Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 13 April 2011

Apa yang bestnya KIWANIS(kdsf) tu? Cer citer sket...

Salam semua..

Rasa cam nak cerita pasal kiwanis(kdsf) ari ni.. Dah lama hasif blaja kat situ, ari ni baru nak cerita.. Tak patut..tak patut.. hehe..

Sebelum tu kiwanis ni bukan utk Sindrom Down aje ye.. Ada banyak centre lain yg berfungsi untuk pelbagai 'disabilities' yang lain.. Cuma yg aku akan mention kat sini ialah kiwanis (kdsf) untuk anak2 Sindrom Down.

Ni la sek Asif...

Kiwanis memang best untuk parents yg ada yang teristimewa. Selain daripada program-program untuk yang teristimewa dengan kemudahan2 di kelas yang begitu bagus, guru2 yg memang bagus2 serta bayaran bulanan yg amat berpatutan, aku rasa memang wajar aku cakap kiwanis mmg bagus!! Parent Support Group (PSG) pun sangat aktif kat sini. Aku je yg tak aktif2 dalam PSG tu... :) Kalau ada kawan2 yg berkesempatan untuk hantar anak2 ke kiwanis, hantar la.. Banyak manfaatnya. Cuma yg 'kureng' sket hanyalah cawangan kiwanis ni tak banyak sangat kat Malaysia ni.. Boleh rujuk sini & pastu search KDSF untuk tahu lebih detail lokasi kiwanis ye..

Selain daripada yang aku tulis kat atas, tempat yg aku paling suka kat kiwanis ni ialah librarynye... Best sesangat... Kat situ ada toys banyakkk..... sangat (hehe..x de la banyak sangat, tapi banyak la..). Pastu ada buku, news letter, journal, magazine yang memang bercerita tentang yang teristimewa. Mau aku tak teruja?? Kerja aku tiap2 minggu sekarang pergi ke library semasa Hasif di kelas kerana Hasif dah tak nak ibu temankan dah..dia sayang cikgu je..hehe.. Actually, memang cikgu dia tak bagi temankan Hasif.. Aku dah citer kan dalam post dolu-dolu.. :)

Yang ni boleh ajar warna, fine motor skill...

Baru2 ni exited pinjam toys kat library tu pasal untuk speech banyak jugak nak gunakan toys (tak gunakan pun tak pe, tapi aku prefer guna la..). Takkan la aku nak beli semua2 toys yang cikgu dia gunakan semasa speech tu kan!! Mau koyak pokek ku yang sedia koyak ini..huhu...  Aku selalu lupa nak ambil gambar. So,  sket je la gambarnye ya..


Boleh guna untuk ajar body part; actually mata, telinga dll tu boleh ditanggalkan. Nanti boleh suruh anak letakkan setiap parts tu ke tempat yang betul

Skang plak aku giler meminjam buku. Bukan untuk baca saja2 je, aku cari maklumat untuk tesis master aku sekali.. Leganya rasa senang nak dapat bahan bacaan untuk tesis aku tu... Kira sambil menyelam minum air la ni.. Gambar buku pun tak banyak.. Tapi kalau tengok buku2 tu kat library, aku rasa nak bawa library tu balik rumah..haha..over!!

Antara yang pernah dipinjam..

Ok...itula sedikit sebanyak ke'best'an yang aku boleh ceritakan kat sini.. Kepada yang jauh dari kiwanis ni janganla susah hati.. Cuba pergi ke persatuan sindrom down negeri masing2. Tak pun kat mana2 pusat disability kat tempat kalian. Mana tahu ada rezeki untuk kalian kat sana.. InsyaAllah..


Salam hormat

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 komen:

Syahida said...

azma, saya seronok tgk centre2 macam ni yg ada macam2 buku/toys/facilities. best.

maza said...

err.. pokcik maza yg selalu lantun2 ini volleh daftar sekali tak?

pokcik maza pun nak belajar sama dgn cikgu cun-melecun kat Kiwanis itew...ihik, ihik, ihik..*dengan senyuman sumbing..

aida said...

amboi pokcik maza, emm...emm...

Azma said...

@Syahida syida, sebenarnya saya nak citer best sgt ada 'benda2' cengggitu la.. tp tambah2 la citer lain bagi entry panjang sket..:)

Azma said...

@maza tak boleh..!! pokcik maza dah tue + bangke..haha.. jgn maroh yak..

Azma said...

@aida pokcik maza tu mmg cenggitu kak aida..merenyam sokmo kalau nampak gambo cikgu2 kiwanis tu..hihi.. ketuk kepala skett.. :D

suhaila ahmad akhirudin said...

Assalamualaikum, kita berjumpa semasa Kiwanis Annual Fair hari tu. Nak tanya sikit: PSG di sini ada site sendiri tak?