Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 28 July 2011

Masuk hospital lagi..

Salam.. 

Aku bersiaran dari hospital kali ni..

Ujian datang lagi tapi aku redha.. Kawan2 di FB dah tau, cuma di blog ni agak lambat aku nak menulis & bercerita apa yg terjadi.. Macam la ramai benor nak membacanya ye.. :D

Pernah baca tak post aku tahun lepas yg bertajuk ' jatuh dari baby cot?' klik sini kalau nak baca ye.. Sejarah berulang..tapi kali ni benar2 terjatuh dan aku mendengar bunyi yg membuatkan jantung aku rasa terhenti masa kejadian berlaku.

Ianya berlaku semasa aku menunaikan solat maghrib. Tengah bagi salam masa tu.. Aku berlari mendapatkan hasif di bilik sebelah. Aku angkat Hasif sambil mulut bising memarahi abang kerana sebelum aku bersolat, berkali2 aku pesan dengannya, "jaga adik..jaga adik.., ibu solat jap.." Masa dalam keadaan marah tu, aku perasan yg hasif tidak menangis. Aku pandang dia, aku dengar suara mengerang yg sangat perlahan diikuti dengan keadaan tangan & kakinya mengeras. Terjerit aku melihatnya.. Aku panggil namanya berulang kali, still macam tu jugak.. Dan aku pun perasan yg hasif diserang sawan. Aku panik, panik & panik.. Hasif tidak pernah kena sawan. Aku lansung tak ingat nak buat apa..aku letak hasif ke atas katil untuk memastikan betul ke dia kena sawan. Jelas kelihatan di mataku kaki tangan hasif mengeras dan mata naik ke atas. Mukanya pula bertukar kebiru2an.. Aku memanggil2 hasif, berulang2 kali..sama laju dengan air mata. Nak berlari ke rumah jiran tapi aku masih dengan kain sembahyang.. Aku angkat hasif, bawa ke ruang tamu..aku tepuk2 belakangnya...sambil terus menjerit2 memanggil namanya.. tiba2 tubuhnya yg mengeras menjadi lembik. Jeritanku terhenti.. aku melepaskan dia dari pelukan ku... Aku tengok mukanya, dia pun tengok aku dan spontan dia tersenyum kecil... Oh tuhan.. aku meraung waktu tu sambil memeluknya.. Besar sungguh dugaan membesarkan Hasif ni.. Aku redha dengan segala kekurangannya tanpa ada resah gelisah. Tapi dugaan kali ni buat aku jadi separuh gila..dan aku tak mampu menanganinya sedikitpun walaupun dah berkali2 membaca cara menangani anak yg sedang sawan.

Aku menelefon encik hubby yg berada di seberang laut china selatan - outstation. Aku di suruh membawa hasif ke hospital sebagai langkah berjaga2. Dengan air mata juga aku memberitahu Kak Tie (jiranku), memohon untuk dia menjaga abang dan kakak semasa aku membawa Hasif ke hospital. Syukur aku punya jiran yang sangat mudah berkongsi suka duka.  

Aku ke Tropicana Medical Centre, hospital panel encik hubby. Tidak ke PPUM. Terlalu jauh untuk ku bersendirian membawanya di malam hari dengan keadaannya yang masih lemah dan pucat. Sampai ke sana, dengan air mata juga aku bercerita kepada doc..Murahnya air mata waktu tu.. Layanan yg diberikan sangat2 baik & bagus.. Cuma bila ke tempat baru, byk soal selidik dibuat sbb hasif tiada fail di situ. Semua history dia tersimpan dalam fail tebal di PPUM. Aku jawab setakat yg mampu. Sekejap lepas tu, hasif diberi ubat tidur supaya dia tak bergerak2 semasa CT Scan (Brain) dilakukan. Masa Hasif mamai2, dia sudah di bawa ke bilik tersebut. Bila letak atas pembaringan utk memulakan CT scan tu, dia jadi segar balik. Duk bergerak2 sampai proses terpaksa dilakukan 3 kali kerana imej yang dirakamkan tidak jelas..

tengah tggu doktor bagi balik rumah..
 Settle semua.. baru masuk ke wad. Biliknya memang amat selesa.. Hasif pun dah lena sesangat kesan ubat tidur yang diberikan. Memandangkan keadaan bilik yg selesa aku membuat keputusan untuk membawa abang & kakak ke sini juga. Kutinggalkan hasif di bawah jagaan nurse dan membawa mereka ke sini. Berkampunglah kami di sini. Masuk hari ni dah 2 hari. Harap sangat boleh discharge secepat mungkin.. Hasif pun dalam keadaan yg baik. Tiada serangan sawan kali kedua. Doktor mengatakan serangan itu berlaku kemungkinan besar kerana mengalami gegaran otak semasa kejadian. CT scan juga tidak menunjukkan sebarang keretakan pada kepalanya. Syukur alhamdulillah.

Alhamdulillah.. saya dah sihat..

Walaupun selesa di sini, istilah rumahku syurgaku memang yg paling tepat sebenarnya... Kalian yang membaca..doakan kesejahteraan yang teristimewaku ini ye.. terima kasih semua..

nurse yg cantik bg asif balloon ni tau.. :)

Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 26 July 2011

Menari sambil menderma




Salam semua..

Aku copy ni dari website KDSF. Besar harapan kalian semua sama ada anak2 belajar di KDSF atau tidak, anak kalian DS maupun normal, datang meraikan program charity ini. Sambil2 buang sket kalori semasa menari line dance tu..hehe.. Jemput baca info seterusnya di bawah ni ye..

This year the KDSF-National Centre will be organizing a Charity Marathon Line Dance & Mini Bazaar. Our target is to raise not less than RM50,000.  Each dancer will have to pay an entrance fee of RM35.00 to participate in the line dance and they will receive a T-shirt and a goody bag of interesting items. Our Charity Marathon Line Dance of 9 hours may be the longest marathon Line Dance organized in Malaysia. We would like to invite all those who are interested in Line Dance to join us in this meaningful and charitable event. 

Besides the Charity Marathon Line Dance we will have a “mini” bazaar where handmade crafts, costume jewelleries, handbags, shoes and local delicacies will be sold on the same day. We are sure you will have interesting things to buy. There will also be a Health Screening booth by Columbia Asia. 

The children of our Centre will also be making a performance at 1.00 pm and we welcome every one to come enjoy the fun and at the same time lend a helping hand to the children of KDSF-NC.
This record-breaking event will be held in July: 
 
Venue              : LBS HALL, SJK (C) SG. WAY, Jln SS9A/1, Seri Setia, 47300 P.J
Date                  : Sunday 31st July 2011, 9.00am – 6.00pm
Entrance Fee    : RM35.00 per person (inclusive of T-shirt)
Contact             : KDSF at 03-7803 0179 – Angie Heng, Jennifer Lim or Syimma.
Email                 : info@kdsf.org.my


Peta untuk ke sana:


Semua dijemput ke sana ye..


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 21 July 2011

Masalah pendengaran pulak?

Salam..

ABR test..
Last week, appoinment dgn audiologist...

Berita kurang best jugak.. Melalui ujian ABR/ BERA, audiologist kata ada masalah pendengaran tahap sederhana. Kiri 60db (desibel), kanan 50db. Hmmmm..haruskah aku mengeluh...sedangkan sudah kudalami ilmu yg anak2 yg teristimewa ini memang biasanya akan mengalami masalah penglihatan, pendengaran... Sabarlah hati..

Kemudian, bertemu dgn pakar telinga. Beliau sahkan ada cecair di belakang gegendang telinga. Berita baiknya..cecair ini boleh kering. Sejenis syrup (zyrtec) diberikan kepada hasif utk 3 bulan dan selepas itu ujian ABR akan dilakukan sekali lagi untuk melihat sama ada masih ada masalah pendengaran atau berkurangan. Kemudian, kembali ke pakar telinga untuk check-up dan seterusnya mengesahkan sama ada cecair tersebut sudah kering atau tidak. Kalau tak ada masalah, alhamdulillah.. Jika cecair still ada, minor operation akan dilakukan untuk menyedut keluar cecair tersebut. Masalah pendengaran akan beri impak yang besar kepada pertuturan Hasif dan aku memang amat menitik beratkan hal pertuturan ni..

Semakin dia besar, semakin aku lihat memang yg teristimewa ini seorg manusia yg 'vulnerable'..(cam lagu roxxette je kan.. :D). Never mind... ibu akan cuba sesuaikan diri dengan pelbagai masalah, pelbagai kekurangan mu hai anak.. Cuma ibu amat berharap, semoga dirimu diberi kesihatan yg baik sentiasa.. Ibu tak sanggup melihatmu dalam kesakitan selalu... luv u always...


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, 14 July 2011

Cikgu Asif/ Asif the spiderman/ CJ7?

Selamat pagi semua..


Saya Asif.. comey tak saya? hehe...Asif ada toy baru. Macam yg ayah pakai. Ibu kata bukan toy tapi spek mata. Asif kena pakai sebab asif tak nampak yg jauh2. Pastu ibu cakap janganlah asyik tarik2 spek ni ye sayang... Asif pun pakai la.. Pastu ibu asyik ambik gambar asif je.. lepas satu, satu..eiii..ibu asif ni. Tak ada keje lain agaknya..


Tengokla spek asif tu. Merah menyala warnanya.. Ibu & ayah asyik gelakkan asif aje.. Ayah cakap macam spiderman. Ibu cakap cam cikgu aje.. Pastu ayah cakap macam CJ7 pun ada.. Pastu gelak2 lagi..huhu..


Ibu bagitau sebenarnya ibu order warna dark blue tapi stok dah habis. Ibu cakap nak tunggu stok baru tapi makcik yg buat spek asif ni kata, kalau tunggu tak tahu la bila stok baru sampai. Ibu tak ada pilihan lain..ibu pun setuju je la.. ada ke patut lepas tu gelak2 kan asif.. geram asif  tau!!

Best gak toy ni, duk jauh2 dari tv pun nampak jelas je Barney...
Asif suka main2 ngan spek ni. Kejap2 pakai, kejap2 tanggalkan. Ibu bebel2 bila asif tanggalkan.. memang la asif nampak lagi jelas bila pakai spek ni.. tp tak boleh tanggal ke?? Asif rimas la bu..

Yeah..waktu utk tgglkan toy merah ni..
Ibu tak bawa lagi spek ni masa asif pegi sekolah. Ibu kata next week la..nanti mesti girlfren asif pun gelak2kan asif cam ibu & ayah buat. Asif tak nak pakai la.. Kalau ibu pakaikan, asif nak tarik2 la...hehe... (Ibu : huwaaaa... jgnla tarik Sif..)

Toy asif ni cam goggle je kan..


Muah3x dari asif,
 
ASif

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 12 July 2011

Remaja dengan Down Syndrome

Salam

Hari ni, sambil menunggu Hasif di sekolahnya, aku membaca sebuah buku bertajuk Down Syndrome yg ditulis oleh Christina M. Girod. Topik yang selama ini sering bermain di fikiran dan agak menggusarkan aku walaupun perjalanan ke arah itu masih jauh. Aku rasa mungkin sesuai untuk aku kongsikan di sini sebagai satu cerita sampingan kepada kalian yang senasib tentang perasaan yg mungkin akan kita alami bila anak kita sampai ke situ.. “preparing for adulthood (teenager)” 


directly from google

Ini luahan hati seorang ibu yg mempunyai yg teristimewa (dgn IQ yg yg menghampiri insan normal). 

She is actually taking driver education in school and so far is passing the course. She spends hours every night doing the homework required, homework it takes other students fifteens minutes..to do.. She is absolutely determined to drive a car..She is mainstreamed in a regular high school and longs to have friends who are in the normal population, to be one of them. She reads romance novels and yearns for a romance of her own, with a non-disabled boyfriend. This teenager has told her mother that she thinks people with Down syndrome are ‘UGLY’ and she doesn’t want to have it. She also says, ‘I HATE DOWN SYNDROME! I HATE BEING MENTALLY RETARDED! WHY CAN’T I BE LIKE EVERYONE ELSE?’ 

Hmm..bergetar rasa hati.. My dear Hasif, hopefully bila tiba saat ini nanti (moga anak ibu dipanjangkan usia, diberi kesihatan yg bagus olehNya), Hasif bahagia dgn diri Hasif. Sebagaimana ibu bahagia membesarkanmu sekarang..dan harapnya kebahagiaan itu berkekalan selamanya.. 

Terfikir utk meletakkan Hasif di sekolah aliran perdana, tapi bila membaca luahan hati one of the yg teristimewa ni membuatkan aku berfikir beratus2 kali..



Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, 11 July 2011

Info : Top Reasons for Down Syndrome Feeding and Swallowing Difficulties

Salam

Ada seorang teman yang memiliki yang teristimewa mengalami masalah si kecil tidak mahu makan. Teman ini bertanya bagaimana dia boleh membantu anaknya. Aku bukanlah seorang ahli terapi apatah lagi pakar mengenainya. So, ini aje la yg dapat aku kongsikan.. (sorry ye penjelasannya dlm dwibahasa.. rojak gitu.. :D)

Antara faktor penyebab :
  • low muscle tone.
  • medical problems.
  • differences in oral and/or facial structures that may be present.

Low Muscle Tone

Masalah utama anak2 SD ialah mereka mempunyai otot yang lembik (hipotonia) yg bukan sahaja melibatkan otot2 kasar malah juga otot2 di sekitar mulut dan muka. Namun demikian ianya berbeza terhadap setiap individu istimewa ini. So, kalau yang teristimewa kalian sukar untuk menghisap, mengunyah dan menelan ini menunjukkan yg teristimewa kalian mempunyai hipotonia yang agak tinggi di kawasan muka & mulutnya. 

Tapi jangan bimbang, lama-kelamaan yang teristimewa kalian akan belajar sedikit demi sedikit untuk melakukan semua itu. Namun sekiranya kalian risau, boleh dapatkan bantuan dari ahli terapi pertuturan maupun mengikuti terapi khas untuk makan di hospital. 


Medical Problems

Jika yg teristimewa anda mempunyai masalah jantung, ia turut mempengaruhi kebolehan mereka untuk makan, minum, dll kerana mereka lebih cepat penat.

Lung immaturity anak sukar untuk belajar menelan, menghisap selagi masalah tersebut tidak diatasi.

Yg teristimewa yg terpaksa makan minum menggunakan tiub akan mengalami masalah ataupun cepat kecewa mahupun keliru untuk menggunakan mulut mereka untuk makan, minum dll kerana proses untuk mereka kenyang menjadi lebih panjang dan mungkin memenatkan.


Differences in Facial and Oral Structure

Yang teristimewa mempunyai saiz mulut yg kecil - menyukarkan mereka untuk makan dll berbanding dgn anak2 normal.

Yang teristimewa (baby) juga sering mengeluarkan lidah dari mulut yg menyebabkan mereka sukar menyimpan makanan dalam mulut untuk di kunyah dan di telan. (lidah mereka juga mengalami hipotonia).

Untuk yang teristimewa (kanak2) pula, antara faktor penyebab ialah gigi yang lambat tumbuh compare dgn anak2 normal dan juga saiz dan bentuk gigi yang agak berbeza (irregular) menyukarkan proses memperkenalkan makanan pejal kepada mereka.

Apa2 pun anak istimewa ini akan belajar sedikit demi sedikit untuk menelan, mengunyah, menghisap dan akan dapat menguasainya. Berikan mereka sedikit masa dan latih mereka perlahan2.. Jgn memaksa.. praktiskan senaman oral motor dengan menggunakan alat2 yang boleh dibeli di kedai2 baby ataupun dengan urutan2 lembut di sekitar mulut dan pipi mereka.


contoh alat senaman oral motor


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, 6 July 2011

Buat perangai??

Salam..

Tak de intro dah.. straight to the story ye..

Hasif jarang buat perangai.. Cikgu2 kat sekolah dia selalu cakap senang nak control hasif, senang nak ajar hasif. Ikuttt je.. tak ada banyak masalah nak handle dia..

Start dari minggu lepas Hasif start buat perangai (???). Tak tahu lah nak kata buat perangai ke apa tapi setiap kali tiba waktu makan (snack time), dia pun start enjin menangis dia.. huhu.. Minggu ni pun sama. Pagi tadi plak dah buat satu perangai lagi. Bila aku lambai untuk lepaskan dia ke kelas, jangankan nak membalas. Siap protes sambil hempaskan punggung ke lantai.. Muka plak cebik2 nak nangis.. Aduhai anak.. kenapa la jadi camni.. Mana perginya anak ibu yang cikgu2 cakap budak baik tu....?? :(

Ni video masa dia masih 'budak baik'.. 
kan bagus kalau dia mcm ni selalu..

Snack time hari ni pun sama. Teacher Helen (one of the teacher), ambil peranan hari ni. Layan dia makan sorang2.. Cam putera raja la lebih kurang..hehe.. Cuma makan still kena suap sendiri la..  Nampak ok walaupun kadang2 cebik2 muka jugak dan kadang2 siap larikan diri dengan mengundurkan kerusinya jauh dari teachernya itu.. Hmm..macam2..

Aku luahkan kerisauan kepada kawan2 yang turut menunggu anak masing2 di situ. Kata mereka mungkin Hasif penat dengan jadual baru yg padat, agak lama dan 3 kali seminggu. Dulu kan 1 kali seminggu & 1 jam aje sekali datang tu.. Mungkin ada betulnya juga. 1st & 2nd week dia still okay. Mungkin excited dgn benda2 baru. Masuk minggu 3 & 4 dia rasa letih agaknya. Harapnya dia cepatla kembali kepada sifat asalnya.. Susah hati aku dibuatnya..

Oh ye.. si Hasif ni menangis masa snack time je tau. Habis je snack time dia ceria semula. Suka sangat dapat main & menyanyi2. Balik rumah asyik duk buat isyarat (bahasa isyarat) je.. Excited jugak nak pegi sekolah lagi walaupun nangis2 masa kat sekolah. Dah nak tido siap bawa beg lagi ke hulu ke hilir. Dia masukkan beg dia sendiri sbb tu beg tu dibawa cenggitu..hehe..


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 1 July 2011

Rabun??

Bertemu lagi.. :)

Sudah dua hari berturut2 aku membawa hasif ke PPUM untuk check-up. Semalam bertemu dengan doktor pakar bahagian kardiak. Hari ni, bertemu dengan pakar mata plak..

Sambil membaca cerita-ceritiku di bawah ni, meh la layan aksi2 budak buas kat spital ye.. :)

haiiii...

Perkembangan…hmmm… PFO (jantung) hasif masih belum pulih sepenuhnya tapi tidak membimbangkan. Manakala berita kurang menyenangkan dari pakar mata..Hasif Rabun Jauh… huhu.. kena pakai spek la pulokss..

meh main panjat2...

Tak boleh nak imagine camne si Hasif nak pakai spek tu nanti. Hopefully dia tak rasa terganggu sangat dengan kehadiran bendasing di mukanya dan menyebabkan spek tu jadi barang hiasan je nanti..

bestbetul dapat main kat sini...
Mahal tu spek khas utk dia.. Tempahan mengambil masa 7 hari bekerja. Nanti spek dah sampai aku upload gambo ye.. Tunggu… my hensem boy jadi ‘cikgu’ le nanti..Menurun ibu dia..hihi…

Auuu...cakkk..

Selain dari rabun jauh, hasif juga menghadapi masalah silau (astig). Pun agak tinggi bacaannya.. Sbb tu la speknya agak mahal.. Untuk rabun, kanan 250, kiri 275. Manala untuk silau pula kanan 250, kiri 200. Rujuk prescription kat bawah…


Prescription for spec..

Doktor kata pemantauan akan dilakukan sehingga dia berumur 8 tahun. Hopefully dalam tempoh masa tersebut bola matanya boleh terbentuk normal dan dia tidak lagi rabun.. (jarang berlaku tapi aku akan sentiasa berdoa untuk hasif). Hasil pemeriksaan tadi memang bola mata Hasif sedikit bujur (normal untuk org rabun) - sepatutnya bulat- Namun, syukur dia tidak menghadapi masalah mata yg lain (katarak selalu berlaku pada anak2 SD). Harapnnya begitulah buat selamanya.. Aminnn..

Doakan yg terbaik buat yang teristimewaku ini ye...

Salam,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS