembali ke ENT. Belum sempat doktor menjelaskan Hasif harus menjalani pembedahan kecil untuk mengembalikan fungsi pendengarannya sepenuhnya, saya meminta supaya doktor memberi peluang 3 bulan lagi untuk memantau pendengarannya. Sekiranya masih sama, barulah saya setuju untuk pembedahan tersebut. Nasib baiklah doktor tersebut bersetuju. Tambahan beliau lagi, kalau saya tak mahu melakukan pembedahan tersebut pun tak apa coz Hasif still boleh mendengar. Cuma antara betul2 jelas dgn tidak aje la..  

Andainya  selepas 3 bulan, masih tiada perubahan kepada pendengaran Hasif,  pasti saya akan teruskan pembedahan tersebut. Tak akan saya biarkan Hasif meneruskan kehidupannya dengan kekurangan tersebut yg bukan sahaja menyebabkan dia tidak dapat mendengar dengan baik, malah merendahkan peluang dia untuk bertutur dengan baik. 3 bulan yg saya minta ini akan digunakan untuk mencuba rawatan alternatif terhadapnya.. 

Ibu, cukuplah amik gambar asif..asif nak nyuruk belakang langsir la camni..
Petang itu jugak saya terus ke kedai cermin mata untuk menempah spek buat Hasif. Spek yg sebelum ini kebetulan telah hilang semasa kami bercuti2 malaysia beberapa bulan lepas. Tinggal spek yg agak longgar yang dia sendiri tak suka pakai. Esoknya, spek siap & saya dengan garangnya mengawal Hasif supaya memakai spek itu sepanjang masa. Hahaha.. Alhamdulillah dia nampak selesa dgn spek tersebut. Awalnya memang dia marah bila dipaksa. Kadang2 mencampakkan spek sebagai tanda protes. Tapi masuk hari ni dah 4 hari melatihnya alhamdulillah dia boleh memakai spek tersebut dlm jangka masa yg lama. Tak seperti spek2 yg terdahulu. Mgkin dia sendiri merasakan bertapa cerahnya dunia ini bila berspek kot.. ~ngeeee...

Nampak selesa ber'spek'..
Penglihatan Hasif akan dipantau lagi 6 bulan akan datang. Dulu check-up mata dah dikurangkan kepada setahun sekali. Sekarang dah jadi 6 bulan sekali pulak. Tak tahulah kenapa. Bila saya tanyakan kondisi mata hasif, doktor kata semuanya ok. Tak ada katarak dll. Cuma kerabunan je yg bertambah. Harap2 6 bulan lagi, tak adalah saya kena dengar kerabunannya bertambah lagi.  Kesiannya budak kecik saya tu nanti..

Okla..cukup setakat ini. Doakan kesejahteraan yg teristimewa saya ni ye..


Salam hormat,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 13 December 2012

Hasif dah jadi anak bujang.. :)

Assalamualaikum..

Blogger lain update cerita terkini, saya ni nak update cerita yg dah basi..hihi..
19/11/ 2012 yang lalu buah hati saya, si Hasif tu la.. warded kat PPUM. Tujuan di'warded'kan adalah untuk 'membujangkan' anak teruna saya tu.. :)

No. katil Hasif di wad 6PB PPUM

Memang dia masih kecil. Baru 3 1/2 tahun. Tapi baby umur sehari pun dah boleh dikhatankan.. Apatah lagi baby besar 3 1/2 tahun ni kan?? ;-D  Kenapa saya berhajat sangat mengkhatankan Hasif awal2?

~ Pertama, saya rasa lebih mudah nak menjaga anak kecil yang berkhatan. Pengalaman menjaga abgnya berkhatan mmg menseriaukan saya..hihi.. Tak biasa kan..

~ Kedua, anak istimewa  ni semakin besar semakin banyak kerenah yg kadang2 tak terjangkau di kepala kita. Memang anak2 SD digolongkan dalam kumpulan anak2 yang baik tapi saya rasa saya tak bersedia kiranya Hasif tiba2 berubah tingkah laku kerana mereka ni juga ada 'angin' sendiri..

~ Ketiga, saya masih bercuti tanpa gaji. So, saya nak gunakan waktu lapang yg ada ni bg men'settle'kan segala apa yg perlu.

Itu aje kot alasan saya. Sebenarnya alasan yg kedua tu yang betul2 membuatkan saya meneruskan hasrat ini. Berkumpul dgn ibu2 istimewa di KDSF di samping berkongsi pengalaman membesarkan anak istimewa ni menyedarkan saya bahawa membesarkan yang teristimewa ini pelbagai cabaran yang akan kita hadapi yg kadang2 tak terfikir dek kita sendiri.

Operation dilakukan esoknya, 20/11/2012. Pukul 6.15 pagi saya sudah dipesan oleh nurse untuk siap2kan anak sebelum dibawa ke OT dalam pukul 7.30 pagi. Namun mungkin ada masalah, Hasif akhirnya di bawa ke sana dalam pukul 8 lebih .

Iskhh..tinggal berapa jam lagi saya nak kena khatan ni..
Alhamdulillah, berkat doa seorang ibu yg tak putus2 agaknya, proses berkhatan & pemulihan Hasif berlaku dengan begitu mudah sekali. Namun, biasalah kan..ibunya cengeng sket.. Mmg berderai air mata la.. Mudah benar air mata meleleh terutamanya semasa proses berkhatan tu. Bukan apa, Hasif kan kecil lagi. So, dia dibius penuh (maksudnya tak sedar langsung semasa proses berlaku). Saya menemankannya sehingga proses bius dilakukan. Bila Hasif dibius, dia dikelilingi oleh staf PPUM. Saya tidak memegangnya pun. Sangka saya agak lama baru dia pengsan. Rupa2nya on the spot dia tak sedar. Dari keadaan duduk terus lembik macam sayur. Saya terkedu kejap. Kemudian Hasif dibaringkan. Pakar bius tanya nak cium dia tak. Saya yg sedang terpana, terpinga2 sekejap.. namun terus pergi kearahnya dan mencium pipinya. Hasif berbau ubat bius. Spontan air mata saya bergenang. Staff pembedahan menunjukkan arah untuk saya keluar dan saya begitu bersusah payah menahan air mata dari jatuh waktu itu. Baru saya mengerti kenapa Tuhan tidak memberi saya peluang melihat proses yang sama semasa dia dibedah ketika usia 7 hari dahulu. Mungkin jika saya melihatnya tekanan jiwa akan bertambah2 agaknya. Maklumlah..dlm usia 7 hari pelbagai perkara yg memeranjatkan yg saya terima kan..

Selepas pembedahan, belum sedar..

Menunggu proses selesai saya rasa terlalu lama. Hati sekejap tenang, sekejap mendung & ada kalanya nak ribut pun ada.. :). Saya sendirian di ruang menunggu. Hubby di rumah menyiapkan 2 anak lagi sblm di bawa ke hospital. Proses berkhatan Hasif adalah yg paling awal hari tu coz prosesnya paling cepat & mudah. Syukurlah..kalau tak lama dia kena berpuasa. Selepas 1 jam, doktor encem (doktor berbangsa Sikh bernama Pradeep kalau tak silap) keluar & menjelaskan proses berkhatan dah selesai & Hasif sihat serta tidak menghadapi sebarang masalah. Syukur alhamdulillah. Saya dibenarkan masuk semula ke OT menemani Hasif yang belum sedarkan diri.

Dalam setengah jam selepas tu, barulah Hasif dibenarkan naik ke wad semula & diberi makan, minum. Hari pertama ni agak mencabar kesabaran menjaganya. Dia ok je sebenarnya. Cuma bila ubat habis, dia start merengek2, menangis & tak mahu baring. Mungkin bila baring diapers melekat pada kemaluannya kot & rasa ngilu. Aku terpaksa mintak nurse berikan ubat tahan sakit lebih awal supaya Hasif selesa. Waktu2 awal ni, memang patut arahan pada ubat 'makan bila perlu' diikuti. Bukannya 6 jam sekali. Bila ikut 6 jam sekali, mmg stress dgr si anak merengek non-stop. Nasib baiklah Hasif jenis yg tak menangis meraung2..kalu tak mahu ibunya jadi naga..hangin satu badan..hihi..

Tidur selepas pembedahan..sebelum bangun merengek2..

Lepas maghrib, hari yg sama baru doktor dtg check & kami dibenarkan pulang. Leganya rasa.. Balik semua ok.. Malam tu Hasif tidur lena sampai pagi. Saya pulak yg naik heran dia tak bangun menangis. :)

Esoknya..dah tak ada nangis2 dah. Kalau ada pun hanya jeritan dia bila saya menukarkan diapersnya. Proses memakaikan diapers kena dilakukan dengan pantas supaya dia rasa ngilu sekejap je & menjerit sekejap je. Lepas tu okla.. siap berlari, main bola, panjat2 kerusi meja lagi. Suara ibu dia pulak yg makin byk menjerit coz risaukan dia bentan ke, sakit ke.. huhu..

Sehari selepas berkhatan, panjat meja.. tengok diapers dia..besar sungguh cam penuh shishi je.. :)

Saya bersyukur sangat dengan kemudahan yang diberikan olehNya kepada Hasif & kami sekeluarga dlm menjaganya. Kalau ada kawan2 yg bertanya, mmg jawapan saya mudah sangat menjaga dia & kalau ada hasrat nak khatankan anak2 secepat mungkin mmg saya org pertama yg akan menyokong..

Saya share skit panduan khatankan anak ye..
1) Kepada yg tak pasti, hukum anak kita dikhatankan oleh doktor bukan islam adalah harus. Saya hampir membatalkan proses berkhatan Hasif kerana isu ini. Namun, syukurlah..kawan2 yg lebih berilmu menjelaskan kepada saya hukumnya adalah harus. Terima kasih kawan2 yg sudi berkongsi ilmu.

2) Beli saiz diapers 2 kali lebih besar dari saiz yg anak kalian pakai sekarang. Saya perhatikan hasif langsung tidak rasa terganggu dengan luka berkhatan yg dihadapinya sambil memakai diapers tersebut.

3) Saya ada sebut di atas, ambil PCM bila perlu. Bukan tunggu 6 jam baru ambil. Kesian anak menahan kesakitan.. Tapi x le setiap 2 jam kan.. Minimum 4 jam sekali..sama cam masa demam teruk.. (marah doktor nnt, memandai2 je kan.. :))

Tu aje kot. Panjangnya entri kali ni. Mesti kalau ada yg baca, melangkau2 je..hehe..
Okla..itu aje utk kali ni. Rajin2, saya update lagi.. ;-)


Salam mesra..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS