Assalamualaikum..
Sebelum meneruskan cerita Hasif kali ini, aku ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat rakan-rakan sekalian. Semoga kita sentiasa berusaha yang terbaik untuk mendapat syafaat dari baginda suatu hari nanti.
Kita teruskan dengan cerita hasif dan sedikit info utk dikongsi ye.. Hidroterapi ni antara fungsinya untuk menguatkan otot2 yang teristimewa yang agak lembik selain memperkenalkan dia dengan medium lain dalam berterapi. Sudah 2 kali Hasif mengikuti kelas ini di KIWANIS. Last week, menangis aje sampai aku tak ada hati nak ambil gambar atau rakam video. Minggu ni pun sama tapi aku keraskan hati aje. Niat di hati nak masukkan videonya skali tapi problem plak masa upload. Apa masalahnya, entahla... So, aku upload gambar aje ye..
Main air pun sedih ye... |
Hidroterapi ni juga dipanggil sebagai kelas swimming kat sini. Agaknya senang nak sebut kot.. Kat tempat Hasif menjalani speech therapy pun ada tapi mahal sangat satu sesi. Tapi padanla dengan kemudahannya. Namun bagi aku kemudahan kat KIWANIS ni pun pada tahap yang sangat bagus sekali.
berjalan dalam air..utk kuatkan otot kaki & peha |
Cikgu2 pun amat menggalakkan Hasif menjalani hidroterapi ni coz cara Hasif berjalan masih tak berapa betul. Menurut cikgunya ini adalah kerana pinggang hasif belum berapa kuat, hasif pun tidak membengkokkan lutut kanannya dengan baik bila berjalan. So, hasif berjalan agak ter'kepang' dan bergoyang hbs pinggang dan punggungnya..hehe..
Takut kena baring atas air |
Hidroterapi ni memang sangat elok untuk anak2 istimewa. Kalau ada peluang, tempat sesuai, tak salah kalau mencubakan. Sesetengah hidroterapi menggunakan air panas. Kesan apungan air akan memudahkan proses terapi berbanding terapi yang sama dilakukan di daratan. Jika air panas digunakan, ia turut membantu dalam melegakan otot2, mengurangkan kekejangan otot dan meningkatkan pergerakan antara sendi2. Anak2 istimewa yang lain yang digalakkan mengikuti ialah :
- Cerebral palsy
- Spina bifida
- Orthopaedic problems
- Muscular dystrophy
- Autism
- Learning difficulties
- Physical disability
- Following surgery
Antara kesan2 mengikuti hidroterapi ini ialah :
- menggalakkan tumbesaran normal
- menggalakkan milestones fizikal yg menghampiri individu normal
- meningkatkan pergerakan
- memberikan kelegaan
- mengurangkan kesakitam
- pemulihan pembedahan lebih cepat
- meningkatkan kebolehan berjalan
- meningkatkan kestabilan dan koordinasi badan
- menguatkan otot2 yang lembik
- meningkatkan kadar pergerakan sendi
- meningkatkan kebolehan dan fungsi setiap bahagian badan
- meningkatkan keyakinan diri
- Pengalaman yang menyenangkan dan menenangkan fikiran
sekejap je berhenti nangis sebab dapat main bola.. |
Semasa sesi hidroterapi semalam, cikgu Hasif (Cikgu Ieda) dah nampak perangai sebenar Hasif. Selama ni, dia cam baik je dlm kelas kan.. Hari ni, si Hasif siap pukul tepi kolam kuat2 sbb marahkan aku yang tak angkat dia dari kolam, paksa dia excercise dalam kolam..hehe.. betapa garangnya anak istimewaku ini tau! Tapi, tak sempat ambik gambar mahupun rakam video sbb kesian tgk dia nangis sambil marah...
p/s : nampak tak sut oren yang hasif pakai tu.. tu swimming suit + float tau.. Ada tak sape2 yg tahu boleh dapat kat mana? Tanya cikgu ieda, dia kata ada parent yg donate. Aku terfikir2 mungkin ada kat toys R us. Cuma kalau kalian ada apa2 info tentang float ni, boleh share??
Salam mesra,

25 komen:
time kasih atas info nie..kami biasa bwk Habib mandi di pool biasa sajer...hrp2 membantu juga:-)
azma, sy prnah beli swimsuit dengan float tu, kalau tak silap di Toys R Us..kalau tak, cuba Babyland atau mana2 kedai barangan baby/toddler...mmg bagus hidroterapi ni...thumbs up!
bestkan... mawaddah pun dpt merasa peluang hydrotherapy ni kat sini for free. twice a month. tapi kat sini diorg buat mcm SPA, masuk dlm jakuzi, air suam, bubble, dikelilingi lampu2 yg menenangkan di keliling jakuzi tu... alhamdulillah! moga hasif membesar sihat & kuat bagai johan!
azma, thankz share info tapi ainie tak dapat nak g kolam la..kolam mandi tu ada la, boleh tak?
Dila pun sokong hidroterapi...Dzaariff pun start swimming last year. Dila rasa bila dia swimming dia lebih calm down and comfident. Tapi masa mula2 swimming tu sebenarnya nak kasik exercise kaki and tangan dia sebab pengasuh dulu selalu bagitau kaki dia tak kuat...selalu jatuh bila jalan
wah.. mau buat appointment sama hasif berenang di pent house itew, volleh?
hehehe
@mrs_zurasama2.. kolam biasa pun boleh. Kolam kat kiwanis tu biasa jugak, x guna air panas pun cuma kolamnya cetek supaya aktiviti terapi boleh dijalankan dengan mudah. Kolam biasa dalam kan, zura try buat aktiviti cam gambar no 3 tu. Selama ni pun hasif buat aktiviti tu je. Boleh kuatkan pinggang & ke atas...
@Syahida thanx for the info syida. Nak cari jugak ni. Harap2 x mahal sangat.. Tu la syida, harap2 physical milestone hasif pas ni bertambah maju & baik..insyaAllah..
@Minjelesnye..byk yg free kan.kat sini kalau free mau berebut org htr.. :) Rasanya kat PDK ada jakuzi cam tmpt mawaddah tu tp x tau la conditionnya sama ke tidak sbb x pernah htr lagi. Satu hari nanti plan nak htr jugak..mana tau hasif boleh berjakuzi cam mawaddah.. :) Mekasih byk Min, moga mawaddah juga begitu..
@Jue-Isteri_Ibukolam tu pun boleh jue.. Tp kalau cetek sgt, x byk aktiviti boleh buat. Antara yg Jue boleh try,letak ainie duduk atas bangku (bangku tu letak dalam air la). Pastu klau ada kick-board (selalu kita jumpa warna biru tu kan),Jue letak ainie atas tu spy dia blaja stabilkan badan. Good luck ye.. Nnt bila Jue htr Ainie ke PDK mgkin ada peluang Ainie berhidroterapi jugak..
@maza pent house mana abg maza? pent house kiwanis ke? hehe..yg tu kena buat appoinment dulu. Tp klau teratak kecik Hasif, anytime..janji call dulu sbb ibu hasif sibuk memanjang (sibuk buat apa pun hasif x tau.. :D)
@Dila Si Mama Dzariff Mmg hidroterapi ni beri byk ksn positif kan.. Classmate Hasif, awal2 lg dah join. 1 thn 4 bln dah boleh berjalan. Sejarah baru kat Kiwanis ni..
Hasif baru mencuba. Harap2 ada perkembangan yg positif.. Amin..
Cpt tak perubahan pada Dzariff bila dah ikut hidroterapi ni Dila?
menarik... i like the suit too... kalau dah jumpa kasi tau ya :)
azma,
kita sbg ibu kena kuatkn semangat, mmg kita Xsmpai hati tgok anak nangis, tp yakin lah, smua bnda ni sbnrnya utk mmbantu dia
teruskan usaha utk mmbantu hasif ya, sama2 kita kuatkn smangat utk prmata hati kita ya...
Azma...
Amazingly dzariff memang cepat berubah bila start swimming. The first five lessons, dia nangis macam kena dera bila nampak swimming pool dan kena pegang dengan coach. Terpaksalah mama buat-buat keras hati dan tak ada perasaan. Sekarang dah jadi kemaruk air la pulak. Fokus sangat baik bila dalam pool and dia belajar ikut arahan dan bersosial. Kaki dan tangan makin kuat dan tak jatuh lagi..alhamdulillah. Keep on swimming. Kalau dengan normal kids pun bagus, ini kan pula anak-anak kita kan.
@papabearhehe.. tu la kan.. x pernah terperasan pun sblm ni. No prob, kalau saya jumpa saya bgtau. Kalau papabear jumpa dulu jgn lupa bgtau saya ye.. :)
@Mawarbetul3x... :)
Mekasih bantu bagi semangat... caiyokkk..azmahasif
caiyokkk..tuk mawar & adik jugak..
@Dila Si Mama Dzariffperkembangan yg positif kan!kena teruskan usaha ni..mekasih Dila..share pengalaman..
Hasif pergi KIWANIS mana?
@Dila Si Mama DzariffKiwanis Damnsara Jaya (HQ). Nape ye Dila?
kawan dila coordinator Kiwanis kat PJ. Ke tempat yang sama? Nama dia Syimma. masa dzariff mula-mula diagnose dulu, banyakla ngadu kat dia...sebab tak tahu nak mula kat mana
@Azmayup! siapa jumpa dulu yah :)
@Dila Si Mama Dzariff a'ah..kat situ la Dila. Mmg kenal Syima pasal banyak benda kena settle ngan dia.
@papabearokehhh.. :)
Post a Comment