Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 1 September 2010

Bantu si manja istimewa bertutur

Salam..

Agak malas untuk menulis sekarang. Mungkin penangan raya yg makin hampir :D

Nak share info sket.. Tentang speech anak2 istimewa ni..Namun, walau byk mana tips pun kita dapat tapi tidak kita cuba utk sentiasa berkomunikasi dengan anak istimewa ini, ianya sukar utk menjadi kenyataan. So, sebagai parents, individu yg paling rapat dengan mereka, bercakaplah dengan mereka sebanyak yg boleh dengan bahasa yg mudah. InsyaAllah, anak kita dapat utk mengikutnya satu hari nanti.. Ok, ni 'benda' yg aku nak share kan tu.. Lupa la plak nak copy link artikel ni...

* bila memperkenalkan yg teristimewa ni dengan perkataan baru, fokuskan kepada maksud /makna perkataan tersebut melalui aktiviti permainan atau pengalaman melalui ransangan seperti melihat, mendengar, merasa, menghidu dsb..

* sediakan pelbagai model untuk perkataan yg ingin diperkenalkan. Aku selalu beli toys yg murah2 yg berbentuk binatang, kenderaan dan sebagainya dan selepas tu bila bermain dengan hasif, aku akan mengeluarkan toys tersebut,menyebut namanya satu persatu dan memberi dia memegang dan bermain dengannya. Tapi, jgn byk2 la...yg teristimewa ni belajar melalui proses berulang2 so, guna 3-4 model shj utk sekali bermain sudah memadai..


antara model haiwan milik hasif. Ultraman tu 'haiwan kesayangan' dia hihi..


* Gunakan objek/ barang yg sebenar atau situasi yg sebenar sebaik2nya. Cuba perkenalkan konsep yang boleh dikaitkan dengan aktiviti seharian mereka dan situasi2 yg mereka sering hadapi. Contohnya, jika mahu perkenalkan nama makanan, beritahu nama makanan tersebut semasa mereka memakannya, semasa mandikan mereka, sebut setiap bahagian badan mereka semasa kita menjiruskan air di bahagian tersebut dan bagi konsep atas, bawah, luar, dalam dsb, semasa kita bermain dengan mereka. Sentiasa berkomunikasi...itu yg paling penting.

* Cuba aktiviti membaca bersama2 yg teristimewa ni.. Ia juga boleh bantu perkenalkan konsep baru melalui cerita2 yg dibaca.

* Ikut apa yg teristimewa ni suka @ menunjukkan minat yg tinggi. Jika dia sukakan sesuatu objek, sebutkan nama objek tersebut kepada mereka. Jika dia sukakan seseorang, sebutkan nama dan juga gelaran untuk individu tersebut kepada mereka.

Banyak perkembangan2 lain yg akan berlaku seiring dengan perkembangan pertuturan mereka. Mereka akan mula memberi respon kepada suara yg biasa didengar, rupa yg biasa dilihat, mencuba pelbagai bunyi2 yg baru, membuat pelbagai bunyi-bunyian  dan membuat bunyi yg paling kita nak dengar...iaitu memanggil kita 'ibu, ayah, umi, abi, walid, mommy, daddy' dsb lagi...

Yang teristimewa ini juga sgt sukakan cermin. So, kenalkan mereka dengan cermin dan bercakap dengan mereka di depan cermin serta biarkan mereka menghadap cermin tersebut sambil menyebut bunyi-bunyian yg mereka suka.

Selamat mencuba..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 komen:

Syahida said...

saya suka dengan penggunaan cermin. Anak autisme pun biasanya suka cermin. boleh gunakan untuk ajar mereka tiru pergerakan mulut/memek muka ketika bercakap.

saya juga suka gunakan gambar2, terutamanya gambar 'hidup' (bukan lukisan).

moralnya, stimulasi melatih anak bertutur boleh dilakukan pada bila2 masa menggunakan apa jua material yang menarik perhatian mereka, betul tak azma? :-)

Asz said...

salam kak ... thnks for sharing da info with us ... btw, sign language pon byk membantu ... sebulan dua ni, saya byk gunakan sign language ngan ammar ... sambil signing, saya sebut perkataan tu ...sbb selalu sebutan dia kurang jelas, saya x faham dan dia akan cepat marah ... tp ada sign language nih, ada 2-3 word penting yg dia dah pandai guna ... Alhamdulillah ...

Azma said...

syahida : a'ah..tu la pointnya. Anak2 ni boleh ajuk mulut kita bila kita menyebut apa2 perkataan depan cermin. Betul tu..x perlu beli toy mahal2 utk communicate ngan diaorg.

***********

asz : memang sign language byk boleh bantu kita. thanx 4 remind me. Itupun sebhgn dari proses komunikasi & mmg digalakkan utk menggunakannya sms communicate ngan anak2 istimewa kita. Akak pun br je berjinak2 ngan sign language ni. Lg bagus buat asz sbb dpt baiki hubungan ngan ammar