Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 12 October 2011

Info : Self-talk


Assalamualaikum..

Pernah lihat yang teristimewa kalian bercakap sendirian? Untuk yang anak2 masih kecil mungkin belum perasan.. Mungkin kalian pernah tengok yang teristimewa yang lebih dewasa ini bercakap-cakap sendirian.. Hingga ada yang mengatakan mereka ini tak berapa betul... (sedih untuk ditulis sebenarnya tapi aku terpaksa jugak tulis.., jangan terasa hati ye kengkawan).

Situasi ini adalah situasi yang BIASA berlaku di kalangan yang teristimewa. Ingat tu kengkawan, B.I.A.S.A..... bukan luar biasa bagi mereka tetapi L.U.A.R. B.I.A.S.A. bila dilihat oleh masyarakat sekeliling sehingga mereka dilabelkan seperti yang aku tulis di atas tadi.

Last week aku diberi tugasan untuk menjelaskan mana2 jurnal yang boleh dipilih sendiri. So, aku telah memilih sebuah jurnal yang diterbitkan oleh down syndrome education  berkenaan self-talk ni la.

Jumlah responden kajian ialah 177 orang  (97 lelaki, 80 perempuan) dari UK dan Kanada. Usia responden ialah 5 tahun ke atas.
  
Dapatan kajian :


Secara keseluruhannya, tiada suatu pun dari faktor yang disenaraikan iaitu usia, jantina dan juga tahap ketidakupayaan boleh dijadikan sebagai jangkaan menentukan individu tersebut sebagai individu yang ‘self-talker’ atau sebaliknya (maksudnya sesiapa saja di kalangan yang teristimewa boleh menjadi self-talker ni..)


i) 162 responden (91%) merupakan ‘self-talker’ , 14 responden  mempunyai sejarah ‘self-
talker’ dan 1 responden tidak pernah mengalami ‘self-talker’.
ii) perbezaan lokasi tidak menggalakkan ataupun mengurangkan ‘self-talker’ ( maksudnya 
 kat  mana2 negara pun situasinya sama)

iii) majority responden mula menjadi ‘self-talker’ sejak dari zaman kanak-kanak dan berterusan selama bertahun-tahun.

iv) Peratusan responden yang menjadi ‘self-talker’ hanya di rumah atau di mana-mana sahaja adalah seimbang atau sama rata (45%). Hanya seorang sahaja yang mula menjadi ‘self-talker’ bila berada di tempat awam. 

v) Responden meneruskan aktiviti ‘self-talk’ walaupun jika ada seseorang hadir dan duduk di sebelahnya namun bila individu tersebut cuba menegur dan mendekatinya, proses ‘self-talk’ ini akan berkurangan ataupun terhenti.
vi) ‘self-talk’ tidak mengganggu kebolehan mereka untuk fokus di sekolah ataupun tempat kerja mahupun kebolehan mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain.
vii) ‘Self-talk’ di kalangan responden boleh difahami dan dizahirkan dengan intonasi yang normal.
viii) Lebih dari separuh responden berinteraksi dengan diri sendiri. Selain dari diri sendiri, teman bicara responden yang lain antaranya adalah seseorang yang mereka kenal, individu yang mereka imaginasikan, mainan/ objek kegemaran dan/atau ‘superhero’, ahli sukan, pelakon dll.

ix) Perkara yang biasa mereka ‘bualkan’ ialah aktiviti terdekat yang akan mereka ikuti, persitiwa yang berlaku hari tersebut, rancangan tv atau filem kegemaran, aktiviti yang berjaya/ telah dilaksanakan, cerita mengenai insan-insan yang hampir dengan mereka, mengadu  tentang seseorang/ sesuatu perkara dan juga kesedihan yang pernah dialami dalam suatu acara/aktiviti.

x) Semasa aktiviti ‘self-talk’ berlansung, ia biasa diikuti oleh keadaan responden yang tiba-tiba menjadi sedih atau marah. Dalam masa yang sama responden juga akan mengubah suara sebagai mengajuk individu yang diajuk.

Semoga info ini dapat membantu kalian dalam membesarkan yang teristimewa ni ye..

Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: