Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Friday, 27 May 2011

Berjaya ke kelas toddler.. :)

Salam..

Berjumpa lagi kita.. :)

Alhamdulillah..hasif dah berjaya naik ke kelas toddler di Kiwanis. Aku bahagia tak terkata. Berita ni disampaikan oleh cikgu2 hasif pada hari ulangtahun perkahwinan kami. Kira, hadiah paling best la untuk kami suami isteri.

Kelas toddler ni adalah tahap kedua di Kiwanis. Pertama, kelas ISP  (infant stimulation programme dari 2 bulan hingga 2 tahun). Dalam tahap ni, ada kelas transition yg menyediakan anak2 untuk ke peringkat kedua iaitu TOD (toddler programme). Hasif dah berjaya menunjukkan kebolehan yang diperlukan untuk ke kelas TOD di peringkat transition dalam tempoh 6 bulan. So, bolehla dimasukkan ke TOD pula.. Start lepas cuti pertengahan tahun ni, kelas baru Hasif akan bermula. Kelas TOD ni 3 kali seminggu. Jadual hasif nanti dari Isnin sampai Rabu, jam 9 hingga 11.30 pagi.

Melihat dari jadual yang dibekalkan oleh gurunya, aktiviti2 yang akan dilakukan memang banyak boleh membantu Hasif & kawan2 membesar dengan baik. Antara yg aku paling suka, kelas swimming (hidroterapi). Lepas ni boleh la jimat skit.. tak perlu sediakan duit untuk hidroterapi khas buat Hasif lagi. Semua dah ada dalam aktiviti TOD tu. Oral motor excercise (speech therapy) pun ada, tapi aku akan tetap membawanya untuk speech therapy di WQ Park. Bagiku, itu adalah skill yang paling sukar dikuasai oleh anak2 SD dan sangat diperlukan untuk mereka membesar tanpa menimbulkan banyak masalah (masalah komunikasi boleh membawa kepada tantrum...& aku bukanlah seorang ibu yang tinggi tahap kesabarannya.. huhu..). Aktiviti2 lain antaranya Self-help, sensory, gross motor, circle time (fine motor, thematic, story telling, etc...) dan part yg mungkin Hasif paling suka ialah Snack Time.. boleh makan2 & minum2... :)

Lupa plak.. nama kelas hasif ialah Blossom. Blossom power puff girl tu la... :)


comel je kan..

Moga2 semuanya ok dan hasif dapat mengikuti kelas tersebut dengan baik.. InsyaAllah... Doakan yang teristimewa aku tu ye... Mekasih..

Salam bahagia...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: