Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Friday, 15 April 2011

BM @ BI?

Selamat malam..

 Aku baru aje selesai sesi speech therapy dgn hasif di rumah. Hasif dah nampak mengantuk sangat.. Sedang minum susu dan harapnya terus tido.. Senang ibu nak mengadap blog ni..hehe..

Aku sebenarnya sedang dalam dilemma sekarang.. Camne nak start cerita ye..?! Mmmm..kita start dengan apa yg aku risaukan ye.. Di sekolah hasif, bahasa penghantar yg digunakan mostly BI. Di rumah, aku guna bahasa rojak dengan Hasif. Menurut speech therapist, kalau sesuatu perkataan telah diperkenalkan dengan BI, terus gunakannya walaupun perkataan lain dlm ayat yg dituturkan dalam BM. Contoh “hasif bagi ball ni kepada teacher ok!” Dari kecil, hasif sudah diperkenalkan bola tu sebagai ball dan cikgu sebagai teacher, so teruskan mengguna perkataan tersebut walaupun dah jadi bahasa rojak supaya yang teristimewa kita tak jadi confuse..

Yang buat aku risau, di kelas speech therapy, cikgu hasif gunakan BM sepenuhnya kecuali perkataan yg hasif biasa gunakan dalam BI. Ini kerana menurut teacher Aini (speech therapist kat situ), teacher Joyce (speech therapist kat kiwanis) dan speech therapist kat PPUM, yang teristimewa ni harus diajar menggunakan satu bahasa yg sering mereka guna atau dengar kerana mereka mudah confuse bila diajar dwi bahasa(bukan tak boleh..tp yg teristimewa ni kan lambat sket nak absorb mcm2 perkara ni kan). Manakala di Kiwanis mcm aku bgtau td, mostly in BI.

Aku bimbang kalau cikgu2 di Kiwanis anggap perkembangan bahasa hasif perlahan kerana mereka banyak gunakan arahan, kata kerja dll dalam BI. Bila arahan aku beri dalm BM, cepat je hasif bg respon. Tapi kalau dalam BI, bergantung la.. kdg2 cepat, kdg2 blur.. Aku rasa sangat2 tak best andainya nanti hasif dilabelkan sbg sangat slow dalam kelas..huhu.. Harap2 tak la jadi mcm tu.. Buat masa sekarang, masa speech therapy kat rmh, aku mmg biasakan dia dengan pelbagai perkataan dan arahan dalam BM. Haruskah aku meminta teacher aini  dia bertukar dari mengajar dalam BM kepada BI?? Haruskah???? Dan haruskah aku menggunakan lebih banyak BI dalam bertutur dengan Hasif? 



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 komen:

Syahida said...

Azma, mmg sy pun diberitahu mcm yg Azma dgr tu, pilih 1 bahasa dan guna bahasa yang sama (yg dipakai oleh therapist/school/etc) supaya anak cpt faham/pandai.
teori ni betul tp pd ms yang sama, anak2 ni sbnrnya masih boleh absorb apa saja bhsa yg kita gunakan, asalkan ia digunakan secara konsisten. cth: di school-bi, di rumah-bm.
berdasarkan pglmn sy dengan Abil, sy stick to bm walaupun therapist/school pakai bi. kadang2 sy guna rojak. at last dia boleh faham dua2 cuma ada l bahasa yang dia akan lebih 'master' and makin dia besar, kita dah boleh ajar dia supaya dia boleh bezakan antara bi & bm. so that dia tahu bila dia patut guna bm, bila patut guna bi.

ini pnglmn sy...tak tau la kalau org lain mcmana. just sharing :)

Anonymous said...

harus gunakan bahasa yang anak selesa...dan kemudian di'up'kan....:D

biar lah kalau pun ada yang melabelkan yang teristimewa 'slow' dll....sebab yang penting progress dia hari2 di mata ibu...sebab saya percaya....secara semulajadi ianya akan menjadi lancar....InsyaAllah...

*tapi kalau boleh, jika Hasif ada rancangan kegemaran macam Barney etc....ikut bahasa yang digunakan dalam rancangan tu....sebab bila dia minat...konsentrasi dia akan lebih....dan kemudian InsyaAllah akan lebih konsisten...yang penting ibu Hasif kena alert juga dengan prgram tu...agar mudah untuk ditajamkan lagi penggunaannya*

~yang penting....kerjaasaaamaa :D~

Bicara hati ibu aisya said...

Waaa...rasa nak nangis lak bila dapat info nih.Thank's ye azma.Boleh saya praktikkan buat aisya.Buat masa sekarang saya selalunya guna bahasa rojak utk aisya (walaupun saya sangat2 tak pasti sama ada dia dengar atau tak apa yang saya selalu ajar.Huhuhu ;( sedih sekali di situ)

Rasanya hasif faham kot apa yang azma n teacher2 lain ajar maybe sedikit lambat untuk pemahaman tapi xpelah kan..at least dia masih belajar dan akan terus meningkatkan pemahamannya dalam satu2 perkataan yang diterimanya.Insyaallah.biar lambat asalkan dia benar2 paham.

To hasif sayang..chaiyok2 k.ummmmuah!

Dila Si Mama Dzariff said...

Pendapat dila sebijik macam kak syida. Kalau tengok dzariff, dia memang lebih faham BM sebab banyak cakap melayu kat rumah. Tapi semua words yang dia dah dapat cakap sekarang BI sebab dia duk suka tengok Magic English. Cousin dila speech therapist kat HUSM. Dia dah buat phD. pendapat dia, 2 bahasa yang kita gunakan tu tak akan comfusekan anak kita.

Anonymous said...

sudah tentu Ibu Hasif lebih kenai potensi n kecenderungan Asif kan.....mix n match pun boleh kan...? so far pun terbukti hasilnye....so keep it up...oraitt...:)

papabear said...

banyak tul cabaran nak besarkan yg teristemewa ya.. semoga terus sabar dan tabah..

maza said...

bagi abg yg tak berapa nak cerdik ni...

gunakan bahasa mudah kpd kita dan dia shj... terutama harus dikenang bahasa yg selalu digunakan oleh ibu, anak, adik2, suami, atok, nenek dan makcik..

kalau kita shj berbhasa yg kita faham dan org lain sukar, takut juga anak ini tak mengerti bila bercampur dgn masyarakat lainnya.. dan sekali lagi org akan mengatakan anak ini lembam dan sukar memahami pengucapan...

namun sekali lagi pendapat yg lantun-lantun, kita harus berfikir utk kebaikan anak2.. walaupun lambat tetapi ia mahir dgn sesuatu itu berbanding mahu mencapai atau memikirkan skor nilaian utk kecemerlangan dlm kelas semata2...

anak istimewa tidak sama dgn anak yg lain... kepetahan dan kefahaman dia adalah menjadi keutamaan drpd berapa cepat dan pantas atau bijaknya mereka di dlm kelas...

Azma said...

@Syahida terima kasih sgt2 syida... lega saya membacanya. Mmg perkara ni selalu sgt bermain2 kat fikiran saya. Alhamdulillah..lepas ni saya boleh teruskan apa yg dilakukan dgn tenang.. terima kasih skali lg ye..

Azma said...

@Anonymous Untuk anak2 SD masalah bahasa mmg maslah utama anak2 ni..sbb tu saya risau @ mgkin terlebih risau?? huhu..

Hasif mmg sgt sukakan barney dan vcd2 kegemaran hasif semuanya dalam BI. Byk benda dia belajar dr VCD2 tu.. Sbb tu saya bmbg dia jadi confuse.

Terimakasih ye..wonderpet..:D

Azma said...

@Bicara hati ibu aisyasama2..

Harap2 cam tu la ayu..Skrg ni nmpk dia x de masalah sgt dlm kelas. Akak bmbg nanti2 timbul masalah..mesti sedih kan..

mari kita sama2 usaha spy anak kita dapat bertutur sebaik mgkin ye..

Azma said...

@Dila Si Mama Dzariffmekasih Dila sharing the info. Hati saya sudah agak tenang la ni.. Mmg kwn2 byk membantu membesarkan yg teristimewa ni kan..

Azma said...

@Anonymousok..thanx a lot my dear fren

Azma said...

@papabearcamtu la nampaknya papabear.. actually kalau kita nak biarkan mereka ni membesar dgn cara mereka sendiri pun boleh jugak.. Tp bersedialah kita utk menerima 'ganjarannya' bila dia dewasa nanti.. Byk dah saya tgk anak2 istimewa ni bila diabaikan & dianggap x perlu dididik semasa kecil memberi hadiah yg amat mencabar kesabaran ibu bapa apabila mereka dewasa. Harapnya bila hasif dah besar nanti dia sentiasa menyenangkan hati kami.. amin..

Azma said...

@maza betul ckp abg maza tu..cuma sbg parent tambah2 yg teristimewa ni pun belajar bersama2 kawan2 senasib yg lain, rasanya mmg jadi krg sabar bila melihat perkembangan mereka amat perlahan.. Harap2 ibu ayah hasif ni tak le gelojoh sangat..hehe..