Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Sunday, 4 December 2011

Akhirnya..sampai jua ke felda gedangsa

Assalamualaikum

Kembali bersiaran...  :)

Aku suka nak bercerita hal ini. Sesuatu yg memang sudah lama aku hajatkan. Membawa Hasif ke Felda Gedangsa, berjumpa dengan Kak Raw, insan istimewa yang telah banyak membantu anak2 istimewa..

Pertama kali mengetahui mengenai Kak Raw dari seorang ibu yg juga mempunyai anak Sindrom Down semasa appoinment di PPUM. Tapi, waktu tu aku tak rasa apa2. Hasif baru 1 bulan lebih ketika itu dan aku masih 'tak kenal' dunia anak2 istimewa ini. Kemudian, aku membaca cerita mengenainya di blog Fiza. Tertarik sangat, tetapi perasaan untuk ke sana tak banyak lagi coz aku sibuk dengan terapi Hasif di Kiwanis & juga PPUM.

Comey tak saya berbalut camni.. :)
Di Kiwanis, aku bertemu rakan2 yg banyak memberi info, support berkenaan terapi alternatif ini. Semakin hari, semakin membuak2 perasaan ku untuk bertemu dengan Kak Raw. Ingin mendengar pendapatnya tentang Hasif. Ingin melihat hasil tangannya terhadap Hasif. Namun, tuntutan kerja encik hubby membuatkan keinginananku terpaksa ditunda. 

menunggu di balut
saya nak balut sendiri boleh acik?? ;D
Alhamdulillah.. setelah lama tertunda, akhirnya my dear hubby bersetuju untuk ke sana. Kebetulan pula semua kelasku telah dibatalkan. Aku amat2 gembira. Sempat jugaklah beberapa kali rancangan terpaksa dibatalkan kerana beberapa halangan. Semalam, 3/12/2011, kami sekeluarga telah menjejakkan kaki ke Felda Gedangsa...itupun sempat tersesat ke Kg Serigala. Terlepas simpang punya pasal. Tergelak-gelak kami melihat nama kampung. Kampung Sekolah pun ada.. Masuk ke kawasan felda..rasa nyaman je hidung menghidu bau hutan.. :)

Inilah ibu saya..buah ati saya..
Menunggu beberapa ketika tapi tak terlalu lama. Hasif ok sepanjang menunggu cuma bila ada anak2 yg menangis dengan kuat, dia start nak menangis sekali. :)  Awalnya, bila aku menelefon, Kak Raw menyuruhku untuk datang waktu malam dengan mengikuti terapi minda coz Hasif dah boleh berjalan. Namun, aku memintanya untuk melihat keadaan Hasif dahulu. Mana tahu ada apa2 yang perlu dilakukan sebelum meneruskan dengan terapi minda tu..

Terngaga tido..penat meronta ibu tak layan..
Betul jangkaanku. Bila Hasif dipegang oleh Kak Raw, beliau bercakap macam ahli nujum je. Semua yang disebut pasal Hasif memang betul dan ada sesetengahnya memang dah lama aku risaukan namun tak pernah mendapat jawapan dari doktor. Ianya berkenaan kepala Hasif yg makin lekuk di bahagian tepi, depan. Bila ku tanyakan kepada doktor (pakar kanak2), tiada jawapan yg diberikan. Beliau ada mengukur kepala Hasif dan menyatakan perkembangannya normal, namun aku masih tertanya2 dengan perubahan bentuk kepala Hasif tu. Habis jadi ahli nujum (hehe...), Kak Raw pun menjelaskan Hasif harus menjalani rawatan kanak2 OKU dahulu sebelum diteruskan dengan terapi minda. Hasif juga disuruh dimandikan dengan air daun pandan selama 3 minggu untuk jaundis yang masih ada dalam tubuhnya. Isskkhh..puasla nak mencari daun pandan. Banyak tu.. Minggu pertama 30 helai setiap hari, minggu kedua 25 helai & minggu ketiga 15 helai. Habis licin daun pandan kat kedai aku beli nanti.. :)

menunggu  sambil makan...sambil baring plak tu..ish ish..
ooh my Barney, tengokla ibu saya ni dera saya..huhu..

Oh ye.. ini masalah2 yg hadapi yg menyebabkan rawatan kanak2 OKU harus dilalui oleh Hasif.

* bentuk kepala yg lekuk di tepi, depan (kurang oksigen - aku tak berapa jelas maksud Kak Raw 
namun aku menganggap sistem pernafasan Hasif yg terganggu menyebabkan kemasukan oksigen 
yang kurang di seluruh badan hasif termasuk otak yg menyebabkan pertumbuhan otak dan 
bahagian kepala yg merosot sekaligus terjadinya lekukan tu).
* masalah penglihatan yg agak teruk (Kak Raw mengesannya semasa menyentuh kepala Hasif). Jika dibiarkan boleh menyebabkan juling berikutan dengan keadaan kepala Hasif yg berlekuk tu.. 
Seramnya aku dengar.. Moga kau dilindungi selalu sayang..
*dada yg tinggi sebelah ( gangguan sistem pernafasan)
*lembik..huhu..maksudnya walaupun Hasif boleh berjalan namun dia selalu jatuh. Memang betul 
pun cakap Kak Raw tu..tu pasal aku cakap dia ahli nujum.. :(

Iskhh..dah penat baring, dudukla plak..
Bu, main curah2 ni best jugak.. :)

Masa dibalut dengan bandage, Hasif bagus sekali. Lansung tak menangis. Siap ambil bandage nak balut kepala sendiri. Rugi betul tak sempat ambil gambar. Guna kamera hp je. Slow la... Sempat Kak Raw simpan dulu bandage tu sebelum kamera aku dapat snap gambar.. :) Asyik terkentut aje dia masa dibalut..hehe... Abang ngan kakak duk gelakkan Hasif. Kata mereka macam mumia je.. :D. 

Kemudian, berdiri di standing frame pun dia cool lagi. Masuk kereta, start merengek. Lama2, menangis. Sepanjang 1 1/2 jam perjalanan, aku terpaksa memegangnya yg kadang2 tidur, kadang2 terjaga dan menangis, kadang2 meronta2 menunjukkan ketidakselesaannya. Sakit pinggang ibu sayang oii...Tu baru dalam kereta. Sampai rumah terpaksa 'mengadapnya' 2 1/2 jam lagi sebelum bandage boleh dibuka. Macam2 cara aku lakukan supaya perhatiannya beralih dari mengingati badannya yang dibalut. Tengok Barney, menyanyi, buat aksi, buat aktiviti fine motor skill.. macam2 lagi la. Janji cukup 4 jam tubuhnya dibalut. Kesabaran memang terpaksa dipertahankan bila dia menangis dan cuba membuka balutan...hmmm..sabar aje la..

Masa buka bandage..Mood dah tak elok, nak buka pun marah..
Isskhh..nape rambut asif jadi camni Bu?
Akhirnya, tepat 4 jam, barulah balutan dibuka. Itupun masih merajuk-rajuk lagi. Bengang badan kena balut agaknya.. :). Tak sabar aku nak meneruskan rawatan seterusnya. Rasa seronok sangat dapat mengikuti rawatan alternatif ni. Kak Raw menyatakan sesuatu yg sangat positif berkenaan perkembangan Hasif. Harapnya ia berlaku seperti yang dijangkakan oleh Kak Raw. Aminnn..

Jutaan terima kasih buat Kak Raw dan pembantu2 yg sangat friendly sampai aku rasa dah kenal lama aje. Juga buat teman2 yg memperkenalkan rawatan Kak Raw ini. Jutaan terima kasih tak terhingga buat encik hubby yang sanggup korbankan masa rehat buat yang teristimewa kita ni... luv u..muah..muah... ;-D


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 23 November 2011

Masalah pendengaran lagi?

Assalamualaikumm.. 

Malas betul aku nak menulis, meng'update' blog sekarang. Kalau ditanya kenapa pun memang tak ada sebarang alasan. Memang malas.. Harap2 masih ada kawan yang sudi menjenguk ke sini lagi.. :D

Pernah baca kisah masalah pendengaran hasif sebelum ni? Kalau tak pernah dan nak baca klik sini . Last 2 weeks aku ke PPUM membawa hasif untuk check- up telinga sekali lagi. Result agak memberansangkan. Tahap keupayaan pendengaran makin meningkat. Kalau dulu kiri kanan pada tahap sederhana. Sekarang sebelah kiri sudah ok. Sama macam pendengaran normal orang lain (20 db). Manakala kanan kurang sedikit je iaitu 30 db.  Cuma bila tympanometri dilakukan, telinga budak kecik ni masih dalam group B. Ianya berikutan dengan keadaan cecair di belakang gegendang telinga yg masih tidak kering lagi. Doktor beri tempoh 2 bulan jek... Kalau still tak ok, operate la..

Aku sedikit dilema. Kalau mengikut pengalaman beberapa kawan, tiada apa yg perlu dirisaukan. Cuma hati tertanya2. Andai berulang lagi, operate lagi ke? Iskhhh..berapa kali nak operate kalau macam tu? 

Plan nak cuba rawatan alternatif. Sokongan encik hubby sangat diperlukan. Tapi hubbyku ini sibuk sesangat. Bila ada kelapangan, dia memang suka bersama2 dengan keluarga di rumah je.. Susah nak ajak dia ke tempat jauh2 ni. Tengah try pujuk skang.. Just wait & see la.. ;-D

Lupa nak citer. Masa tengah tunggu doktor utk dapatkan ubat tido supaya Hasif lena sepanjang check-up tu datang seorang kakak ni.. Dia datang main2 ngan hasif, borak2 ngan aku. Mula2 nampak ok je..tetiba dia diam tak bercakap2. Rupanya air mata dia dah berderaian. Adusss.. aku terperanjat tapi buat2 cool.. kalau tak mesti ratu penyu ni hujan sekali..huhu.. Aku perasan dari mula lagi dia
nampak berminat dengan hasif tapi pandangan dia tu macam sebak je..redup je. Tak sangka  yg
dia akan betul2 menitiskan air mata.Nak kata dia ada ahli keluarga macam Hasif, tak ada pula dia bercerita. Mungkin kakak ini memang seorang insan yang berjiwa sensitif agaknya..

Masih ada insan yg simpati denganmu nak walaupun ibu tak mengharapkan belas simpati itu. Cukup bagi ibu jika dirimu dihargai, disayangi dan tidak dipandang sinis @ menyusahkan oleh masyarakat...

Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, 29 October 2011

Spek baru Hasif... LAGI!!

Assalamualaikum.. 

Lama jugak tak mengupdate blog ni.. Malas & mood menulis hilang entah ke mana.. BW pun jarang2. Semalam merajinkan diri BW ke beberapa buah blog. Nampaknya beberapa rakan blogger pun turut disampuk penyakit M ni ye...^_^

Oohh ye.. perasan tak blog ni dah bertukar wajah. Tak de la cantik cuma aku suka pasal ada slider kat atas tu. Alaa...yg gambar tukar2 kat header blog ni la..hehe.. Rasa cam best je tengok.. (best la ko sorang2 Azma..hik hik..). Mmm..kalau tak nampak slider tu, kalian pegi kat HOME kat atas sekali blog ni & klik kat situ ye..

ni la spek baru saya.. (frame kiri senget sket nak bg lens masuk betul2 dalam frame)

