hehe.. berapa kali mau bgtau daaa... ;D
Actually, ada reason bgtau sekali lagi ni..
Reasonnya... bila dah boleh jalan sepatutnya start potty/toilet training kat dia...
Tapi.. Ibunya tak cukup rajin..huhu..
Camne ni..?? Nak anak pandai, tapi ibu 'sedikit' malas..aduhhhh..
Tak boleh jadi ni..kena rajin, kena rajin..semangat! semangat! :D
Since dah plan nak start potty training kat hasif ni, aku pun mencari2 la info yg berguna untuk aku.. Dah dapat dan penjelasannya aku dapati boleh membantu aku.. So, dah dapat info, aku share la kat sini. Bukan apa, bila2 dah start rasa rajin, boleh aku buka blog sendiri aje kalau ada apa2 yg terlupa.. Tak gitu?! Lagipun, mana tau..ada kawan2 yg bertandang kat sini pun nak maklumat tu jugak..dapat pahala aku tolong org..ahaksss..melalut2 plak!! Okeh, straight to the tips, kay!
rujukan : http://www.ndss.org/
rujukan : http://www.ndss.org/
Langkah 1 : Kenalpasti sama ada Yang Teristimewa sudah bersedia @ tidak
- kalau start sebelum Yang Teristimewa bersedia, masa utk mencapai target mungkin lebih panjang dan juga mengurangkan peratus berjayanya potty training ni.
- juga boleh menyebabkan tingkah laku yg tidak diingini berkaitan dgn toilet/ potty. Contohnya, benci utk masuk tandas, fobia dsb yg berpotensi meningkatkan tahap kekecewaan ibu bapa
- Untuk tahu Yang Teristimewa kalian dah ready atau tidak, perhatikan:
1. Umur :
Dicadangkan menunggu sehingga Yang Teristimewa berumur 3 tahun.. Uisshh.. lambatnya lagi.. Therapist Hasif kat PPUM, masa umur Hasif 1 1/2 tahun dah suruh aku start...So, terpulanglah ya.. Mungkin wajar kita bertanya kepada individu yg lebih berpengalaman
2. Bladder (pundi kencing) control:
Yang Teristimewa benar2 mengosongkan pundi kencingnya bila membuang air dan tetap dalam keadaan kering
(maksudnya, tak kencingla..) utk sekurang2nya sejam hingga sejam setengah
3. Predictable stooling patterns:
Isshh...susahnya nak terjemah ke BM nih.. Senang cerita, adakah Yang Teristimewa buang air besar berjadual ataupun waktu yg lebih kurang sama tiap2 hari..kira kita boleh jangka la bila dia buang air besar tu..
4. Motor skills:
Yang Teristimewa sudah boleh berjalan sendiri masuk toilet atau keluar toilet dan juga boleh memegang/mengambil sebarang objek
5. Sikap:
Yang Teristimewa boleh duduk atas potty dengan tenang/selesa selama 2-5 minit. Waktu ini kalian boleh memberikan buku kegemaran ataupun alat mainan yang disukainya semasa proses tesebut berlansung.
6. Kesediaan menerima arahan :
Yang Teristimewa berkebolehan mengikut arahan2 mudah seperti duduk, bangun dll
7. Mampu menunjukkan keperluan:
Melalui riak wajah, postur, isyarat anggota badan, gambar atau perkataan tertentu yg menunjukkan dia mahu ke toilet untuk 'menunaikan hajat....' :D
Langkah 2 : Kenalpasti kesediaan diri sendiri
- Sebelum start, ibu bapa mestilah jugak bersedia untuk men'spent'kan masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan program ini.
- Jika Yang Teristimewa menunjukkan kesediaan yg positif terhadap potty training ni namun jadual kalian pula padat dan tidak dapat mengikut jadual latihan yg konsisten setiap hari, potty training ini juga patut ditunda sehingga kalian 'free'....
![]() |
Code: D= Kering U=Buang air kecil BM= Buang air besar U/BM=Kedua2nya |
Print atau salin atau apa sahaja yg boleh anda lakukan untuk mendapatkan carta di atas. Setiap 30-60 min, diaper Yang Teristimewa perlu diperiksa dan tandakan semuanya pada carta tersebut. Lakukan selama 2 minggu. Sekiranya carta menunjukkan Yang Teristimewa mampu berada dalam keadaan kering antara 1 jam hgga 1 1/2 jam, konsisten memberi isyarat atau tanda mahu ke tandas dan mempunyai paten membuang air yg hampir sama setiap hari, ini bermakna Yang Teristimewa sudah bersedia untuk potty training. Sekiranya selepas 2 minggu, jadual menunjukkan sebaliknya, kalian boleh teruskan mengambil data atau berhenti dan mula semula pada waktu yg ada fikirkan sesuai.
