Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 19 April 2011

Masalah pertuturan apraxia di kalangan yang teristimewa

Assalamualaikum..

Yang teristimewa memang dikenali golongan yang mengalami kesukaran dalam pertuturan. Faktor utamanya ialah hipotonia (otot yang lembik). Untuk mengatasinya, yang teristimewa ini perlu melalui terapi pertuturan dan juga melakukan senaman oral motor.

Contoh senaman oral motor (ihsan google)



Masalah oral motor memang sangat biasa berlaku kepada yang teristimewa. Namun, tanpa kita sedar, mereka juga kebanyakannya turut mengalami masalah pertuturan apraxia. Keadaan ini akan memburukkan lagi masalah yang sedia dihadapi.

Perkara ini jarang dipertuturkan atau disuarakan oleh doktor mahupun speech therapist. Namun demikian, ianya telah dibuktikan melalui beberapa kajian oleh Dr. Libby Kumin. Beliau merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti di USA dan banyak menulis dan membuat kajian terhadap pertuturan yang teristimewa. Salah satunya ialah kajian yang dilakukan terhadap 7 yang teristimewa yang masih mengalami masalah pertuturan walaupun dibawa untuk terapi pertuturan dalam jangkamasa yang agak lama. Hasil daripada sesi temubual (pertuturan) dengan anak2 ini, dengan merujuk kepada senarai yang menunjukkan seseorang individu tersebut mengalami masalah pertuturan apraxia, memang disahkan bahawa ketujuh2 yang teristimewa  ini mengalami masalah tersebut.

Masalah pertuturan apraxia ini bukan berlaku kepada yang teristimewa sahaja. Ia boleh berlaku kepada mana-mana kanak2 yang normal mahupun tidak. Untuk mengujinya, ianya akan dilakukan oleh pakar patologi pertuturan bahasa.

Ciri-ciri pertuturan apraxia :

1. Lambat dan lewat dalam perkembangan kemahiran bertutur 
2. Tidak dapat sebut perkataan dengan betul
3. Pertuturan yang tidak konsisten
4. Sukar menyebut perkataan yang panjang/ sukar untuk menuturkan ayat yang panjang. Semakin panjang ayat, sebutan menjadi semakin tidak jelas.
5. Faham apa yang didengar tetapi sukar untuk sebut balik perkataan tersebut
 
Sumber : Journal of Speech, Language, and Hearing Research-Vol. 51


Punca2 :

Tiada sebab khusus dapat dibuktikan kenapa berlakunya masalah pertuturan apraxia ini. Ada antara saintis yang menyatakan ianya disebabkan oleh strok atau kecederaan otak (bhgn kiri). Ada juga yang berpendapat disebabkan oleh masalah neurologi (saraf) iaitu otak yang mentafsir maklumat memberi respon kepada saraf yang salah. Kerana itu sebutan menjadi tidak betul lantaran saraf yang menggerakkan otot mulut atau oral motor tersebut bukanlah saraf yang betul.

Cara mengatasi :

1. menjalani terapi pertuturan
2. memberi latihan yang membolehkan individu mengulangi bunyi dan berlatih untuk menggerakkan mulut dengan betul. 
 3. menurunkan/ memperlahankan kadar pertuturannya atau melakukan pergerakan ucapan dengan teratur.

Setakat ini yang dapat saya share dengan kalian. Untuk tambahan info, google la ye..

Jumpa lagi..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: