Assalamualaikum..
Blogger lain update cerita terkini, saya ni nak update cerita yg dah basi..hihi..
19/11/ 2012 yang lalu buah hati saya, si Hasif tu la.. warded kat PPUM. Tujuan di'warded'kan adalah untuk 'membujangkan' anak teruna saya tu.. :)
![]() |
No. katil Hasif di wad 6PB PPUM |
Memang dia masih kecil. Baru 3 1/2 tahun. Tapi baby umur sehari pun dah boleh dikhatankan.. Apatah lagi baby besar 3 1/2 tahun ni kan?? ;-D Kenapa saya berhajat sangat mengkhatankan Hasif awal2?
~ Pertama, saya rasa lebih mudah nak menjaga anak kecil yang berkhatan. Pengalaman menjaga abgnya berkhatan mmg menseriaukan saya..hihi.. Tak biasa kan..
~ Kedua, anak istimewa ni semakin besar semakin banyak kerenah yg kadang2 tak terjangkau di kepala kita. Memang anak2 SD digolongkan dalam kumpulan anak2 yang baik tapi saya rasa saya tak bersedia kiranya Hasif tiba2 berubah tingkah laku kerana mereka ni juga ada 'angin' sendiri..
~ Ketiga, saya masih bercuti tanpa gaji. So, saya nak gunakan waktu lapang yg ada ni bg men'settle'kan segala apa yg perlu.
Itu aje kot alasan saya. Sebenarnya alasan yg kedua tu yang betul2 membuatkan saya meneruskan hasrat ini. Berkumpul dgn ibu2 istimewa di KDSF di samping berkongsi pengalaman membesarkan anak istimewa ni menyedarkan saya bahawa membesarkan yang teristimewa ini pelbagai cabaran yang akan kita hadapi yg kadang2 tak terfikir dek kita sendiri.
Operation dilakukan esoknya, 20/11/2012. Pukul 6.15 pagi saya sudah dipesan oleh nurse untuk siap2kan anak sebelum dibawa ke OT dalam pukul 7.30 pagi. Namun mungkin ada masalah, Hasif akhirnya di bawa ke sana dalam pukul 8 lebih .
![]() |
Iskhh..tinggal berapa jam lagi saya nak kena khatan ni.. |
![]() |
Selepas pembedahan, belum sedar.. |
Dalam setengah jam selepas tu, barulah Hasif dibenarkan naik ke wad semula & diberi makan, minum. Hari pertama ni agak mencabar kesabaran menjaganya. Dia ok je sebenarnya. Cuma bila ubat habis, dia start merengek2, menangis & tak mahu baring. Mungkin bila baring diapers melekat pada kemaluannya kot & rasa ngilu. Aku terpaksa mintak nurse berikan ubat tahan sakit lebih awal supaya Hasif selesa. Waktu2 awal ni, memang patut arahan pada ubat 'makan bila perlu' diikuti. Bukannya 6 jam sekali. Bila ikut 6 jam sekali, mmg stress dgr si anak merengek non-stop. Nasib baiklah Hasif jenis yg tak menangis meraung2..kalu tak mahu ibunya jadi naga..hangin satu badan..hihi..
![]() |
Tidur selepas pembedahan..sebelum bangun merengek2.. |
Lepas maghrib, hari yg sama baru doktor dtg check & kami dibenarkan pulang. Leganya rasa.. Balik semua ok.. Malam tu Hasif tidur lena sampai pagi. Saya pulak yg naik heran dia tak bangun menangis. :)
Esoknya..dah tak ada nangis2 dah. Kalau ada pun hanya jeritan dia bila saya menukarkan diapersnya. Proses memakaikan diapers kena dilakukan dengan pantas supaya dia rasa ngilu sekejap je & menjerit sekejap je. Lepas tu okla.. siap berlari, main bola, panjat2 kerusi meja lagi. Suara ibu dia pulak yg makin byk menjerit coz risaukan dia bentan ke, sakit ke.. huhu..
![]() |
Sehari selepas berkhatan, panjat meja.. tengok diapers dia..besar sungguh cam penuh shishi je.. :) |
Saya bersyukur sangat dengan kemudahan yang diberikan olehNya kepada Hasif & kami sekeluarga dlm menjaganya. Kalau ada kawan2 yg bertanya, mmg jawapan saya mudah sangat menjaga dia & kalau ada hasrat nak khatankan anak2 secepat mungkin mmg saya org pertama yg akan menyokong..
Saya share skit panduan khatankan anak ye..
1) Kepada yg tak pasti, hukum anak kita dikhatankan oleh doktor bukan islam adalah harus. Saya hampir membatalkan proses berkhatan Hasif kerana isu ini. Namun, syukurlah..kawan2 yg lebih berilmu menjelaskan kepada saya hukumnya adalah harus. Terima kasih kawan2 yg sudi berkongsi ilmu.
2) Beli saiz diapers 2 kali lebih besar dari saiz yg anak kalian pakai sekarang. Saya perhatikan hasif langsung tidak rasa terganggu dengan luka berkhatan yg dihadapinya sambil memakai diapers tersebut.
3) Saya ada sebut di atas, ambil PCM bila perlu. Bukan tunggu 6 jam baru ambil. Kesian anak menahan kesakitan.. Tapi x le setiap 2 jam kan.. Minimum 4 jam sekali..sama cam masa demam teruk.. (marah doktor nnt, memandai2 je kan.. :))
Tu aje kot. Panjangnya entri kali ni. Mesti kalau ada yg baca, melangkau2 je..hehe..
Okla..itu aje utk kali ni. Rajin2, saya update lagi.. ;-)
Salam mesra..

5 komen:
Alhamdulillah! Tahniah Hasif and mama :)
Mekasih syida..thanx to syida gak sudi melayan pertanyaan saya yg mcm2 tu.. :)
Baru semalam saya nak tanya azma pasal ni.. :)
terfikir jugak nak buatkan awal untuk Z, takut nanti dah besar lain pulak masalahnya.. tapi tunggu next year la kot.. ada dengar malay kat sini (surgeon) buat servis khatan, tapi x sure la pulak kalau diorang provide full anaesthetic.. kena buat kat malaysia jugak la kot kan..
saya duk pk gitu la Laili tu pasal khatankankan si Hasif ni awal2. Try la tanya kalau2 dia bleh full bius tu. Tak yah Laili susah2 nak buat appoinment kat sini plak kan.. Tapi kalau Laili slalu balik @ balik lama kat sini ok je.. :)
Lps sunat terus masuk wad ke..x kne masuk icu dlu..
Post a Comment