Assalamualaikum...salam sejahtera
18/5/2013 yang lalu sekolah Hasif (KDSF) telah mengadakan Sukan Dwitahunan bertempat di SK Damansara Jaya. 2 hari sebelum itu rehearsal juga telah diadakan di lokasi yang sama. Pelbagai acara, pelbagai aktiviti melibatkan adik-beradik dan keluarga telah berlangsung dengan meriah dan ceria. Hasif memasuki acara 'memancing ikan'. Manakala acara untuk adik-beradik Hasif & Abang Man menyertai acara 'bola selimut'.
 |
| semasa rehearsal..letih la bu.. |
Kumpulan Hasif memenangi tempat pertama acara memancing ( dari 2 kumpulan yg menyertai ;-D) dan di kedudukan kelima acara bola selimut. Abg Man frust coz awal-awal acara bola selimut dia & hasif bergerak slow. Kononnya ikut peraturan berjalan macam ketam, padahal kumpulan lain dah berlari2..haha..
 |
| Ready untuk berbaris.. panas ni kena pakai topi ni.. |
 |
| 'jurus' tak saya.. :) |
 |
| Semasa perbarisan |
 |
| Abang sukarelawan yang menjaga saya supaya tak lari awal2 sebelum wisel berbunyi.. :D |
Best 'tangkap ikan' tau..
 |
| Saya no. 1!! |
Masa ambil hadiah..
 |
| Medal ni saya punya tau.. |
 |
| Ready nak jalan ketam sat gi.. |
 |
| Pegang elok2 abg man..nnt jatuh.. |
 |
| Cepat sif..x yah jalan ketam dah..kita dah nak kalah ni..huhu.. |
 |
| Kita dah kalah sif tp takpe.. abg tetap sayang hasif. Jom gerak sampai penamat ye.. |
 |
| Hadiah saguhati utk bola selimut.. saya suka.. :D |
|
|
|
|
|
Terima kasih buat guru2, ibu bapa, sukarelawan2 serta sesiapa sahaja yang terlibat serta bertungkus-lumus menjayakan sukan kali ini. 2 tahun lagi kita jumpa semula ye!!