Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 27 September 2010

Warna warni Karnival KDSF 2010

Alhamdulillah..akhirnya KDSF funfair dah berakhir denga jayanya semalam (26/9/10). Aku bukanlah terlibat secara lansung utk menjayakan karnival ni. Aku cuma salah seorang yg menjadi peniaga pada hari itu.

Program yang berlansung semalam memang meriah dan ceria. Seronok rasa dapat berjumpa kawan2 selain dari kawan2 yg sekelas dengan anak2... Aku antara yang paling gembira sbb dpt jumpa kawan facebook yg selama ni kenal secara online aje. Semalam dapatla bertemu muka, mata… :D Bestnya dapat jumpa kalian.. Kak Nizah, Abg Aro & Shaha + Alia, Shafa, Hubby + Zaquan..

Happy dapat jumpa kalian

Group aku berjaya ‘menyetelkan’ jualan grilled sausage dalam pukul 12 tghari. Keropok yg aku goreng pulak diletak ditempat lain. Bahagian tits-bits. Jadi terpisahla kami sekumpulan semalam. Jualannya sangatlah perlahan kerana tempatnya agak tersorok. Nasib baik ada volunteers (adik2 dr pendidikan khas UM) yg tolong tunggu & jualkan. Mekasih ye adik2.. Aku jd tukang tengok je la.

Students UM + keropokku...

Habis aje sausage dijual, aku punggah sebahagian dari keropok ke tempat jualan sosej yg lebih terbuka. Aku dengan Nicole & Kak Siti  (parents classmate hasif) start jadi penjual Pasar Malam le..hehe… “keropok, keropok…kelantan mari, sedap punya, banyak ikan…” Mula2 suara aku cam kentut dalam kain je..haha..malu la… Ganas2 aku ni ada malu gak.. Lama2 hilang la plak malu tu.. Terus keluar suara cikgu-cikgi yang aku dah simpan selama setahun setengah..Apa lagi bergema la KDSF semalam dengan suara kami menjual keropok.. :D Dalam masa 1 jam, habis semua keropok kumpulan kami. Alhamdulillah… boleh balik awal.. Aku tengok masing2 dah kepenatan dah. Dengan menjualnya, dengan mendokong, mengheret anaknya.. Malangnya tak dapat rakam banyak gambar pasal cameraman aku berfungsi sbg baby sitter masa tu.. :)


Saat2 akhir jualan..keropok dah tak nampak dah..

Terima kasihla kat adik aku yg sudi jadi camerawoman + baby sitter + penaja anak2 aku yg 2 org lagi tu. Sedap je diaorg mengerjakan mak anjang diaorg yg baru je dpt 1st gaji nye tu..hehe.. Alhamdulillah Hasif tak buat perangai pun semalam. Lagipun dpt melekat dengan ayahnya selalu... Dia pun dah ready jadi bintang. Maklumla.. dalam setiap gambar mesti ada dia kan… Duk buat muka artis la semalam. Haha…

Mak anjang & jaja + hasif

Ni la antara gambar2 yg dapat dirakam. Aku duk tunjuk gigi je la…hehe…

Bersama Kak Siti & myra

Bersama Nicole & Seng Qin

Aktiviti dalam dewan


Aku, anak2 & Mr. Crown

Bersama guru2 Hasif yg comey-lote



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 komen:

amdang81 said...

Seronoknya!! Jeles plak tgk... Kami di Terengganu baru je selesai Majlis Hari Raya Persatuan Sindrom Down Terengganu. Banyak plak makanan tak abis. Peliknya, satey antara yang banyak tak habis. Maka masing-masing terpaksa membungkus pulang satey2 yang ada.

maza said...

Oh rugi...begitu rugi sekali tak gi ke KDSF...

kalau tidak tentu abg maza d encem ini boleh berjumpa dengan cikgu2 hasif yg comey-lote itu kan? hehehhe

maza said...

"Sakit jiwa pasal kat rumah aku tu semuanya kecik. Kuali kecik, bekas ltk keropok kecik, bekas tapis minyak kecik, dapur kecik…"

abg maza terpaksa menggaru keras kepalanya.... hampir2 botak juga memikirkan ayat di atas itu.... difikiran abg maza ligat membayangkan sesuatu yg luar sangkaannya, adakah azma mahu bilang dia bersaiz kecil ber-type S lagi... hmm?!

heheheheh

syida said...

azma, seronok bila dapat terlibat dengan aktiviti macam ni...jumpa kawan2 baru, dapat pengalaman baru...best!best!

Azma said...

Zaidan : Sedapnya sate..agaknya memang saja diaorg x mkn spy dpt bw balik kot.. haha... Tak ada gmbr kenangan ke zaidan? Kalau ada uploadla..buleh kami tengok..Kat fb pun x pe..

****************

maza : Lain kali jual mahal lagi..ma siap wat iklan at fesbuk ajak beramal pun wat x tau je..Skang dah x dpt bergambar ngan diaorg..ngeh ngeh ngeh..:p

Azma said...

maza : bencinya..mmg la ma dah tukar jd L skang. ma ckp pasal barang la..eeiii.. malas layan :p

*************

syida : tul tu..suasana pun rasa tenang je sbb semuanya SAMA... :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

seronoknya dapat berjumpa dgn ibu2 anak SD. meriah tgk gambar2 akak...

Azma said...

@Naimatul Hafizah Nor Rodin
tul tu fiza. hati pun rasa tenang je dapat bersama kawan2 seangkatan.. :)