Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 27 December 2010

Holiday Programme Part 3 - Sensory Motor

Assalamualaikum..

Cerita 2 minggu lepas ni..baru tertulis ari ni..hihi...

Aktiviti ni, aktiviti ketiga yang Hasif join untuk program cuti sekolah kali ini. Aktiviti kali ini sedikit berbeza dari part 1 ituari. Masih lagi meransang sensory motor dan masih juga menggunakan tepung dan pasir. Cuma bancuhan tepungnya berbeza dan ditambah dengan kehadiran ais..sejuk...grrrrr...

Menunggu....
Masih dalam situasi tenang...

Post pertama anak2 didedahkan dengan ransangan sejuk. Ada ais dan air. Anak2 disuruh menyentuh ais, memasukkan kaki dan tangan ke dalam ais + air dan disembur dengan ais kosong yang cukup untuk memeranjatkan yang teristimewa.... Hasif sekejap je ok..pastu ko..huhu.. menangis saje.. Terperanjat dengan semburan ais tu agaknya..

Sejuk teacher.. x nak...
Grrr.....sejuk air ni...
 
Lepaskan Hasif teacher..ibuu.. tolonggg.....

Aktiviti bersambung dengan bancuhan tepung ubi yg melekat2 macam gam.. Bila ditarik bertali2 jadinya.. Hasif duk pegang2 bancuhan tu. Mula2 ok, bila teacher tarik bancuhan yang  bertali2 dan letak kat badan dia, start menangis smula.. ish..ish.. geli sangat ke sif?? :D

Issh..melekat2 plak tepung nih!
Rendam kaki dalam tepung yg sejuk..

Ergghh..macam apa dah muka asif ni..

Macam tali je tepung ni...
Enjin nangis dah nak start

 
Cuci muka pun nangis jugak...

 Aktiviti menangis berterusan di sand box.. Sekali dah menangis, tak mau berenti daa.... Puas pujuk, main2 pasir dgn dia, still tak berenti juga.. Bukan nangis kuat pun tapi duk berbunyi je, pening kepala ibu.. Tapi ibu buat2 tak dengar je.. Habis masa, cuci badan baru dia nampak tenang. Tak merengek dah... dan nampak happy semula..

Angkat asif ni bu..x nak main pasir ni..
huhu..ibu biar je asif..

Lega..

Nampak gayanya kena teruskan aktiviti macam ni kat rumah. Tengok reaksi dia macam mana. Aku rasa sensory motor si Hasif ni tak adalah sensitif sangat. Bila aku bermain pasir dengannya selama ni, excited je dia. Setitis air mata pun tak keluar. Air liur ye la menitis2...syok sangat main pasir tu.. :D. Mungkin bila buat di kawasan yg bernama 'sekolah' dia jadi seriau agaknya..hihi..

Habis sudah aktiviti cuti sekolah... Dah nak masuk tahun baru pun.. Tahun depan hasif sambung sekolah kat Transition Class pula. Kelas Hasif hari Rabu 11pg hingga 12tghari. Hopefully, Hasif boleh join kelas tahun depan dengan baik sekali. 

Jumpa lagi ye.....

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 22 December 2010

'ASD' dah jadi 'PFO'

Apa itu ASD? Apa itu PFO? Hasif pernah mempunyai ASD dan sekarang dia mempunyai PFO.

ASD ialah singkatan untuk  Atrial Septal Defect iaitu terdapat  lubang di septum yang memisahkan dua ruang atas jantung (atrium). Septum adalah dinding yang memisahkan jantung sisi kiri dan kanan. Semasa di hospital untuk major operation for duodenal atresia, doktor juga telah mengesan keadaan ini pada jantung Hasif. Namun demikian aku dinasihatkan supaya tidak perlu terlalu risau kerana lubangnya kecil shj iaitu 2mm dan ianya akan tertutup sendiri seiring dengan pertambahan usia Hasif. Lagipun Hasif tidak pernah menunjukkan masalah kegagalan jantung seperti menjadi biru (kurang oksigen, dll) semasa menyusu ataupun menangis. Aku cukup lega dan sentiasa berdoa lubang di jantungnya akan tertutup secepat mungkin.

Dekat 40 minit dah makan ubat tido tp still tak tido2..huhu..

Petang tadi, aku ke hospital. Appoinment  untuk echocardiogram (ECHO). Ia juga dikenali sebagai Cardiac Ultrasound. Prosesnya samala macam kita scan masa pregnant tu. (isskkhh...kalau salah explain kan malu. Tapi aku tengok memang cam tula...hehe..).Tujuannya untuk check/scan keadaan kat jantung tu la..  Dapatle aku menengok jantung si hasif tu mengepam..lub dup..lub dup.. 

Baru lena..still terjaga2. Terpaksa scan kat atas stroller je..

Masa echocardiographer tu bincang2 dengan rakannya, aku terdengar mereka menyebut masih ada lubang di jantung Hasif. Tetiba je aku rasa sebak.. Isskkhh.. cepat plak emosional skang ni. Padahal aku tak tahu berita yg sebenar2nya lagi. Baru terdengar skit2 je.. Habis tugas diaorg, aku tak sabar2 dah terus bertanya. Aku dikhabarkan dengan berita yg baik walaupun tidak sebaik yg kuharapkan. Kata mereka, lubang di jantung Hasif masih tidak tertutup sepenuhnya. Masih ada tapi sangat kecil. Hasif mempunyai masalah jantung yg paling ringan iaitu PFO. Kata mereka la..  Aku ni mana la tahu sangat pasal jantung ni. Masa belajar dulu pun skit2 je..tak detail pun..

Echocardiographer tengah memerhatikan keadaan denyutan jantung Hasif

Imej denyutan jantung Hasif

Balik rumah terus aku surf internet cari maklumat pasal PFO ni. Masa mereka cakap PFO tu aku tak tanya singkatan utk apa pasal diaorg pun nampak kalut2 dah nak balik. Dah dekat pukul 5 masa semuanya selesai tadi. Barula aku tau PFO tu untuk Patent Foramen Ovale. Dari pembacaan ku cam sama je condition ASD dan PFO ni. Doktor Ieda..tolong saya... Betul ke apa saya tulis ni..huhu...

Ni info yg aku dapat masa surf internet..

 Patent Foramen Ovale
  • The septum is the muscular wall separating the heart into the left and right sides.
  • The atrial septum is the wall separating the atria (the two upper chambers).
  • The ventricular septum is the wall separating the ventricles (the two lower chambers).
 

The foramen ovale is a small hole located in the atrial septum that is used during fetal circulation to speed up the travel of blood through the heart. When in the womb,a baby does not use it's own lungs for oxygen-rich blood, it relies on the mother to provide oxygen rich blood from the placenta through the umbilical cord to the fetus. Therefore, blood can travel from the veins to the right side of the baby's heart and cross to the left side of the heart through 
the foramen ovale and skip the trip to the baby's lungs.
Normally the foramen ovale closes at birth when increased blood pressure on the left side of 
the heart forces the opening to close.
If the atrial septum does not close properly, it is called a patent foramen ovale. This type of defect generally works 
like a flap valve, only opening during certain conditions when there is more pressure inside the chest. This increased pressure occurs when people strain while having a bowel movement, cough, or sneeze.
If the pressure is great enough, blood may travel from the right atrium to the left atrium. If there is a clot or particles in the blood traveling in the right side of the heart, it can cross the PFO, enter the left atrium, and travel out of the heart and to the brain (causing a stroke) or into a coronary artery (causing a heart attack).


Kali ini aku sekali lagi diingatkan supaya tak perlu risau. Kata mereka, jantung Hasif memang dalam proses untuk menjadi normal. Aku pun harap begitulah.. Moga kesejahteraan & kesihatan yg baik sentiasa menjadi milik Hasif. Aminn...

Kebuasan Kakak & Abg yg cukup menguji kesabaran ibu tp mereka sayang adik mereka yg istimewa ni..okla tu kan..

Sihat selalu hendaknya,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, 19 December 2010

Carta pertumbuhan Yang Teristimewa

Salam hormat..


Sedikit info untuk memudahkan rujukan semua dalam entry aku kali ini. Carta pertumbuhan khas untuk anak2 sindrom down yang aku upload dari http://www.growthcharts.com/ Boleh dapatkan carta ini dari doktor anak2 kalian juga ye.. Kalau kalian rasa sangsi sama ada tumbesaran anak2 kalian sempurna seperti Yang Teristimewa yang lain, boleh la rujuk ok. 


Carta utk panjang / tinggi Yang Teristimewa (lelaki)
 



 Carta utk panjang / tinggi Yang Teristimewa (perempuan)



Carta utk berat Yang Teristimewa (lelaki)




Carta utk berat Yang Teristimewa (perempuan)



Semoga kalian mendapat sedikit manfaat dari entry kali ni!! Just click to enlarge kay....
Babai...


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 15 December 2010

Holiday Programme Part 2 - transition class

Salam...

Entry sebelum ni ditulis oleh maza, temanku sejak dari zaman student dulu lagi. Blog buat hal semalam. Tak boleh nak tulis post baru. So, cik abg maza cuba membantu sambil mengarang ceritanya sendiri di blog ku ini..  Terima kasihla abg maza sudi membantu ye..

Terus ke intipati berdasarkan tajuk entry di atas. Minggu lepas, Hasif ke Kiwanis lagi. Meneruskan aktivti cuti sekolahnya. Kelas hidroterapi terpaksa dibatalkan kerana kawasan di situ tidak cukup bekalan air. So, cuti ni, 3 aktiviti sahajalah untuk Hasif di Kiwanis.

tolong saya teacher...

2 dlm 1 : gross & fine motor serentak

Sesi kedua ini merupakan sesi persediaan buat Hasif untuk ke kelas barunya tahun hadapan. Dalam sesi ini, parents sekali-kali tidak dibenarkan masuk ke kawasan program/bilik  aktiviti. Anak2 cuba dibiasakan untuk belajar bersendirian tanpa kehadiran ibu bapa. Tapi nampaknya parents terlebih risau pasal anak. asyik buka pintu kelas bila dengar anak menangis sampai akhir cikgue terpaksa kunci pintu tu..:D  (aku tak termasuk ye...haha..)


Cepat merangkak sampai ke hujung Sif..

Alhamdulillah, Hasif tak banyak buat hal. Menurut cikgunya, Hasif  tidak terlalu terganggu dengan 'kehilangan' aku. Dia boleh tumpu perhatian dalam kelas dan memberikan kerjasama dalam semua aktiviti. Namun, masih ada ketidakyakinan diri pada Hasif iaitu setiap kali berpindah kelas (aktiviti berlansung di 3 kelas yg berbeza), Hasif akan menangis dan tidak mahu berbuat apa2. Dia tidak mahu berjalan sendiri bila ini berlaku. Terpaksalah cikgu2 mendukung Hasif untuk setiap pertukaran kelas tu.. Hmmm... sabar je la.. Walaupun demikian, Hasif yg dikatakan 'very co-operative' oleh cikgunya ni, mungkin tinggi juga tahap ketakutannya kerana pampers yang baru dipakai selama 2 1/2 jam sudah penuh dan habis bocor sampai bajunya basah lencun.. Uissshh..takut sangat ke Sif sampai terkencing banyak sangat tu.. hihi..

Syy...pay attention everyone..


Nama saya Ha...Sif......
Nasib baik cikgu hasif baik hati meng'email'kan aku gambar2 sepanjang aktiviti transition class ni. Kalau tak, tak dapat la aku nak menepek gambar cos parents kan tak boleh join skali... Selamat membelek la gambar2 tu ye... Jumpa lagi...

Isshh..bila la time saya nih..!!
  
Besarnya 'meow' ni.. .


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 7 December 2010

Dia bermain..dia berkomunikasi....




Permainan yang paling digemari oleh Hasif sekarang. Sampai si Abang bising2 cos Hasif selalu 'curik' kereta mainan dia..hihhi.. Tengokla aksi dia berkomunikasi tu.. Muncung2 mulutnya.. :D


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 6 December 2010

Main conteng muka...

Rasa lama dah tak update cerita dan berjalan2 ke blog kawan2.. Padahal baru je 4 hari.. Mungkin hidup dah biasa bertemankan blog & ber'blogwalking', tu yg rasa lama tu..

Ada 2-3 cerita yang nak di'up-date' kan. Tapi memadailah dengan gambar2 dan sedikit cerita di bawah. Sambung lagi lain kali ye tak!!

Sepanjang cuti banyak aktiviti yang dirancang untuk dilakukan bersama-sama anak2. Salah satunya main conteng muka. Aktiviti ni berjaya dirancang sebab ada kaler khas untuk conteng2 muka ni yg aku jumpa masa bawa anak2 untuk daftar kelas art ituari.

Apa kelebihan main conteng2 nih? Apa lagi kalau bukannn..... merapatkan hubungan dengan anak2. Boleh bergelak-tawa dengan anak2. Sangat sesuai untuk aku yg sangat garang & kalau boleh nak di'telan'je anak2 tu sorang-sorang bila dah marah. Hihi... Bila main mainan ni dengan mereka, aku nampak mereka lebih ceria dan gembira bersama aku. Syukurla.. tapi tak boleh la masa main je berbaik dengan mereka kan, waktu lain pun kena baik2 jugak...Tak gitu??

luasnya nganga Sif...


sape tumbuk mata kakak tu..?

Asif marah ke ni..??

Buat apa tu Abanggg??

Nak kata berjambang pun ye, nak kata cam gorilla pun ye..hehe..


P/S : Sila abaikan pemandangan di belakang model2 cilik ni ye..hihi...



Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 2 December 2010

Bermain pasir - betul ke bagus??

" Ngape la bagi anak main pasir..kan kotor tu..." Itu DULU..

SEKARANG... "pegi bawa anak main pasir. Boleh stimulate dia punya sensory dan lain2 lagi.."

Betul ke apa yg aku tulis ni? Masa dua anak terawal yg normal aku mendapat pendedahan bahawa bermain pasir adalah satu perkara yg bagus untuk tumbesaran anak. Tapi aku tak pernah hiraukan. Tambah2 aku bekerja & duduk pula di 'rumah merpati'. Jarang2 la anak2 bertemu dgn pasir kecuali bila ke pantai..

 
excited hasif dapat bergerak bebas..
  
Since my yang teristimewa, Hasif lahir, aktiviti bermain pasir ingin sangat aku lakukan selalu bersamanya. Tambah2 bila melihat aktiviti untuk sensory motor di sekolahnya pun menekankan aktiviti bermain pasir nih! Sibuk aku mencari sand box utk hasif bermain di rumah. Bila dah jumpa, duk fikir balik. Mana la aku nak sumbatkan sand box yang 'gedabak' tu..hehe.. Akhirnya aku berjaya menemui alternatif yg paling aku sukai.. 3 minggu lepas, sewaktu merayau-rayau ngan anak2 di Giant KD, aku ternampak satu banting bertulis 'play sand,etc...' Bila aku masuk tanya adik2 yg keje kat situ diaorg kata "dah lama dah ada kat sini kak.."..la..ruginya..Sungguh tak alert ibu Hasif nih!! huhu..

1. 3 beradik..macam boy semua sudahnya :)
2. Hasif kena tanam...
3&4 Kakak & abang sibuk membina 'gunung'  

Kita cerita pasal kelebihan bermain pasir ni dulu ye..

1. Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak2. Boleh main macam2 permainan dengan pasir ni.. Campak la apa2 mainan pun, anak2 akan dapat bermain dengan sepuas2nya Cth : bina highway/trek untuk kereta mainan, buat bangunan, buat tempat tinggal binatang2 kat zoo dsb. Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri2 pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor).

 Alhamdulilah.. dah boleh gunakan alatan skit2...

2 . Dari segi perkembangan fizikal, ia membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak2 boleh berlari, melompat, bergulnig2, menggali... dan jika di pantai pula anak2 boleh belajar berjalan di pasir yg kering ataupun basah.. Biarkan mereka membuat/melihat kesan tapak kaki mereka bila kaki mereka rapat, melangkah luas2 ataupun kesan bila mereka melompat di atas pasir tersebut.

3 : Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial
- tanam mainan dalam pasir - bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. -bantu dalam memisahkan anak2 dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2.
- tanam dinasour- anak2 boleh berangan menjadi arkeologist (imaginative)
- basahkan pasir dan biarkan mereka mencipta item2 yg mereka sukai. Keadaan ini dapat memberi ransangan semulajadi kepada anak2 dalam perkembangan bahasa melalui aktiviti yg kita anggap main2 je...

1. Sampai terbaring kakak...
2. Main kereta mainan yg dibawa dek abang
3. Cuba menstabilkan diri
4. Pasir tu tak boleh makan sayang...
5. Hasil usaha abg berjaya membina 12 biji gunung( x nmpk semua)

Banyak kelebihannya memberi peluang kepada anak2 untuk bermain pasir ni. Untuk yang teristimewa, lagilah patut kita  mencuba aktiviti ini bersama mereka. Saksikan hasif & abang kakaknya bermain pasir baru2  ni dalam gambar2 di atas ye.. Gambar2 di atas adalah kali kedua mereka ke sana. Kali pertama ada snap gambar tp tak berapa cantik coz guna handphone je. Mereka memang seronok sungguh cuma satu je yg mereka tak puas hati...tak boleh main pasir dgn air kat situ.. Tak pe la..dapat main pasir tu kira ok la kan...



Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS