Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 10 February 2011

Weight Management untuk Yang Teristimewa - Part 1

Bertemu kembali..

Selalu tgk yang teristimewa ni biasanya chubby kan..chubby skit, memang comey sangat, tapi kalau terlebih chubby... tak bagus untuk kesihatan mereka jugak kan!!

Harapanku : Semoga hasif chubby sket2 je.. :)

Favourite hasif kalau ke Kenny Rogers.. kalau layan selalu camne tak chubby kan!!


Dari satu artikel yg telah ku baca, beberapa cara digalakkan untuk dipraktikkan bagi mengurangkan kebarangkalian yang teristimewa daripada menjadi terlebih chubby.. Utk Part 1 ni lebih menjurus kepada pengurusan baby dan kanak2 ye..

  • Yang pertama sekali mesti start dari zaman kanak2 lagi.. 
  • Kena tahu bahawa yang teristimewa ni mempunyai lower resting metabolic rate iaitu yang teristimewa hanya menggunakan kalori yang sangat rendah berbanding dgn rakan sebaya yg normal semasa tidur. Keadaan yang sama mungkin akan berterusan walaupun usia mereka semakin meningkat.
  • Check dengan pakar kanak2 @ doktor anak kalian untuk memastikan yang teristimewa tidak mempunyai sebarang sebab kesihatan yang boleh menyebabkan obesiti berlaku seperti tahap hormon thyroid yg rendah.
  • tingkatkan penggunaan tenaga yang teristimewa dengan pelbagai aktiviti.
  • kurangkan pengambilan kalori dengan mengatur menu yang sesuai utk yang teristimewa 

Untuk mengatur struktur pemakanan yang teristimewa, perkara2 di bawah haruslah diambil-kira:
  •  Jadual waktu makan yang konsisten disediakan dan diikuti. Jadual pemakanan yg tidak konsisten menyebabkan yang teristimewa akan makan lebih pada waktu makan dan tentulah menggalakkan obesiti..
  • Hadkankan kawasan makan di beberapa tempat dalam rumah.. Ia mengelakkan semua org dari mengambil makanan di hadapan tv dan makan secara berterusan (non-stop).
  • Beri peluang yang teristimewa terlibat dalam membuat hidangan utama mahupun snack. Penglibatan diri dalam proses memasak tersebut sedikit sebanyak meningkatkan penguasaan beberapa motor halus.
  • Jangan gunakan makanan sebagai ganjaran. Bincang dengan insan2 sekeliling yang selalu bersama yang teristimewa untuk mengelakkan ada antara mereka memberi ganjaran makanan jika bersikap baik dan sebagainya.
  • Jangan suka2 offer makanan tanpa sebab-musabab. Contohnya, yang teristimewa terjatuh ketika bermain di taman, ditenangkan dengan kek @ gula2 dll. Jika yang teristimewa selesa dengan minum air kosong, elakkan memberi air soda ataupun jus buah2an (sekali-sekala tak apa la..)

Ha...jika yang teristimewa kalian memang dah terlebih chubby (obesla tu..), tak perlulah dietkan mereka dgn jadual yang ketat.. Cian diaorg tau..Cuma cuba ikut cadangan2 di atas dan kenalah kuat berusaha untuk menghadkan pengambilan mereka terhadap makanan2 yang tidak perlu tu okay..

    * akhirnya berjaya jugak update blog.. sibuk ngalahkan PM plak.. :)

    Salam ingatan

    Read Comments
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    6 komen:

    maza said...

    oh! abg rasa abg belum chubby lagi..hehehhe

    Azma said...

    @mazahahahaaa... hehhhhh..perase dooh la cik abe sore nih!! :p

    ieda said...

    nak disiplinkan anak tak susah sgt.masalahnya ialah bila abahnya yg suka makan tak kira masa...mana anak tak ngikut..hehehe...tulah puncanya nabila tembam.

    Azma said...

    @iedahehe.. tp time makan la paling bestkan!!

    Tgk si hasif skrg ni mcm nak ke arah tu jugak ieda.. pantang ada mknn, pantang tengok org makan.. dia org pertama sampai dulu.. Bab kata teman blogger amdang81, kalau bab makan memang tersangatlah pandai..:D

    papabear said...

    betul tu chubby sket comel. terlebih chubby seksa... banyak betul things to consider for a special child ye..

    Azma said...

    @papabear papabear, cepat chubby ni banyak berlaku kat anak2 sindrom down aje rasanya. Yg lain2 jarang jadi cenggitu (kalau salah info sorry ye..). Tu baru sket papabear, banyakkkk..lagi perkara yg kena fikir & buat. Yang pentingnya kita berlapang dada dan tak beri tekanan pada diri sendiri mahu si kecik tu..

    Sbnrnya, berbesar hati sangat pada kawan2 yg tiada anak istimewa tp sudi baca cerita kami ni.. Amat2 dihargai..terima kasih..