Langkah 3 : Sedia..mula!
1. Jadual harian : bangun tidur, buka diaper basah, bersihkan. Pakaikan Yang Teristimewa dengan panty/underwear.
2. Bawa Yang Teristimewa ke bilik air bila dia mahu buang air besar/kecil.
3. Jadikannya ia satu aktiviti yg menarik. Benarkan Yang Teristimewa membaca buku kegemaran atau mainan kegemarannya waktu ini..
4. Guna gambarajah yg sesuai (sebagai peneguhan) untuk meningkatkan pemahaman Yang Teristimewa
5. Tukarkan peneguhan yang diperkenalkan dr semasa ke semasa
5. Tukarkan peneguhan yang diperkenalkan dr semasa ke semasa
Contoh gambarajah yang boleh digunakan sebagai peneguhan
Salam ceria
12 komen:
salam azma, potty train bukan mudah, apatah lagi untuk anak istimewa. takpe, take ur time..belajar ke tandas adalah skill yang berharga utk anak2, gud luck!
kat kampung tenggek atas batang pokok tumbang jerk.. hehehhe
errr.. harap maklumat ini membantu..
Salam...in my case, saya train Dina sekali harung dengan adik dia yang 3 tahun, masa saya cuti pantang bby keempat tahun lepas (omaknya malas benonya nak train 2 kali berasingan). Memula mmgla penat...lambat aje ajak pi toilet, memang merata lerr. Dah sheeshe baru ckp dah basahlah mommy...Bila ajak pi toilet dia kata takde pun...Alhamdulillah, by one month dia dah diapers-free kalau siang. La ni both pakai malam aje. Kalau tak, imagine stock diapers kat rumah saya, untuk 3 orang..Dina plak bam bam, hanya XXL...Alhamdulillah now ni dah masuk kelas pendidikan khas, dah tak pakai diapers lagi...:)
@Syahida Itula syida..masa ngan abg & kaka dia dulu pun berapa kali menyerah kalah.. harapnya ngan Hasif ni kuatla semangat..Aminn..
@maza boleh gak ma try kat hasif. Nnt la cari mana2 batang pokok tumbang kat2 sini..hohoho..
@KLMari saya risau saya cepat putus asa je KLM. Pastu cepat hangin bila anak berak kencing merata2.. Harap2 dikurniakan kesabaranla kepada saya utk anak istimewa saya ni.. Kesian dia kalau saya marah2.. Tmbh2, bulan Jun ni cuti saya berakhir..(sekejap je rasa). Nak tak nak kena ajar jugak spy nnt2 tinggal kat mana2 pun saya x la susah hati sgt..
Bagusnya Dina (& of course mak dia skali..hihi ) Sebulan je dah jadik!! Auntie kena usaha betul2 ni.. Bilala...agaknya..:D
Azma...Dina masih belum totally diapers-free, mlm maknya malas nak bangun atur gi bilik air...dan sekali sekala terlepas jugak, yg kecik mahupun yang besar...Ada masa masa, omaknya marah dan geram juga, nak nak ada lagi 2 adik Dina yang kena handle juga...Hari ni pun terlepas suda kat sekolah...heheheheh....Takper...slowly...Insya Allah suatu hari nanti mesti berjaya..:) Hasif boleh !!!
wah,info yg bgus ni k.azma...dlu time harith,dkat 2thun start potty training..alhamdulillah dlm 2 mggu dh brjaya..tp bile hasif ni,xckp rajin plk..prnah jga time tukar pampers kt toilet suh kencing, hasif kencing,tp itulah..mmg nk kna kuatkan smngat klu nk start ni..hehe
@KLMari hmm.. kena kuat betulkan nak handle seorg anak istimewa dgn 2 adik yg masih kecil.. Smg DIA mudah2kan semuanye utk KLM. Terlepas?? hehe..tu yg tak tahan tu kan..nak marah pun budak2..Sabar je la kan!! (sbnrnya nak pesan kat diri sndri ni..)
@ummuharithasif tu la..semangat tu kena kuat..kalu x memang x jalan la jawabnya.
Bgussss..Abg hasif. Camtula..senang hati Umi.. Moga2 adik hasif pun camtu jugak..
all the best! hopefully things go as planned ya :)
@papabear thanx papabear..
Post a Comment