Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 31 May 2011

Sambutan Hari Guru bersama Kung Fu Panda 2

Salam sejahtera.. 

Berjumpa lagi.. :)

Ahad lalu (29/9/2011), KDSF Petaling Jaya (sek hasif..) merayakan sambutan hari guru di TGV, Sunway Pyramid dengan tayangan Kung Fu Panda 2. Kami sekeluarga antara yang turut menyertainya.. Sudah bertahun tidak ke pawagam since Hasif melihat dunia. Kali terakhir kalau tak silap semasa mengandungkan Hasif - menonton Upin & Ipin (The Gang). Selalu juga aku mengajak encik hubby untuk menonton mana2 movie yg kurasakan best tapi sentiasa ditolak dengan alasan Hasif masih kecil - mungkin hasif tidak boleh sesuaikan diri dengan suasana dalam pawagam tu..


Namun aku tetap yakin hasif boleh.. Hinggalah bila sambutan hari guru tahun ini dikatakan program menonton wayang, aku pun terus mendaftar nama kami sekeluarga. Encik hubby masih tidak percayakan kemampuan hasif. Namun aku buat tak tahu aje.. hehe..

Betul jangkaan aku. Hasif memang good boy.. (puji anak sendiri nampak..hehe..). Tak buat perangai pun dalam pawagam. Masa belum start tu memang dia membuaskan diri. Nak memanjat aje kerjanya.. Bila dah start, dia duduk diam2 aje.. :). Sound dalam pawagam kan kuat, dia asyik duk tutup telinga je la.. Kadang2 terasa tubuhnya tersentak sebab terperanjat dengan bunyi yang kuat, tapi lepas tu muncung2 mulut dia bercerita sambil tunjuk2 kat skrin.. Bagitau ibu bunyi kuat sangat agaknya.. :D


 Aksi hasif sebelum movie start

Setengah jam pertama, dia menonton elok...lama2 panda tu yang menonton dia..haha.. tertidur dia rupanya. Confuse aku..bunyi kat situ gegak-gempita, dia boleh lena dgn tenang.. Hasif..hasif.. Dalam setengah jam lepas tu dia terjaga  semula. Start muncung2 mulut semula 'bercerita' apa yang ditengoknya.. :)

Hasif pun nak air, ayah..
Syukurla semua ok.. Abang pun ok je walaupun dah lama tak masuk panggung. Kakak aje yang still bercakap kuat2 mengganggu konsentrasi org lain.. Dah la duduk depan skali.. Maklumlah..'awal' sangat datang kan.. Seat yang 'paling best' je la yg tinggal untuk kami.. ;D

berpiknik dalam panggung :)
 Anyway, movie tu memang best dan memang sesuai untuk bawa anak2 menonton. Ada scene sampai ibu hasif bergenang air mata tu....sob..sob.. kena gelak dengan abang lagi.. haha.. Terima kasih KDSF kerana menganjur program sebegini. Paling best bila pawagam tu memang khas untuk warga KDSF aje.. So, kalau ada yang teristimewa yang tak boleh sesuaikan diri dalam suasana gelap dan bising tu, then 'melalak' sekuat2 hati..tak ada sape yang nak marah. Semua orang faham.. Memang salah satu tujuan program menonton wayang ni adalah untuk membantu yang teristimewa menyesuaikan diri dalam sebarang situasi.

bersememeh mulut makan cup cake free... :)

Happy Teacher's Day buat semua guru2 KDSF (yg mengajar Hasif @pun tidak..). Jasa kalian sangat2 dikenang oleh kami sekeluarga. Tanpa kalian, kami mungkin tidak dapat melihat perkembangan anak kami seperti sekarang.. Terima kasih..Thank you very much, muchas gracias, jazakallahu khayran, arigato gozaimasu.... Jasamu dikenang..

With one the teacher, Teacher Helen - tunjuk perut ye Sif..

p/s : malam ni di TV9 jam 9.30 malam ada tayangan tentang KDSF. Jangan lupa tengok ye... :)


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: