Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 28 February 2011

Hasif @ speech therapy

Salam..

Lama dah plan nak tulis pasal ni tapi tak tertulis2 jugak.. Ari ni gagahkan diri utk kali ke berapa tah utk mencoretkannya jugak.. :)




Rasanya sudah lima sesi hasif kubawa untuk speech therapy di WQ Park, Kelana Jaya. Start dari Disember tahun lepas. Sesi 2 minggu sekali dicadangkan untuk Hasif kerana dia masih bawah usia 2 tahun. Apa yang penting pada usia ini adalah latihan utk oral motornya, menurut speech therapist tu la.. Nanti bila lepas 2 tahun, baru boleh pertimbangkan pertambahan jumlah sesinya. Kadar bayaran yang agak tinggi namun memikirkan keperluan pertuturan kepada anak istimewaku ini..apa sajalah... 

Dalam banyak2 terapi (actually 3 jenis je yg hasif ikut..:D), speech therapy ni yg dia paling suka.. Kenapa ye? Sebab...sepanjang proses terapi tu main2 & cakap2 aje.. Sesi latihan oral motor pun tak ada la lama sangat..

Kesan speech therapy pada hasif...hmmm..banyak... Mulutnya makin riuh. Ada beberapa perkataan makin jelas sebutan. Beberapa perkataan lagi sudah ada sebutan hujungnya. Contohnya perkataan mata hasif sebut ta. Hasif juga sudah boleh tiup wisel walaupun bunyinya tak berapa kuat lagi. Boleh minum guna straw bila praktis dgn cikgu tapi bila ibu ajak try kat rumah, semua tak reti..huhu.. Dah belajar body part, tapi still x tunjuk bahagian2 tubuh tu bila ditanya. Dah boleh tiup lilin kecil tapi dengan mulut nganga, bibir tidak dimuncungkan lagi.. Bila diberi arahan, boleh faham. Banyak juga objek yang dia dah kenal bila disebut. Yang paling bagus, bab imitation.. Dia akan imitate apa sahaja yang cikgu dia buat.. Syukurrr... Oleh kerana ibu hasif ni agak malas buat latihan kat rumah, so perkembangan yang dimiliki Hasif merupakan satu keadaan yg amat menceriakan ibunnya ni.. Bila la penyakit M ibu Hasif ni nak hilang agaknya..  :D
  
Video di atas antara aktiviti yang dijalankan. Yang menariknya sambil2 buat speech therapy, sempat juga buat senaman gross motor. Tengokla Hasif dgn basketball tu. Sukala sangat..

excited dapat mainan walaupun tak sempat main pun lagi..
Bercakap pasal sesi yg mahal ni kan.. (harga standard tp aku rasa mahal), aku pernah bawa Hasif utk speech therapy di sebuah hospital kerajaan. Okla keadaan kat situ. Barang2 utk speech therapy pun banyak dan menarik cuma masalahnya dia asyik duk ulang2 cakap anak aku belum 2 tahun lagi..so tak perlu lagi sebenarnya utk speech therapy ni.. Pastu Hasif sikit pun tak disentuhnya.. Ambik mainan suruh hasif imitate dia.. pastu bila hasif tak tumpu perhatian atau tak bagi respon yang sepatutnya, dia pun tunjuk muka bosan.. Hmmm..kalau anak aku pandai buat semua tu tak ada la aku bawa jumpa cik puan..gerutu hati aku yg geram betul masa tu.. Cara dia berinteraksi dgn anak memang bagus, cuma bila duk ulang2 ayat pemberitahuan kat atas tu, aku jadi tawar hati le.. Cari je la tempat lain.. akhirnya hasif pun bertemu jodoh ngan speech therapist kat WQ Park ni..

Pada aku tak ada salahnya anakku dibawa untuk speech therapy pada usia yang awal. Ianya lagi memudahkan anak istimewaku ini untuk belajar bertutur. Menurut cikgu Hasif, memang kita diberi pengetahuan, umur paling sesuai diajarkan perihal bertutur ialah 2 thun ke atas. Tapi jika lebih awal didedahkan, lebih banyak persediaan kita boleh ajarkan kepadanya. Contohnya kalau anak2 SD, mereka ada otot mulut yg lembik, lidah yang terjelir..so, awal2 ni kita lakukan senaman oral motor supaya bila usia 2 thn nanti kita boleh gunakan sepenuhnya untuk mengajar pertuturan, sebutan, perkataan baru, bina ayat dll dan bukannya waktu tu baru nak start mula senaman oral motor.. Haa..kan betul hasrat aku bawa hasif ke speech therapy cepat2.. :)

Isshh..asif boleh buat la teacher..biarla asif buat.. :)

Situasi pernah ditemui : Seorang budak lelaki SD (chinese), umur dalam 10 tahun, bercakap dengan ibunya dengan begitu jelas dan bagus sekali (in English). Tiada kedengaran sebutan yang tidak jelas, tidak kelihatan masalah hipotonia di mulutnya...dan begitu aktif bertanya macam2 kat ibunya..

Harapanku : Semoga Hasif juga begitu suatu hari nanti.. Perkenankanlah doaku ini Ya Allah.. Amin..



Mengharap restuNya,



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 24 February 2011

Children's speech and language skills (milestones)

Salam,

Just want to share something which is I think very valuable to us. Cewah!! Tulis dalam omputih ari ni.. haha..

So sorry it is in English. But I think most of u can understand, right!

The following are the checklist that can determine if your child's speech and language skills are developing on schedule. So, check it out!!
*sumber: http://www.nidcd.nih.gov/



 






click to enlarge okay!


All the best,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 23 February 2011

Kesian.. anak ibu..



Kat atas tu status FB aku malam tadi. Si Hasif batuk-batuk teruk semalam. Sampai macam susah nak bernafas. Sepanjang malam aku duk memantau takut2 membawa ke lelah.. Tak pernah dia diserang batuk yang teruk macam tu.. Nasib baik demamnya dah kebah. Kalau tak, tak tahula macam mana keadaan dia agaknya.. Dalam masa yg sama selesemanya juga semakin bertambah teruk. Masa tido nampak dia duk hisap2 bibir. Haus agaknya.. Bila diberi susu, minum sikit aje pastu stop.. Terus tido sambil peluk botol susu.. Ala.. kesiannya tengok..


selesa tido sambil duduk agaknya..
baju comot sbb ibu sapu asam keping bakar kat dada..

Tido pun nampak tak lena elok. Kejap2 duduk, huyung-hayang sebab ngantuk kan.. pastu.. bummm..pengsan balik..hehe.. Mula2 tido kat katil kakak. Asyik tersedar aje, aku bawa ke ruang tamu, tido atas sofa, teman aku study (kononnya la... :D).  Sama aje.. Siap turun dari sofa dan gi landing kat lantai..lagi..  :)


nak baring pulak la...

Aku ambik petua kawan kat FB tu. Bakar asam keping sampai hangus pastu letak minyak masak then sapu kat leher & dada. Alhamdulillah jadi..tapi tak sepenuhnya.. Batuk still macam tu jugak tapi kekerapannya kurangla skit.. Sampai ke pagi dia macam tu.. Lepas subuh, aku dah tak larat, letak dia dalam buaian. Lamaaa..baru dia lena tp masih diselangi dengan batuknya tu.. 

Hari ni ada kelas kat Kiwanis. Dia baru bangun. Tengah mengadap Barney sambil cakap babai dan lambai2 bila budak2 dalam cd tu cakap bye-bye.. Masih ada batuk2 kecil. Hidung plak penuh dgn tahi hidung kering..hehe... agaknya O2 nak masuk pun susah..ahaksss..  Tgh fikir2 nak bawa dia ke kelas atau tidak. Kalau pergi, bimbang dgn kesihatannya tu & takut2 berjangkit dgn kawan2 yg lain. Tak pergi karang, rugi.. Sekali datang, macam2 belajar.. Hmmmm... (thinking..).


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 22 February 2011

Ala..hai anak..

Salam..

tempat tido favourite hasif
Tengok gambar kat atas ni..Tu gambar hasif masa tido malam tadi. Itula tempat tido favourite dia bila tak tido dalam baby cot!  Malam tadi aku tido di ruang tamu cos encik hubby x de (apa lagi..outstation le.. isk..isk..). Biasanya kalau dia tak ada aku akan tido di ruang tamu atau di bilik anak ataupun di bilik aku bersama2 ngan anak2. Entahla.. bila dia tak ada aku selalu risaukan macam2 walaupun rumahku ini 24 jam kawalan keselamatannya. Pernah aku tido dengan hasif di bilikku dan biarkan abg dan kakak kat bilik mereka tapi tido dgn risau so tido2 ayam je la..

Dalam keadaan Hasif yang demam + batuk + selesema, dia tak dapat tidur dengan elok. Tido sekejap pastu gerak sana gerak sini. Lama2 dia merangkak ke lantai dan tido atas lantai. Bila jadi camtu aku pun tak lena tido. Kerja aku, angkat dia tidur balik atas toto selepas dia 'melepak' kat lantai tu. Baru nak terlena, dia pun merangkak lagi ke lantai. Aduhhh... panas sgt ke sif sampai tido atas lantai tu?? 4-5 kali berulang, last2 aku angkat dia & peluk kuat2. Apa lagi, mengamuk la cik awe tuh! hehe.. menangis sekuat2 hati (nasib baik jenis budak yg suaranya slow, menjerit pun tak kuat mana bunyinya). * dalam pada tu sempat jugak ambik gambo ye..hehe

Pagi, bila aku bangun, tengok2 dia kat atas lantai lagi.. Ala..hai anak..rasanya dah cukup dah tilam & toto kat rmh ni. Lantai jugak yg dipilih..

Sekarang ni, baby cot dah jadi macam musuh untuk dia. Bila diletak dalam cot dia mengamuk. Tengah malam masa tido dia duk tendang semua benda2 yang bergantung kat cot tu sampai semua org terjaga.Tak suka pasal kecik untuk dia dah agaknya. Pada aku, ok lagi sbb hasif ni bukannya besar sgt. Baru 10kg aje. Tapi dia memang buas time tido. Kalau tido atas katil aku, habis satu katil tu dia jelajah. Biasanya, encik hubby selalu mengalah turun tido kat bawah sbb habis semua space ambik dek hasif.. cian dia.. Aku, pengsan tak sedarkan diri..haha..

Tempat yg hasif paling suka tido, katil kakak. katil kakak ada pagar (turun temurun dari abang). Bilik kakak & abg pun sejuk je, so, kalau siang2 dia tido kat situ aku memang tenang habis la... Boleh lena sampai 3 jam. Tu pun kena kejut baru bangun..

 
Baru bangun..x sempat amik gambar masa tido

Harapnya malam ni dia tido elok2 la. Tak merangkak ke lantai lagi... Kena slow2 letak dia kat baby cot malam ni.. Kalau ngamuk tgh2 malam?? Angkat dia letak atas lantai..ok tak?? :D


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, 20 February 2011

Memory Keeper's Daughter


Movie mengenai anak Sindrom Down....
Tak perlu diceritakan bagaimana keadaan aku semasa menontonnya..
Menyentuh jiwa hingga aku bagaikan tersedar.. DIA.. memang berbeza..
Kerana diri ini kadang2 menafikannya... bila melihat kecomelan raut wajahnya.. 
Terlupa seketika. suatu masa, insyaAllah..aku akan melihat DIA sangat mirip wajah kawan2nya..




Tontonilah.. Betapa suatu masa dulu, anak istimewa yg digelar 'MONGOLOID' ini seolah2 golongan yang lansung tidak berguna dalam masyarakat.. :(






Salam ingatan,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 15 February 2011

Hidroterapi utk Hasif

Assalamualaikum..

Sebelum meneruskan cerita Hasif kali ini, aku ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat rakan-rakan sekalian. Semoga kita sentiasa berusaha yang terbaik untuk mendapat syafaat dari baginda suatu hari nanti.

Kita teruskan dengan cerita hasif dan sedikit info utk dikongsi ye.. Hidroterapi ni antara fungsinya untuk menguatkan otot2 yang teristimewa yang agak lembik selain memperkenalkan dia dengan medium lain dalam berterapi. Sudah 2 kali Hasif mengikuti kelas ini di KIWANIS. Last week, menangis aje sampai aku tak ada hati nak ambil gambar atau rakam video. Minggu ni pun sama tapi aku keraskan hati aje. Niat di hati nak masukkan videonya skali tapi problem plak masa upload. Apa masalahnya, entahla... So, aku upload gambar aje ye..

Main air pun sedih ye...

Hidroterapi ni juga dipanggil sebagai kelas swimming kat sini. Agaknya senang nak sebut kot.. Kat tempat Hasif menjalani speech therapy pun ada tapi mahal sangat satu sesi. Tapi padanla dengan kemudahannya. Namun bagi aku kemudahan kat KIWANIS ni pun pada tahap yang sangat bagus sekali.

berjalan dalam air..utk kuatkan otot kaki & peha

Cikgu2 pun amat menggalakkan Hasif menjalani hidroterapi ni coz cara Hasif berjalan masih tak berapa betul. Menurut cikgunya ini adalah kerana pinggang hasif belum berapa kuat, hasif pun tidak membengkokkan lutut kanannya dengan baik bila berjalan. So, hasif berjalan agak ter'kepang' dan bergoyang hbs pinggang dan punggungnya..hehe..

Takut kena baring atas air

Hidroterapi ni memang sangat elok untuk anak2 istimewa. Kalau ada peluang, tempat sesuai, tak salah kalau mencubakan. Sesetengah hidroterapi menggunakan air panas. Kesan apungan air akan memudahkan proses terapi berbanding terapi yang sama dilakukan di daratan. Jika air panas digunakan, ia turut membantu dalam melegakan otot2, mengurangkan kekejangan otot dan meningkatkan pergerakan antara sendi2. Anak2 istimewa yang lain yang digalakkan mengikuti ialah :
  • Cerebral palsy
  • Spina bifida
  • Orthopaedic problems
  • Muscular dystrophy
  • Autism
  • Learning difficulties
  • Physical disability
  • Following surgery

Antara kesan2 mengikuti hidroterapi ini ialah :
  • menggalakkan tumbesaran normal
  • menggalakkan milestones fizikal yg menghampiri individu normal
  • meningkatkan pergerakan
  • memberikan kelegaan
  • mengurangkan kesakitam
  • pemulihan pembedahan lebih cepat
  • meningkatkan kebolehan berjalan
  • meningkatkan kestabilan dan koordinasi badan
  • menguatkan otot2 yang lembik
  • meningkatkan kadar pergerakan sendi
  • meningkatkan kebolehan dan fungsi setiap bahagian badan
  • meningkatkan keyakinan diri
  • Pengalaman yang menyenangkan dan menenangkan fikiran



sekejap je berhenti nangis sebab dapat main bola..

Semasa sesi hidroterapi semalam, cikgu Hasif (Cikgu Ieda) dah nampak perangai sebenar Hasif. Selama ni, dia cam baik je dlm kelas kan.. Hari ni, si Hasif siap pukul  tepi kolam kuat2 sbb marahkan aku yang tak angkat dia dari kolam, paksa dia excercise dalam kolam..hehe.. betapa garangnya anak istimewaku ini tau! Tapi, tak sempat ambik gambar mahupun rakam video sbb kesian tgk dia nangis sambil marah...

p/s : nampak tak sut oren yang hasif pakai tu.. tu swimming suit + float tau.. Ada tak sape2 yg tahu boleh dapat kat mana? Tanya cikgu ieda, dia kata ada parent yg donate. Aku terfikir2 mungkin ada kat toys R us. Cuma kalau kalian ada apa2 info tentang float ni, boleh share??


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 10 February 2011

Weight Management untuk Yang Teristimewa - Part 1

Bertemu kembali..

Selalu tgk yang teristimewa ni biasanya chubby kan..chubby skit, memang comey sangat, tapi kalau terlebih chubby... tak bagus untuk kesihatan mereka jugak kan!!

Harapanku : Semoga hasif chubby sket2 je.. :)

Favourite hasif kalau ke Kenny Rogers.. kalau layan selalu camne tak chubby kan!!


Dari satu artikel yg telah ku baca, beberapa cara digalakkan untuk dipraktikkan bagi mengurangkan kebarangkalian yang teristimewa daripada menjadi terlebih chubby.. Utk Part 1 ni lebih menjurus kepada pengurusan baby dan kanak2 ye..

  • Yang pertama sekali mesti start dari zaman kanak2 lagi.. 
  • Kena tahu bahawa yang teristimewa ni mempunyai lower resting metabolic rate iaitu yang teristimewa hanya menggunakan kalori yang sangat rendah berbanding dgn rakan sebaya yg normal semasa tidur. Keadaan yang sama mungkin akan berterusan walaupun usia mereka semakin meningkat.
  • Check dengan pakar kanak2 @ doktor anak kalian untuk memastikan yang teristimewa tidak mempunyai sebarang sebab kesihatan yang boleh menyebabkan obesiti berlaku seperti tahap hormon thyroid yg rendah.
  • tingkatkan penggunaan tenaga yang teristimewa dengan pelbagai aktiviti.
  • kurangkan pengambilan kalori dengan mengatur menu yang sesuai utk yang teristimewa 

Untuk mengatur struktur pemakanan yang teristimewa, perkara2 di bawah haruslah diambil-kira:
  •  Jadual waktu makan yang konsisten disediakan dan diikuti. Jadual pemakanan yg tidak konsisten menyebabkan yang teristimewa akan makan lebih pada waktu makan dan tentulah menggalakkan obesiti..
  • Hadkankan kawasan makan di beberapa tempat dalam rumah.. Ia mengelakkan semua org dari mengambil makanan di hadapan tv dan makan secara berterusan (non-stop).
  • Beri peluang yang teristimewa terlibat dalam membuat hidangan utama mahupun snack. Penglibatan diri dalam proses memasak tersebut sedikit sebanyak meningkatkan penguasaan beberapa motor halus.
  • Jangan gunakan makanan sebagai ganjaran. Bincang dengan insan2 sekeliling yang selalu bersama yang teristimewa untuk mengelakkan ada antara mereka memberi ganjaran makanan jika bersikap baik dan sebagainya.
  • Jangan suka2 offer makanan tanpa sebab-musabab. Contohnya, yang teristimewa terjatuh ketika bermain di taman, ditenangkan dengan kek @ gula2 dll. Jika yang teristimewa selesa dengan minum air kosong, elakkan memberi air soda ataupun jus buah2an (sekali-sekala tak apa la..)

Ha...jika yang teristimewa kalian memang dah terlebih chubby (obesla tu..), tak perlulah dietkan mereka dgn jadual yang ketat.. Cian diaorg tau..Cuma cuba ikut cadangan2 di atas dan kenalah kuat berusaha untuk menghadkan pengambilan mereka terhadap makanan2 yang tidak perlu tu okay..

    * akhirnya berjaya jugak update blog.. sibuk ngalahkan PM plak.. :)

    Salam ingatan

    Read Comments
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Tuesday, 1 February 2011

    Aku malu..

    ihsan Google

    Masa awal2 sambung belajar baru2 ni, ada satu peristiwa yg buat aku termalu sendiri. Sebenarnya aku tidak berkeinginan utk berkongsi cerita ini dgn kalian, tetapi memandangkan ada susulan cerita lain yg berlaku sebulan selepas itu, aku pun mengambil keputusan untuk berkongsi cerita ini..

    Bukan cerita apa pun.. cerita aku 'termenangis' dalam kelas..hihi.. Masa tu kelas malam (motivasi) , lecturer menyuruh kami memperkenalkan diri. Bila sampai turn aku, aku pun bercakap la. Salah satu darinya aku menyatakan kenapa aku memilih kursus pendidikan khas ini. Bila aku nyatakan aje kenapa (kalian tahu kan kenapa..), spontan hati menjadi sangat2 sayu..air mata berderai2.. huhu..apa dah jadi ni??? tak pernah aku jadi se'cengeng' ni....sampai aku terpaksa memohon maaf sbb aku tak mampu bersuara lagi.. malu + sedih + bingung jadinya aku..

    Selepas peristiwa yg memalukan itu, aku meneruskan aje kehadiran ke kelas tersebut seolah2 tak ada apa2 berlaku. Kalau aku layan malu aku tu, mau aku pegi kelas dalam keadaan mcm gambar di atas..hik hik... 

    Last week, selepas kelas, aku dan kawan2 berjumpa dengan lecturer tersebut utk mendapatkan nota2 dan software SPSS darinya. Bila kami dah bersedia untuk keluar dari biliknya tiba2 dia menyatakan mahu berjumpa dgn aku sebentar.. Alamak!! Apasal plak ni.. Tapi, terus terlintas di hati "ni mesti pasal aku nangis dulu ni.."

    Hmmm...memang betul la. Dia try approach aku dgn baik skali. Aku pun cakap dgn dia, "doktor, biasanya saya tak macam tu. Saya ok je..tapi tak tau lah mcm mana malam tu saya boleh tersentuh sangat.." Kemudian dia berterus-terang yg sejak perististiwa tu dia jadi 'ngeri' nak cakap pasal special child dalam kelas dia.. Aku gelak2 dengar dia cakap. Aku pun menjelaskan kepadanya yg dia boleh ckp ttg apa sahaja dalam kelas. Aku ok..Aku boleh terima sebenarnya. Aku cuma akan tersentuh bila org kasihankan aku. Sbb tu bila ada org nak tenang2kan @ pujuk2 aku menyatakan ada anak istimewa ni satu anugerah, sabarla, dsb....... aku tak suka. Bukan tak suka kat org tu, tak suka sbb nanti aku akan nangis. Aku tak suka nangis.. Belakang org tak pe la, kalau nangis & ramai yg nampak, aku rasa org akan anggap lemahnya aku. Lagipun ada anak istimewa bukanlah bermaksud berakhirnya kegembiraan hidup kita... kan??!! (yg italik ni, tambahan. Aku tak ckp kat lecturer tu cam ni.. :D)

    Aku jelaskan semuanya kepada lecturer aku tu. Nampaknya dia faham. Dia seolah2 cuba nak menyelami hati aku sbg ibu kepada anak istimewa, cuba utk menyenangkan hati aku..Aku pun start melalut2 cakap perkara lain. Aku tak mahu air mata aku tumpah sekali lagi di hadapannya. AKU MALU....


    Read Comments
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS