Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS
Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Thursday, 21 April 2011

don't DIS my ABILITY

Salam..

Tengok tak Bersamamu di TV3 semalam? Tengok tak aksi Michael Jackson kecik tu.. :D Baguskan dia.. Confident je kat atas pentas mengikut rentak tari Michael Jackson Malaysia tu..

Aku nak tulis apa sebenarnya???


vvvvv
vvvv
vvv
vv
v



Kalian sendiri dapat lihat betapa jika yang teristimewa ini diajar, insyaAllah... mereka boleh menguasainya.. (kenyataan ini bukan terjadi di kalangan nak2 SD shj, ok!)


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, 20 February 2011

Memory Keeper's Daughter


Movie mengenai anak Sindrom Down....
Tak perlu diceritakan bagaimana keadaan aku semasa menontonnya..
Menyentuh jiwa hingga aku bagaikan tersedar.. DIA.. memang berbeza..
Kerana diri ini kadang2 menafikannya... bila melihat kecomelan raut wajahnya.. 
Terlupa seketika. suatu masa, insyaAllah..aku akan melihat DIA sangat mirip wajah kawan2nya..




Tontonilah.. Betapa suatu masa dulu, anak istimewa yg digelar 'MONGOLOID' ini seolah2 golongan yang lansung tidak berguna dalam masyarakat.. :(






Salam ingatan,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 29 October 2010

Kalau kita rasa diuji, ada insan lain yg lebih tinggi ujiannya..

Hari ini aku surf internet untuk mencari topik2 menarik berkaitan dengan anak istimewa. Akhirnya, aku terjumpa yang ini di sini. Yang aku rasa PATUT untuk aku kongsikan bersama kalian. Bacalah dan bandingkannya dengan diri kita ye...

Permata Hati: Tabah bela tiga anak istimewa


Berita Harian, 31 oktober 2006
Oleh Samsudin Awang

Hajat pasangan suami isteri Mohamad, Sabariah mempunyai anak lelaki tercapai meskipun ketiga-tiganya sindrom down

CABARAN membesarkan tiga anak istimewa, sekali gus dalam situasi kehidupan yang kurang berkemampuan bukan suatu yang mudah untuk dilalui tanpa semangat dan kasih sayang tinggi dalam jiwa ibu bapa. Lebih mencabar lagi apabila tinggal di persekitaran masyarakat yang agak kurang pengetahuan mengenai anak istimewa sehingga sukar menerima si kecil sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat dan perlu dilayan dengan baik.

Bagi pasangan suami isteri, Mohamad Nawi dan Sabariah Taib dari Sungai Lembing, Kuantan, cabaran yang mereka hadapi sama ada kesempitan wang atau pandangan sinis masyarakat, tidak pernah dijadikan halangan untuk membesarkan tiga anak yang menghidap sindrom down.

Pasangan itu mempunyai lima cahaya mata, tetapi tiga daripadanya iaitu anak ketiga hingga bongsu menghidap sindrom down. Lebih malang, ketiga-tiganya adalah anak lelaki iaitu Jefri Mazli, Jefri Mazwan dan Jefri Muharizuan. Mohamad dan Sabariah tetap reda dengan anugerah Allah itu walaupun harapan mereka untuk menimang cahaya mata lelaki yang normal tidak kesampaian.

Dengan hanya berpendapatan RM600 sebulan berkerja sebagai buruh ladang kelapa sawit, Mohamad tetap memperuntukkan sebahagian daripada pendapatannya untuk memberi keperluan kesihatan anak istimewanya itu seperti susu berkalsium dan pil vitamin tambahan.

Sabariah yang tidak dapat berkerja kerana perlu menguruskan anak itu, meluangkan masa di rumah setiap hari dengan mengajar mereka berdikari dalam menguruskan diri sendiri. Hasilnya, anak berkenaan sudah pandai ke tandas untuk mandi atau membuang air, memakai pakaian, dan berkomunikasi memaklumkan sesuatu seperti lapar atau sakit, pada usia tujuh tahun.

Sabariah berkata, membesarkan anak itu daripada bayi sehingga berusia lingkungan enam tahun lebih mudah, berbanding membesarkan dua anaknya yang normal dalam tempoh itu kerana anak istimewa itu jarang menangis atau sakit seperti demam, selesema dan sebagainya.


"Jika saya tidak menjemur kain lampin di ampaian, jiran pun tidak tahu saya baru melahirkan anak kerana tidak pernah mendengar tangisan bayi, kalau ada pun dalam suara perlahan saja. Satu lagi keistimewaan adalah selepas mereka dewasa, berkawan tiga beradik yang mana mereka seperti memahami antara satu sama lain tanpa kerap sangat bergaduh cuma sesekali saja merajuk.

"Bila mereka sudah terlalu lama bermain sesuatu dan mula meragam, saya berikan mereka menonton televisyen kerana mereka tekun menonton untuk tempoh lama sambil berkomunikasi sesama mereka berkaitan apa yang dipapar di televisyen itu. Berbanding anak yang normal, pada zaman kanak-kanak agak kerap bergaduh, menangis merebut barang permainan dan ada kalanya susah untuk makan," katanya.

Walaupun tidak terlalu merasakan kekurangan pada tiga anaknya itu, pada masyarakat sekeliling ia sebaliknya sehingga memaksa mereka berpindah beberapa kali kerana ada jiran yang tidak senang dengan kehadiran si kecil.

Memandangkan mereka tinggal di persekitaran ladang (estet) dalam kelompok masyarakat yang agak cetek pengetahuan kerana hanya bekerja sebagai buruh, ada jiran yang menghina anak mereka. Ini menyebabkan Sabariah terpaksa mengehadkan kegiatan mereka dalam persekitaran rumah saja bagi mengelakkan si kecil dicederakan oleh budak nakal atau timbul rasa tidak senang di kalangan jiran yang beranggapan anak itu berbahaya kepada orang lain.

Mohamad berkata, beliau mengambil keputusan untuk berpindah beberapa kali dari estet ke estet lain bagi mengelakkan pembesaran mental tiga anaknya itu terjejas akibat tekanan masyarakat sekeliling.

"Pada masa sama, layanan buruk masyarakat sekeliling itu turut memberi tekanan kepada dua kakak mereka yang normal kerana mereka berdua yang membantu ibu menguruskan adik setiap hari walaupun ada kala terdengar pelbagai cemuhan jiran.

"Dari semasa ke semasa, tiga anak ini semakin dewasa dan dalam tempoh itu juga saya makin merasakan kegembiraan memiliki mereka walaupun masyarakat beranggapan memiliki lebih ramai anak istimewa lebih menyusahkan. Tetapi bagi saya adalah lebih seronok dan lebih memudahkan,” katanya.

Bagaimanapun, Sabariah mengakui berasa agak terkilan kerana tidak dapat memberi mereka pendidikan seperti kebanyakan anak istimewa lain yang dihantar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kerana tinggal jauh di luar bandar yang tiada kemudahan seumpama itu.

PROFIL:
Nama: Sabariah Taib
Umur: 46
Suami: Mohamad Nawi (48)
Asal: Kampung Nadak, Sungai Lembing Kuantan
Anak: Normaliza (20), Normazuana (19) Jefri Mazli (17), Jefri Mazwan (14) dan
Jefri Muharizuan (12)

Aku tak berhasrat untuk memberi komen yang panjang tentang petikan akhbar di atas. Cuma sedikit peringatan (lebih untuk diri sendiri sebenarnya), usahlah asyik merintih dengan anugerah yang teristimewa untuk kita ini. Pasti ada hikmahnya di mana2. Bak tajuk entry kali ini, kalau kita rasa diuji, ada insan lain yang lebih tinggi ujiannya. Juga bak kata Cik Tidak Bernama yang sering aku temui di blog2 anak istimewa dengan komennya yang banyak memberi semangat " Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah..."




Bicara Mutiara,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, 26 October 2010

Inspirasi buat ibu bapa yang memiliki anak Sindrom Sown

Ish..ish..ish.. bukan main lagi ibu hasif ni hari ni ye.. 2 entry dalam satu hari. Macam le ramai benor nak membacanya..hehe.. Tak pe.. tak ramai baca tak pe, janji yang membacanya dapatla apa2 sedikit-sebanyak..tak gitu??

Actually, dah seminggu nak tulis kisah ni tapi tak tertulis2 jugak. Banyak je cerita lain yg dituliskan dahulu.. :)

Kalian kenal Jane Cameron? Pernah dengar nama insan ni tak?? Aku baru baca tentang insan istimewa ni minggu lepas. Dia adalah individu yang mempunyai sindrom down tetapi menjalani kehidupannya dengan jayanya seperti manusia yg sempurna.. Kalau nak baca cerita dia lagi detail tekan sini

ihsan janecameron.com

Dilahirkan pada tahun 1949 dan meninggal pada tahun 2000. Dibesarkan dengan sebaik mungkin oleh kedua ibu bapanya walaupun tanpa pelbagai sokongan yang hebat seperti sekarang. Antara kelebihan yang dimiliki beliau:
  • Berkebolehan membuat sulaman pada kain yang begitu cantik sekali. Ianya telah dipamerkan di seluruh dunia, dipaparkan dalam pelbagai majalah dan buku yang berkaitan dengan seni tekstil.
sebahagian dari hasil seni jane cameron
  • Berkebolehan menulis puisi (bukan mudah yang teristimewa kita nak melakukannya..). Ini salah satu contoh puisi yang ditulis..(ada banyak lagi).
Happy Face

Happy face, always so happy.
Like you, cheerful and gay and bright eyes.
To see what is going on.
Lots of make-up in their faces.
This is a reason why I am cheerful and
happy and gay,

or sometimes half, I am o.k.
another half, I am not o.k.
I am same way.
I like to do something in my life so badly.
Who needs me?
I am smiling,
with my family and lots of friends.
Who needs someone?
So badly, needs someone, so much.

Like your house,
and Madame Vermette and Louise Annett
and the secretary
and everybody
and everyone.

These are my friends.
Including Peter-Hall-School.
I used to go to this school.
I used to.
I am loves travelling so much with my family.
Depends on my father.
I go to boarding school in my life.
It's too much for me.
So I decided to stay with my parents.
My parents understand me very well.
Who needs me?
So badly, the boarding school.
And travelling so much.
Including Peter-Hall-School,
and different places I have been.
And also workshop,
so many things.
And I am, you call it involved,
I am involved with so many things.
I know what I feel about it.
And I know what I am doing in my life.
And good fortune.
I hope my wish come true in my dreams.
I had so many things.
Involved so many things.
This is your life.
No wonder.

  • Merupakan seorang atlit renang yang berjaya menempah tempat di Sukan Olimpik (International Special Olympics) di New York pada 1979. Bukan sahaja berjaya mewakili negaranya (Kanada), malah beliau juga berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara yang disertainya itu. Beliau turut terlibat dalam filem berkaitan Special Olympic yg bertajuk "It's in Everyone of Us".
Antara hadiah yang dimiliki untuk kebolehan beliau dalam sukan renang 
  • bagi menghargai jasa2nya, satu award telah dibuat khas dengan menggunakan namanya iaitu The Jane Cameron Award for Artists with Down Syndrome yang dianugerahkan kepada mana2 individu yang mempunyai Sindrom Down dan sangat berbakat dalam seni (di Kanada).

Hmmm.. mampukah entry aku ini menaikkan semangat kalian untuk membesarkan anak2 kalian dengan jayanya?? Harapnya begitulah..

P/S: semua pic adalah ihsan janecameron.com



Salam sayang buat semua,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, 20 August 2010

Saksikan keajaiban ini. Kita puN BOLEHHH!!


Anak ini  (Xervier) hanya berumur 17 bulan. Dia sudah memahami apa yang dilihatnya dan memberi isyarat perlakuan menunjukkan dia faham apa yang tertulis. Ibu bapanya memperkenalkan Xervier dengan bahasa isyarat dari sejak dia dilahirkan dan didedahkan dengan vcd (learning vcd - your baby can read)semenjak berusia 4 bulan. Dia berjaya menunjukkan isyarat 'susu' semasa berusia 13 bulan dan membaca @ memahami perkataan pertamanya 'minum' pada usia 14 bulan.

Fikir-fikir kan lah.. Kita juga boleh lakukannya. yang penting USAHA.. tak lupa DOA..

Good Luck! Jumpa lagi minggu hadapan. Hujung minggu blogger pun bercuti juga...hihi..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS