Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Friday, 17 May 2013

Hasif dah jadi abang.. :-)

Assalamualaikum..

Lama saya menyepi. Tak sempat nak update blog ni. Sedang mencuba blogger melalui aplikasi android dgn harapan dapat update blog sesekala.

Tajuk post terkini dah berlalu 3 bulan lebih. :-) Alhamdulillah...hasif dah jadi abang kini. Abang kepada adik lelaki yg bernama Muhammad Muaz. Syukur dia sangat2 sayangkan adik dia. Cuma kadang2 caranya menunjukkan kasih-sayang tu agak kasar dan boleh menyakitkan si adik. Kenalah selalu perhatikan dia supaya tidak ter'over' dengan adiknya.

Bercakap tentang sangat suka dan sayangkan adik, ada satu peristiwa yg takkan saya lupa. Saya mahu mengambil brg di kereta waktu tu. Barang yg amat perlu digunakan. Kebetulan yg tinggal hanya saya, hasif dan muaz. Kerana risaukan si hasif berbuat apa2 pada si adik, saya bukakan vcd Barney untuknya dan muaz saya letakkan di dalam babycot di bilik. Berlari saya turun ke kereta untuk mengambil barang tersebut. Bila saya balik semula ke rumah, terperanjat tengok hasif tiada di depan tv. Saya terus ke bilik dan melihat si hasif sudah berada di dalam baby cot sambil mendukung adiknya ala2 saya mendukung la.. Ya Allah... Mengucap panjang saya. Tp Hasif nampak happy sangat dapat memegang si adik. Tak sampai hati nak marah dia... Kejadian tu buat saya sentiasa beringat. Kalau  saya terpaksa ke kereta lagi, Hasif akan saya bawa sekali... Tak apalah muaz tinggal sekejap.

Sekarang dia nampak semakin faham apa2 yg kami cakap tentang adiknya. Masih ter'over' kadang2 tapi masih terkawal. Nampak tak puas hati bila ramai orang mengelilingi si adik dan bermain dengannya. Mula2 saya ingatkan dia jeles perhatian tidak lagi terhadapnya. Tapi bila diperhatikan rupa2nya dia marah orang usik adik dia. Takut org bawak lari kot! Hihi...

Ok.. Cukup setakat ni dulu. Jumpa lagi lain kali ye..

* psstt..x reti nak susun gambar guna aplikasi ni. Nak label pun tak boleh. Puas try godek2, tak berjaya jugak..huhu..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS