
VS

Bayangkan anda baru sahaja sudah bersalin. Anda melihat suasana persekitaran dan sanak saudara sangat teruja. Akhirnya doktor menghampiri dengan senyuman lebar dan dengan gembiranya mengumumkan "berdasarkan pemerhatian awal, kami percaya anak puan mempunyai Sindrom Einstein".
Doktor berkenaan kemudiannya terus memberitahu anda yang anak2 dengan SE ini biasanya boleh membaca pada usia 3 thn, pd usia 6 atau 7 thn boleh membaca bahan2 untuk sekolah menengah dan boleh menghabiskan pembelajaran sekolah menengah pada usia 10 atau 11 thn serta menamatkan kolej di usia 15. Dan lagi, anak2 yg mempunyai SE ini juga mempunyai kebolehan luar biasa dalam sukan. Ramai antara atlit olimpik mempunyai SE. Selain itu mereka juga sangat berbakat dalam muzik.
So, sekarang ni macam mana anda nak besarkan anak ini. Anda risau memikirkan sama ada nak biarkan sahaja dia membesar seperti anak2 lain dalam bulan2 pertama kehidupannya dan melihat sahaja perkembangannya atau meletakkan anak ini dgn suasana yg penuh dengan aktiviti. Anda bercakap dengan dia, menamakan item2 dan menjangkakan dia akan mula memahami anda. Anda juga sentiasa memasangkan muzik2 klasik (beethoven, verdi dll) untuk diperdengarkan kepadanya. Anda akan membaca kepadanya sebanyak mana yang anda mampu dan sangat awal mula memperkenalkan dia dgn huruf2.
Anak ini juga akan bersama anda di mana-mana jua supaya anda boleh mengajar dia bermacam-macam perkara. Anda tak akan biarkan dia di dalam playpen bermain-main, dia akan diberi pelbagai peluang untuk menguasai pelbagai skil. Anda juga mungkin akan mengupah seseorang yg berkebolehan dalam bahasa lain untuk menjaga anak ini ataupun mendaftarkannya untuk kelas gimnastik mahupun kelas berenang.
Tahu tak? Walaupun diagnosis yg diberi oleh doktor itu salah, namun pada suatu ketika nanti, orang sekeliling akan memberi komen betapa pandai dan bagusnya anak anda. Dia menjadi seorang anak kecil yg pandai membaca, menguasai pelbagai bahasa dengan baik dan pelbagai lagi ciri2 yang sangat positif..ini kerana ekstra input yg anda dedahkan kepadanya atas jangkaan yg anda letakkan ke atasnya.
Berbeza dengan senario yg satu lagi ni.. Lepas bersalin, bilik bersalin jadi lain macam je..Nurse2 nampak macam takut-takut & mengelak dari berjumpa dgn anda. Akhirnya, selepas beberapa jam barulah doktor datang dan memberitahu apa yang tak kena. "Anak puan mempunyai Sindrom Down. Semoga puan besabar ye.."
Semakin banyak info anda cari pasal SD ini, semakin banyak anda bertemu dengan perkara-perkara yang kurang menyenangkan. Akhirnya ini yang dapat anda simpulkan 'anak anda yg baru lahir ini ialah anak OKU, yang merupakan individu yg terencat akalnya. Dia akan lambat merangkak, lambat berjalan, tak boleh bercakap dengan elok dan tak boleh menjaga diri sendiri dengan baik. Anak ini mungkin boleh membaca tapi tak seperti anak2 yg sebaya dgnnya, dlm smua perkara. Walaupun sudah dewasa, dia akan berterusan melakukan perkara2 yg 'bodoh' kerana sampai bila2 pun dia tak dapat berfikir dengan baik'.
Dengan kesimpulan yg kurang menyenangkan itu, bagaimana anda akan menjaga anak anda ini? Buat apa sibuk2 nak bercakap dgn dia? Dia bukannya faham pun. Buat apa sibuk2 bacakan buku untuknya? Bukannya dia dapat belajar apa2 pun. Biar je dia kat tempat tidur dia tu. Senang sikit. Dia lambat sangat lagi boleh merangkaknya. Dan..apa jadi? Memang betullah seperti info yg anda temui dulu tu..dia tak akan belajar merangkak, berjalan, membaca, bercakap atau berfikir dgn baik sampai bila2...MACAM SEMUA ORANG CAKAP...
Aku amat yakin masalah utama yg dimiliki oleh anak2 yg mempunyai SD ialah ibu bapa mereka sendiri memandang rendah terhadap kebolehan anak mereka.
Mungkin anak2 ini mempunyai masalah fizikal. Mungkin mereka tidak dapat mendengar dengan baik. Mungkin mereka ada masalah otot yg lembik atau masalah jantung yg menyebabkan mereka lemah serta sukar menguasai skil2 fizikal yg sepatutnya. Anak kecil yg tidak berdosa ini memerlukan ekstra ransangan bagi mengurangkan ketidaksempurnaan yg mereka miliki.
Semasa di peringkat bayi, anakku Mary terbaring berjam2 sambil menghisap jari. Semasa peringkat kanak2, dia selalu meminta perhatian yg lebih. Dengan 5 anak lain yg perluku jaga, terlalu banyak perkara yg harus aku lakukan dan aku boleh biarkan saja Mary, tidak menghiraukannya. Tapi Mary perlukan banyakkkkk... input. Aku perlu berusaha, sgt2 berusaha untuk berinteraksi dengannya dan melibatkan dia dalam aktiviti keluargaku. Hasil dari usahaku itu, semasa Mary berusia 3 tahun, dia menjadi anak yang aktif, tidak seperti yg diperkatakan selama ini.
Aku dituduh oleh pekerja sosial sebagai ibu yg tidak dapat menerima kenyataan terhadap keadaan Mary. Aku dikatakan bersifat 'denial' @ menafikan. Memang aku dalam keadaan menafikan semua ini. Tapi, selagi aku percaya Mary berkebolehan spt kita semua, aku akan teruskan usaha memberinya pelbagai input yang dia perlukan untuk dia menjadi insan yg sebaik mungkin.
So, apa pengajaran yang korang dapat dari artikel ini? Adakah bersifat 'denial' itu bagus untuk kita dalam membesarkan anak istimewa ini? Bukan 'denial' yang negatif, iaitu menganggap anak korang normal dan membiarkan mereka membesar sendiri seperti anak2 normal yang lain padahal mereka tidak mampu. Tetapi 'denial' yg positif iaitu menafikan ciri2 negatif mereka seperti cerita Miriam Kreuk di atas.
Aku rasa tak salah andai kita pun sebegitu. Marilah kita membesarkan anak kita seperti anak Sindrom Einstein di atas. Bukan dengan harapan dia akan menjadi pandai dan nanti2 boleh jadi doktor, jurutera dan sebagainya. Tapi, dengan input yang ekstra begitu, ada harapan untuk kita melihat anak istimewa kita ini dapat menjaga diri sendiri, dapat berdikari dan membesar dengan baik. Paling penting, tidak menyusahkan sesiapa even jika kita pergi dulu dari mereka....