Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 30 September 2010

Jatuh dari baby cot???

Anak kalian pernah jatuh katil? Rasanya mostly anak2 kecil pernah jatuh katil. Rasanya la… :) Bagaimana dengan jatuh dari baby cot? Macam mustahil je kan..?? Tapi itulah kenyataan yang berlaku kepada Hasif semalam dan aku terus2an pening kepala memikirkannya sehinggalah pagi tadi..


Petang semalam, semasa aku duk kalut di dapur, hasif merengek2 mintak susu. Waktu tu aku letakkan dia di dalam baby cot untuk mengurangkan potensi dia mengesot merata2. Dalam masa yg sama, kakaknya, Jaja duk layan dia supaya dia tak menangis. Tengah2 duk prepare susu dia, tiba2 aku dengar bunyi kuat macam ada benda jatuh. Rasa macam putus nyawa sekejap. Dalam hati terdetik yg hasif terjatuh dari baby cot. Berlari aku ke ruang tamu & mendapati memang betul Hasif terjatuh dari baby cot. Aku terperanjat tak tahu nak kata. Masa aku ambil dia, dia tengah menangis & kakaknya sedang memeluknya.


Ni la baby cot tempat hasif buat 'stunt' tu.. :)

Aku mengangkat dan memeluknya. Dalam keadaan semacam itu, aku panik dan lansung lupa langkah2 keselamatan untuk mengangkatnya. Dia kupeluk erat. Tangisannya sama laju dengan air mataku. Si kakak yg tengok aku menangis turut menangis sekali. Mulutku tak berhenti2 berdoa semoga Hasif tak apa2. “Ya Allah, kau lindungilah anakku ini.."

Bila keadaan dan tenang, aku pun dah boleh berfikir dengan waras, aku letakkan hasif di atas katil dan memeriksa seluruh tubuhnya. Aku pegang tangannya dan suruh dia bangun, dia boleh melakukannya. Aku angkat kaki, tangannya..semua nampak ok. Aku senyum kepadanya, dia nampak blur sekejap. Lepas tu dia senyum & ketawa. Alhamdulillah… syukur dia tak apa2.

Aku kemudian menyiapkan susu untuknya. Dia minum dengan baik dan tak lama selepas itu suamiku balik dari kerja. Mengucap dia mendengar ceritaku. Ingat nak bawa dia ke hospital..Tp lepas berbincang dengan suami, kami mengambil keputusan untuk memantau dahulu keadaan Hasif. Biasanya kalau dibawa ke hospital pun, hanya check-up biasa yg akan dibuat dan akan disuruh memantau keadaan anak. Kalau nampak wujud tanda2 negatif seperti muntah2, lebam2 barulah kena rujuk semula.

Sepanjang malam aku memantau keadaan Hasif. Aku tengok keadaannya baik. Lepas maghrib dia tertidur & menangis dalam tidur. Mengigau agaknya.. Lepas isyak dia bangun. Bila kami makan malam, dia pun join sekali. Kemudian, sewaktu kami menonton tv, dia duk buat tarian pusingnya sambil mendengar lagu dari telefon ayahnya..hehe.. Sibuk bergerak ke sana, ke sini. Panjat sofa, panjat kabinet tv, sepahkan barang dalam kabinet tv. Hmmmm…. Okla tu agaknya kot. Buas cam biasa je..:)

Masuk tidur sampai ke pagi dia tidur macam biasa. Merengek bila nak susu aje.. Melihatkan keadaannya membuatkan otak aku ligat berfikir. “Takkan la dia ok je jatuh dari baby cot tu. Kan tinggi jatuhnya tu..” Ia membuatkan aku terfikir mungkin kakaknya yang mengangkatnya keluar dari baby cot. Si hasif ni sangat manja dengan kakaknya. Bila kakaknya datang dekat dengannya, biasanya dia akan memeluk kuat leher kakaknya dan aku perasan bila hasif memeluknya begitu, dia akan bangun dan adiknya akan bangun sekali (ni masa kat lantaila..). Agaknya semalam tu macam tu jugakla.. Bila adiknya memeluk lehernya, dia pun cuba mengangkat adiknya keluar. Agaknya la kot..

Ceria je bangun tido pagi tadi

So, tadi, bila dia dah bangun & duk main2 dgn hasif aku pergi borak2 dengan dia. Aku tanya apa yg berlaku. Semalam dah tanya tapi dia hanya jawab ya & tak aje. Hari ni aku suruh dia bercerita. Rupa-rupanya betul la. Masa dia bermain semalam, adiknya memeluknya dan dalam masa yg sama memanjat palang baby cot tu. So, dia cuba mengangkat adiknya. Separuh jalan, dia dah tak larat & adiknya terlepas dari pegangannya. Masih tinggi kedudukan adiknya waktu dia jatuh, tapi si kakak ada sekali. Mungkin jatuh bersama2 agaknya.. Cerita si kakak pun agak kurang jelas. Tapi yg pasti bukan dia jatuh kerana memanjat palang baby cot tu sendiri. Aku memang tak percaya hasif dah boleh mengangkat tubuh selepas memanjat palangnya tu..

Hmmm…dah tau cerita, rasa lega sedikit. Aku akan terus memantau keadaannya hari ini. Harap2nya tak ada apa2 la.. Tolong doakan kesejahteraan Hasif ye…

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 komen:

syida said...

salam azma, harap2 hasif tak apa-apa. rasanya anak saya tiga2 ada pengalaman jatuh katil. Alhamdulillah semuanya tak serius. kakak hasif berapa tahun?

Azma said...

@syida harap2 mcm tu la syida. doakan ya.. kakak dah 5 thn skrg ni. boleh harap tuk jg adik tp kena tgk slalu kalu x dia buat adik dia mcm barbie dia.. :)

maza said...

kesimpulannya, si jaja berpontensi menjadi isteri penyanyang......hehehehhe

fiza umisofie said...

maknanya, hasif sudah sgt ligat ye kak...baby cot pun boleh jatuh. baby cot tu sama dgn baby cot hijaz. tapi, hijaz punya saya dah lipat dan simpan. skrg hijaz tido kat bawah jer...

lega bila tahu cerita sebenar...lepas ni kena lebih berhati2 ye kak....takut ter lagi. hehe...fiza pun kdg2 culas jugak...

Azma said...

@maza ho la..nak book ke?? hehe..

Azma said...

@fiza umisofie tu la fiza. skang ni pun dah jadi fobia + trauma nak letak dia..hrp2 x berulang lagi..

siti rahayu said...

kesian hasif...kadang2 anak ni macam ni lah.risau dibuatnya

Azma said...

@siti rahayu tu la mate..anak aku yg 2 lagi tu x pernah jatuh baby cot. tetiba dia pecah rekod.. kesian sgt tgk dia smlm. tp cam biasala dia, dah ok terus buas semula.. :D

ieda said...

biasanya kalau dalam masa 24 jam tu ok maknanya dia takde apa2lah..cuma budak2 ni kena observe selalu.kadang2 dia buat benda yg kita tak sangka..

Azma said...

@ieda mekasih ieda. memang duk tunggu ieda komen apa. maklumlah.. dah itu kepakaran ieda kan. alhamdulillah setakat ni dia x apa2. jadi betul la cerita kakaknya tu agaknya.. :)