Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 10 May 2011

Merajuk??

Salam... 

Entri kali ni tiada kaitan dgn buah hati aku si Hasif tu.. tapi mungkin ada kaitan dgn aku.. (kottt..). Tak pun dengan mana2 kawan2 yang bergelar isteri ye..

Aku ada satu puisi yg nak di'share' dgn kalian. Puisi ni aku jumpa masa aku tingkatan 5 kalau tak silap la.. Aku memang suka giler la ngan puisi ni sbb tu la aku menympannya dengan cermat selama 16 tahun.. Kalau tak caye puisi ni best, hayati la kay!!

ihsan google

Tiba2 isteri merajuk
Pandai2lah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
Teliti dengan hati yang berseni
Rasional atau emosi?
Andainya emosi, belailah emosi itu
Jangan cuba dihadapkan secara rasional
Kerana si dia tidak akan terdaya
Mengunyah hujah
Berilah walau seribu sebab 
Lengkap dengan perangkaan statistik
Atau dokumen saintifik
Berserta dengan affidavit
Dia tetap melulu
Kerana fikiran sudah berjerubu

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan oleh perasaan
Sebaiknya, 
Perhaluskan kata, perindahkan bahasa
Jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman

Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakkan belaian
Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda
Emosi isteri
Bagai riak2 air dalam cawan
Jangan digoncang, buat selamba
Lambat-laun, gelombang akan tenang
Air di cawan akan kita minum jua

Tapi awas!
Kalau rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah
Marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya
Perlu ditangani dengan berhati-hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang, abang tak ulang lagi"
Katakan "Sayang, abang alpa"
Bisikkan "Darling I lupa"
Hulurkan tangan pinta kemaafan
Pendekatan kasanova, tapi hati suci..

Hehe..best kan.. Aku pernah suruh encik hubby baca puisi ni.. Dia tersengih2 lepas membacanya.. :D Kalau ada sape2 yang baru je baik dari merajuk dgn encik hubby tu, bagi la dia baca puisi ni. Mana tau senyumannya menjadi bertambah lebar & hubungan jadi tambah ceria.. :)

Lepas ni aku tak perlu risau kalau keratan puisi ni terhilang coz dah ada salinan kat bloggg.. :) Penulisnya aku tak tahu siapa tapi ianya dikongsikan oleh seorang wakil dari support group untuk suami isteri( Maestro Training Solutions) yang bernama Marhaini Yusof.


Salam ceria,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: