Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 25 November 2010

Terapi fizikal

Lama dah tak up-date blog.. Cuti sekolah buat aku jadi semakin sibuk. Jadi driver si abg & of course la si Hasif tu.. Kakak tak banyak aktiviti cuti sekolah ni sebab tadikanya masih berterusan hingga hujung minggu ni & semua aktiviti untuk dia adalah aktiviti utk semua orang.. Kesian dia.. nanti tahun depan baru cari aktiviti khas utk dia. Kakak pun boleh diharap utk jaga Hasif. So, bila abg ke kelas tahfiznya, boleh tolong ibu jagakan hasif... Thanx my girl...


belajar merangkak

Gambar2 dalam entry kali ni adalah beberapa keping gambar semasa Hasif menjalani phisiotheraphy di Kiwanis & PPUM. Tak banyak yg nak diceritakan. Boleh tengok ceritanya dalam gambar tu kan!! :)  Next year, aktivitinya akan jadi semakin mencabar. Teacher Hasif pun ada cakap, aktiviti seperti memanjat tangga, melompat dll tu agak sukar utk yang teristimewa kuasai. 'Hujan' ajela Hasif next year agaknya.. Moga2 dia dapat kuasai semua skil dgn sebaik mungkin tanpa 'hujan' cos kalau teruk sangat 'hujan'nya, ibunya pun 'hujan' gak skali nanti..huhu...




panjat sif, panjat.. Hasif boleh!!!



paktis berdiri & masukkan ring ke dalam kon




*puas dah mengedit gambar & text utk entry kali ni tp ntah jadi hape2 tah..maaf la ye teman2






Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 komen:

Julaiha Kamarul Baharin said...

kak azma, walaupun hasif dah boleh berdiri, masih belajar utk merangkak ker? apa reasonnyer yer?sy nak tau sbb boleh saya praktikkan kat ainie, plak. tq..

Yasmin Nabilah.. said...

wow..bestnya hasif kat kiwanis.. :)

kak..nak jawab soalan Jue..

Jue, sebenarnya budak2 ni dia mmg kena ikut step..dari meniarap ke merangkak,pas merangkak duduk dan kemudian berdiri..so bila hilang satu step diatas..tak elok untuk perkembangan otaknya. Ni yang ina tau melalui program Nury.. seeloknya kita ajar ikut step dia..

KLMari said...

Salam,

Yea betul komen daripada MamaNabila tu, merangkak memang ditekankan esp the commando crawl...masa Dina dulu, siap letak mainan yang dia suka depan dia to encourage dia gerak ke depan and amik mainan tu....Insya Allah, Hasif boleh !!!

maza said...

salam jumaat gitew...

yg baik-baik sahaja..
yg baik-baik...

ummu uswah said...

betul tu.

kak azma dan yg lain blh latih anak merangkak silang kalau boleh. mean tangan dan kaki yang berbeza ke atas, cam kawad tu.

merangkak atas tikar getah hitam putih kotak-kotak macam dam haji tu bagus untuk tajamkan fokus mata.

semoga sabar dlm mendidik anak krn ia juga ibadah di sisi Allah. Amin.

Azma said...

wah..bagusnya kawan2.. saya lambat check blog, tgk kawan2 saling berinteraksi.. bagus..bagus.. suka saya baca..

Satu lagi, merangkak tu sebenarnya amat ditekankan oleh therapist sbb ianya menguatkan pinggang. Bila pinggang kuat, cepat anak kita berjalan..InsyaAllah.. Hasif dah lama boleh didirikan (bukan berdiri sendiri ye) tetapi tetap tak boleh & tak confident nak berjalan. Since dia pandai merangkak 1 1/2 bulan lepas, dia dah berjaya berjalan sendiri dgn confident wpun hnya 3-4 langkah dalam 2 minggu lepas dan saya sgt bersyukur dgn perkembangan yg satu ni.

Untuk pengetahuan kalian, classmate hasif yg boleh berjalan pada usia 1 thn 4 bln tu, dia memang cepat merangkak. Maknya pun kata begitu.

InsyaAllah.. cubalah usahakan anak boleh merangkak ye..

Julaiha Kamarul Baharin said...

terima kasih semua..insya allah, sok sy start wat kat ainie..

maza said...

@Azma

wah macam tu ek?

kalau macam tu, kami ini yg ayah2 dan emak2 bolehlah gunakan teknik sama utk meregang dan merawat pinggang yg lenguh itew..heheheh

merangkak jangan tak merangkak....hahahha


thanks for sharing...

Azma said...

@Julaiha Kamarul Baharin cuba tau..slow2.. kalau ada buaian boleh letak aini kat buaian tu utk praktis. Maksudnya masukkan buaian bawah lengan ainie pastu jue pegang kaki dia dlm posisi merangkak. Pastu gerak2 kan kaki dia macam merangkak tu la.. insyaAllah boleh bantu jugak..

Azma said...

@maza dah tua dah x yah le merangkak..huduh benor menengoknya.. :p Boleh praktik kat anak2 normal jugak tp biasanya perkemb anak2 normal kan ok, so x usah risau sgt kalau terlambat sket..

anakistimewa said...

go hasiff!!

Azma said...

@anakistimewa time kasih uncle..