Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 23 March 2011

Degil sangat kah dia? Panas baran sangatkah aku?

Mood : sedih, pilu , menyesal, termangu-mangu...   :(


Lately, hidupku penuh dgn tekanan:

  • exam semakin hampir, x sempat study pun
  • suami seringkali outstation (skrg pun), byk perkara kena handle sendiri di waktu2 genting ni..
  • hasif semakin buas, aku bimbang tak mampu mengawal marahku... :(

Semua kerja2 assignment & presentation  aku dah settlekan mgu lepas wpun mggu ni still ada kelas. Harapanku... aku ada masa lebih byk utk study.. Namun, ketiadaan encik hubby yg terpaksa outstation buat kali yg ke berapa tah..menyebabkan aku kesuntukan masa utk handle semua perkara.. & kadang2 aku rasa tak mampu... :'(

Seperti yg kukatakan, Hasif semakin buas. Walaupun berkali2 aku mengatakan tidak dan mengalihkan tumpuan kepada perkara lain, dia akan tetap mengulangi perkara tersebut (apa2 yg tidak patut dilakukannya). Degil sgt ke anak2 SD ni? :(

Kemuncaknya dah pun berlaku.. Aku sudah tidak mampu mengawal perasaan... Lalu... aku telah melakukan sesuatu yg menyebabkan dia menjadi begitu takut sekali hgga tak mampu melepaskan pelukannya dariku.. (jgn bimbang, aku tdk memukul @ menderanya.. tak mampu nak menceritakan..hujan turun nanti...) Bila aku sedar akan perbuatanku, rasa bersalah, berdosa kerana menyebabkan anak kecil ini begitu ketakutan. Spontan air mata aku menitis dgn laju sekali... Tangisanku didengari dek anak perempuanku yg sudah tertidur. Dia terjaga.. datang mengintai apa terjadi, balik semula ke tempat tidur dan..turut menangis.. :'(

Berdosanya aku.... anak kecil lagi kurang dari bermacam segi itu telah aku calarkan hatinya, telah kuwujudkan perasaan gentar terhadap ibunya sendiri.. Tak mampu lagikah aku mengawal baranku ini??
Maafkan ibu sayang.. maafkan kesalahan ibu itu..ibu tak sengaja..ibu marah sgt2.. :(



Sedihnya... :(

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS