Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Saturday, 7 May 2011

Jeles betul la..

Assalamualaikum..  

Akhir2 ni aku sebenarnya berada dalam keadaan kejelesan yang amat sangat kepada encik hubby, abang & jugak kakak.. Nape ekk?? Huhu..bukan jeles je, sedey pun ada...waaa...


Si hasif la... 3 manusia yg aku sayang kat atas semua dia dah boleh sebut walaupun tak berapa jelas. Especially ayah dia.. Skit2 ayah..... skit2 ayah.... jelesnye akuuuuu.. Aku ni 24 jam ngan dia. Tak tahu berapa kali sebut ibu kat dia. Still tak nak sebut jugak... :(


Cam biasa aku jadi driver hantar abang ke sekolah setiap hari & cam biasa jugak abang akan lambai & cakap "babai bu"... & aku akan balas balik sambil cakap "babai abang..". Kalau tak tido, hasif pun akan cakap babai... tetiba semalam aku terdengar dia cakap "babai abang..". Aku tak perasan mulanya dan start nak gerakkan kereta. Tetiba aku cam tersedar & tanya hasif semula " hasif cakap apa tadi? ulang balik ibu nak dengar..hasif cakap babai abang ye..." Dia tergelak2, tersengih2.. nak harap dia ulang smula..hmm.. takdenya.. tapi memang aku dengar dgn jelas la dia cakap camtu...


Untuk kakak plak, dia tak pandai sebut kakak. Tapi nama kakak kan Jaja.. Senang nak sebut. Antara ketiga2 jantung hati kat atas, nama kakak yg paling awal dia boleh sebut. Cuma.. seperti yg aku katakan, sebutannya tidaklah jelas..sebab tu aku selalu lambat perasan, lambat sedar yang si kecik kesayanganku ni dah boleh menyebut beberapa perkataan... 

Hmm..setakat ni perkataan yang paling aku perasan dia suka sebut habis, nah, nannakk (tak nak)..kira 1-10 dgn sebutan tah apa2 tah..hehe..  Tu je la agaknya.. Yang lain aku memang tak perasan. Biasanya bila teacher terapi pertuturan bgtau baru le aku perasan..Mengikut beliau, dah banyak perkataan separuh yg boleh Hasif sebut..Alhamdulillah..


Syukur tu memang la aku bersyukur sangat2... Tapi tu la... bila la nak sebut ibu ni?? Pernah dengar dia sebut 'e..bu..' dulu2 tapi tak pernah dengar dah lately.. Tak sayang ibu ke sif?? huhu....

* gambar2 kat atas tu saje2 letak..hasif tengah concentrate nak masukkan ultraman kesayangannya ke dlm softbox tu..sampai sudah failed..huhu..

Salam jeles..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: