Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 22 December 2010

'ASD' dah jadi 'PFO'

Apa itu ASD? Apa itu PFO? Hasif pernah mempunyai ASD dan sekarang dia mempunyai PFO.

ASD ialah singkatan untuk  Atrial Septal Defect iaitu terdapat  lubang di septum yang memisahkan dua ruang atas jantung (atrium). Septum adalah dinding yang memisahkan jantung sisi kiri dan kanan. Semasa di hospital untuk major operation for duodenal atresia, doktor juga telah mengesan keadaan ini pada jantung Hasif. Namun demikian aku dinasihatkan supaya tidak perlu terlalu risau kerana lubangnya kecil shj iaitu 2mm dan ianya akan tertutup sendiri seiring dengan pertambahan usia Hasif. Lagipun Hasif tidak pernah menunjukkan masalah kegagalan jantung seperti menjadi biru (kurang oksigen, dll) semasa menyusu ataupun menangis. Aku cukup lega dan sentiasa berdoa lubang di jantungnya akan tertutup secepat mungkin.

Dekat 40 minit dah makan ubat tido tp still tak tido2..huhu..

Petang tadi, aku ke hospital. Appoinment  untuk echocardiogram (ECHO). Ia juga dikenali sebagai Cardiac Ultrasound. Prosesnya samala macam kita scan masa pregnant tu. (isskkhh...kalau salah explain kan malu. Tapi aku tengok memang cam tula...hehe..).Tujuannya untuk check/scan keadaan kat jantung tu la..  Dapatle aku menengok jantung si hasif tu mengepam..lub dup..lub dup.. 

Baru lena..still terjaga2. Terpaksa scan kat atas stroller je..

Masa echocardiographer tu bincang2 dengan rakannya, aku terdengar mereka menyebut masih ada lubang di jantung Hasif. Tetiba je aku rasa sebak.. Isskkhh.. cepat plak emosional skang ni. Padahal aku tak tahu berita yg sebenar2nya lagi. Baru terdengar skit2 je.. Habis tugas diaorg, aku tak sabar2 dah terus bertanya. Aku dikhabarkan dengan berita yg baik walaupun tidak sebaik yg kuharapkan. Kata mereka, lubang di jantung Hasif masih tidak tertutup sepenuhnya. Masih ada tapi sangat kecil. Hasif mempunyai masalah jantung yg paling ringan iaitu PFO. Kata mereka la..  Aku ni mana la tahu sangat pasal jantung ni. Masa belajar dulu pun skit2 je..tak detail pun..

Echocardiographer tengah memerhatikan keadaan denyutan jantung Hasif

Imej denyutan jantung Hasif

Balik rumah terus aku surf internet cari maklumat pasal PFO ni. Masa mereka cakap PFO tu aku tak tanya singkatan utk apa pasal diaorg pun nampak kalut2 dah nak balik. Dah dekat pukul 5 masa semuanya selesai tadi. Barula aku tau PFO tu untuk Patent Foramen Ovale. Dari pembacaan ku cam sama je condition ASD dan PFO ni. Doktor Ieda..tolong saya... Betul ke apa saya tulis ni..huhu...

Ni info yg aku dapat masa surf internet..

 Patent Foramen Ovale
  • The septum is the muscular wall separating the heart into the left and right sides.
  • The atrial septum is the wall separating the atria (the two upper chambers).
  • The ventricular septum is the wall separating the ventricles (the two lower chambers).
 

The foramen ovale is a small hole located in the atrial septum that is used during fetal circulation to speed up the travel of blood through the heart. When in the womb,a baby does not use it's own lungs for oxygen-rich blood, it relies on the mother to provide oxygen rich blood from the placenta through the umbilical cord to the fetus. Therefore, blood can travel from the veins to the right side of the baby's heart and cross to the left side of the heart through 
the foramen ovale and skip the trip to the baby's lungs.
Normally the foramen ovale closes at birth when increased blood pressure on the left side of 
the heart forces the opening to close.
If the atrial septum does not close properly, it is called a patent foramen ovale. This type of defect generally works 
like a flap valve, only opening during certain conditions when there is more pressure inside the chest. This increased pressure occurs when people strain while having a bowel movement, cough, or sneeze.
If the pressure is great enough, blood may travel from the right atrium to the left atrium. If there is a clot or particles in the blood traveling in the right side of the heart, it can cross the PFO, enter the left atrium, and travel out of the heart and to the brain (causing a stroke) or into a coronary artery (causing a heart attack).


Kali ini aku sekali lagi diingatkan supaya tak perlu risau. Kata mereka, jantung Hasif memang dalam proses untuk menjadi normal. Aku pun harap begitulah.. Moga kesejahteraan & kesihatan yg baik sentiasa menjadi milik Hasif. Aminn...

Kebuasan Kakak & Abg yg cukup menguji kesabaran ibu tp mereka sayang adik mereka yg istimewa ni..okla tu kan..

Sihat selalu hendaknya,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 komen:

Anonymous said...

harap2 cepat hasif sihat sempurna

Azma said...

@Anonymous terima kasih atas doa yg diberikan..

ummuharithasif said...

hasif msa mula2 lahir dlupn ada lubang kecil kt jantung..doktorpn ckp ia akan tertutup sendiri bile dh bsar skit.Alhamdulillah, sblum msuk sthun aritu,lubang dh xde.Harap adik hasif pn mcm tu,xde masalah jantung..amin amin

mokhrus said...

SEMOGA CEPAT SIHAT

maza said...

err... maza sudahlah lembam dlm Bahasa Inggeri huhuhu .. minta maaf ler.. dah banyak kali baca, tapi tak faham2.. huhuu

keduanya, pakcik maza pernah mengalami jantung berlubang sedari kecil.. tak tahu lah yg mana satu ASD atau PFO.. tapi sampai skrg masih hidup... siap bisnes tauhu lagi.. heheheh

alhamdulilah....
hujung minggu ni pun sebenarnya mahu melawat dia lagi.. mana tau, bleh dapat tauhu free selori gitew.. hahahhaha

Azma said...

@ummuharithasif cepat ye lubang kat jantung abg hasif tertutup. Adik hasif dah 1 thn 8 bln still ada lagi. Harap2 next appoinment utk echo, semua dah ok hendaknya.

Azma said...

@mokhrusterima kasih uncle..doakan hasif ye..

Azma said...

@maza Maafla..bahasa inggeris dlm petikan tu byk guna istilah sains. Lagi satu gambar pun x label dgn lengkap. Ma malas nak terjemahkan dalam BM. Pening kepala jadinya..huhu..

Pjg umur pakcik abg maza tu. Syukur la..kalau dapat tauhu 1 lori jgn lupa singgah rumah. Tinggalkan separuh lori tuk ma sekluarga ye.. hehe..

anakistimewa said...

semoga masalah tu berlalu segera.

Azma said...

@anakistimewaterima kasih atas doa tu uncle..

Syahida said...

bagusnya ibu buat research.yang terbaik utk hasif insyAllah... :)

Azma said...

@Syahida kalau x buat, hati x tenang syida.. bila dah tau skit2 br rasa tenang..

Mawar said...

Azma,
psl ASD @ PFO tu sy Xmampu share apa2

cuma yg mampu sy katakan adalah "doa sy sentiasa mengiringi prjalanan hidup azma & keluarga"

teruskn brusaha mndptkan info psl benda ni ya, aunty doakan yg trbaik buat hasif

Azma said...

@Mawar terima kasih mawar..

doa dan semangat dr kawan2 membantu meningkatkan semangat saya.. terima kasih sgt2..

ieda said...

azma..nanti saya buat entry pasal ni tp lambat sikit sb nak translate ke BM ambik masa sikit..
nabila dulu ada PDA (patent ductus arteriosus).biasanya saluran akan tertutup masa lahir tapi utk nabila umur 2 thn lebih baru tertutup.

Azma said...

@iedayg saya faham pun camtu la. Dari ckp2 doktor masa operate tu, katanya setahun lebih biasanya dah ok. Tu yg saya berharap sangat semuanya dah ok. Tak apalah..mungkin ada hikmahnya..

Terima kasih banyak ieda.. x apa, saya tunggu.. Lmbt juga PDA nabila tertutup ye..