Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 22 February 2011

Ala..hai anak..

Salam..

tempat tido favourite hasif
Tengok gambar kat atas ni..Tu gambar hasif masa tido malam tadi. Itula tempat tido favourite dia bila tak tido dalam baby cot!  Malam tadi aku tido di ruang tamu cos encik hubby x de (apa lagi..outstation le.. isk..isk..). Biasanya kalau dia tak ada aku akan tido di ruang tamu atau di bilik anak ataupun di bilik aku bersama2 ngan anak2. Entahla.. bila dia tak ada aku selalu risaukan macam2 walaupun rumahku ini 24 jam kawalan keselamatannya. Pernah aku tido dengan hasif di bilikku dan biarkan abg dan kakak kat bilik mereka tapi tido dgn risau so tido2 ayam je la..

Dalam keadaan Hasif yang demam + batuk + selesema, dia tak dapat tidur dengan elok. Tido sekejap pastu gerak sana gerak sini. Lama2 dia merangkak ke lantai dan tido atas lantai. Bila jadi camtu aku pun tak lena tido. Kerja aku, angkat dia tidur balik atas toto selepas dia 'melepak' kat lantai tu. Baru nak terlena, dia pun merangkak lagi ke lantai. Aduhhh... panas sgt ke sif sampai tido atas lantai tu?? 4-5 kali berulang, last2 aku angkat dia & peluk kuat2. Apa lagi, mengamuk la cik awe tuh! hehe.. menangis sekuat2 hati (nasib baik jenis budak yg suaranya slow, menjerit pun tak kuat mana bunyinya). * dalam pada tu sempat jugak ambik gambo ye..hehe

Pagi, bila aku bangun, tengok2 dia kat atas lantai lagi.. Ala..hai anak..rasanya dah cukup dah tilam & toto kat rmh ni. Lantai jugak yg dipilih..

Sekarang ni, baby cot dah jadi macam musuh untuk dia. Bila diletak dalam cot dia mengamuk. Tengah malam masa tido dia duk tendang semua benda2 yang bergantung kat cot tu sampai semua org terjaga.Tak suka pasal kecik untuk dia dah agaknya. Pada aku, ok lagi sbb hasif ni bukannya besar sgt. Baru 10kg aje. Tapi dia memang buas time tido. Kalau tido atas katil aku, habis satu katil tu dia jelajah. Biasanya, encik hubby selalu mengalah turun tido kat bawah sbb habis semua space ambik dek hasif.. cian dia.. Aku, pengsan tak sedarkan diri..haha..

Tempat yg hasif paling suka tido, katil kakak. katil kakak ada pagar (turun temurun dari abang). Bilik kakak & abg pun sejuk je, so, kalau siang2 dia tido kat situ aku memang tenang habis la... Boleh lena sampai 3 jam. Tu pun kena kejut baru bangun..

 
Baru bangun..x sempat amik gambar masa tido

Harapnya malam ni dia tido elok2 la. Tak merangkak ke lantai lagi... Kena slow2 letak dia kat baby cot malam ni.. Kalau ngamuk tgh2 malam?? Angkat dia letak atas lantai..ok tak?? :D


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 komen:

KLMari said...

Salam..Dina pun suka tido atas lantai...sejuk sedap agaknya....pastu memang merata dia tido, sampai bawah sofa kengkadang..kalau balik kampung, ayah saya tiap kali nak pi solat subuh kat masjid, mesti carik mana cucu dia tido...tengok tengok kat bawah sofa dah...hehehehe

mrs_zura said...

amboi...Habib nk tdo atas katil bwh ketiak ibu n abah...dh rasa kecik je katil tuh...

Syahida said...

haha suka hati dia(hasif) je nak landing kat mana2...mmg pengsan abis! ;p

Azma said...

@KLMari tu la..si hasif tu dah la batuk & selesema, tido atas lantai kan sejuk. Bertambah2 plak lagi.. Dina pun sama ye! Sampai masuk bawah sofa tu..haha.. agaknya kalau sofa kat rumah saya tu kakinya tinggi skit, mau hasif pun sama cam Dina.. :)

Azma said...

@mrs_zura Habib nak manja2 ngan ibu & abah tu.. tu pasal nak tido skali.. tu pasal jugak ibu tok leh ada baby lagi.. Habib jeles nanti.. :)

Azma said...

@Syahidaahaksss..macam baru pas kena tembak je kan.. :D

maza said...

eloklah tu tido atas lantai, dari dia merangkak mengamuk2 tak tentu hala, alih-alih pepagi tengok kat bilik air.. lagi ler haru..heheheh

psst: agaknya dia rimas tu, badan tak selesa, bagi chance ler.. tak pun teknik memujuk agar ibunya pasang air-cond berkuasa 5 kuda.. hahahaha... kasik beku mcm kat antarctic gitew.. hahaha

papabear said...

tidur kat lantai kat dingin jer.. tu dia suka kot tapi tak elok untuk kesihatan..

Azma said...

@maza rumah ni dah cukup sejuk abg maza..kdg2 terjaga tgh malam sbb x tahan sejuk.. kdg2 panas la jugak, tp ok je ngan kipas. Mmg nak pasang aircond pun, tp tggu abg maza support la... :D

* pintu bilik air kunci la.. kalau hasif 'melepak' kat dapur mungkin la terjadi.. :)

Azma said...

@papabear tu la pasal.. cuma yg geram tu dia tidur ngan penuh tertib kat lantai tu..senyap, khusyuk & tawaduk sampai pagi- tak bergerak2..