Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 28 February 2011

Hasif @ speech therapy

Salam..

Lama dah plan nak tulis pasal ni tapi tak tertulis2 jugak.. Ari ni gagahkan diri utk kali ke berapa tah utk mencoretkannya jugak.. :)


video


Rasanya sudah lima sesi hasif kubawa untuk speech therapy di WQ Park, Kelana Jaya. Start dari Disember tahun lepas. Sesi 2 minggu sekali dicadangkan untuk Hasif kerana dia masih bawah usia 2 tahun. Apa yang penting pada usia ini adalah latihan utk oral motornya, menurut speech therapist tu la.. Nanti bila lepas 2 tahun, baru boleh pertimbangkan pertambahan jumlah sesinya. Kadar bayaran yang agak tinggi namun memikirkan keperluan pertuturan kepada anak istimewaku ini..apa sajalah... 

Dalam banyak2 terapi (actually 3 jenis je yg hasif ikut..:D), speech therapy ni yg dia paling suka.. Kenapa ye? Sebab...sepanjang proses terapi tu main2 & cakap2 aje.. Sesi latihan oral motor pun tak ada la lama sangat..

Kesan speech therapy pada hasif...hmmm..banyak... Mulutnya makin riuh. Ada beberapa perkataan makin jelas sebutan. Beberapa perkataan lagi sudah ada sebutan hujungnya. Contohnya perkataan mata hasif sebut ta. Hasif juga sudah boleh tiup wisel walaupun bunyinya tak berapa kuat lagi. Boleh minum guna straw bila praktis dgn cikgu tapi bila ibu ajak try kat rumah, semua tak reti..huhu.. Dah belajar body part, tapi still x tunjuk bahagian2 tubuh tu bila ditanya. Dah boleh tiup lilin kecil tapi dengan mulut nganga, bibir tidak dimuncungkan lagi.. Bila diberi arahan, boleh faham. Banyak juga objek yang dia dah kenal bila disebut. Yang paling bagus, bab imitation.. Dia akan imitate apa sahaja yang cikgu dia buat.. Syukurrr... Oleh kerana ibu hasif ni agak malas buat latihan kat rumah, so perkembangan yang dimiliki Hasif merupakan satu keadaan yg amat menceriakan ibunnya ni.. Bila la penyakit M ibu Hasif ni nak hilang agaknya..  :D
  
Video di atas antara aktiviti yang dijalankan. Yang menariknya sambil2 buat speech therapy, sempat juga buat senaman gross motor. Tengokla Hasif dgn basketball tu. Sukala sangat..

excited dapat mainan walaupun tak sempat main pun lagi..
Bercakap pasal sesi yg mahal ni kan.. (harga standard tp aku rasa mahal), aku pernah bawa Hasif utk speech therapy di sebuah hospital kerajaan. Okla keadaan kat situ. Barang2 utk speech therapy pun banyak dan menarik cuma masalahnya dia asyik duk ulang2 cakap anak aku belum 2 tahun lagi..so tak perlu lagi sebenarnya utk speech therapy ni.. Pastu Hasif sikit pun tak disentuhnya.. Ambik mainan suruh hasif imitate dia.. pastu bila hasif tak tumpu perhatian atau tak bagi respon yang sepatutnya, dia pun tunjuk muka bosan.. Hmmm..kalau anak aku pandai buat semua tu tak ada la aku bawa jumpa cik puan..gerutu hati aku yg geram betul masa tu.. Cara dia berinteraksi dgn anak memang bagus, cuma bila duk ulang2 ayat pemberitahuan kat atas tu, aku jadi tawar hati le.. Cari je la tempat lain.. akhirnya hasif pun bertemu jodoh ngan speech therapist kat WQ Park ni..

Pada aku tak ada salahnya anakku dibawa untuk speech therapy pada usia yang awal. Ianya lagi memudahkan anak istimewaku ini untuk belajar bertutur. Menurut cikgu Hasif, memang kita diberi pengetahuan, umur paling sesuai diajarkan perihal bertutur ialah 2 thun ke atas. Tapi jika lebih awal didedahkan, lebih banyak persediaan kita boleh ajarkan kepadanya. Contohnya kalau anak2 SD, mereka ada otot mulut yg lembik, lidah yang terjelir..so, awal2 ni kita lakukan senaman oral motor supaya bila usia 2 thn nanti kita boleh gunakan sepenuhnya untuk mengajar pertuturan, sebutan, perkataan baru, bina ayat dll dan bukannya waktu tu baru nak start mula senaman oral motor.. Haa..kan betul hasrat aku bawa hasif ke speech therapy cepat2.. :)

Isshh..asif boleh buat la teacher..biarla asif buat.. :)

Situasi pernah ditemui : Seorang budak lelaki SD (chinese), umur dalam 10 tahun, bercakap dengan ibunya dengan begitu jelas dan bagus sekali (in English). Tiada kedengaran sebutan yang tidak jelas, tidak kelihatan masalah hipotonia di mulutnya...dan begitu aktif bertanya macam2 kat ibunya..

Harapanku : Semoga Hasif juga begitu suatu hari nanti.. Perkenankanlah doaku ini Ya Allah.. Amin..



Mengharap restuNya,



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 komen:

ieda said...

intervention apa2 pun lagi awal kita start lagi bagus.tapi biasalah bila org kerja makan gaji ni...susah nak dapat yg betul2 berminat dgn kerja dia.

nabila pun banyak sgt bercakap la ni tapi banyak sgt yg umie tak paham...hehehe...

Bicara hati ibu aisya said...

Baguslah start dari awal.Macam seronok jer hantar ke situ.Aisya masih xstart2 lagi speech terapi.Lama rasanya nak tgu bulan 5 :(. Moga hasif cepat belajar ye sayang.Seronok dengar hasif dah pandai macam2.

maza said...

abg rasa elok hasif dipekenalkan ayat "minta duit ibu!" contohnya...
nanti tentulah ma akan lebih bahagia gitew.. hehehe

Dila Si Mama Dzariff said...

hurray....pandainya hasif! tunggu yer mama...tak lama lagi dia boleh join debate team adik beradik dia untuk bertekak dengan mama! Actually, dila pun tunggu sangat time dzariff nak berloyar buruk dengan saya

Azma said...

@ieda harapnya pendedahan awal ni dpt bg input terbaik utk si hasif. Tapi kalau dapat yg free boleh save skit kan..

hik hik..betul la kak ieda.. diaorg ni kan kalau bab bercakap memang pandai tapi pandai sgt cipta bahasa sendiri.. :D

Syahida said...

Azma, therapy di WQ park dengan teacher Aini ke? kirim salam kat dia ye..dulu2 Abil prnh belajar ngan dia..and dia baik ngan saya..sampai sekarang..hehe

Azma said...

@Bicara hati ibu aisya mmm..lambat jugak ayu dpt appoinment utk aisya ye.. sambil2 tggu appoinment tu ayu boleh jugak try buat sndri ngan aisya. Cuba ayu google kat internet..mana tau dapat2 apa2 info kan..

Seronok htr situ sbb therapist layan kita elok.. Bukanla mintak layan cam raja, asal kita rasa senang hati ok la kan..

Azma said...

@maza tu saja nak suh ma pening la tuu.. kalau dah hari2 duk mintak duit, kopak la ibu dia.. :p

Azma said...

@Dila Si Mama Dzariff hehe.. saya org paling hepi kalau dia dapat jd cenggitu Dila.. biarla sakit telinga pun dgr diaorg pot pet.. :)

Jue-Isteri_Ibu said...

Bestnye..hasif dah nak mula bercakap. tumpang gembira. nanti klu ada apa2 info lagi, syeryer azma. tq

Azma said...

@Syahida A'ah..dgn teacher aini. syida kenal teacher aini kat WQ park ke? InsyaAllah nnt saya sampaikan. Lgpun esok hasif ada kelas ngan dia. Keciknye dunia ni.. :)

Azma said...

@Jue-Isteri_Ibu No prob, insyaAllah..ada info saya citer nnt kay..

Baru beberapa perkataan aje jue yg jelasnya. Yg lain tu saya pun x berapa perasan. Bila bw jumpa teacher dia, teacher dia yg bgtau. Maklumlah..dia dah biasakan. Saya ni cam dengar 'org jerman' bercakap je bila si hasif tu bercakap..hehe..

ummuharithasif said...

wah,mcm byk ya prkembangan bagus lpas g speech therapy,xsbar plk rsa nk tnggu appointment nnti...harap2 anak2 special kita sama2 boleh brcakap dgn baik nnti..

Esfarisya Asri said...

Assalam boleh kongsikan harga sesi therapy?tqia