Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 7 November 2012

Pendengaran bermasalah semula??


Assalamualaikum..

Kelmarin, 5/11 saya ke PPUM lagi. Yearly checkup telinga Hasif. Saya yakin je yg telinga Hasif ni dah ok coz perkembangan pertuturan dia semakin positif. Ni speech therapy yg cakap ye, bukan saya..hehe..

Pagi2 sampai PPUM terus ke bahagian audiologi. Alamak.. dah pindah la pulak.. Maklumlah..test ABR ni buat setahun sekali, mmg tak tahu dah pindah satu tempat dgn ENT. Tolak stroller ke bahgn audiologi baru plak.. Bagus gak pindah ke sana, after buat test dekat je la nak jumpa doktor. Tak perlu jalan jauh2 lagi, berebut lif lagi. Bila naik stroller kan ambik space dlm lif, kdg2 sampai 3 kali lif berenti, baru dpt masuk. Tak bawak stroller karang, mau patah pinggang mendukung budak kecik tu. Jalan kejap2 ok la dia..pastu berlari aje kejenya.. Tak bagi berlari, berdukung la plak..huhu..

Sampai ke bahagian audiologi baru, settlekan semua urusan then kena bagi hasif makan ubat tido plak.. Reason: spy bacaan ujian ABR nanti tepat. Pas makan ubat, tak sampai setengah jam Hasif dah terbungkam..hihi.. Tp heran gak.. cepat betul. Biasanya letih saya mendodoikan baru la tido..

Nurse lambat sgt ambil berat & ukur tinggi saya, saya buat sendiri la.. :)
 Sepanjang checkup memang Hasif lena giler.. Habis ujian, Pn. Siti, audiologist menyampaikan berita yg amat memeranjatkan saya. Bacaan ABR/BERA 60 desibel. Allah.. kembali ke masalah pendengaran awal2 dulu.. Dah kena pegi check telinga dalam plak (tympanumetri). Kena gerak balik ke tempat audiologi yg dulu.. Bersiar-siar lagi la..huhu..

Yg terbaring tu masa ujian ABR, yg dlm stroller tu tympanumetri..ternganga tido..
Result ABR ~ 60db kiri & kanan
 Buat tympanumetri..still lena budak kecik tu. Saya dijelaskan type masalah telinga Hasif ialah As untuk kiri dan kanan. Bila saya tanya makin baik ke makin teruk coz dulu Hasif type B. Kata juruteknik tu semakin baik. Paling baik ialah A, As tu antara A & B. Alhamdulillah.. lega sket dengar..

Result tympanumetri ~ type As
Bersiar-siar semula ke ENT.. :). Jumpa Pn. Siti semula.. Beliau meminta saya terus bertemu doktor untuk membincangkan kondisi Hasif. Saya dah cuak dah masa ni..jangan2 doktor suggest untuk operation pulak.. Aduiii.. malasnya nak tgk hasif warded lagi.

Jumpa doktor,  doktor nampak cool aje.. Style berkomunikasi tenang je cam Hasif tak ada masalah apa2. Hihi.. Hilang cuak jap. Aku bertanya mengenai perubahan pertuturan Hasif dengan result ABR yg agak menyedihkan itu juga perubahan positif utk result tympanumetri. Penjelasan beliau seperti dalam report Pn. Siti 'delayed all waves suggested condusive element present both ears'. So, Hasif perlu 'under medication' untuk 3 minggu, then datang balik untuk jumpa doktor. Kalau kondisi nampak ok, alhamdulillah. Kalau nampak tiada perubahan, kena buat ABR lagi.. & kalau masih tinggi bacaan ABRnya, bersedialah....ibu Hasif. :(

Otw ke parking, kuat betul ubat tido ni.
Habis semua, bersiar-siar ke parking yg bukan main jauh lagi. Si Hasif masih lena.. Tapau lunch untuk aku & Hasif & meneruskan perjalanan ke Kelana Jaya untuk speech therapy pulak.. Uishhh.. kalau hari2 camni, slim-melim la saya..hehe..


Sampai K.Jaya, camne nak cabut ni bu..??
Sampai K. Jaya, baru la budak kecik tu terjaga. 4 jam pengsan..lamanya.. Siap2kan, mandikan dia & layan dia meraung pasal sakit kena cabut pelekat2 kat dahi & telinga tu.. makan dan..sesi untuk ber'speech' pulak. Lama tido kan so takde masalah tingkah laku walaupun lama di PPUM. Alhamdulillah..

Jumpa lagi nanti..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 komen:

syida said...

salam azma,

LAWA la blog baru.I like!

eh, kita dah link semula ke blog ni dari warkah. mohon share link ke warkah juga ye :)

take care!

Zach's Momma said...

lamanya abg asif tido.. syiaann dia..

azma, masalah pendengaran ni slalu sebab apa ek? adakah sebab wax atau sebab canal sempit? atau sebab signal tak sampai? Z punya ABR reading dulu ok 20-30 gitu la.. tapi audiologist tu kata dia x bleh nk access belakang telinga sebab wax ke ape ntah.. so dia tulis jer normal. kitorang x sempat nk follow up with paed msia sbb dh fly balik sini the next day. jumpa paed sini, dia tak komen pun pasal reading tu.. keep on wondering jugak, sbb Z mmg delayed sangat with speech..

nur arlia said...

:)

Azma said...

Syida : thanx syida. nnt saya link kan ye.. :)

Azma said...

Z : dua2 tu faktor penyebab mommy Z. Bacaan 20 tu normal, 30 tu krg sket je so x de masalah la. Buat tympanumetri x? Kena buat 2 test tu baru bleh tau condition telinga tengah & telinga dalam skali. Cuba tanya dr kat sana perlu x Z buat test lg.