Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 26 October 2010

Inspirasi buat ibu bapa yang memiliki anak Sindrom Sown

Ish..ish..ish.. bukan main lagi ibu hasif ni hari ni ye.. 2 entry dalam satu hari. Macam le ramai benor nak membacanya..hehe.. Tak pe.. tak ramai baca tak pe, janji yang membacanya dapatla apa2 sedikit-sebanyak..tak gitu??

Actually, dah seminggu nak tulis kisah ni tapi tak tertulis2 jugak. Banyak je cerita lain yg dituliskan dahulu.. :)

Kalian kenal Jane Cameron? Pernah dengar nama insan ni tak?? Aku baru baca tentang insan istimewa ni minggu lepas. Dia adalah individu yang mempunyai sindrom down tetapi menjalani kehidupannya dengan jayanya seperti manusia yg sempurna.. Kalau nak baca cerita dia lagi detail tekan sini

ihsan janecameron.com

Dilahirkan pada tahun 1949 dan meninggal pada tahun 2000. Dibesarkan dengan sebaik mungkin oleh kedua ibu bapanya walaupun tanpa pelbagai sokongan yang hebat seperti sekarang. Antara kelebihan yang dimiliki beliau:
  • Berkebolehan membuat sulaman pada kain yang begitu cantik sekali. Ianya telah dipamerkan di seluruh dunia, dipaparkan dalam pelbagai majalah dan buku yang berkaitan dengan seni tekstil.
sebahagian dari hasil seni jane cameron
  • Berkebolehan menulis puisi (bukan mudah yang teristimewa kita nak melakukannya..). Ini salah satu contoh puisi yang ditulis..(ada banyak lagi).
Happy Face

Happy face, always so happy.
Like you, cheerful and gay and bright eyes.
To see what is going on.
Lots of make-up in their faces.
This is a reason why I am cheerful and
happy and gay,

or sometimes half, I am o.k.
another half, I am not o.k.
I am same way.
I like to do something in my life so badly.
Who needs me?
I am smiling,
with my family and lots of friends.
Who needs someone?
So badly, needs someone, so much.

Like your house,
and Madame Vermette and Louise Annett
and the secretary
and everybody
and everyone.

These are my friends.
Including Peter-Hall-School.
I used to go to this school.
I used to.
I am loves travelling so much with my family.
Depends on my father.
I go to boarding school in my life.
It's too much for me.
So I decided to stay with my parents.
My parents understand me very well.
Who needs me?
So badly, the boarding school.
And travelling so much.
Including Peter-Hall-School,
and different places I have been.
And also workshop,
so many things.
And I am, you call it involved,
I am involved with so many things.
I know what I feel about it.
And I know what I am doing in my life.
And good fortune.
I hope my wish come true in my dreams.
I had so many things.
Involved so many things.
This is your life.
No wonder.

  • Merupakan seorang atlit renang yang berjaya menempah tempat di Sukan Olimpik (International Special Olympics) di New York pada 1979. Bukan sahaja berjaya mewakili negaranya (Kanada), malah beliau juga berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara yang disertainya itu. Beliau turut terlibat dalam filem berkaitan Special Olympic yg bertajuk "It's in Everyone of Us".
Antara hadiah yang dimiliki untuk kebolehan beliau dalam sukan renang 
  • bagi menghargai jasa2nya, satu award telah dibuat khas dengan menggunakan namanya iaitu The Jane Cameron Award for Artists with Down Syndrome yang dianugerahkan kepada mana2 individu yang mempunyai Sindrom Down dan sangat berbakat dalam seni (di Kanada).

Hmmm.. mampukah entry aku ini menaikkan semangat kalian untuk membesarkan anak2 kalian dengan jayanya?? Harapnya begitulah..

P/S: semua pic adalah ihsan janecameron.com



Salam sayang buat semua,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 komen:

suraida moccruise said...

agak2 kak azma,boleh tak anak2 kite jd sehebat die ni? Xboleh camtu pun,boleh yg lain jadilah..InsyaAllah..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kita ni bukanlah mengharapkan dia mampu buat lebih dr kemampuan dia, tapi sedikit sebanyak, terselit sedikit harapan yg anak kita mampu kak...sekalipun dia tak mampu menjadi seperti jane cameron, sekurang2 kita berusaha utk m`dapatkan semangat seperti dia. terima kasih kak, entry ni sgt2 bermanfaat.

Azma said...

@suraida moccruise boleh kalau kita kuat berusaha.. tak sehebat dia pun tak apa, asal ada arah tuju dalam hidup dia. Tujuannya supaya dia tidak hidup dalam dunianya sendiri & dlm masa yg sama memberi masalah kepada insan sekeliling yg menyayanginya.. InsyaAllah..

Azma said...

@Naimatul Hafizah Nor Rodin sama2.. bila baca cerita JC ni memang rasa bersemangat sgt kan! Bak kata fiza la.. bukanlah nak jd sehebat JC tp dapat menjejaki langkah2 kehidupannya pun sudah cukup bermakna kan!

ummuharithasif said...

info yg menarik...membri smangat kpd ibu-ibu yg punya anak istimewa sprti kita.Dlu waktu di jpn, nurse yg slalu dtg ke rumah check hasif bgtau mmg ank2 SD selalunya berbakat dlm penulisan,music & mcm arts lain...pasti ada kelebihan dlm diri anak kita..insyaAllah
cuma tugas kita tuk menggilap bakat diaorg.

Azma said...

@ummuharithasif InsyaAllah, smh kia tergolong dalam golongan ug dikatakan berjaya itu..Amiinn..