Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 15 December 2010

Holiday Programme Part 2 - transition class

Salam...

Entry sebelum ni ditulis oleh maza, temanku sejak dari zaman student dulu lagi. Blog buat hal semalam. Tak boleh nak tulis post baru. So, cik abg maza cuba membantu sambil mengarang ceritanya sendiri di blog ku ini..  Terima kasihla abg maza sudi membantu ye..

Terus ke intipati berdasarkan tajuk entry di atas. Minggu lepas, Hasif ke Kiwanis lagi. Meneruskan aktivti cuti sekolahnya. Kelas hidroterapi terpaksa dibatalkan kerana kawasan di situ tidak cukup bekalan air. So, cuti ni, 3 aktiviti sahajalah untuk Hasif di Kiwanis.

tolong saya teacher...

2 dlm 1 : gross & fine motor serentak

Sesi kedua ini merupakan sesi persediaan buat Hasif untuk ke kelas barunya tahun hadapan. Dalam sesi ini, parents sekali-kali tidak dibenarkan masuk ke kawasan program/bilik  aktiviti. Anak2 cuba dibiasakan untuk belajar bersendirian tanpa kehadiran ibu bapa. Tapi nampaknya parents terlebih risau pasal anak. asyik buka pintu kelas bila dengar anak menangis sampai akhir cikgue terpaksa kunci pintu tu..:D  (aku tak termasuk ye...haha..)


Cepat merangkak sampai ke hujung Sif..

Alhamdulillah, Hasif tak banyak buat hal. Menurut cikgunya, Hasif  tidak terlalu terganggu dengan 'kehilangan' aku. Dia boleh tumpu perhatian dalam kelas dan memberikan kerjasama dalam semua aktiviti. Namun, masih ada ketidakyakinan diri pada Hasif iaitu setiap kali berpindah kelas (aktiviti berlansung di 3 kelas yg berbeza), Hasif akan menangis dan tidak mahu berbuat apa2. Dia tidak mahu berjalan sendiri bila ini berlaku. Terpaksalah cikgu2 mendukung Hasif untuk setiap pertukaran kelas tu.. Hmmm... sabar je la.. Walaupun demikian, Hasif yg dikatakan 'very co-operative' oleh cikgunya ni, mungkin tinggi juga tahap ketakutannya kerana pampers yang baru dipakai selama 2 1/2 jam sudah penuh dan habis bocor sampai bajunya basah lencun.. Uissshh..takut sangat ke Sif sampai terkencing banyak sangat tu.. hihi..

Syy...pay attention everyone..


Nama saya Ha...Sif......
Nasib baik cikgu hasif baik hati meng'email'kan aku gambar2 sepanjang aktiviti transition class ni. Kalau tak, tak dapat la aku nak menepek gambar cos parents kan tak boleh join skali... Selamat membelek la gambar2 tu ye... Jumpa lagi...

Isshh..bila la time saya nih..!!
  
Besarnya 'meow' ni.. .


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 komen:

maza said...

hahahah.. abg suka gambar yg hasif dlm terowong tu.. cute jer. .hehehe

satu lagi bila si hasif tengok gambar si kucing besor.. hhahahaha

ummu uswah said...

best nyer. nak main gak boleh ?

Azma said...

@maza hihi..asif memang cute..Uncle bary tau ke?? ahakss... :p

Azma said...

@ummu uswah boleh aje auntie..mehla, mehla... :)

Mawar said...

Salam Azma, sukanya aunty tgok hasif, lebih2 lg gmbr yg dlm terowong tu, steady je mcm budak besar plak

Asz said...

aawww.... sgt suka tgk pic hasif yg last tuh ... sungguh concentrate tgk meow tu yer ... bila nk jumpa aunty & ammar nih?? :))

Azma said...

@Mawar Selamat datang auntie.. Alhamdulillah dia semakin ok merangkak skrg. Sblm2 ni dia asyik mengesot je.. Bila dah steady merangkak tu yg nmpk cam budak besar kan.. :)

Azma said...

@Asz Hehe..kita ni namanya dekat kan.. Tak pernah plan nak berjumpa pun.. Akak makin sibuk skrg. Hari biasa sibuk jd driver anak2, Ahad la akak betul2 free. Kita plan jumpa kat mana2 ye..

ummuharithasif said...

wah,cam best sgt tgk hasif...hasif nmpk makin matang...cam bijak ni,insyaAllah...anyway,dlm photo hasif duk bca nama...mcm mka abang hasif ;)

Azma said...

@ummuharithasif InsyaAllah..harap2 bijak selalu.. :) Serupa abg hasif ye.. bagusla..kita kan serupa......