ihsan Google |
Masa awal2 sambung belajar baru2 ni, ada satu peristiwa yg buat aku termalu sendiri. Sebenarnya aku tidak berkeinginan utk berkongsi cerita ini dgn kalian, tetapi memandangkan ada susulan cerita lain yg berlaku sebulan selepas itu, aku pun mengambil keputusan untuk berkongsi cerita ini..
Bukan cerita apa pun.. cerita aku 'termenangis' dalam kelas..hihi.. Masa tu kelas malam (motivasi) , lecturer menyuruh kami memperkenalkan diri. Bila sampai turn aku, aku pun bercakap la. Salah satu darinya aku menyatakan kenapa aku memilih kursus pendidikan khas ini. Bila aku nyatakan aje kenapa (kalian tahu kan kenapa..), spontan hati menjadi sangat2 sayu..air mata berderai2.. huhu..apa dah jadi ni??? tak pernah aku jadi se'cengeng' ni....sampai aku terpaksa memohon maaf sbb aku tak mampu bersuara lagi.. malu + sedih + bingung jadinya aku..
Selepas peristiwa yg memalukan itu, aku meneruskan aje kehadiran ke kelas tersebut seolah2 tak ada apa2 berlaku. Kalau aku layan malu aku tu, mau aku pegi kelas dalam keadaan mcm gambar di atas..hik hik...
Last week, selepas kelas, aku dan kawan2 berjumpa dengan lecturer tersebut utk mendapatkan nota2 dan software SPSS darinya. Bila kami dah bersedia untuk keluar dari biliknya tiba2 dia menyatakan mahu berjumpa dgn aku sebentar.. Alamak!! Apasal plak ni.. Tapi, terus terlintas di hati "ni mesti pasal aku nangis dulu ni.."
Hmmm...memang betul la. Dia try approach aku dgn baik skali. Aku pun cakap dgn dia, "doktor, biasanya saya tak macam tu. Saya ok je..tapi tak tau lah mcm mana malam tu saya boleh tersentuh sangat.." Kemudian dia berterus-terang yg sejak perististiwa tu dia jadi 'ngeri' nak cakap pasal special child dalam kelas dia.. Aku gelak2 dengar dia cakap. Aku pun menjelaskan kepadanya yg dia boleh ckp ttg apa sahaja dalam kelas. Aku ok..Aku boleh terima sebenarnya. Aku cuma akan tersentuh bila org kasihankan aku. Sbb tu bila ada org nak tenang2kan @ pujuk2 aku menyatakan ada anak istimewa ni satu anugerah, sabarla, dsb....... aku tak suka. Bukan tak suka kat org tu, tak suka sbb nanti aku akan nangis. Aku tak suka nangis.. Belakang org tak pe la, kalau nangis & ramai yg nampak, aku rasa org akan anggap lemahnya aku. Lagipun ada anak istimewa bukanlah bermaksud berakhirnya kegembiraan hidup kita... kan??!! (yg italik ni, tambahan. Aku tak ckp kat lecturer tu cam ni.. :D)
Aku jelaskan semuanya kepada lecturer aku tu. Nampaknya dia faham. Dia seolah2 cuba nak menyelami hati aku sbg ibu kepada anak istimewa, cuba utk menyenangkan hati aku..Aku pun start melalut2 cakap perkara lain. Aku tak mahu air mata aku tumpah sekali lagi di hadapannya. AKU MALU....
22 komen:
Azma,
kuatkan semangat. mmg betul kita akan mudah trsentuh sbb kita sndiri yg melaluinya...merasai duka laranya selama ini...
selamat mengikuti kursus ini ya, ikhlaskan hati, insyaALLAH yg lain akan d permudahkan
fuh.. mujur tak banjir...huhuhu
ma, abg faham.. wink! wink! wink!...
hehe, kitapun x suka nangis depan org..
kak..kita serupa!!!
ina pernah jd mcm akak.perkenalkan diri masa kursus BTN. kemudian ada soalan yang berkaitan dgn nabila.Satu kelas senyap bila dgr ina cerita..dan tanpa sedar..ina menangis! Plak ada 2-3 org dlm kelas mngis jugak bila tahu ttg Nabila..huhu..
saya pun serupa gak... x suka dgr org kata kesian, nanti empang pecah..huhuhu..apa2 selamat study..nanti syer ilmu yer..
@Mawartime kasih byk2 mawar.. mmg sntiasa berusaha kuatkan semangat.. x mau la jd lembik je.. :)
@maza nyaris2 banjir dah..haha...
grrrr.. apa yg abg maza faham?? nak kena ni.. :p
@nuyin2ukita serupaaa.... :)
@Yasmin Nabilah..lepas ni kalau ada sesi suai kenal akak x akan sebut pasala hasif lagi.. x mau la hujan turun.. nanti glamer sgt, seme org kenal.. :)
hmm..betul ckp ina tu..keadaan jadi sunyi sepi bila cerita yg teristimewa disebutkan.. agaknya semua tergamam..kelu x terkata..
@Jue-Isteri_Ibu insyaAllah..apa2 yg saya dpt akan di 'share'kan dgn semua kat sini..
keep being strong dear! Insya Allah, Allah bersama kita...
boleh imagine perasaan lecturer tu..mesti dia rasa bersalah bila tgk student dia nangis..hehe
masa pasang niat nak amik kursus ni tak pulak nangis ek, tulah bila niat tu disuarakan, lebih tersentuh hati tu, akhirnya keluarlah air mata... mengingatkan kita supaya lebih kuat dan mesti belajar dengan lebih sungguh2. Caiyok Ma, Caiya Kak Aida...
salam Azma, sabar yek..Aida ni pun nampak je cam happy, tp kadang2 hati menangis sendirian sbb memikirkan keadaan Alia..xnak tunjuk kat semua yg kita ni sedih & lemah..kadangkala terpaksa berlakon..semoga Allah permudahkan usaha kita semua...
@Min mekasih kak..mmg saya sentiasa berusaha ke arah itu..
@iedahihi..tu la pasal.. tetiba buat havoc kat 1st day class.. :)
@aidamembuat keputusan dan mengucapkan keputusan tu lain kan.. agaknya pasal tu la buleh nangis..bila ingat smula, malunyeee...hihi..
Caiyok..caiyok...
@aida zain insyaAllah..hrp2 gitulah kan..
tidak perlu malu untuk menangis... :)
@papabearmalu la..dah besor2 nangis lagi..hihi..
Lagipun ada anak istimewa bukanlah bermaksud berakhirnya kegembiraan hidup kita... kan... setuju sgt dgn kata2 kak azma
@Azmakalo saya pun banjir gak hehehe...
Post a Comment