Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 30 October 2012

'Babang'

Assalamualaikum semua..

Aikk..kata tutup blog..dah bukak semula ke? Hihi.. Hurmmm..lama tak menulis rasa cam rindu plak. Pastu rasa cam byknya nak cerita pasal Hasif ( tak kirala ada org nak baca ke tak kan.. :-D)

berkasih sayang dengan tompok
Terkini Hasif.. Pertuturan bertambah baik. Tak la bagus sangat tp perkembangannya positif. Perkataan yg paling kami sekeluarga suka nak dengar ialah 'babang'. Sapelah babang tu ye..hihi..tentulah abg dia..awal2 dulu sebut bang aje, pastu abang tp tetiba berubah jadi babang. Ayoyo.. Puas nak tukar balik. Puas duk ajar sebut abang tetap keluar babang jugak.. Babang pun babang la.. Sampai encik ayah pun dah panggil abg tu babang. :-D 

Kalau dia ke mana2, jumpa budak lelaki, semuanya dipanggil babang, kalau budak pompuan plak kakak. Tapi kalau yg lagi kecil, saya suruh panggil adik dia tak mahu, mungkin sebab tak ada adik kan.. perkataan adik pun jarang dengar, so tak mahu la sebut adik agaknya. Kalau baby nak pulak dia panggil baby..

Hasif pun dah mencuba sebut namanya sendiri. Tapi sebutannya..mak aihh.. Lain lalu.. (bak kata org temerloh :-P). Hasif dah jadi 'Ha ie'. Susah nak sebut 's' &  'f' kot. Bila ajar bunyi ular boleh plak sssss tu kluar. Bila nak masukkan 's' dalam perkataan terus failed. Hihi.. 'F' pun sama jugak.. Tak apa la..lama2 insyaAllah boleh..

Perkembangan fizikal; alhamdulillah dah boleh berlari. Lagi banyak berlari dari berjalan sekarang. Suka sangat main tendang2 bola. Rumah dah jadi padang bola dia..huhu..

Hurmm.. Itu aje la kot. Tak plan nak tulis byk2. Ni intro utk start menulis semula. Saya ada create page khas utk Hasif di facebook. Namanya 'yang teristimewa' jugak. Boleh ke sini, kalau sudi. Sepanjang blog ini ditutup semua cerita terkini Hasif saya update kat sana..

Ok. Cukupla ye.. Nanti2 saya merapu lagi.. :-)

Salam mesra


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 komen:

Zach's Momma said...

alooo babang asif!!
;)

maza said...

welkome back.. welcome back teacher!

perkembangan seperti ini pastinya menggembirakan ibubapa..

alhamdulilahhhh

Azma said...

Zach's Momma : alloooo Z.. :)

Maza : mekasih abg maza.. moga makin rajin update pas ni.. :D

nur arlia said...

halo babang hasif!!

cheeze maz said...

salam ziarah.

biasalah, kalau tiada adik, mmg kekok nak sebut adik. kalau sebut baby, senang sj.

Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.

Azma said...

Nur Arlia: alooo... Suha :D

Kak maz : cam sedap je..peberet hasif tu.. saya dah ke sana..yummy..insyaAllah nnt2 saya order.. :)