Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Friday, 13 August 2010

Apakah kepentingan occupational therapy (OT) kepada anak2 SD?

Apakah impian kalian terhadap anak2 istimewa kalian ni? Walaupun SD tapi boleh berjalan pada usia 1 1/2 thn? Bercakap dengan elok sebelum  usia 2 tahun? Aku rasa ini harapan yg biasa ada dalam hati setiap ibu bapa yg mempunyai anak istimewa ini namun ianya disimpan kemas dalam hati..

Ada tak kalian pernah dengar mana2 ibu bapa yang memberi jawapan spontan  nak anak pandai butangkan baju sendiri..? nak anak boleh suap makanan sendiri pada usia spt anak2 normal lain? nak anak boleh menulis..? bila soalan ini diajukan? Jarang sangat yang beri jawapan macam ni. Kalau ada pun jwpnnya lebih kurang macam ni nak anak dapat menguruskan hidup sendiri dgn baik.  Itupun biasanya jawapan ini diberikan oleh ibu bapa yang anaknya sudah meningkat remaja @ dewasa..

Tahu tak kalian yg OT ini sangat2 penting kepada anak2 kita? Kenapa? Aku sendiri pun mula2 dulu sangat liat untuk membawa Hasif ke hospital apabila ada temujanji untuk OT sbb bila bawa Hasif ke sana, aktivitinya macam waktu bersantai dan bermain dengan anak2 je..  (di Kiwanis OT & PT digabungkan). Aku juga selalu merungut kepada suami "penat je g hospital utk OT. Bukan belajar apa pun.." Dalam fikiran aku physical therapy(PT) lah tempat yg aku harus selalu bawa Hasif kerana mmg impian aku Hasif berjalan awal supaya bila aku hbs cuti tanpa gaji nnt, hasif dah boleh berdikari bila aku tinggalkan dia di taska @ baby sitter!

Nasib baikla suamiku  terus menyuruhku membawa hasif ke sana dengan alasan 'kalau tak penting, takkan diaorg suruh hasif join OT tu'. Aku pun ikut je la..huhu..

Aku start bertanya kepentingan OT ni kepada therapist kat PPUM tu dan dalam masa yg sama surf internet mencari maklumat mengenainya. So..dari maklumat2 yg aku baca, di sini aku senaraikan beberapa kepentingannya setakat yang aku tahu... let's find out!!

OT mengajar kita untuk menguasai skil2 kecil dalam kehidupan kita sehari2. Antaranya ialah memegang sudu, membutangkan baju, mengikat tali kasut, menyikat rambut...dll. Itu aktiviti yanng selalu berlaku di rumah. Kalau di sekolah pula antaranya menulis, melukis, mewarna menggunakan pensil, pensil warna, berus yang pelbagai saiz. Menggunting kertas, melekatkan kertas menggunakan gam pada buku.. Memang benda2 kecil ni nampak remeh. Tapi..

Mahukah kalian dari kecil sampai dewasa (andai mereka panjang umur) mebutangkan baju mereka? menyikat rambut mereka? mengikatkan tali kasut mereka? menyudukan mereka makanan, melukis untuk mereka dsb SEDANGKAN KITA MELIHAT ANAK2 ISTIMEWA ORANG LAIN MAMPU MELAKUKANNYA SENDIRI? So, di sinilah kepentingan OT yang jarang2 kita nampak.. Kita asyik duk nampak anak kita akan berjalan, berlari dan bercakap je...


OT yang diikuti di PPUM & Kiwanis

Baru2 ni semasa ke KK Kelana Jaya, aku sempat berbual2 dengan dua ibu. Kedua2nya ada pengalaman dengan saudara mara mereka yg juga mempunyai SD. Salah seorang darinya bercerita yg adik ipar tirinya membesar dengan baik. Tak ada masalah apa2 pun. Cuma, bila time makan, dia tidak boleh makan menggunakan pinggan leper. Dia tak dapat kaup /ambil makanan kalau pinggan tu leper. Dari apa yg aku faham, ini mungkin kerana skil OT dia yg kurang dapat dikuasai. Org dulu2 jarang2 didedahkan dgn terapi2 ni kan!

Selain di atas, OT juga membantu terapi pertuturan dengan mencadangkan teknik atau posisi yang sesuai untuk memberi makanan sbb kita semua tahu anak kita ini mempunyai hypotonia di seluruh bahagian badan termasuklah pipi, lidah dan bibir.  Manakala dengan PT  pula ianya saling berkaitan antara satu sama lain. Jadi, bagi membantu anak istimewa kita mengejar 'milestone'  seperti anak2 normal, kedua2 terapi ini mestilah dilalui oleh anak2 kita.

Janganlah jadi macam aku yg nampak PT aje yg penting.. :D. Oklah..semoga info ini membantu kalian ye..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 komen:

ieda said...

ikhlas cakap..saya mmg tak sempat bawa nabila g hosp.cuma hantar dia ke PDK.jadi kena pandai2 ajar sendiri kat rumah.alhamdulillah dia jenis cepat mengikut/meniru.cuma cakap jer lambat sb lidah panjang sikit.

Syahida said...

OT memang terapi yng penting untuk anak istimewa.Abil pun kena kerap buat OT.kalau di JB, saya hantar dia ke terapi sensori (adik beradik OT juga) seminggu sekali.lagi kerap lagi bagus sbnrnya.
eh,hasif OT di PPUM ya? Abil pun ke situ sejak kecik. tp sejak pindah JB, kami buat di sana 2-3 bulan sekali..

Azma said...

ieda : x pe ieda. actually OT ni memang boleh buat sndri cuma kita kena cari ilmu skit la. Mcm yg saya tulis tu kan, OT ni mcm masa main2 ngan anak je..

Pasal lidah panjang tu.. saya ada tulis ttg rawatan lidah terjelir cuba ieda rujuk kat situ. lagi satu rawatan dgn guna liptrainer patakara. Saya pun ada tulis pasal hal ni. Kalau ada masa ieda jengukla ye. Ada contact no skali saya letak kat post tu

*************

abil ada masalah sensori ye? camne dapat detect? saya syak hasif pun sama cos kalau saya gigit dia, dia ketawa. macam x dpt sense sakit tu..kdg2 bila jatuh nangis jugak. Ada kawan kata boleh buat check up tp saya blm ambil apa2 tindakan lg & x tau kat mana boleh buat check up tu. Boleh share info dgn saya?

*************

Syahida said...

anak autisme cam Abil kebanyakannya ada masalah sensori juga. tanda-tanda pada Abil; hiper/susah nak duduk diam, tantrum melampau (susah nak reda), tak suka dipeluk, susah nak berus gigi/sikat rambut, suka masukkan objek dalam mulut, tak suka menggunakan tapak tangan untuk menyentuh, koordinasi mata-tangan yang kurang sempurna. banyak lagi simptom2 lain, boleh baca sini: http://www.essortment.com/all/sensorydisorder_rhky.htm

betul tu, OT boleh dipraktikkan sendiri.yg penting, kna belajar daripada pembacaan/tanya yang pakar :)

Asz said...

salam ... mmg ramai yg kurang aware pasal OT nih kak ... saya nih sbb dah lama sgt dok spital so taulah yg sume jenis terapi bagus utk anak2 SD, to stimulate muscle dorang & membantu perkembangan anak2 SD nih ... alhamdulillah, ammar dah ada appt utk OT, Physio, Speech & Feeding therapy ... ;))

Azma said...

maaf sangat2.menyepikan diri beberapa hari.. x berkesempatan nak berlama2 depan pc.mekasih 4 the info ye syahida...

************

bagusla camtu...terapi2 tu semua banyak boleh membantu perkembangan ammar nanti.

Yasmin Nabilah.. said...

Nabila pun dah lama join OT kat Sg. buloh..itupun atas request ina..sebab tgk ramai anak2 kawan semua masuk OT. Hurm..Tapi seperti biasa untuk anak CP memang banyak cabaran sebab bab brain damage ni mmg agak sukar dan perlu diajar berkali2..lagi2 pulak..nabila ada masalah fokus..huhu..

Azma said...

Takpe na..slow2. Lama2 nnt, insyaAllah dia boleh kuasai certain skills. Tak dpt byk, skit pun ok ye tak? Tapi, kita doala selalu smg dia mampu kuasai kebanyakan skil2 tu... Mgkin ada cara utk ajar dia lebih fokus. Mcm hasif pun sama. Tak berapa boleh nak fokus.