Hari ni cuba juga nak menulis.. Tambah-tambah spek baru Hasif baru aje dibuat hari ni..  Aku gantikan frame yg patah dengan yang baru. Tukar frame je. Lens ambik yg lama. Cari frame yg fleksibel coz dia suka kangkangkan spek dia tu. Kalau fleksibel, mungkin panjang sket hayat spek kali ni..hehe.. Cari2 tak ada yang boleh muatkan lens yang sedia ada. Ada satu je yang sesuai. Frame yg sama dengan spek kakak & abang dia pakai ituari. Boleh klik sini kalau nak tengok ye.. Besar sket la frame tu ( & tak fleksible). Bila letak lens ada ruang kosong antara lens dgn frame. Sket sangat ruang kosong tu tapi bila tengok dekat2 nampakla jugak. Bak kata taukey kedai tu dari segi kosmetik out la sket.. Aku suruh dia teruskan aje guna frame tu. Murah you...RM30 je.. Okla tu kot..kalau patah tak le ralat sangat.. :)

Ni gambar dengan spek abang yg patah tu.. Sebelah dia tu baby kesayangannya.. :D

Actually Hasif memang suka gunakan spek abang dia. Hari2 duk pakai walaupun tak ada power. Cuma tu la..suka sangat main2 dengan spek abg dia tu sampaikan dah berjaya mematahkan spek abg dia  tu pulak semalam..huhu.. Memang pas ni pro la si Hasif tu dalam bab mematahkan spek..

Bergaya dengan spek baru.. :)

Dari tengahari tadi dia pakai sampai petang nampak ok je dia. Masih cuba menanggalkan spek tu tapi ibu dia yg garang ni terus bertindak pantas menghalangnya dan juga mengeluarkan suara yg seperti guruh...Haha.. Hasif pun seram agaknya dengar suara ibu... 3:-) Aku tambah 2 aksesori pada spek ni supaya dia rasa selesa. Memang nampak selesa la dia memakainya.. Harap2 lekatla dia memakai spek kali ni.. Aminnn...

kecik cinonet je label tu aksesori tu...Klik la tuk tengok clear ye.. :)


Salam rindu,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 12 October 2011

Info : Self-talk


Assalamualaikum..

Pernah lihat yang teristimewa kalian bercakap sendirian? Untuk yang anak2 masih kecil mungkin belum perasan.. Mungkin kalian pernah tengok yang teristimewa yang lebih dewasa ini bercakap-cakap sendirian.. Hingga ada yang mengatakan mereka ini tak berapa betul... (sedih untuk ditulis sebenarnya tapi aku terpaksa jugak tulis.., jangan terasa hati ye kengkawan).

Situasi ini adalah situasi yang BIASA berlaku di kalangan yang teristimewa. Ingat tu kengkawan, B.I.A.S.A..... bukan luar biasa bagi mereka tetapi L.U.A.R. B.I.A.S.A. bila dilihat oleh masyarakat sekeliling sehingga mereka dilabelkan seperti yang aku tulis di atas tadi.

Last week aku diberi tugasan untuk menjelaskan mana2 jurnal yang boleh dipilih sendiri. So, aku telah memilih sebuah jurnal yang diterbitkan oleh down syndrome education  berkenaan self-talk ni la.

Jumlah responden kajian ialah 177 orang  (97 lelaki, 80 perempuan) dari UK dan Kanada. Usia responden ialah 5 tahun ke atas.
  
Dapatan kajian :


Secara keseluruhannya, tiada suatu pun dari faktor yang disenaraikan iaitu usia, jantina dan juga tahap ketidakupayaan boleh dijadikan sebagai jangkaan menentukan individu tersebut sebagai individu yang ‘self-talker’ atau sebaliknya (maksudnya sesiapa saja di kalangan yang teristimewa boleh menjadi self-talker ni..)


i) 162 responden (91%) merupakan ‘self-talker’ , 14 responden  mempunyai sejarah ‘self-
talker’ dan 1 responden tidak pernah mengalami ‘self-talker’.
ii) perbezaan lokasi tidak menggalakkan ataupun mengurangkan ‘self-talker’ ( maksudnya 
 kat  mana2 negara pun situasinya sama)

iii) majority responden mula menjadi ‘self-talker’ sejak dari zaman kanak-kanak dan berterusan selama bertahun-tahun.

iv) Peratusan responden yang menjadi ‘self-talker’ hanya di rumah atau di mana-mana sahaja adalah seimbang atau sama rata (45%). Hanya seorang sahaja yang mula menjadi ‘self-talker’ bila berada di tempat awam. 

v) Responden meneruskan aktiviti ‘self-talk’ walaupun jika ada seseorang hadir dan duduk di sebelahnya namun bila individu tersebut cuba menegur dan mendekatinya, proses ‘self-talk’ ini akan berkurangan ataupun terhenti.
vi) ‘self-talk’ tidak mengganggu kebolehan mereka untuk fokus di sekolah ataupun tempat kerja mahupun kebolehan mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain.
vii) ‘Self-talk’ di kalangan responden boleh difahami dan dizahirkan dengan intonasi yang normal.
viii) Lebih dari separuh responden berinteraksi dengan diri sendiri. Selain dari diri sendiri, teman bicara responden yang lain antaranya adalah seseorang yang mereka kenal, individu yang mereka imaginasikan, mainan/ objek kegemaran dan/atau ‘superhero’, ahli sukan, pelakon dll.

ix) Perkara yang biasa mereka ‘bualkan’ ialah aktiviti terdekat yang akan mereka ikuti, persitiwa yang berlaku hari tersebut, rancangan tv atau filem kegemaran, aktiviti yang berjaya/ telah dilaksanakan, cerita mengenai insan-insan yang hampir dengan mereka, mengadu  tentang seseorang/ sesuatu perkara dan juga kesedihan yang pernah dialami dalam suatu acara/aktiviti.

x) Semasa aktiviti ‘self-talk’ berlansung, ia biasa diikuti oleh keadaan responden yang tiba-tiba menjadi sedih atau marah. Dalam masa yang sama responden juga akan mengubah suara sebagai mengajuk individu yang diajuk.

Semoga info ini dapat membantu kalian dalam membesarkan yang teristimewa ni ye..

Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 7 October 2011

Beraya di Kiwanis

Assalamualaikumm...

Isskhh..raya dah lama abis, baru skang nak citer ye.. :)

Selamat hari raya...mekasih DikJu Joe kasi pnjam gmbr.. :)

Last week, 30 syawal, rabu, Kiwanis ajak parents buat pot-luck sambut raya.. Seronok.. Seronok dapat makan, seronok jumpa kawan, seronok dapat kawan baru dan macam2 seronok lagi la.. :)

Antara classmate Hasif..

Bersama Adam, Mama Adam, Damia & Mama Damia.. :)

  Aku bawak nasi impit. Sori.. tak de gambar ye.. Tak teringat nak ambik pun.. Dah nak habis baru teringat. Malas dah la masa tu.. Ada macam2 makanan. Aku makan tak hengat..haha.. konon nak kurangkan makan. Bukan berdiet pun cuma kurangkan makan supaya badan tak cepat naik. Dah tua2 ni kadar metabolisme merudum... makan sket pun tetiba jarum penimbang bergerak makin besar angkanya..huhu.. Tapi, bila dah jumpa makanan...melahap habis2an.. hehe..


Bestnya Teacher Naza peluk saya..hehe..
 Ada aktiviti utk yg teristimewa. Pagi2 teacher bercerita tentang hari raya kat diaorg sambil tunjuk baju raya, ketupat dll... Pastu sebelum sesi makan bermula, ada buat aktiviti masukkan beras dalam sarung ketupat.. Seronok budak2 & mak budak jugak.. :D

Berkumpul dengar teacher bercerita

iskhh..bila saya dapat masukkan beras ni...

Haa..dapat pun.. :)
Jom bu kita masak ketupat..
Lamanya...bila nak masak ni?? ;D

Hasif....hmmm..citer pasal dia terus sesak kepala rasa. Buas sungguh masa tu.. Tak boleh terlepas pegang. Merata2 berjalan2.. Kengkawan baik je..duk diam2 je... Bila dapat aiskrim baru le ok sket..

Aiskrim free memang sodap...

Terima kasih untuk KDSF dengan majlis2 sebegini. Memang silaturahim dapat dirapatkan..

Jumpa lagi..


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 29 September 2011

Frustrated..huhu..

Assalamualaikum..

Jemput tengok gambar ni...  fokus kat telinga ye..


Perasan tak telinganya 'terkelepek'. Ni pun sebab ready bergambar, sket je 'terkelepeknya'..  Bila lama sket pakai, lagi teruk keadaannya dan dia pun nampak tak selesa.. Ini gambar penuh spek merah menyala  nih..


 

Spek macam ni memang kurang sesuai untuk anak2 Sindrom Down. Pertamanya, kedudukan telinga mereka yg agak rendah menyebabkan bingkai tidak terletak dengan baik dan kemas. Kedua, keadaan batang hidung mereka yg kemek menyebabkan spek ini selalu bergerak/ berubah kedudukan.

Lalu... setelah difikirkan berkali2, aku dengan encik hubby mengambil keputusan untuk menempah spek mata baru... Walaupun mahal, dek kerana mahu melatihnya bercermin mata dengan baik, kami teruskan juga niat tu.. Hasilnya...



Malangnya..baru 2 hari pakai, lens nya bercalar. Frustnya rasa masa tu. Lepas seminggu.. jadi aruah dah spek tu..huhu..



Dipatahkan dek tuan punya spek la.. Masa terdengar cam bunyi patah tu, ingatkan speknya terlanggar meja / butang baju yg metal tu. Sekali pegi tengok..huwaaaaa...

Spek yg baru ni lebih selesa dipakai. Hasif jarang2 menariknya. Dia boleh memakai spek ni even masa naik kenderaan/ bersandar. Bila dia pakai spek merah tu, lansung tak boleh bersandar, terus ditariknya spek tu. Mungkin tali di belakang membuat dia tak selesa agaknya.

Sebenarnya baru plan nak gi kedai semula tambah pengalas supaya spek tak melorot turun dari hidungnya tu.. Tapi tiba2 rasa tak berapa rajin. Plannya lepas beraya kat kiwanis (lain kali update ye..), nak terus pegila.. Patutla tetiba ibu jadi malas Sif.. huhu...

Rasa malas dah nak melatihnya berspek skang. Frust sgt..tapi Hasif memerlukan spek ni supaya sindrom mata malas ( bila memandang jauh hanya fokus pada objek besar, objek kecil diabaikan oleh mata) tidak berlaku kepadanya. Mungkin kesannya tidak seburuk mana, tapi utk ibu, semua itu perlu cuba di atasi. Pasni gunalah spek merah tu ye Sif.. Ayah kata nanti2 cari la frame baru, guna lens yg sedia ada. Tapi buat ibu yg masih frust..bior je dia pakai spek merah cam spiderman tu...huhu..


Tengok gambar kat atas ni.. Kakak ngan abg turut ibu belikan spek main2 (tak ada power) dengan niat nak melatih Hasif memakai spek dengan jayanya. Masa ni spek biru tu blum siap & spek merah tertinggal kat sekolah. Dah hampir berjaya melatih si kecik ni, tup2..  Hmmm..tak de rezeki hasif nak berkawan dgn spek biru tu lama2. Ayahnya cakap, 'selotape kan aje bahagian yg patah tu..pastu pakaila..' hehe..kat rumah tak de masalah, kat sekolah/luar karang glamer la sesangat org asyik duk pandang je.. ( entah2 org kerling pun tak..ibu hasif je perasan..hehe..).

Hopefully masa appoinment mata yang akan datang adalah at least sedikit perubahan positif pada mata Hasif. Aku lebih suka tengok dia tanpa kaca mata. Nampak lagi kemas dan tenang. Bila berkaca mata aku tengok cam serabut je..huhu.. Doa ibu untuk Hasif selalu...

Jumpa lagi...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 15 September 2011

Selamat Hari Malaysia..

Assalamualaikum..



Sebelum raya ituari, Kiwanis (KDSF) ada buat sambutan Hari Kemerdekaan. Hasif pun join la skali.. Gambar tak berapa elok..sori.. bangunan KDSF ni bumbung bersambung, so cahaya tak banyak la yg masuk. Tu pasal gambar nampak biru je..tambah2 guna camera henpon je waktu ni..





Pesan Hasif, "Saya memang berjiwa patriotik".. :D


Salam patriotik,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 13 September 2011

Jom solat..

Assalamualaikum..

Usolli fardhu...

Memang yang teristimewa dianugerahkan dengan kebolehan meniru 
yang sangat baik. 
Tengok la gambar2 Hasif meniru abangnya bersolat ni. 
Aku pernah cuba mengambil gambar yg sama tapi selalu je failed coz dia selalu perasan aku mencuri2 snap gambarnya.. so dia pun terusla sibuk nak bergaya
depan kamera.. :D 
Gambar ni diambil oleh mak sedarenya masa balik beraya di KB baru2 ni. Layannnn... :)

Abang nak buat apa pas ni ye..??

Abang dah bangun dari sujud, hasif masih tertiarap lagi..( org sujud dia meniarap.. :D)

Semoga anak ini sentiasa menyenangkan dan menyejukkan hati ibu.. Begitu juga dengan anak2 yg lain.. Aminn..


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 5 August 2011

Mari buat fresh orange.. :)

Salam pagi jumaat

Bulan pose ni malas nak bercerita panjang... Aku upload gambar je kali ni. Hasif  dan kawan2 buat fresh orange ni khas untuk kami ibu bapa sebagai hadiah sempena parent's day yang lalu.
Kalau nak rasa fresh orange Hasif buat jemput ke rumah ye.. 
Jgn lupa inform dulu sblm datang tau.. 
Kalau tak nanti Hasif tak sempat siapkan fresh orange untuk acik semua.. :D





Salam ceria,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 28 July 2011

Masuk hospital lagi..

Salam.. 

Aku bersiaran dari hospital kali ni..

Ujian datang lagi tapi aku redha.. Kawan2 di FB dah tau, cuma di blog ni agak lambat aku nak menulis & bercerita apa yg terjadi.. Macam la ramai benor nak membacanya ye.. :D

Pernah baca tak post aku tahun lepas yg bertajuk ' jatuh dari baby cot?' klik sini kalau nak baca ye.. Sejarah berulang..tapi kali ni benar2 terjatuh dan aku mendengar bunyi yg membuatkan jantung aku rasa terhenti masa kejadian berlaku.

Ianya berlaku semasa aku menunaikan solat maghrib. Tengah bagi salam masa tu.. Aku berlari mendapatkan hasif di bilik sebelah. Aku angkat Hasif sambil mulut bising memarahi abang kerana sebelum aku bersolat, berkali2 aku pesan dengannya, "jaga adik..jaga adik.., ibu solat jap.." Masa dalam keadaan marah tu, aku perasan yg hasif tidak menangis. Aku pandang dia, aku dengar suara mengerang yg sangat perlahan diikuti dengan keadaan tangan & kakinya mengeras. Terjerit aku melihatnya.. Aku panggil namanya berulang kali, still macam tu jugak.. Dan aku pun perasan yg hasif diserang sawan. Aku panik, panik & panik.. Hasif tidak pernah kena sawan. Aku lansung tak ingat nak buat apa..aku letak hasif ke atas katil untuk memastikan betul ke dia kena sawan. Jelas kelihatan di mataku kaki tangan hasif mengeras dan mata naik ke atas. Mukanya pula bertukar kebiru2an.. Aku memanggil2 hasif, berulang2 kali..sama laju dengan air mata. Nak berlari ke rumah jiran tapi aku masih dengan kain sembahyang.. Aku angkat hasif, bawa ke ruang tamu..aku tepuk2 belakangnya...sambil terus menjerit2 memanggil namanya.. tiba2 tubuhnya yg mengeras menjadi lembik. Jeritanku terhenti.. aku melepaskan dia dari pelukan ku... Aku tengok mukanya, dia pun tengok aku dan spontan dia tersenyum kecil... Oh tuhan.. aku meraung waktu tu sambil memeluknya.. Besar sungguh dugaan membesarkan Hasif ni.. Aku redha dengan segala kekurangannya tanpa ada resah gelisah. Tapi dugaan kali ni buat aku jadi separuh gila..dan aku tak mampu menanganinya sedikitpun walaupun dah berkali2 membaca cara menangani anak yg sedang sawan.

Aku menelefon encik hubby yg berada di seberang laut china selatan - outstation. Aku di suruh membawa hasif ke hospital sebagai langkah berjaga2. Dengan air mata juga aku memberitahu Kak Tie (jiranku), memohon untuk dia menjaga abang dan kakak semasa aku membawa Hasif ke hospital. Syukur aku punya jiran yang sangat mudah berkongsi suka duka.  

Aku ke Tropicana Medical Centre, hospital panel encik hubby. Tidak ke PPUM. Terlalu jauh untuk ku bersendirian membawanya di malam hari dengan keadaannya yang masih lemah dan pucat. Sampai ke sana, dengan air mata juga aku bercerita kepada doc..Murahnya air mata waktu tu.. Layanan yg diberikan sangat2 baik & bagus.. Cuma bila ke tempat baru, byk soal selidik dibuat sbb hasif tiada fail di situ. Semua history dia tersimpan dalam fail tebal di PPUM. Aku jawab setakat yg mampu. Sekejap lepas tu, hasif diberi ubat tidur supaya dia tak bergerak2 semasa CT Scan (Brain) dilakukan. Masa Hasif mamai2, dia sudah di bawa ke bilik tersebut. Bila letak atas pembaringan utk memulakan CT scan tu, dia jadi segar balik. Duk bergerak2 sampai proses terpaksa dilakukan 3 kali kerana imej yang dirakamkan tidak jelas..

tengah tggu doktor bagi balik rumah..
 Settle semua.. baru masuk ke wad. Biliknya memang amat selesa.. Hasif pun dah lena sesangat kesan ubat tidur yang diberikan. Memandangkan keadaan bilik yg selesa aku membuat keputusan untuk membawa abang & kakak ke sini juga. Kutinggalkan hasif di bawah jagaan nurse dan membawa mereka ke sini. Berkampunglah kami di sini. Masuk hari ni dah 2 hari. Harap sangat boleh discharge secepat mungkin.. Hasif pun dalam keadaan yg baik. Tiada serangan sawan kali kedua. Doktor mengatakan serangan itu berlaku kemungkinan besar kerana mengalami gegaran otak semasa kejadian. CT scan juga tidak menunjukkan sebarang keretakan pada kepalanya. Syukur alhamdulillah.

Alhamdulillah.. saya dah sihat..

Walaupun selesa di sini, istilah rumahku syurgaku memang yg paling tepat sebenarnya... Kalian yang membaca..doakan kesejahteraan yang teristimewaku ini ye.. terima kasih semua..

nurse yg cantik bg asif balloon ni tau.. :)

Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS