Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 21 September 2010

Dia yang sering 'konpius'

Kalau ada yg berkata "hidup dengan anak istimewa ni penuh dengan warna-warni; bila time berduka, boleh hingga kering air mata menangisinya, bila time gembira, senyum & tawa tak henti2 menjadi teman setia", aku adalah org pertama yang akan menyetujuinya. Fasa sedih hidup bersama hasif sudah lama berlalu. Tak ingin dikenang lagi. Harap2nya fasa itu tidak akan berulang.... Sekarang aku dan keluarga sedang menikmati fasa gembira bersamanya.

Perkembangan fizikal hasif agak perlahan akhir2 ni. Mungkin kerana 'kemalasan' yg menjelma pada ibunya untuk meneruskan latihan sepanjang bulan Ramadhan dan juga awal syawal yg penuh dengan cuti...:). Namun demikian, dari segi sosial dan komunikasi, sedikit sebanyak menunjukkan perubahan yg menceriakan kami sekeluarga.

Aku masih lagi melatihnya untuk mengangkat tangan bila ditanya "who is hasif?". Kalau awal2 dulu begitu cepat tangan diangkat & diturunkan. Tp sekarang, ada sedikit perubahan. Dia hanya mengangkat bila soalan habis ditanya dengan kadar yg agak normal (tak laju & tak perlahan). Namun demikian, adakalanya dia menjadi 'konpius' sampai bila ditanya "who is abang?" (merujuk kepada abgnya, Luqman), dia dengan confidentnya mengangkat tangan sambil tersenyum2. Apa lagi, ketawa besar kami melihat ke'confident'an  dia tu...(mencemar bahasa betul la..) Ada sekali sampai menangis dia melihat kami duk ketawakan dia. Kesian hasif.. teruknya ibu hasif nihh!! :)

Banyak lagi perkara2 lain yg diajar kepadanya menjadi rumit buat dia. Bagi kita perkara itu mudah, tp bagi anak istimewa ianya amat rumit sekali. Seperti yg pernah aku ceritakan dalam salah satu post sebelum ini berkenaan lain lagu yg dinyanyikan, lain isyarat yg dia beri. Jadi, dalam mendidik anak2 istimewa ini, BERSABARlah.... Jangan cepat marah bila dia tak boleh mengikuti. Jangan sedih bila tengok anak org lain boleh buat, anak kita tak boleh lagi.. Kita ibu @ bapa kepada anak istimewa ini juga insan istimewa yg terpilih. DIA tahu kita mampu hadapi semua ini. So, buktikan pada diri sendiri kita sememangnya mampu...


muncungnya.... :)
 Dari segi komunikasi aku lihat dia tak banyak masalah. Memang kebanyakan anak2 SD bagus dalam berkomunikasi. Hasif kulihat banyak buat mimik muka sekarang. Kening berkerut, merajuk, muncungkan mulut bila geram kat aku antara mimik muka yg sering dia lakukan sehari2.

Dari segi pertuturan pula, dia masih di peringkat membuat pelbagai bunyi yg berbeza2 & sedikit sebutan yg hanya aku sekeluarga boleh faham. Perkataan yg paling dia suka keluarkan ialah..nan nan na.. yg bermaksud nak & ann nak yg bermaksud tak nak. Tapi perkataan ini hanya boleh keluar waktu makan aje..Waktu lain, tak de..hihi...

Ok, itu aje buat kali ini. Maafla tajuknya berkait skit je dengan post yg ditulis. Otak dah tepu ngan zat2 kuih raya..hihi.. Jumpa lagi di post akan datang dengan cerita raya hasif. :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 komen:

Yasmin Nabilah.. said...

Betul kak..bila malas dtg..sian anak2 main tanpa sebarang rangsangan.Semalam kat hospital pun dorang mahukan ina buat stimulate secara berterusan..alangkah bagusnya klu tak keje..huhu..

maza said...

Wah teacher, semakin kemas dan menarik tulisannya seh.. hehehhe

good good good..

tak lama lagi ramai ler follower yg berdatangan.. bukan paksaan gitew.

wakakakka

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

betul tu kak...
fiza faham apa yg akak katakan sebab fiza pun rasai bila bersama sofie. BERSABARLAH FIZA.....

Azma said...

Ina : Akak yg x keje ni pun bukan boleh harap sgt ina. Kdg2 dtg malasnya..mmg main sorang2 la si manja tu.. Takpun ngadap vcd kegemaran dia.. Pastu bila perasan anak lambat skit perkembangan, baru la jd rajin smula... :D

*************

Maza : mekasih.. tapikan memang ma suka paksa org. Camne tu ekk?? hihi..

*************

Fiza : aminnn...Smg kita sama2 dpt bersabar slalu..utk yg teristimewa ni..

syida said...

selamat kembali azma...tak sabar tggu kisah raya hasif :)