" Ngape la bagi anak main pasir..kan kotor tu..." Itu DULU..
SEKARANG... "pegi bawa anak main pasir. Boleh stimulate dia punya sensory dan lain2 lagi.."
Betul ke apa yg aku tulis ni? Masa dua anak terawal yg normal aku mendapat pendedahan bahawa bermain pasir adalah satu perkara yg bagus untuk tumbesaran anak. Tapi aku tak pernah hiraukan. Tambah2 aku bekerja & duduk pula di 'rumah merpati'. Jarang2 la anak2 bertemu dgn pasir kecuali bila ke pantai..
excited hasif dapat bergerak bebas..
Since my yang teristimewa, Hasif lahir, aktiviti bermain pasir ingin sangat aku lakukan selalu bersamanya. Tambah2 bila melihat aktiviti untuk sensory motor di sekolahnya pun menekankan aktiviti bermain pasir nih! Sibuk aku mencari sand box utk hasif bermain di rumah. Bila dah jumpa, duk fikir balik. Mana la aku nak sumbatkan sand box yang 'gedabak' tu..hehe.. Akhirnya aku berjaya menemui alternatif yg paling aku sukai.. 3 minggu lepas, sewaktu merayau-rayau ngan anak2 di Giant KD, aku ternampak satu banting bertulis 'play sand,etc...' Bila aku masuk tanya adik2 yg keje kat situ diaorg kata "dah lama dah ada kat sini kak.."..la..ruginya..Sungguh tak alert ibu Hasif nih!! huhu..
1. 3 beradik..macam boy semua sudahnya :)
2. Hasif kena tanam...
3&4 Kakak & abang sibuk membina 'gunung'
Kita cerita pasal kelebihan bermain pasir ni dulu ye..
1. Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak2. Boleh main macam2 permainan dengan pasir ni.. Campak la apa2 mainan pun, anak2 akan dapat bermain dengan sepuas2nya Cth : bina highway/trek untuk kereta mainan, buat bangunan, buat tempat tinggal binatang2 kat zoo dsb. Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri2 pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor).
Alhamdulilah.. dah boleh gunakan alatan skit2...
3 : Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial
- tanam mainan dalam pasir - bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. -bantu dalam memisahkan anak2 dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2.
- tanam dinasour- anak2 boleh berangan menjadi arkeologist (imaginative)
- basahkan pasir dan biarkan mereka mencipta item2 yg mereka sukai. Keadaan ini dapat memberi ransangan semulajadi kepada anak2 dalam perkembangan bahasa melalui aktiviti yg kita anggap main2 je...
2. Main kereta mainan yg dibawa dek abang
3. Cuba menstabilkan diri
4. Pasir tu tak boleh makan sayang...
5. Hasil usaha abg berjaya membina 12 biji gunung( x nmpk semua)
Salam mesra,

15 komen:
apa kata main pasir kat PD ke?
tak pun Bagan Lalang dekat sikit
mau dekat lagi kat sungai damansara pun volleh... hahahha
pssst; minggu sudah, abg maza sudah main2 pasir istana di PD gitew.. meh ler... heheheh
itu pasir betul atau sintetik?nampak bersih ja..
nabila dulu2 geli nak pijak pasir..sekarang oklah juga.
kak azma ... thnk u for sharing, tp mmg btol ... masa ammar gi physio baru2 nih, therapist ada bgtau soh bwk ammar jln atas pasir .. katanyer main pasir/berjalan atas pasir boleh membantu anak2 ni .. dah alang2 akak post pasal ni, nk tanya kat mana tmpt nih? ... setakat ni saya blom pernah jumpa sekitar kl tmpt camni ...
@mazaaisshh..kalu everyweek duk merayau merata2 tak ke bocor poket maza ooii... g yg dekat2 je dah la.. :)
@ieda Tak pastilah pulak saya ori @ sintetik. Tp masa kami nak enter tmpt tu, adik2 tu memang pesan jgn campurkan pasir dalam kotak pasir dengan pasir di luarnya. Anak2 saya suka main yg kat luar kotak pasal luas, yg dalam kotak tu terhad sket. Agaknya salah satu tu sintetik kot..
@Asz betul tu..insyaAllah boleh bantu sedikit-sebyk perkembangan anak kita.. Tempat ni kat Giant Kota Damansara. Ada satu tempat mainan kat situ & kawasan taman pasir ni kat dalamnya. tersorok sket.. sbb tu akak x perasan agaknya..
azma...thanks atas perkongsian yg berguna ni...
@Kerikil Kehidupan sama2..kongsi maklumat kita tak rugi apa2 kan... :)
nak beli tera pati tu dr cik Azma, cam ne ?
@nuyin2u saya tak jual. Saya beli dari cikgu hasif di kiwanis. kalau nak, saya boleh tanyakan cikgu dia..
macam seronok main pasir. cuma takut die masuk dalam mulut je. huhu
@Affan Ruslan a'ah..betul tu..kena pantau diaorg ni main betul2.. kalau tak mau kenyang makan pasir..hihi..
wah, bermanfaat sekali informasinya, terima kasih...
www.duniawisataku.com
brp price per entry
mommy2 yg nk rasa nak main pasir ngan anak2 tp x nk g pantai blh beli 'sandtastic'ni. boleh main sama2 ngan anak2.
Post a Comment