Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Friday, 1 July 2011

Rabun??

Bertemu lagi.. :)

Sudah dua hari berturut2 aku membawa hasif ke PPUM untuk check-up. Semalam bertemu dengan doktor pakar bahagian kardiak. Hari ni, bertemu dengan pakar mata plak..

Sambil membaca cerita-ceritiku di bawah ni, meh la layan aksi2 budak buas kat spital ye.. :)

haiiii...

Perkembangan…hmmm… PFO (jantung) hasif masih belum pulih sepenuhnya tapi tidak membimbangkan. Manakala berita kurang menyenangkan dari pakar mata..Hasif Rabun Jauh… huhu.. kena pakai spek la pulokss..

meh main panjat2...

Tak boleh nak imagine camne si Hasif nak pakai spek tu nanti. Hopefully dia tak rasa terganggu sangat dengan kehadiran bendasing di mukanya dan menyebabkan spek tu jadi barang hiasan je nanti..

bestbetul dapat main kat sini...
Mahal tu spek khas utk dia.. Tempahan mengambil masa 7 hari bekerja. Nanti spek dah sampai aku upload gambo ye.. Tunggu… my hensem boy jadi ‘cikgu’ le nanti..Menurun ibu dia..hihi…

Auuu...cakkk..

Selain dari rabun jauh, hasif juga menghadapi masalah silau (astig). Pun agak tinggi bacaannya.. Sbb tu la speknya agak mahal.. Untuk rabun, kanan 250, kiri 275. Manala untuk silau pula kanan 250, kiri 200. Rujuk prescription kat bawah…


Prescription for spec..

Doktor kata pemantauan akan dilakukan sehingga dia berumur 8 tahun. Hopefully dalam tempoh masa tersebut bola matanya boleh terbentuk normal dan dia tidak lagi rabun.. (jarang berlaku tapi aku akan sentiasa berdoa untuk hasif). Hasil pemeriksaan tadi memang bola mata Hasif sedikit bujur (normal untuk org rabun) - sepatutnya bulat- Namun, syukur dia tidak menghadapi masalah mata yg lain (katarak selalu berlaku pada anak2 SD). Harapnnya begitulah buat selamanya.. Aminnn..

Doakan yg terbaik buat yang teristimewaku ini ye...

Salam,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: