Thursday, 30 September 2010
Jatuh dari baby cot???

Wednesday, 29 September 2010
Bahasa Isyarat - fungsi, kepentingan, bagaimana??
Monday, 27 September 2010
Warna warni Karnival KDSF 2010
Friday, 24 September 2010
Belajar bahasa isyarat
Tuesday, 21 September 2010
Dia yang sering 'konpius'
Kalau ada yg berkata "hidup dengan anak istimewa ni penuh dengan warna-warni; bila time berduka, boleh hingga kering air mata menangisinya, bila time gembira, senyum & tawa tak henti2 menjadi teman setia", aku adalah org pertama yang akan menyetujuinya. Fasa sedih hidup bersama hasif sudah lama berlalu. Tak ingin dikenang lagi. Harap2nya fasa itu tidak akan berulang.... Sekarang aku dan keluarga sedang menikmati fasa gembira bersamanya.
Perkembangan fizikal hasif agak perlahan akhir2 ni. Mungkin kerana 'kemalasan' yg menjelma pada ibunya untuk meneruskan latihan sepanjang bulan Ramadhan dan juga awal syawal yg penuh dengan cuti...:). Namun demikian, dari segi sosial dan komunikasi, sedikit sebanyak menunjukkan perubahan yg menceriakan kami sekeluarga.
Aku masih lagi melatihnya untuk mengangkat tangan bila ditanya "who is hasif?". Kalau awal2 dulu begitu cepat tangan diangkat & diturunkan. Tp sekarang, ada sedikit perubahan. Dia hanya mengangkat bila soalan habis ditanya dengan kadar yg agak normal (tak laju & tak perlahan). Namun demikian, adakalanya dia menjadi 'konpius' sampai bila ditanya "who is abang?" (merujuk kepada abgnya, Luqman), dia dengan confidentnya mengangkat tangan sambil tersenyum2. Apa lagi, ketawa besar kami melihat ke'confident'an dia tu...(mencemar bahasa betul la..) Ada sekali sampai menangis dia melihat kami duk ketawakan dia. Kesian hasif.. teruknya ibu hasif nihh!! :)
Banyak lagi perkara2 lain yg diajar kepadanya menjadi rumit buat dia. Bagi kita perkara itu mudah, tp bagi anak istimewa ianya amat rumit sekali. Seperti yg pernah aku ceritakan dalam salah satu post sebelum ini berkenaan lain lagu yg dinyanyikan, lain isyarat yg dia beri. Jadi, dalam mendidik anak2 istimewa ini, BERSABARlah.... Jangan cepat marah bila dia tak boleh mengikuti. Jangan sedih bila tengok anak org lain boleh buat, anak kita tak boleh lagi.. Kita ibu @ bapa kepada anak istimewa ini juga insan istimewa yg terpilih. DIA tahu kita mampu hadapi semua ini. So, buktikan pada diri sendiri kita sememangnya mampu...
![]() |
| muncungnya.... :) |
Dari segi pertuturan pula, dia masih di peringkat membuat pelbagai bunyi yg berbeza2 & sedikit sebutan yg hanya aku sekeluarga boleh faham. Perkataan yg paling dia suka keluarkan ialah..nan nan na.. yg bermaksud nak & ann nak yg bermaksud tak nak. Tapi perkataan ini hanya boleh keluar waktu makan aje..Waktu lain, tak de..hihi...
Ok, itu aje buat kali ini. Maafla tajuknya berkait skit je dengan post yg ditulis. Otak dah tepu ngan zat2 kuih raya..hihi.. Jumpa lagi di post akan datang dengan cerita raya hasif. :)
Thursday, 2 September 2010
Rambut raya
Bersua lagiiii.... :)
| Nampak cam okey je... :)
Proses menggunting rambut hasif diteruskan. Si hasif makin lama makin muncung jadinya. Akhir skali bila dah nak habis je dia pun huuuwaaaaa...... hihi.. Kesian dia. Tak sampai hati menengoknya..Aku pujuk2 dia. Settle je semua hasif terusku angkat & dia pun peluk aku kuat2. Menangis pun tak dah.. Aiisshh..ni nangis betul ke, nangis nak selamatkan diri ni.....?? :D
Sedihnya saya..huhu...
Balik rumah mandi dulu sebelum pose dengan rambut baru.. Hasif pun nampak tergaru2 je dengan rambut2 halus yang masih tertinggal dan melekat2 di muka & lehernya.
Bestnya mandi...jangan tgk lama2..censored :D
Lepas mandi baru la boleh pose ngan rambut baru.. Rambut raya ni tau.. Sorila aku letak gambar half-naked ni.. Hari ni agak panas so aku biarkan aje dia pose dgn nappy dia tu.
encem tak saya.... :)
Nanti raya boleh pose ngan baju raya plak. Moga hasif encem+ sihat selalu.... :D Jumpa lagi..babaiii... |
























